Sibuk beraya mak ayah jangan terlupa memberi perhatian kepada anak autism atau Sindrom Down kerana ada waktunya mereka pasti tidak selesa.
Apa lagi ketika berdepan dengan tetamu yang ramai ketika berkunjung di hari raya. Ketika beraya, kanak-kanak dengan sindrom Down mungkin mengalami stimulasi berlebihan kerana suasana yang bising, orang ramai, serta rutin yang berubah. Mak ayah perlu alert tanda-tanda ini.
Beberapa tanda yang boleh diperhatikan termasuklah:
1. Menjadi gelisah atau mudah merajuk
Anak sindrom Down mungkin kelihatan resah, sukar memberi tumpuan, atau cepat merajuk tanpa sebab yang jelas.
Ads
2. Menutup telinga atau mata
Jika mereka merasa terlalu terangsang, mereka mungkin menutup telinga kerana tidak tahan dengan bunyi bising atau menutup mata kerana cahaya yang terlalu terang.
3. Menunjukkan tingkah laku berulang
Mengulang-ulang perbuatan seperti menggoyangkan badan, mengelak kontak mata, atau menggigit jari mungkin tanda bahawa mereka cuba menenangkan diri dalam situasi yang tidak selesa.
Ads
4. Keletihan atau hilang minat secara mendadak
Walaupun anak sindrom Down kelihatan gembira pada awalnya, mereka mungkin tiba-tiba menjadi letih dan ingin pulang lebih awal daripada yang dijangkakan.
Ads
5. Menunjukkan tanda-tanda kebimbangan
Jika anak mula menangis, memegang erat ibu bapa, atau enggan bercakap, ini boleh menjadi petanda bahawa mereka merasa tidak selesa dan terlalu terangsang.
Kanak-kanak dengan sindrom Down boleh menikmati suasana beraya dengan selesa jika ibu bapa dan keluarga memahami ciri ciri sindrom down serta cara mengurus stimulasi berlebihan mereka.
Dengan mengenali tanda-tanda keletihan atau ketidakselesaan awal, ibu bapa dapat membantu anak-anak ini menjalani pengalaman yang lebih menyeronokkan dan bermakna.
Sumber: Hello Doktor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai ibu bapa, tentunya sedikit sebanyak timbul juga perasaan bimbang dan takut mengenai kesihatan anak-anak pada masa kini. Apatah lagi dari varian Alpha, Beta, Gamma, Delta dan Lambda, Omicron dan sebagainya seakan menjadikan Covid-19 terus ‘mengganas’.
Meskipun seakan kita berjaya mengawal pandemik ini dari segi kes jangkitan, kes kematian, kes kemasukan ke hospital, kita juga dipersiapkan untuk menerima hakikat bahawa Covid-19 akan menjadi endemik dan kita semua akan hidup bersama dengan virus ini.
Mengambil langkah keselamatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan akan melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun bermula Februari ini.
Ini sebagaimana memetik laporan berita Sinar Harian.
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keutamaan untuk pemberian vaksin pada permulaan program tersebut adalah kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan kerana mereka lebih berisiko untuk dijangkiti Covid-19.
“Masalah kesihatan tersebut merangkumi penyakit respiratori kronik, kardiovaskular, immunosuppression, kencing manis, penyakit ginjal kronik dan penyakit saraf.
“Formulasi vaksin Covid-19 Comirnaty akan digunakan dalam program ini dan formulasi khas untuk kanak-kanak dibekalkan di dalam bebuli 10 dos dan perlu dicampur dengan 1.3 mililiter larutan garam biasa.
“Setiap dos yang diberikan adalah 0.2 mililiter dan mengandungi 10mcg vaksin mRNA. Dos ini merupakan satu pertiga daripada dos yang digunakan di dalam dos dewasa,” katanya ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Khamis.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, program vaksinasi kanak-kanak memerlukan dua suntikan dos dengan sela masa lapan minggu selepas dos pertama.
Katanya, berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa yang diberikan antara dua dos itu akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan lebih tinggi serta berpotensi memberikan perlindungan yang lebih lama.
“Selain itu, data ini juga menunjukkan sela masa tersebut mampu mengurangkan risiko miokarditis dan telah disyorkan oleh badan-badan kesihatan seluruh dunia termasuk United Kingdom, Kanada dan Australia.
