Pengisar antara bahan penting dan perlu ada di dapur kerana aktiviti memasak sedikit terbantut andai barang ini rosak dan sebagainya.
Selain mengisar bahan-bahan untuk memasak, ada juga bahan pengisar untuk mengisar buah-buahan dan sayuran untuk dijadikan jus.
Begitu pun, jika sering digunakan boleh menyebabkan mata pisaunya sering kali tumpul dan tidak tajam lagi. Ini menyebabkan bahan yang dikisar tidak sehalus yang anda kehendaki. Untuk mengasah mata pengisar tidak seperti mengasah pisau kerana bentuknya lebih kecil dan tidak boleh ditanggalkan.
Ads
Tidak perlu bimbang ada cara mudah untuk mengatasi masalah tersebut. Hanya guna bahan mudah ini sahaja iaitu garam kasar.
Cara menggunakannya :
Ambil garam dan masukkan ke dalam pengisar lalu kisar sebanyak satu hingga dua kali dalam sebulan.
Ads
Terdapat kristal garam yang sangat keras yang boleh membantu membuat pisau pengisar semakin terasah secara maksima. Jangan risau garam tidak akan merosakkan pengisar.
Nampak senang aje nak tanam serai. Tapi jika salah teknik, bukan aje tak merimbun tapi pokok jadi mudah kering dan tak subur.
Jika ada ilmu cara yang betul menanam serai ini, dapatlah jimat duit belanja dapur. Maklumlah serai adalah antara bahan masakan yang wajib dibeli setiap minggu.
Kali ini ikuti perkongsian cikgu Mohd Amriyang sudi memberikan tip untuk tanam serai dengan cara mudah dan elak serangan perosak.
Serai ini merupakan “senjata” utama bagi kaum wanita sewaktu berada di dapur. Kalau takda serai, rasa bagi sesuatu masakan tu tak best. Setuju ke?
Setiap kali beli di kedai atau pasar, balik-balik nanti kering dan kecut. Apa kata kali ini, sahabat beli lebih sedikit untuk masak dan cuba tanam sendiri. Cukup sekadar satu pasu pun dah ok sangat untuk kegunaan sendiri.
Antara tips yang saya boleh kongsi ialah; PERINGKAT SEMAIAN, TANAM DAN BAJA. 1. Dapatkan serai yang lebihan anda beli di kedai atau pasaraya. Biasanya, akar sudah tiada sebab dibuang oleh pembekal. Tiada masalah, sahabat tetap boleh rendamkan ke dalam air kosong. Proses ini bertujuan untuk menggalakkan akar baru tumbuh atau bertunas. Kebiasaanya, mengambil masa 4 sehingga 5 hari.
2. Setelah akar keluar, bolehlah ambil beberapa batang dan tanam terus ke dalam tanah. Kaedahnya, saya selalu tanam secara SERONG atau lebih tepatnya pada sudut 45 darjah. Tujuan, untuk lebih cepatkan pokok membesar. 3. Kedalaman tanam ke tanah tidak perlu dalam. Sekadar menutup akar dan tidak perlu sampai menutup perut serai.
4. Jenis tanah pula, jangan guna yang terlalu poros. Pada peringkat awal, saya akan siram sehari dua kali. Sehingga stabil dan mula menampakkan daun-daun baru. 5. Pembajaan tidak perlu terlalu kerap, sekadar dua minggi sekali sama ada menggunakan baja berbentuk serbuk seperti tahi ayam, kambing, baja butiran seperti baja NPK 15:15:15 atau baja berbentuk cecair seperti baja ab. 6. Pokok serai yang matang, biasanya mengambil masa selama 5-6 bulan. Tapi, saya punya tanam dalam mac haritu, dah boleh guna untuk masak tak sampai 5 bulan pun lagi, hehe.
PERINGKAT KAWALAN SERANGGA. 1. Pokok serai pun ada serangan mahkluk perosak seperti bena putih dan kulat. Justeru, boleh gunakan semburan organik seperti cuka kayu sambil diselikan dengan semburan yang telah dipelajari dari group ini. Iaitu menggunakan air rebusan cengkih, taburan kunyit atau sebagainya. 2. Selain itu, dalam 3-4 bulan sekali saya akan buat pemangkasan daub secara “ringan”bertujuan memastikan cahaya matahari sampai ke tengah rumpun. Ianya bagi mengelakkan rumpun serai terlalu lembab disebabkan daunnya terlalu lebat sehingga menutup pangkal. Apabila pangkal terlindung dari cahaya matahari, pokok mudah menjadi lembab dan serangga seperti pengorek batang menyerang dan bena putih boleh bersarang. Itu sahaja perkongsian ringkas tentang semaian, tanaman, pembajaan, dan penjagaan pokok serai. Diharap dapat membantu sahabat diluar sana.
Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang berita kemalangan ngeri yang melibatkan seorang penghantar makanan maut di tempat kejadian dan seorang lagi penunggang motorsikal mengalami kecederaan parah akibat dirempuh oleh dua kenderaan.
Berikutan kes ini, ada seorang individu tampil membuka tabung bantuan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat. Menerusi video dimuat naik pengguna dikenali @bangsabertauhid, difahamkan mereka berjaya mengutip kutipan sebanyak RM204,322 hasil sumbangan masyarakat pemurah dalam tempoh 48 jam.
Dalam pada itu, individu tersebut mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang sudi menderma bersama bagi membantu meringankan keluarga mangsa terlibat.
“Rakyat pemurah kumpul RM204,322 tanpa pengetahuan keluarga mangsa. Alhamdulillah, rakyat Malaysia sentiasa bersedia untuk misi-misi akan datang. Lets thanks each other di ruangan komen,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Sebaik sahaja menutup tabung misi tersebut, individu itu turun padang bagi melawat keluarga mangsa terlibat bagi memberikan kutipan duit yang diperoleh terutamanya isteri penghantar makanan maut yang juga sebenarnya mereka baru sahaja menikah dua minggu lalu serta isteri penunggang motorsikal yang kini sedang sarat mengandung.
“Jumlah kutipan adalah sebanyak RM204,332. Selepas itu, saya bahagi kepada dua keluarga mangsa iaitu yang meninggal dunia dan cedera parah.
“Jadi, saya bahagi sama rata. Setiap keluarga dapat RM102,161. Kemudian, untuk setiap keluarga pula saya pecahkan kepada isteri dan orang tua si suami.
“Untuk mangsa cedera parah, saya berikan 80% pada isteri sebanyak RM81, 728.80. Kemudian, baki diberikan kepada untuk ibu bapa sebelah suami dapat RM20,432.20.” katanya.
Seterusnya, dia menyatakan jumlah diberikan kepada keluarga mangsa yang maut iaitu sebanyak RM51,080.50 kepada si isteri dan RM51,080.50 kepada ibu arwah.
Perkongsian itu menerima pujian ramai netizen di mana mereka turut suka dengan cara agihan sumbangan tersebut kepada keluarga mangsa terlibat.
Bukan itu sahaja, bahkan penderma juga dapat mengetahui seberapa banyak wang disalurkan dan dapat dilihat dengan jelas mengenai pengaliran wang sumbangan tersebut.
Tak lama lagi sekolah akan dibuka. Tentu ibu-ibu sedang mencari kembali pakaian sekolah anak-anak. Apabila sudah lama tak pakai, tentu pakaian sekolah nampak lusuh. Masih ada masa untuk pastikan pakaian anak kembali tampak baharu.
Tak perlu beli yang baru. Hanya menggunakan sabun yang dibeli di kedai Eco. Harganya pun murah.
Sebagaimana yang dikongsi oleh wanita ini. Boleh cuba. Mudah dan cepat!
Basuh baju putih tanpa teruk menyental.
Bahan yang diperlukan:
Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun cap kapak/buruh (ada di Mydin) atau sabun Kilat (ada di NSK)
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
Air
Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
Cara-caranya:
1. Masukkan baju sekolah agama dulu ke dalam mesin basuh. 2. Bubuh sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh). 4. Bubuh air. 5. Guntingkan suku sabun kuning ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh). 6. Tenyehkan sabun kuning di leher baju kemeja, hujung lengan, poket..atau kesan kotoran yang lain. Lepas tu jangan lupa lempor dalam mesin. 7. Tutupkan mesin basuh. 8. Pergilah keluar berjimba dengan anak2 dan suami. Disarankan pergi shopping atau makan berat. Setakat minum cendol bawah pokok tak sempat siap. 9. Balik rumah dah siap.
10. Sidailah baju putih tersebut sambil kembang hidung hinshinsss melihatkan kebersihannya.
Mak Ramli tak sental langsung leher baju budak darjah 1 tu. Maka kurang sedikit muscle lengan MR.
Menarik perkongsian ini. Mudah buat mereka yang agak sibuk untuk menyental baju anak-anak. Lebih-lebih lagi punya anak yang ramai. Selamat mencuba!
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.