Umum mengetahui, penyanyi terkenal era 90-an iaitu Shima menderita masalah ‘slipped disc’ sejak beberapa tahun yang lalu yang membuatkan dia berjaya menurunkan berat badan daripada 85 kilogram (kg) ke 48kg dalam tempoh setahun.
Namun kira-kira sejam lalu, penyanyi terkenal dengan lagu hit Teringin iaitu Shima membuatkan ramai pengikutnya di Facebook terkejut membaca kemas kini di akaun miliknya.
Menurut Shima atau nama penuhnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman, 53, dia mendedahkan bahawa dirinya kini terpaksa bergantung hidup dengan memakan ubat setiap hari.
“Saya kini tergolong dalam golongan yang kena makan ubat dan pakai pampers hingga akhir hayat,” memetik status Facebook dimuatnaiknya sebentar tadi.
Ekoran itu ramai pengikutnya termasuk kenalan artis meninggalkan komen bertanyakan keadaan terkininya, namun Shima tidak membalas komen-komen tersebut.
Ads
Pun begitu, tidak sampai sejam status itu ditulis, Shima dilihat telah memadamnya dan membiarkan para pengikut terus tertanya-tanya.
Sehingga kini setelah dua jam selepas entri berkenaan dipadamkan, Shima masih tidak memberi sebarang respons terhadap persoalan dicetuskannya, bahkan usaha menghubunginya gagal. – BOOM!
Pelakon dan pengacara terkenal, Dynas Mokhtar telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan yang terletak di Kuala Lumpur pada hari Sabtu yang lalu.
Berita ini telah dikongsikan sendiri oleh Dynas melalui laman Instagramnya.
“Ketentuan Ilahi. Alhamdullilah seorang bayi perempuan untuk kami.” Ujarnya melalui kapsyen di IG.
Ini merupakan anak keempat Dynas dan anak kedua bersama suaminya, Mohamad Shazrik Che Mohd Din selepas dikurniakan anak lelaki, Edriel Obil yang kini berusia 3 tahun.
Terdahulu, Dynas dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Khya Khalyssa yang berusia 12 tahun dan Mohamed Haqaish yang kini berusia 9 tahun melalui perkahwinan terdahulu.
Murid tahun 1 dirai dengan maskot Bumblebee dan Optimus Prime, hilang gementar pergi sekolah. Murid tahun 1 sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah. Mungkin ada yang sudah biasa dengan suasana di sekolah namun tidak kurang juga yang berasa asing bila berada di sekolah.
Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perai meriah apabila murid-murid yang memulakan sesi persekolahan bagi sesi 2025/2026 termasuk Tahun 1 disambut oleh maskot gergasi Bumblebee dan Optimus Prime, watak popular daripada siri filem Transformers.
Murid-murid SK Kuala Perai bergambar bersama maskot Sang Kancil, Bumblebee dan Optimus Prime yang berada di hadapan sekolah pada hari pertama persekolahan pada Isnin.
Dengan ketinggian hampir tiga meter, kedua-dua maskot tersebut menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan murid malah ibu bapa serta guru yang hadir mengiringi anak-anak mereka untuk sesi persekolahan pertama tahun ini.
Menurut Guru Besar SK Kuala Perai, Aini Najwa Othman, idea tersebut tercetus bagi mengurangkan rasa cemas dan takut dalam kalangan murid-murid baharu yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.
Dua murid teruja apabila dapat bersalaman dengan maskot robot sebelum memasuki pekarangan sekolah untuk memulakan sesi persekolahan.
“Kami memahami bahawa hari pertama sekolah boleh menjadi satu pengalaman yang mendebarkan bagi murid-murid Tahun 1.
“OLEH ITU, PIHAK SEKOLAH INGIN MELAKUKAN SESUATU YANG BERBEZA, SESUATU YANG BOLEH MEMBUATKAN MEREKA TERUJA DAN GEMBIRA UNTUK MEMULAKAN PERJALANAN BAHARU INI.
“Usaha ini juga sebagai peniup semangat kepada murid-murid sekolah terutamanya prasekolah dan Tahun 1. Kedua-dua maskot robot dan Sang Kancil akan berada di sini selama dua jam,” katanya ketika ditemui di pekarangan sekolah di sini pada Isnin.
Beliau berkata, SK Kuala Perai menerima 46 murid Tahun 1 dan lebih 40 murid prasekolah bagi sesi 2025/2026.
