Projek mencantikkan rumah, selain sekadar dibersihkan daripada habuk dan disusun atur semula kedudukan perabot agar selesa meraikan tetamu. Ada satu perkara yang dari dulu hingga kini, memang kita biasa akan buat bila tibanya musim perayaan. Lain tidak bukan, mestilah mengecat rumah. Maklumlah bila rumah dicat semula, barulah nampak lebih berseri-seri rumah yang dihuni.
Contohnya seperti rumah ini, tuan rumah memilih cat warna merah jambu yang digabungkan dengan warna putih sebagai tema raya kali ini. Terbukti, hasilnya memang luar biasa!
Bercerita lanjut tentang rumah kayu berwarna merah jambu yang viral di media sosial, ini perkongsian lanjut daripada anaknya.
Okey tak warna cat macamni? Code colour : Taupe pink 10YR 50/101 NIPPON, White on white 30GY 88/014 NIPPON.
Mak saya suka sangat bunga-bunga..Rumah kampung je. Tapi nyaman sangat. Kg halaman tercinta saya ni di Bukit Pulau Melaka.
Ni lah tuan rumah (emak). Lagi sorang tuan rumah(ayah saya) tak suka bergambar. Jadi tak ada gambarnya.. Doakan ye sahabat semua moga mak ayah saya diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur mereka.
Rumah ini sudah berusia 45 tahun, ikutkan mak ayah nak warna lain, tapi saya bagi cadangan untuk warna ni. Mak ayah mula-mula risau juga sebab takut tak masuk dengan rumah papan kan.
Tapi saya yakin kan mereka, warna ni cukup cantik kalau dicatkan dirumah ni. Jadi mereka setuju. Ayah cuma pilih nak ada campuran putih. Jadi terjadi la rumah pink+putih.
Bercerita tentang kenangan masa cat rumah bila nak dekat raya memang tak kan saya lupakan. Indah sangat. Bergurau senda dengan adik beradik dan mak ayah. Sambil berkongsi pendapat untuk mencantikkan lagi rumah mak ayah. Masa tu lah dapat eratkan lagi silaturrahim sebab semua saling bantu membantu.
Menariknya juga tentang rumah keluarga ini, siapa sangka pernah jadi lokasi shooting.
Seingat saya sudah 3 kali dah rumah kami dijadikan lokasi shooting. Tapi kami dah lupa cerita apa. Dah bertahun lamanya. Yang paling last sekali 5 tahun yang lepas.
Sekarang tinggal mak dan ayah sahaja dirumah tu. Sebab anak-anak semua dah bekerja luar. Kalau hari cuti, kami akan berkumpul sekeluarga bersama.
Mak saya sayangkan sangat rumah ni. Memang dia sentiasa pesan pada kami adik beradik, jika ada kerosakan perbaiki lah. Jangan dirobohkan. Inilah kenangan yang tinggal nanti. Lagi satu sebab rumah peninggalan atok kami. Hasil titik peluh atok yang bina rumah tu. Jadi memang banyak kenangan di situ.
Masalah mulut berbau perkara biasa yang berlaku pada bulan Ramadhan. Walaupun dudah memberus gigi, namun tetap juga berlaku
Jom baca perkongsian tip dari Doktor ini bagi mengatasi masalah tersebut.
6 CARA ELAK MULUT BERBAU DI BULAN RAMADAN
1. Minum air secukupnya
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.
2. Elakkan minum kopi atau teh di waktu sahur
Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.
3. Kurangkan Bercakap
Kurangkan makan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang boleh buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap(membawang) pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.
4. Makan karbohidrat secukupnya
Ada sesetengah orang cuba untuk mengurangkan berat badan secara intensif semasa bulan Ramadan. Mereka berpuasa dan tidak mengambil karbohidrat dan gula, dan ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis. Keadaan ini menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit ya!.
5. Gosok gigi dan bersihkan lidah
Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Oleh itu, jangan lupa gosok gigi sebelum tidur dan selepas sahur. Gunakan juga floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan memberusnya. Boleh juga guna larutan pembersih mulut.
6. Pastikan tiada masalah mulut dan hidung
Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada hidung, sinus, gigi, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Biar doktor periksa ya!
Berpesan-pesanlah pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Medtweetmy (Medical Tweet Malaysia)
Jemput follow jika ingin dapatkan informasi kesihatan yang sahih!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka rumah banglow yang dahulunya buruk dan usang kini telah bertukar wajah persis sebuah rumah yang cukup selesa dihuni oleh seisi keluarga. Andai kita lihat keadaan asal kediaman ini, tentu ramai antara kita berasa ragu-ragu untuk membelinya dan tidak sanggup melaburkan wang untuk baik pulih kediaman ini.
Namun tidak bagi Rouzil Armiza Shamsir, nekad untuk membeli rumah terbiar walau pada peringkat awal agak sukar mendapat persetujuan suami. Jom baca perkongsian penuh daripadanya hingga akhirnya rumah ini menjadi seakan ‘taman syurga’ buat mereka seisi keluarga.
Ada yang terkejut tengok keadaan asal rumah kami tak?
Mula-mula dulu, jenuh jugaklah memujuk husband nak membeli unit terbiar. Tiada tingkap, wiring pon habis dicuri. Bila rumah dah takde tingkap, air masuk dan dalam bilik umpama sebuah paya dengan pokok-pokok lagi.
Apapun, kita sebagai isteri kan ada gerak hati sendiri nak kediaman yang macamana. Maka setelah dipujuk pujuk sang husband tu dapat jugalah memiliki unit idaman ni walaupun ramai yang terkejut bila tengok keadaan rumah yang terbiar dan menakutkan. Tapi saya berdegil juga sebab unit ni betul-betul menghadap tasik dan taman rekresasi.
Saya jumpa iklan rumah ni kat Mudah…(deret saya masih ada 1 unit terbiar untuk yang berminat)
Awal 2012 kami mula merealisasikan dengan membuat sedikit demi sedikit perubahan mengikut keadaan poket hehehehe..
Harap-harap puan-puan semua tak mengigau dan mimpi ngeri tengok gambar-gambar asal rumah kami ni.
Kos yang dibelanjakan
Saya jawab di sini ya mengenai harga asal saya dapt memang below market value masa tu iaitu RM360k …Lokasi Nilai …depan dengan air pancut
50k upah cuci, cat, wiring, pintu,tingkap , grill, lampu , kitchen kabinet dan aircond (tak masuk renovation huhuhu)
Manakala ini adalah gambar rumah yang diambil pada tahun 2014. Dan sebelum itu, banyak ubah suai telah dilakukan untuk keselesaan keluarga.
Tambah ruang solat & balcony master bedroom RM19k pada 8 Nov 2012. Projek buat ruang solat dan balcony master bedroom…asalnya master takde pintu…so tebuk tingkap dan jadikan pintu.
Tambah dapur ketiga & balcony umum RM50k
Tambah dapur kedua RM3k
Gazebo umah kucing RM8k
Tembok dan pagar kecik tempat laluan buang sampah dah tak ingat berapa
Kolam ikan dah tak ingat berapa, tapak buaian dah tak ingat berapa, atap tempat sidai kain dah tak ingat berapa jugak, cenggitulah lebih kurang.
Saya abadikan beberapa gambar transformasi di sini kerana dalam proses nak jual..
dah jumpa rumah terbiar kat tempat lain pulak.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.