Cara Mudah DIY Tempat Laundry Guna Bakul Yang Simple Tapi Praktikal. Kreatif & Jimat Belanja!

Share

Ruang yang sempit pasti membuatkan ibu-ibu rasa pening dan ‘sakit mata’ terutama untuk meletakkan bahan pencuci. DIY barangan di rumah, antara aktiviti hujung minggu yang cukup bermanfaat.

Selain mengemas dan mencuci pakaian boleh juga cuba aktiviti DIY ini menggunakan bakul untuk menempatkan pencuci pakaian dan sebagainya.

Kaedah yang dikongsikan ini menyelesaikan masalah ruang yang terhad serta membuatkan ia nampak tersusun kemas serta praktikal.

Yang penting kaedah ini juga menjimatkan kos kerana barang yang digunakan murah dan boleh dibeli mengikut bajet sendiri tak sampai pun RM30.

Kreatif dan jimat belanja cara yang ditunjukkan oleh puan  Nor Suhaida Saiman yang berkongsi idea DIY rak dengan menggunakan bakul.

Mudah sangat dan menjimatkan dengan kaedah ini. Boleh diletakkan barang-barang laundry. jom Cuba tiru cara ini.

Aktiviti diy hujung minggu bsama en.suami😅 br bljr…rs2 wat 5 lubang jer..yg slebih2nya en.suami yg buatkan..hihi.. 🤗🤗🤗🤗

Bakul 3pcs × rm2.30 = rm6.90

Roda 2pek × rm2.30 =rm4.60

Bentuk L(xtahu nm😂)

* 2pek × rm2.30 = rm4.60

Skru (bl kat hardware) = rm12

Total = rm27.80 shj

Barang semua kat ecoshop:

🛒https://shp.ee/rfh98mb

Rak ala troli ini sangat berguna walaupun nampak simple je. Yang penting mudah dan murah.

Selamat mencuba

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN