Keperluan baja pada tanaman umpama vitamin yang perlu diberi secara berjadual agar pokok yng ditanam di keliling rumah hidup dengan sihat dan mengeluarkan hasil yang banyak untuk dituai.
Andai perlu dibeli baja yang sedia ada, tentu sahaja perlu diperuntukkan wang dengan nilai tertentu.
Pun begitu, jika ada cara yang jauh lebih menjimatkan kenapa tidak hasilkan sendiri baja dari ikan seperti mana yang dikongsikan oleh Azuan Abdullah.
“CARA PALING MUDAH DAN MURAH BUAT BAJA IKAN SENDIRI DI RUMAH”
Fish Amino Asid (FAA) @ baja ikan ni banyak digunakan sebagai foliar untuk suburkan pokok. Boleh dikatakan semua sop tanaman saya akan ada FAA.
Hanya 2 bahan sahaja diperlukan iaitu ikan dan gula merah. Cara buatnya pun sangat mudah. Aqeel yang darjah satu pun pandai buat.
Baik, ini cara-cara nak buatnya.
PERALATAN
1. Pisau : 1 unit
2. Bekas dengan kapasiti 10 liter : 1 unit . Eloknya bahagian atas dan bahagian bawah bekas adalah sama saiz.
3. Kertas (tiada karbon)
4. Tali
5. Penapis : 1 unit
BAHAN-BAHAN
1. Ikan : 1 Kg
Ads
2. Gula Merah : 1.2 Kg
KAEDAH PEMBUATAN.
1. Potong ikan lebih kurang saiz 2-3 cm.
2. Bahagikan ikan yang telah dipotong kepada 4 bahagian (sama banyak).
3. Bahagikan gula merah kepada 5 bahagian (sama banyak).
4. Masukkan 1 bahagian gula merah ke dalam bekas. Ratakan ia di dasar bekas.
5. Masukkan 1 bahagian ikan ke dalam bekas tersebut dan ratakan.
6. Ulang langkah 4 dan 5 secara bergilir-gilir hingga semua bahan habis.
7. Perlu diingat, lapisan bawah sekali dan lapisan atas sekali mestilah gula merah.
Ads
8. Pastikan bahan-bahan yang diisi dalam bekas tidak melebihi 2/3 daripada ketinggian bekas. Ini penting supaya ia mempunyai ruang yang cukup untuk proses fermentasi.
Jika ruang udara tak sampai 1/3, tukar bekas. Jika tak tukar bekas, risiko untuk Fish Amino Asid yang kita buat tak menjadi adalah sangat tinggi.
9. Tutup permukaan bekas dengan kertas yang tiada karbon. Ikat hingga separa ketat.
10. Simpan ditempat redup dan biarkan selama 1 bulan.
11. Lepas 1 bulan, tapis campuran tersebut dan ambil cecairnya. Cecair tersebut dipanggil Fish Amino Asid (FAA) @ Baja Ikan.
12. Masukkan FAA ke dalam bekas untuk tujuan simpanan sebelum digunakan. Simpan ditempat redup.
CARA-CARA PENGGUNAAN
Ini contoh penggunaan untuk 1 liter air. Jika sahabat nak guna untuk kuantiti air yang lebih banyak, boleh darab sendiri ya berapa kuantiti yang diperlukan.
1. Masukkan 1 liter air ke dalam bekas penyembur. Nak lagi elok, guna air hujan atau air telaga. Kalau tak ada, bubuh je air paip.
Ads
2. Masukkan 2-25 ml FAA ke dalam langkah 1. Kuantiti FAA bergantung pada umur dan jenis tanaman. 5 ml ni lebih kurang 1 sudu makan.
3. Spray pada semua daun. Eloknya sembur awal-awal pagi.
4. Semburan FAA boleh dibuat bersama dengan Plant Booster dan racun organic. Bahasa mudahnya, FAA boleh dicampurkan dengan Plant Booster dan racun organic dalam satu alat penyembur.
