Terus hilang mood bila nampak pokok-pokok yang ditanam habis hancur daunnya dimakan siput perosak. Paling sakit mata, bila tengok pokok tersebut hanya tinggal sebatang sahaja dan tunasnya juga turut di makan. Bila dibelek-belek habis daun-daun berlubang.
Ini memang tak lain tak bukan kerjanya si siput babi. Kalau serangga perosak yang aktif waktu malam memang siput.
Bagi yang mempunyai kebun, anda tidak perlu risau lagi kerana kini terdapat solusi terbaik untuk mencegah haiwan ini dari mencerobohi kebunanda dan merosakkan tanaman anda.
Nak tahu caranya? Hanya gunakan barang dua bahan dari dapur, lebih selamat kerana ianya bahan organic.
DIY PERANGKAP SIPUT
Bahan-bahannya :
1 Cawan Air
Ads
1 sudu gula
1/2 yeast
Cara-caranya :
Pertama sekali campurkan semua bahan dan letakkan dalam cawan plastik pakai buang.
Kemudian, tanam cawan tersebut berdekatan dengan tanaman yang sering diserang. Pastikan mulut cawan sama aras dengan medium tanah bagi memudahkan siput masuk ke dalam perangkap.
Dah siap! Semudah tu je dah boleh selamatkan tanaman korang daripada serangan siput perosak.
Dalam pada kesibukan seorang ibu untuk menyediakan juadah berbuka puasa bagi keluarga, dia terpaksa meninggalkan sementara anak-anaknya demi mencari kelengkapan berbuka.
Namun siapa sangka, ianya akan menjadi tragedi apabila keempat-empat anaknya di temukan meninggal dunia akibat kebakaran.
Paling terkilan, wanita tersebut baru sahaj meninggalkan rumah lebih kurang dalam 10 minit sebelum mengetahui mengenai kebakaran itu selepas dihubungi jiran.
Menurut Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian 7.49 malam itu, mangsa, Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam bilik air di bahagian dapur kediaman mereka.
Ketika kejadian, ibu mangsa yang berusia 31 tahun terpaksa keluar sebentar untuk ke kedai berhampiran, manakala bapanya yang berusia 30 tahun bekerja di sebuah restoran.
“Maklumat awal oleh ibu mangsa mengatakan keempat-empat anaknya ditinggalkan sementara di rumah dalam keadaan pintu bahagian dapur tidak berkunci.
“Bagaimanapun, kita percaya keadaan api marak menyebabkan empat beradik ini gagal mencari jalan keluar sebelum kesemua mayat ditemukan di dalam tandas dipercayai untuk menyelamatkan diri.
“Kebakaran dipercayai berpunca akibat litar pintas, namun ia masih dalam siasatan lanjut pihak bomba. Mangsa sudah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan setakat ini, kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Dalam kebakaran itu, sebanyak 80 peratus kemusnahan dilaporkan hanya dalam beberapa minit ianya berlaku. Pihak bomba mengambil masa 5 minit bagi mengawal kebakaran tersebut.
“Setelah api padam sepenuhnya, bomba bertindak membuat pencarian mangsa sebelum menemukan mayat dua kanak-kanak perempuan dan dua kanak-kanak lelaki,” katanya.
Siapa yang tak sedih apabila berdepan dengan kehilangan dengan insan yang paling disayangi lebih-lebih lagi apabila Syawal semakin menjelang.
Dalam keterujaan membuat persiapan untuk menyambut lebaran, pastinya segala persiapan untuk insan disayangi akan diutamakan. Begitulah juga yang dilakukan oleh seorang wanita, yang teruja untuk menyambut lebaran bersama ayahnya lebih-lebih lagi selepas kehilangan ibunya tahun lalu.
Menceritakan kembali detik memilukan itu, Siti Ardila mengatakan yang arwah ayahnya itu ada mengatakan yang ingin beraya bersama ibunya tahun ini sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Ramadan ke-27 yang lalu.
“Halus saja permintaan abah baru-baru ni. Dia cakap untuk Ramadan tahun ni dia nak ‘beraya’ dengan mak yang meninggal dunia 21 Februari 2022.