Dalam pada itu, ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka turut memuji usaha pihak sekolah dalam menceriakan hari pertama persekolahan.
Muhammad Daniel Abdullah, 33, berkata, dia berasa lega apabila raut wajah anaknya bertukar ceria selepas ternampak dua maskot robot di hadapan sekolah.
“SAYA MEMANG RISAU SEBAB ANAK SAYA PRASEKOLAH, JADI INI KALI PERTAMA DIA MASUK SEKOLAH. TADI DI RUMAH, MUKA DIA NAMPAK RISAU, TAKUT. SAYA PUN RISAU ANAK SAYA MENANGIS SELEPAS SAMPAI DI SEKOLAH.
“Tetapi apabila sampai depan sekolah, raut muka dia dah berubah. Dia nampak seronok dan tidak menangis selepas masuk ke kawasan sekolah. Lega saya. Bagus sekolah buat usaha ini,” katanya.
Pekerja kilang, Zan Azriani Rahim, 36, berkata, usaha sekolah dengan membawa dua maskot robot di hadapan sekolah adalah tindakan bijak.
“Saya puji dengan usaha ini, murid-murid jadi semangat nak masuk sekolah terutamanya murid Tahun 1 seperti anak saya.
“Mereka lupa dengan perasaan gementar untuk mengikuti alam persekolahan,” katanya.
Suri rumah, Saforah Awang, 31, berkata, dia berharap agar pihak sekolah meneruskan usaha seperti ini dalam memberi semangat kepada murid-murid untuk datang ke sekolah.
“Usaha ini wajar diteruskan, bukan saja murid-murid malah kami sebagai ibu bapa pun seronok tengok anak-anak gembira masuk sekolah,” katanya.
Atas kekangan masa, ramai yang memilih untuk membeli pakaian secara online sahaja. Selain menjimatkan masa, ada pelbagai pilihan yang boleh dipilih dengan hanya melayari website. Masa juga dapat di jimatkan untuk pergi bertandang ke butik.
Tak dinafikan sekarang ramai memilih untuk membeli baju secara online. Tak perlu lagi bersesak-sesak, design menarik warna pun pelbagai.
Namun, ada satu masalah apabila membeli baju secara online ini iaitu baju yang dibeli tidak kena saiznya. Ukur badan pun dah tapi tak juga muat dengan saiznya.
Mungkin cara kita ukur tu tak tepat jadi untuk tahu cara yang betul, seorang wanita bernama Ida Ismail telah berkongsikan cara yang betul untuk kita ukur badan dari seseorang bagi mendapatkan saiz baju boleh ngam dengan badan kita.
CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN!
Seeloknya diambil ngam-ngam, jadi mudah untuk mengagak dan mengubah kelonggaran semasa membuat pola.
1. Bahu
Diukur di bahagian belakang dari tulang bahu kanan ke tulang bahu kiri. Lalukan sedikit di atas pangkal leher.
2. Dada
Ukur keliling dada dari belakang melalui mercu dada.
3. Pinggang baju
Ukuran pinggang untuk baju sahaja iaitu keliling pinggang yang paling ramping.
4. Pinggang kain
Ada yang sama ada yang tidak dengan pinggang baju. Bagi yang memakai ‘low waist’ ukur dibahagian tersebut.
5. Punggung
Ukuran dari puncak punggung yang paling menonjol sehingga ke perut. Bagi yang perut agak buncit atau mengandung, ukur dari belakang punggung hingga perut yang paling tinggi. Jika tidak sendat nanti kain bahgian perut.
6. Labuh lengan
Bengkokkan sedikit tangan dan ukur dari tulang bahu ke labuh lengan yang dikehendaki. Tangan dibengkokkan untuk memberi labuh yang sebenar.
7. Leher
Ukur dari belakang leher sehingga ke tulang leher hadapan.
8. Labuh baju
Sebaik-baiknya ukur dari hadapan melalui dada dan ke labuh yang dikehendaki. Ukuran melalui dada supaya baju tidak terjongket.
9. Labuh kain
Ukur dari pinggang kain terus ke lantai/ bawah tapak kaki (tidak memakai kasut). Kalau untuk kasut tumit tinggi, lebihkan untuk tumit.
10. Labuh jubah
Ukur dari bahu bersebelahan dengan pangkal leher melalui dada dan terus ke labuh yang dikehendaki.
Semoga selepas ini tiada lagi masalah saiz baju belian online tak muat dengan badan. Ukur baju di badan sendiri ya!
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.