Cara Mudah & Berkesan Selamatkan Tanaman Daripada Siput Perosak, Selepas Ini Pokok Anda Sudah Tak Berlubang Lagi

Share

Terus hilang mood bila nampak pokok-pokok yang ditanam habis hancur daunnya dimakan siput perosak. Paling sakit mata, bila tengok pokok tersebut hanya tinggal sebatang sahaja dan tunasnya juga turut di makan. Bila dibelek-belek habis daun-daun berlubang.

Ini memang tak lain tak bukan kerjanya si siput babi. Kalau serangga perosak yang aktif waktu malam memang siput.

Bagi yang mempunyai kebun, anda tidak perlu risau lagi kerana kini terdapat solusi terbaik untuk mencegah haiwan ini dari mencerobohi kebun 

anda dan merosakkan tanaman anda.

[TRENDING] Kepala Aku Dihayun Jurulatih.” Remuk Hati Kakak Allahyarham Prebet Iman Bila Temui Nota Adiknya Di ‘Ragging’ Selepas 5 Bulan Pemergiannya

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

Nak tahu caranya? Hanya gunakan barang dua bahan dari dapur, lebih selamat kerana ianya bahan organic.

DIY PERANGKAP SIPUT

Bahan-bahannya :

1 Cawan Air

1 sudu gula

1/2 yeast

Cara-caranya :

  1. Pertama sekali campurkan semua bahan dan letakkan dalam cawan plastik pakai buang.
  2. Kemudian, tanam cawan tersebut berdekatan dengan tanaman yang sering diserang. Pastikan mulut cawan sama aras dengan medium tanah bagi memudahkan siput masuk ke dalam perangkap.
  3. Dah siap! Semudah tu je dah boleh selamatkan tanaman korang daripada serangan siput perosak.

Selamat mencuba!

[ARTIKEL PANAS]

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

IKLAN