Ramadan bakal menjelang tak lama lagi, jadi nak memudahkan ibu-ibu menyediakan susu kurma untuk bersahur, apa kata buat je stok kurma.
Cukup mudah, dah siap simpan dan bila nak minum, campur kan je dengan susu terus minum.
Resipi ini dikongsikan oleh puan Nadiah Latfi. Selamat mencuba!
Stock pati kurma utk sahur. Campur dgn susu & ready utk minum. Minum ni je pon dah cukup utk bertahan sampai berbuka. Dalam masa sama boleh kurus 😜. Selamat berpuasa semua.
Ads
1) buang biji & basuh kurma
2) stim 20min
Ads
3) blend sampai hancur
4) simpan dlm bekas & boleh letak dlm fridge
Ads
5) campurkan 2 sudu pati kurma & susu (any susu yg sedap di tekak masing2). Ready utk minum. Boleh jugak campur madu, badam, kismis etc. 😇
~~feel free to share
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kes cabul dikalangan kanak-kanak tidka boleh dipandang ringan. kes sebegini sudah terlalu banyak dilaporkan oleh media. Paling merunsingkan, si pelaku adalah orang terdekat yang paling dipercayai.
Justeru, sebagai ibu bapa seharusnya memainkan peranan dalam hal ini bagi mengelakkan anak-anak menjadi mangsa.
Saudara Firdaus Mokhtar berkongsi satu kisah pesakit wanita yang menderita depresi akibat anak perempuannya dicabul oleh anak lelaki pengasuh.
Semoga kisah ini menjadi teladan untuk ibu bapa lain supaya berhati-hati dalam menjaga keselamatan anak-anak. Dalam masa yang sama kena bertindak dengan mendidik anak-anak kita tentang perkara ini.
“Saya tak percaya siapa-siapa!” Kata seorang pesakit kepada isteri saya.
Meskipun sesi telah berjalan lama, emosi pesakit ini masih belum dapat ditenangkan. Iyalah, itu adalah sesi yang pertama. Memang kes-kes macam ini kena lalui beberapa sesi.
Pada mulanya dia tak banyak bercerita. Namun akhirnya dia berani untuk buka mulut.
Dia bukan sengaja untuk selalu tidak ke tempat kerja. Kerap ambil cuti. Sampai cuti tahunan habis. Ambil pula cuti tanpa gaji. Akhirnya bila hujung bulan gaji jadi sikit. Tekanan!
Pesakit ini dirujuk ke hospital kerana major depression disorder (MDD). Dia jadi marah tiba-tiba. Menangis tiba-tiba tanpa sebab. Terlalu berfikir dan selalu berdebar-debar. Takut dengan macam-macam benda.
“Saya tak sangka anak dia buat macam tu. Anak lelaki dia baru tingkatan 1,” air mata pesakit tadi mula jatuh. Dia mula tak tenteram.
Anak perempuan pesakit ini berusia 4 tahun. Dicabul oleh anak lelaki pengasuh. Entah berapa lama dah jadi, tak diketahui.
Cuma akhirnya dapat tahu bila satu hari anak dia mengadu sakit di kemaluan masa mak dia mandikan dia. Anak dia kata anak pengasuh masukkan jari ke kemaluan. Jadi sakit.
“Lama dah ke abang L buat macam tu?” Soal pesakit tadi ke anak dia.
“Dah lama. Tapi sebelum ni usik usik je,” balas anak tadi.
Luluh hati mak ini. Anak yang dijaga sehabis baik diperlakukan begitu oleh orang lain.
Menambah tekanan bila ditanya ke pengasuh, dia dimarahi. Malah diugut pula.
“Kalau pergi buat laporan polis, aku pun akan buat laporan polis juga. Kau tuduh anak aku buat bukan-bukan. Percaya sangat cakap budak umur 4 tahun!”
Eh, aku pula geram. Hah! Akhirnya laporan dibuat, pemeriksaan hospital mengesahkan memang anak dia dicabul dan ada kesan tusukan.
Maka sejak itu pesakit ini tadi tidak percayakan siapa-siapa. Termasuk timbul ragu-ragu dan ketakutan kepada suami sendiri. Jadi depresi.
Dia tak pergi kerja sebab dia nak pastikan dia sendiri jaga anak dia. Tengok depan mata. Ada selalu sebelah anak dia. Begitu.
Kalian semua, ini sedang berlaku. Malah banyaknya kes begini di negara kita.