“Malam sebelum abah meninggal, dia call nak ajak berbuka puasa bersama. Saya pesan dekat dia nak bagi baju raya. Memang setiap tahun saya belikan baju raya untuk mak dan abah sebab seronok tengok mereka gembira dapat baju baharu.
“Tapi kali ni abah bergurau, dia kata bagi baju raya dekat adik. Dia nak pakai baju raya yang mak bagi, sepasang baju Melayu teluk belanga warna putih. Tapi abah tak pakai pun sehingga hari mak meninggal dunia.”
Siapa sangka, apabila dimaklumkan yang ayahnya sudah tidak sedarkan diri kira-kira pukul 5 petang pada hari berkenaan, mereka terus membawa ayahnya ke klinik berdekatan.
“Abah ada masalah sakit jantung dan buah pinggang. Selepas raya baru nak buat dialisis. Abah pernah bagi hint (petanda), katanya selepas ni dia nak sihat, tak nak makan ubat dah, rupanya deritanya berakhir.
“Hari abah meninggal tu saya memang nak balik selepas Asar sebab janji nak berbuka sama. Tapi tiba-tiba adik call beritahu abah dah tak sedarkan diri jadi saya pun bergegas balik ke rumah nak bawa dia pergi klinik berdekatan.
“Dalam perjalanan dapat rasa badan abah panas. Saya menangis peluk abah dan berharap sangat dia sedar dan panggil nama saya masa tu tapi tak ada respons daripada abah.
“Rupanya bila sampai ke klinik, doktor beritahu abah dah tak ada lebih kurang 30 minit sebelum tu. Kami tiba di klinik agak lambat kerana kesesakan lalu lintas.”
Dia sememangnya tidak menyangka bapanya sudah tidak lagi bernyawa dalam pelukannya sepanjang perjalanan itu
“Tipulah kalau tak sedih sebab dah tak boleh beraya dengan mak dan abah. Tapi saya bersyukur sebab mak abah dapat jumpa dekat ‘sana’. Impian abah nak kubur betul-betul sebelah pusara mak pun dimakbulkan.
“Bagi saya, abah dan mak memang pasangan sejati. Lahir pun tahun (1960) sama. Semasa hayat mereka, mak akan temankan abah solat tahjud dan witir pagi bersama. Orang lama bercinta ni memang legend.
“Satu perkara saya belajar daripada kisah ‘hero’ saya ni… kematian tu tak akan menunggu kita walau sesaat pun. Kematian itu adalah ketentuan Tuhan dan bukannya permintaan.
“Peluang untuk menghargai ibu bapa hanya datang sekali. Bagi mereka yang masih ada mak dan ayah, hargailah mereka,” ujar Dila.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam setiap rumah, selera hiburan setiap ahli keluarga pastinya berbeza. Ayah mungkin gemar mengikuti rancangan sukan, ibu pula mahu melayan drama penuh emosi, si kecil sukakan kartun, sementara anak remaja lebih tertarik dengan filem atau rancangan antarabangsa.
Sebab itu, pilihan hiburan di rumah hari ini perlu lebih mudah, fleksibel dan sesuai untuk semua. Bukan sekadar menawarkan pelbagai kandungan, malah perlu senang diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Menjawab keperluan itu, AstroX3 baharu tampil sebagai solusi hiburan semua dalam satu untuk keluarga moden. Lebih menarik, pelbagai kandungan boleh distrim serta-merta tanpa memerlukan peranti Astro atau proses pemasangan.
Perkara paling penting apabila memilih platform hiburan keluarga ialah setiap ahli rumah mempunyai pilihan mengikut minat masing-masing. Dengan AstroX3, seisi keluarga boleh menikmati pelbagai kandungan tempatan dan antarabangsa dalam satu platform.
Buat peminat drama, antara pilihan menarik termasuk Bulan Henti Bicara dan Ikatan Terlarang. Mereka yang menggemari program realiti dan hiburan pula boleh mengikuti Big Stage Rocketfuel atau Dapur Bapak-Bapak.
