Ruang yang sempit pasti membuatkan ibu-ibu rasa pening dan ‘sakit mata’ terutama untuk meletakkan bahan pencuci. DIY barangan di rumah, antara aktiviti hujung minggu yang cukup bermanfaat.
Selain mengemas dan mencuci pakaian boleh juga cuba aktiviti DIY ini menggunakan bakul untuk menempatkan pencuci pakaian dan sebagainya.
Kaedah yang dikongsikan ini menyelesaikan masalah ruang yang terhad serta membuatkan ia nampak tersusun kemas serta praktikal.
Yang penting kaedah ini juga menjimatkan kos kerana barang yang digunakan murah dan boleh dibeli mengikut bajet sendiri tak sampai pun RM30.
Kreatif dan jimat belanja cara yang ditunjukkan oleh puan Nor Suhaida Saiman yang berkongsi idea DIY rak dengan menggunakan bakul.
Mudah sangat dan menjimatkan dengan kaedah ini. Boleh diletakkan barang-barang laundry. jom Cuba tiru cara ini.
Aktiviti diy hujung minggu bsama en.suami😅 br bljr…rs2 wat 5 lubang jer..yg slebih2nya en.suami yg buatkan..hihi.. 🤗🤗🤗🤗
Bakul 3pcs × rm2.30 = rm6.90
Roda 2pek × rm2.30 =rm4.60
Bentuk L(xtahu nm😂)
* 2pek × rm2.30 = rm4.60
Ads
Skru (bl kat hardware) = rm12
Total = rm27.80 shj
Barang semua kat ecoshop:
🛒https://shp.ee/rfh98mb
Rak ala troli ini sangat berguna walaupun nampak simple je. Yang penting mudah dan murah.
Menggunakan halia dalam bahan masakan adalah perkara biasa kita lakukan. Jika tidak dihiris halus, halia akan dikisar lumat untuk dijadikan pelengkap ramuan masakan kari, rendang dan sebagainya.
Malah ada juga halia diproses menjadi serbuk untuk memudahkan kita menyediakan air minuman berherba.
Namun tahukah anda, perbezaan cara pengambilan halia ini sebenarnya juga mempengaruhi kandungan khasiatnya. Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian dari Dr Suri Roowi ini.
KHASIAT HALIA BERBEZA-BEZA MENGIKUT JENIS DAN CARA PENYEDIAANNYA
Kajian saintifik menunjukkan HALIA SEGAR boleh kurangkan demam. Ia disebabkan oleh kehadiran bahan zingiberene yang boleh menghalang jangkitan virus selain bersifat antibakteria dan antitumor. Kajian oleh Amerika Pain Society pada tahun 2010 menunjukkan halia boleh mengurangkan sakit otot akibat ‘exercise’ yang berlebihan.
Selain itu, HALIA SEGAR membantu masalah rheumatoid athritis, menurunkan tekanan darah tinggi dan mengatasi masalah ‘gastric’.
Jika HALIA segar di MASAK, bahan berkhasiat dalam halia segar (yang dikenali sebagai gingerol) akan membentuk bahan berkhasiat lain yang dikenali sebagai zingeron. Zingeron boleh bantu kawal berat badan.
Kandungan gingerol paling tinggi dalam HALIA BARA diikuti HALIA BENTONG dan HALIA MAKAN. Kajian oleh Saintis UPM mendapati halia bentong dan halia bara yang di simpan dalam ‘chliller’ pada suhu 5C masih menunjukkan kuantiti khasiat yang tinggi walaupun telah disimpan selama 4-8 bulan
Apabila dikeringkan dan dikisar jadi HALIA SERBUK, bahan gingerol akan bertukar kepada shogaol.
Shogaol adalah 2 kali lebih pedas berbanding gingerol (bahan dalam halia segar).
Bahan shogaol boleh bertindak sebagai antioksidan dan boleh bertindak sebagai ubat batuk.
Shogaol juga boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan merencatkan pertumbuhan kanser ovari dan kanser usus besar.
Kajian oleh Saintis India, HALIA SERBUK juga membantu penyerapan zat besi dan bagus untuk masalah anemia
Ambillah halia ikut teknik penyediaan yang betul
Rujukan
a. Ubat Dari Dapur b. The Journal of Pain, Vol 11, No 9 (September), 2010: pp 894-903
c. International Food Research Journal 17: 335-347 (2010)
d. Indian Journal of Traditional Knowledge (2012) 11:78-82
Nak buat rumahtangga bahagia bukannya mudah. Jika salah cakap atau bersikap tidak sepatutnya akan buat pasangan memendam rasa hingga mengakibatkan hubungan menjadi hambar.
Malah hingga nak terlalu sempurna hingga lupa untuk bertolak ansur dan sanggup membohongi pasangan tanpa fikir akan ada kesannya kelak dalam rumahtangga.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais menerusi coretannya mengenai sikap segelintir suami isteri. Menurutnya demi bahagia, sikap itu harus ‘dibuang’ agar hubungan kekal harmoni.
Buang 6 Sikap Ini.
Suami isteri kena buang 6 perkara ini agar rumahtangga kekal bahagia. Ya, ambil peduli hal ini, walaupun nampak biasa aje! Tetapi jika dibiarkan berlarutan jadi ‘barah dalam hubungan anda dan pasangan.