Saya kepilkan laporan statistik PDRM kes pedofilia yang keluar semalam di dada akhbar Sinar Harian. Ada banyak data cuma saya lampirkan data tentang hubungan suspek dengan mangsa.
Ada banyak pemangsa yang datang daripada pelbagai latar belakang dan perhubungan. Ada yang jauh, ada yang memang keluarga terdekat.
Ya Tuhan, dunia apa yang kita sedang hadap ini? Menakutkan.
Bukanlah niat saya untuk menimbulkan ketakutan kita buat orang sekeliling kita. Tapi kita kena bertindak dengan mendidik anak-anak kita tentang perkara ini.
Maka pesan saya;
1. Ajar mereka soal menjaga kehormatan mereka daripada disentuh oleh orang lain. Sesiapa sahaja dilarang menyentuh kemaluan mereka. Sebut sungguh supaya kes begini boleh kita jauhkan.
2. Berhati-hati memilih pengasuh. Kenali juga keluarga terdekat pengasuh. Suami dia kerja atau tidak, anak pengasuh umur berapa, ada sesiapa lagi tak yang tinggal di rumah pengasuh.
3. Ajar anak sensitif dengan persekitaran. Rajin berbual dengan anak-anak. Supaya anak-anak tidak rasa janggal untuk berkongsi masalah dengan kita.
Bila kes macam ini berlaku, kesannya bukannya kecil. Bukan satu-satu keluarga tapi mungkin akan meruntuhkan sebuah rumahtangga. Iya, rumahtangga mangsa tahu, bukan rumahtangga si pemangsa tadi.
Kesannya juga akan kekal lama. Pada emosi mangsa dan keluarga mangsa tadi. Macam saya pernah tulis sebelum ini, kadang sampai mangsa ini dewasa. Boleh jadi Post Traumatic Stress Disorder bertahun lama.
Allahu.
Kawan-kawan, semoga kita sentiasa dalam kasih sayang Tuhan. Sebarkan demi kebaikan kita bersama.
Sekian.
Firdaus Mokhtar, Kasihanilah kami wahai Tuhan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kejayaan takkan datang bergolek tanpa diiringi usaha gigih dan doa. Itu yang dilakukan oleh anak muda bernama Luqman Suhaimi ini.
Lahir dalam keluarga susah menyebabkan dia nekad untuk mengubah nasib mereka. Anak ke 8 dari 11 beradik ini tidak bersandarkan omongan kosong semata-mata. Sebaliknya, dia mahu membuktikan kejayaan akan dikecapi jika disusuli dengan kesungguhan.
Tidak hairanlah dia bukan hanya cemerlang dalam pelajaran, tetapi berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkenal di London dalam bidang kejuruteraan dengan mendapat tajaan penuh.
Menerusi catatannya di laman instagram, Luqman berkongsi kehidupan mereka adik-beradik.
Mengakui kesusahan ibu ayah antara penguat semangatnya untuk berjaya, Luqman memberitahu ibunya seorang penjual kuih manakala ayahnya bekerja sendiri mengambil upah membuat papan tanda. Hasil pendapatan tersebut digunakan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.
Justeru, dia mahu buktikan anak golongan susah boleh berjaya jika mengutamakan pelajaran kerana itu yang akan mengubah nasib keluarga.
“Bukan mudah berada dalam keluarga besar yang mempunyai 11 orang adik beradik. Ketika rakan-rakan lain pergi bercuti, saya pula hanya mampu berharap dapat mengunjungi pasaraya terdekat semasa cuti hujung minggu.
“Tetapi saya sangat teruja bila ayah belanja kami adik-beradik makan KFC, itupun sekali dalam tempoh beberapa bulan,”ujar Luqman menerusi kapsyennya.
Malah menurut Luqman lagi, keluarganya juga sering berpindah-randah dari satu rumah ke satu rumah disebabkan ibu ayah yang terpaksa bekerja keras untuk menyara kami sekeluarga.
“Jadi masa kanak-kanak saya banyak dihabiskan dalam kejiranan yang berbeza. Saya selalu sahaja terlambat pergi ke sekolah kerana ayah terpaksa menghantar kami adik-beradik ke 3-4 sekolah yang berlainan.
“Sebagai seorang kanak-kanak, saya mempunyai keinginan dan selalu merasa cemburu apabila orang lain mudah mendapatkan apa yang mereka inginkan. ”Best haritu mak aku bagi aku phone baru sbb dpt 6A untuk PMR. Hg dapat 8A PMR mesti hadiah lagi best kan?” Saya hanya tersenyum tanpa menjawab soalan tersebut.