5. Ulang langkah 4 setiap1-2 minggu sekali bergantung kepada tahap kesuburan pokok.
Sahabat,
Walaupun caranya nampak mudah dan simple, ada juga yang buat tak jadi. Bila saya perhatikan, ada beberapa sebab antaranya,
> Lapisan bawah sekali atau lapisan atas sekali bukan gula merah.
> Kuantiti gula merah kurang daripada kuantiti ikan.
> Guna kertas yang ada karbon. Contohnya surat khabar.
> Ruang udara bekas tak sampai 1/3.
FAA ni tak terhad pada tanaman sahaja. Kita juga boleh guna untuk semburan pada tanah.
Untuk hasilkan 500 ml FAA, kosnya lebih kurang 5 ringgit je. Andaikata kita beli yang dah siap, maharnya boleh cecah 5-10 kali ganda.
Seluk poket, tengok duit. Benda boleh jimat, kenapa perlu beli kan.
Selamat mencuba sahabat!
Sumber : Azuan Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Benar kata ulamak, rezeki terbesar selepas mati adalah doa dari anak yang soleh. Semoga kita semua dikurniakan nikmat ini. Demikian antara komen netizen selepas saudara Muhammad Hamka berkongsi kisah di Facebook selepas kematian arwah ayahnya baru-baru ini.
Di dalam perkongsian tersebut, Hamka yang menggunakan menggunakan akaun Hamka (Kereta Mayat), memaparkan kisah bagaimana ayahnya meninggal dunia di hadapan anak-anak. Lebih menyentuh hati, pengurusan jenazah sehingga ayahnya dikebumikan diuruskan sendiri kesemua anak-anak, termasuklah mengimamkan solat jenazahnya. Rezeki terakhir arwah ayah.
Sebotol air masuk ikut tangan. Habis sebotol, dan tukar botol baru, tak sempat habis, arwah telah pergi.
Rupanya rezeki terakhir arwah ayah bukan air itu sahaja. Tapi rezeki ayah adalah meninggal dunia di hadapan anak anak, kiri kanan tangan di gengam anak-anak, kiri kanan kaki di gosok anak anak. Di telinga pula kiri kanan di baca yassin dan bergilir gilir di ajar kalimah Tauhid.
Rezeki ayah tak berhenti di situ, anak lelakinya seramai enam orang, mandikan jenazah ayah, abang sulung dan nombor dua mandikah kepala ayah, anak nombor tiga meriba badan ayah, nombor empat, meriba punggung ayah, saya meriba kaki ayah, dan yang lain menyiram dan menggosok badan ayah. Ayah mandi buat kali terakhir di ribaan anak anak.
Rezeki ayah bertambah lagi kerana di imani solat jenazah oleh anak nombor dua, dikubur talkin oleh anak nombor tiga, dan tiga malam tahlil diketuai oleh anak-anak secara bergilir gilir. Malam tadi anak saya baca yassin, katanya untuk arwah datuk.
Sungguh rezeki ayah saya belum berhenti.
Dan benar kata ulamak, rezeki terbesar selepas mati adalah doa dari anak yang soleh.
Semoga kita semua dikurniakan nikmat ini. Ayah, mekar rindu dari jauh. Balik kampung tak akan pernah sama lagi…
Sob..sob..
Ps: Mekar adalah nama manja saya yang arwah ayah berikan waktu kecik dan melekat sampai sekarang. Dan cintaku pada arwah ayah dan ibu, sentiasa mekar. Woha!
#mengetehdikuburayah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila mengetahui ada individu yang kita kenali telah disahkan postif Covid-19, membuatkan hati kita turut bimbang dan cemas dengan nasib yang menimpa insan tersebut.
Apatah lagi buat si empunya badan yang menangungnya. Silih berganti rasa takut, bimbang dan sedih dalam diri mereka hanya tuhan sahaja yang tahu. Memandangkan kes disebabkan Covid-19 menunjukkan angka kematian yang tinggi, pastinya memberi impak dan ketakutan melampau jika diri disahkan positif Covid-19.