1 – Rasa Ego
Akibat dari ego kepala kita susah mahu menunduk ke bawah, apa sahaja yang cuba di sampaikan oleh pasangan kita tolak bulat bulat. Hanya pandangan yang keluar dari mulut kita sahaja yang betul. Sehingga pasangan kita rasa cintanya di khianati dan terpaksa setia walaupun tiada rasa sayang lagi.
Hati yang di khianati makin lama akan makin menipis, mudah koyak bila terlalu nipis. Hati-hatilah tuan-tuan. Tak jatuh ego seorang lelaki kalau tunduk sujud bersama-sama isteri.
2 – Rasa Curiga
Bila dah terlalu sayang dan terlalu bergantung harap perasaan curiga mudah datang tanpa di undang. Tak salah ada rasa curiga, yang jadi salah bila kita biar emosi menguasai akal kita sehingga buat tindakan yang boleh buat kita menyesal. Kuatkan kepercayaan suami isteri barulah kita tak mudah pedih mata bila terkena makcik bawang.
Dalam rumahtangga kena jaga perasaan pasangan dengan menjaga pergaulan kita supaya tak timbul rasa curiga. Laki dan perempuan kena ada batas dan had pergaulan, tak kira bujang atau tidak.
3 – Penipuan
Sentiasa lah bercakap benar dengan pasangan, tak kira isu sekecil mana pun jangan ada rahsia dan penipuan antara suami isteri. Kerana penipuan ini boleh menjadi benih kepada hati yang tidak setia dan mudah di godam oleh orang ketiga.
Sepahit mana pun kebenaran itu jangan rahsia dan bohong, kerana percayalah bahawa ‘pahit kebenaran’ itu lebih manis daripada ‘manis penipuan’.
4 – Penting diri ( Selfish )
Lepas berkahwin tiada lagi istilah kau aku, yang ada hanya kita. Rumah kita, keluarga kita, hidup kita, anak kita, semua untuk kita. Rumahtangga tak dapat di bina jika akad nikah sorang-sorang, rumahtangga juga tak dapat sampai ke syurga jika seorang sahaja yang berusaha.
Penting diri tak akan jadikan hidup kita mudah bahkan ia menyusahkan. Suami isteri kena banyak berkongsi, masalah, rezeki, kebaikan, kegembiraan dan kesedihan cuba kongsi dengan pasangan barulah masing-masing tidak mudah rasa kecil hati.
5 – Degil, tidak mahu bertolak ansur
Dalam rumahtangga tiada istilah aku betul kau salah, rumahtangga sepatutnya jadi tempat untuk berlumba-lumba buat kebaikan. Sentiasa bertolak ansur walaupun kadang kala ia tak kena dengan prinsip dan selera kita tapi asalkan ia boleh beri kegembiraan pada pasangan tak salah kita mengalah.
Degil dan tak mahu bertolak ansur tak bawa kita ke mana pun, mulanya kita rasa puas sebab pendirian kita sentiasa menang tapi tanpa kita sedar pasangan berdendam dan menanti untuk hukum kita bila kita buat salah.
6 – Malas
Jangan mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan dan kita juga tak boleh beri peluang untuk pasangan mengambil kesempatan ke atas diri kita. Sama-sama berusaha mencari rezeki dengan cara masing-masing kerana dengan berusaha sahaja baru turun rezeki. Tidak untuk mereka yang malas.
Pada mulanya boleh lah rasa kasihan tapi lama kelamaan lihat pasangan malas dan tak berubah boleh datang rasa benci dan meluat. Menjadi punca keluarga bercerai berai dan lebih teruk lagi anak jadi mangsa.
Ramai yang terlepas pandang perkara ni sebab terlalu fokus untuk menjadi ‘Perfect’ sehingga terlupa kecacatan yang perlu di buang.
Tiada manusia yang sempurna, tapi tak sekali pun jadikan ketidaksempurnaan diri sebagai alasan.
Melihat dinding rumah yang ada kesan rekahan memang menyakitkan mata, terasa tidak sempurna kediaman yang dihuni.
Pun begitu, mencedok idea yang dikongsikan oleh puan Nor Surianty ini mungkin ada baiknya untuk atasi masalah tersebut buat sementara waktu.
Modal yang diperuntukkan pun bukanlah besar, dan sesiapa pun boleh lakukannya. Jadi jom semak perkongsian ini.
Cover dinding retak… en somi dok sebut ja… camana nak tutup retak kat dinding tu.. so taraaaa.. tu hasilnya bila isteri campur tangan..
Dan ini hasilnya, dengan hanya menggunakan form 3D Sticker yang dibeli dikedai eco siapa sangka bukan sahaja mampu menutup pandangan mata daripada melihat dinding rumah yang retak malah memberi gaya dekorasi yang menarik.
Idea tu datang sendiri ja.. sebab dah lepas treatment dinding tu… buruk ja rupanya… kalau nak cat balik pun.. masih nampak.. so saya fikir letak ja sticker tu.. lagipun dah nak raya.. nanti tetamu datang nampak buruk ja rupanya.
Lama dinding tu dah macam tu.. dekat 6 bulan jugak.. sebab husband dok continue wat treatment.
Tempoh masa dalam kurang dari 1 jam sebab nak kena gunting 3D form tu ikut kreativiti dan kos cuma RM 8.40 sahaja.
Ternyata dengan modal yang tidak seberapa tetap memberi efek yang menarik untuk kediaman ini.
Melakukannya juga cukup mudah, hanya gunting blok-blok tersebut dan tampalkan mengikut kreativiti.
Sumber : Nor Surianty Othman via kelab kaki deko barang eco/mr. diy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.