“Berdasarkan data, maklumat dan pandangan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) dan panel penulis Garis Panduan Klinikal Vaksinasi Covid-19 Kanak-Kanak, KKM akan melaksanakan pemberian vaksin ini sebaik vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai 31 Januari ini,” katanya.
Khairy memaklumkan, program pemberian vaksinasi kanak-kanak itu akan bermula pada 3 Februari ini di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.
Katanya, sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera akan mula dibuka pada penghujung Januari ini dan ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan dalam aplikasi berkenaan.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Sememangnya rata-rata mengetahui kelebihan bulan ramadan, bulan yang cukup mulia dan sesuai untuk kita tambah amalan kebaikan.
Berkongsi di Insta story senarai ibadah yang boleh dibuat sepanjang bulan ramadan ini, pelakon jelita, Nora Danish turut tidak melepaskan peluang untuk mengejar saham akhirat dengan melakukan pelbagai amal ibadah termasuk mengaji al-Quran.
Malah, pelakon yang wajahya tidak dimamah usia itu turut berkongsi cara untuk mengira zakat bagi yang ada tanggungjawab dalam melaksanakan rukun Islam ke-4 itu.
Selain dari perkongsian tentang ibadah yang dilakukan, perkara lain yang menjadi perhatian orang ramai apabila Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif tampil manis dengan imej berhijab di bulan yang mulia ini.
Perkara itu boleh dikihat dalam entri terbarunya yang memakai busana serba putih yang dipercayai bagi meraikan sebuah majlis ahli keluarga terdekat.
Turut kelihatan suaminya, Nedim Nazri yang juga memakai serba putih dan anaknya, Mohamed Neqayl Nedim kelihatan segak mengenakan serban Arab.
“Pagi yang sangat bermakna buat kami sekeluarga. Bismillah,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan Nora memakai tudung berwarna putih itu.
Malah, mereka turut mendoakan agar aktres berusia 41 tahun itu mendapat hidayah untuk berhijab dan kekal istiqamah tanpa mengharapkan bulan Ramadhan sahaja.
Sekadar info, Nora pernah meluahkan rasa kecewa apabila dirinya tidak sempat untuk khatam Al-Quran kerana sibuk menyelesaikan banyak urusan termasuklah berpindah ke rumah baharu.
Sumber: Instagram @noradanish
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon, Ozlynn Wati yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio popular Johan, memuatnaik foto di Instagram yang memaparkan sebuah bilik yang dipenuhi dengan stok makanan dan pelbagai barangan keperluan.
Dalam perkongsian tersebut, ibu anak enam ini memberitahu, di dalam rumah mereka mempunyai ‘ruang rahsia’ yang menyimpan pelbagai jenis barangan rumah.
Jika kenalan mahupun adik-beradik yang bertandang ke rumahnya dan ingin mengambil barangan tersebut, akan meminta mereka untuk doakan keluarganya terlebih dahulu.
“Siapa tahu bilik rahsia aku nih.. Memang dia orang selongkar… Ni baru setempat.. Kalau pusing kiri susu penuh, biskut melambak, kuih dan muih beraneka macam… Makanlah jangan hanya di pandang…
“Tisu tandas? Tisu dapur? Air zam-zam pun ada… Selalu yang datang kalau perlukan bekal memang akan masuk bilik rahsia nih.. Beras basmathi? Wangi? Biasa? Pun ada.
“Milo? Horlicks? Black coffee? White coffee? Organic sugar? Gula pasir? Maggi? Ada ruang khas dalam almari… Bagitahu nak ramen? Maggi kari? Bihun pama? Eh banyak jenis.. Senang…
“Siapa tersedak atau terdesak kengkawan atau adik-beradik.. Memang dia orang tahu nak selongkar mana.. Ni lah syurga aku…. Hanya yang suka masak akan rasa perasaan aku nih… Nak shampoo ke pencuci baju ke… Hahaha memang mudah kena rembat..
“Yang penting sebelum ambil kena ucap alhamdulillah dan doa dulu untuk keluarga aku.. Yang ni memang aku paksa..
“Kaum hawa memang akan doa nak ruang ni.. Aku doakan semoga kau orang semua dilimpahkan rezeki yang tidak disangka-sangka… Paling penting bila ada rezeki jangan lupa “orang tepi”…. (emoji hati).”tulis Ozlynn panjang lebar dikapsyennya.
Melihat pelbagai jenis makanan dan barangan pada rak tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan kagum. Malah ada diantara mereka yang berseloroh mengatakan nampak seperti kedai runcit.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.