Meredakan kerisauan di hati dan memikirkan apa perlu dibuat, ustazah Asma’ Harun berkongsi saranan dan nasihat apabila ada seseorang bertanya dengan rasa yang amat takut dan ‘rasa macam nak mati’ kerana disahkan positif covid, apakah permintaan terbaik saat ini dengan Allah?
Saya jawab, minta 2 perkara dengan seikhlas dan benar-benar berniat di dalam hati :
1. Minta kesembuhan, kuat dan sihat untuk kembali kepada Allah dengan banyakkan ibadah, berubah jadi lebih baik dan tunaikan tanggungjawab yang masih banyak sesama manusia sekeliling. Maka banyakkan istighfar agar Allah ampuni kita.
2. Minta Allah beri Husnul Khatimah (kematian yang baik dan indah). Sebab jika taqdirNya kita bertemu kematian asbab covid ni, kita tetap tak boleh lari, maka Husnul Khatimah adalah sebaik-baik cara kembali.
Jadi, kita mohon dua perkara, untuk hidup sihat dan bahagia atau mati selamat dan sejahtera. Kita mungkin tak banyak masa beramal soleh untuk melayakkan diri dapat Husnul Khatimah, tapi dengan doa semoga Allah tetap kurniakan kita Husnul Khatimah.
Kesudahan hidup di dunia dengan kematian yang baik adalah permulaan hidup di sana yang jauh lebih bahagia, ia kekal selama-lamanya.
*Sahabat semua, saya lihat banyak update status mohon doa samada kerana sakit atau kerana khabar kematian. Maka jangan scroll sebelum kita penuhi hajat orang tersebut walaupun kita tak kenal. Doa sahaja dengan apa-apa ayat yang mudah yang penting sampai maksud. Mungkin satu hari, kita pula yang perlukan doa orang ramai..
Sayang semua kerana Allah dan Rasulullah.
Mee adalah antara makana yang mudah di masak. Cara masakanya pelbagai cara. Bagi orang-orang kat Pantai Timur juadah mee kuah Kelantan adalah antara yang digemari ramai. Makan panas-panas dengan menghirup kuah memang boleh buat bertambah!
Nak tahu cara membuatnya boleh cuba resipi yang dikongsi oleh pengguna facebook ini, Khad Aponeyang menggunakan resipi arwah ibunya.
Mee kuah Kelantan
Dulu arwah mak selalu masak mee kuah ni. Tp Sejak ayah duk kl.. dr tahun 2015 sampi sekarang.. tak pernah lagi buatkan dia mee kuah kelantan style padahal tu salah satu favourite ayah. Hari ni saja buat, dia kata lamanya tak makan. Sedap, sampai 2 mangkuk dia sorang. Dia suh simpan lg semangkuk untuk petang nanti.
Resepinya
Isi ayam
Daging
Udang (pilihan)
Sotong (pilihan)
Telur 2 3 biji
Bawang putih 2 ulas (dimayang)
Bawang merah 3 ulas (dimayang)
Cili padi 3 tngkai (diketuk) nak pedas lg boleh tambah lg..
Lada hitam 10-15biji (ditumbuk)
Tomato
Sawi pajang atau pakchoy
Mee kuning (basuh bersih)
Garam
Gula (pilihan)
Perasa (pilihan)
Cara penyediaan:
Panaskan minyak… tumis bawang putih dulu sehingga naik bau.. baru tumis sekali bawang merah dan cili yg di ketuk.
Dah nampak kekuningan.. boleh masukkan isi ayam atau daging atau dua2nya sekali… goreng separa masak.
Baru masukkan air seberapa banyak mana korang suka. Sesudah sup mendidih, masukkan tomato (sy suka masukkan tomato awal sebab nak dapatkan kuah yg merah sedikit) masukkan lada hitam,garam, perasa, gula
Biarkan mendidih lama sikit, baru masukkan sotong dan udang.. selang 5minit.. masukkan sayur dan mee kuning.
2 minit kemudian pecahkan telur.. boleh buat sebiji sebiji atau hancur. Boleh letak daun sup, limau dan sambal kicap.. lagi sedap . Selamat mencuba
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di