“Saya terpaksa bekerja keras dalam subjek biologi sewaktu di sekolah menengah dan selalu berharap untuk bertanya pada ayah jika saya boleh mengikuti kelas tambahan. Tetapi, saya tidak sampai hati untuk bertanya padanya kerana saya tahu duit yang ada perlu digunakan untuk menyara adik-adik yang masih kecil,”jelasnya lagi.
Maish segar diingatannya bila mana suatu pagi semasa dalam kelas bahasa Inggeris, cikgu bertanya soalan yang sememangnya dia sudah dapat menjangkanya. “Luqman, cuma tinggal kamu sorang je belum bayar yuran sekolah. Bila boleh bayar eh?”
Ketika itu, Luqman tahu dia tidak boleh minta dari ibu ayah kerana adik-adik yang lain juga memerlukannya untuk perbelanjaan yuran sekolah mereka.
“Jadi saya perlu mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan wang. mula-mula saya menjual t-shirt sewaktu di sekolah. Dari situlah, saya mula mengumpul wang bagi menampung perbelanjaan semasa di sekolah.
“Sehingga usia saya menginjak ke 16 tahun, kehidupan saya mula berubah. Saya mula benci untuk bangun pagi ke sekolah tetapi saya tersedar bahawa masih ramai lagi di luar sana yang tak bernasib baik dan tidak berpeluang untuk belajar.
“Pernah saya menangis kerana terlalu ingin memakan KFC, tetapi tetapi apabila melihat nasi + telur + kicap pada pinggan, saya rasa beryukur kerana masih mendapat makanan. Saya selalu merungut kerana tidak pernah mempunyai bilik sendiri tetapi apabila melihat bumbung di atas kepala, saya rasa bersyukur mempunyai tempat berteduh.
Hasil daripada rasa bersyukur walau hidup serba kekurangan, sekarang saya dalam perjalanan ke London, mengejar impian segulung ijazah di bawah biasiswa Petronas. Sekarang bukan sahaja saya mempunyai duit yang lebih dari cukup untuk diri sendiri, tetapi juga saya dapat menghulurkan sedikit bagi membantu keluarga.
Alhamdulillah. Terima kasih Petronas kerana memberikan saya peluang menyambung pelajaran. Paling penting, terima kasih kedua-dua ibu ayah yang telah banyak berjasa. Jika mereka memberikan apa yang saya mahukan dulu, mungkin saya tidak dapat mempunyai apa yang saya ada sekarang.
Bagi yang hadapi masalah angin dalam badan tentu tahu bagaimana sukarnya untuk menjalani rutin harian.
Selain mendapatkan nasihat pegawai perubatan,boleh amalkan petua orang lama termasuk makan herba seperti halia.
Sebagaimana perkongsian ini, berkongsi cara penyediaan sambal halia petua daripada arwah ibunya.
Ikuti perkongsian ini.
Sambal Halia
Petua amalan Arwah Mak, diturunkan pada kami Adik Beradik.
Senjata ampuh untuk masalah angin dlm badan, mengatasi sengal2 sendi, kebas2 kaki dan tangan, lenguh2 badan, bandan rasa tak bermaya, urat masuk angin, sangat2 bagus untuk ibu lepas bersalin yg mengalami bentan.
Makan dengan nasi panas.InsyaAllah.. Lepas makan badan berpeluh2, buat kerja pun cergas, bangun pagi tak rasa sakit2 badan lagi
Bahan : 1 inci Halia mentah 1 sk lada hitam biji 1 sb ikan bilis goreng 1 ulas bawang putih mentah
Cara : Tumbuk semua bahan dan boleh dihidang. Makan dengan nasi panas
Kalau badan terasa lenguh2, elakkan makan sayuran sejuk dan banyak angin mcm bayam, kangkung, daun ubi, petai dn jering ye. Pakai sarung kaki. Dulu2 mmg tak percaya petua ni, ye lah.. muda2 asik nak kan fakta bukan auta dan kajian sains. Bila dah bersalin, peranak pinak dan dah berusia ni baru tau dan rasa keberkesanan mengamalkan petua dan pantang2 ni.
Kalau tak larat nak buat sambal ni time sakit, buat teh halia. Hiris 1 inci halia, masukkan dalam secawan air panas, bila dah suam, minum perlahan2 sampai habis. Amalkan hingga badan rasa cergas semula.
Sumber: Humairah Al-Hamra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.