Anak-anak juga tidak ketinggalan dengan kandungan seperti Didi & Friends Dream Jobs, Oga & Friends, Paw Patrol dan Cocomelon.
Untuk malam filem seisi keluarga, antara judul yang boleh dipilih ialah Fast X, Love Phobia, The Minions: Rise of Gru dan Puss in Boots: The Last Wish.
Bagi peminat sukan pula, Astro X3 turut menawarkan aksi hebat secara langsung seperti Premier League, BWF, MotoGP dan Tenis. Pendek kata, ada sahaja pilihan untuk setiap ahli keluarga.
Kadangkala jadual harian yang padat menyebabkan kita terlepas episod atau program kegemaran. Ayah mungkin pulang lewat dari tempat kerja, manakala anak pula mempunyai kelas tambahan pada waktu malam.
Dengan fungsi on-demand menerusi Astro X3, kandungan pilihan boleh distrim pada waktu yang lebih sesuai. Terlepas sesuatu rancangan, sambung sahaja kemudian. Mahu berhenti seketika, tekan pause. Mahu mengulangi babak tertentu, gunakan fungsi rewind. Mahu terus ke bahagian seterusnya, tekan skip.
Fleksibiliti ini membolehkan setiap ahli keluarga mengatur waktu hiburan mengikut keselesaan masing-masing, tanpa perlu lagi berebut giliran di hadapan TV.
Hiburan hari ini tidak lagi terhad di ruang tamu. Ada yang lebih selesa melayan drama di dalam bilik, berehat sambil mengikuti program kegemaran atau menyambung filem melalui tablet dan telefon pintar.
Kini ibu bapa tidak perlu lagi risau jika ingin menonton rancangan kegemaran mereka pada masa yang sama anak-anak mahu menikmati rancangan kartun. Dengan Astro X3 baharu kandungan boleh distrim secara serentak pada dua skrin menerusi peranti serasi seperti Smart TV, laptop, telefon pintar atau tablet. Oleh itu, setiap ahli keluarga boleh menikmati hiburan masing-masing dengan lebih selesa.
Satu lagi kelebihan Astro X3 ialah pengguna boleh menambah dan menstrim aplikasi popular seperti Disney+, iQIYI, Prime Video, beIN SPORTS CONNECT dan banyak lagi melalui Astro.
Lebih mudah, semua langganan tersebut boleh disatukan dalam satu bil. Pengguna tidak perlu lagi pening menguruskan pelbagai langganan dan pembayaran secara berasingan setiap bulan.
Bagi keluarga yang mahukan pilihan hiburan lebih lengkap, ciri ini sememangnya praktikal. Satu platform, satu bil dan lebih banyak kandungan untuk dinikmati bersama.
Antara tarikan utama Astro X3 ialah kemudahannya yang lebih praktikal dan sesuai dengan gaya hidup pengguna masa kini.
Tanpa memerlukan box, proses pemasangan atau menunggu janji temu teknikal, pengguna boleh mengakses hiburan kegemaran dengan lebih pantas dan mudah.
Pengguna hanya perlu melanggan pelan pilihan, memuat turun aplikasi Astro GO di telefon pintar atau aplikasi Astro di Smart TV, kemudian mula menstrim kandungan pilihan serta-merta.
Pendekatan ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah memberikan lebih kebebasan kepada pengguna untuk mengakses pelbagai kandungan mengikut keselesaan masing-masing. Semuanya boleh dimulakan dengan cepat tanpa proses yang rumit atau melecehkan.
Bagi menawarkan lebih fleksibiliti, Astro juga bakal memperkenalkan pilihan langganan tanpa kontrak mulai Disember 2026. Pilihan ini memberi lebih kebebasan kepada pelanggan untuk menikmati perkhidmatan mengikut keperluan dan gaya hidup masing-masing.
Astro X3 kini ditawarkan pada harga serendah RM39.99 sebulan. Tanpa box dan tanpa pemasangan, hanya langgan dan strim hiburan kegemaran anda serta-merta. Layari astro.com.my atau kunjungi premis Astro berdekatan untuk maklumat lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.