
Boleh dikatakan sebilangan besar anak-anak kita tidak suka memilih menu berasaskan mi. Alasan mereka pastikan rasa kapur pada mi tersebut.
Rasa kapur yang ketara dalam bahan kandungan mi kuning ini memang buat terganggu suapan pertama kita. Kalau kita cari di internet, banyak perkongsian bagi menghilangkan rasa kapur ini. Namun dalam banyak-banyak petua, mana satu paling berkesan?
Petua yang kami berikan ini mudah sahaja. Anda bolehlah mencuba petua yang diberikan ini.
BAHAN-BAHAN:
Mi kuning
Gula pasir
Caranya mudah sahaja.
1. Selepas mi dikeluarkan daripada plastiknya, basuh bersih mi kuning dengan air mengalir.
2. Kemudian rendamkan di dalam bekas berisi air dan taburkan gula pasir di atasnya.
3. Ratakan ke seluruh kawasan dan biarkan mi direndam selama 10 minit atau lebih.
4. Kemudian basuh bersih dan toskan airnya.
5. Masaklah seperti biasa dan hasilnya sangat membantu. Bau kapur insyaallah akan hilang.
2 Cara Lain
Rebus Mi
Selain itu, cara lain untuk menghilangkan bau kapur ini adalah dengan cara merebus mi itu sendiri. Biarkan mendidih seketika dan toskan airnya.
Jangan Celur
Jangan hanya mencelurnya tetapi merebus seketika selepas di basuh bersih. Kalau hanya mencelur, bahan kapur tidak akan tertanggal dengan mudah.
Selamat mencuba!
“Macam tahu Nak ‘pergi’ Arwah Peluk & Cium Anak.” Isteri Bomba Mati Lemas Tak Sangka Mimpi Arwah Meninggal Jadi kenyataan. Allahu!

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, cuma kita tidak tahu bagaimana dan bila akan tiba ajal datang menjemput. Bila masa sudah tiba ada si anak ditinggalkan ibu atau ayah, anak meninggalkan ibu bapa, suami pergi dulu, tinggalkan isteri dengan anak-anak masih kecil dan sebagainya. Yang pasti, kematian memang sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Bagi Noor Nadia Kamaludin, pilu hati sebagai seorang isteri hanya Tuhan yang tahu. Suami tersayang, Mohd Fatah Hashim, 34 keluar bekerja beberapa jam dalam keadaan sihat dan tiada ada sebarang perubahan akhirnya ditemui dengan jasad yang kaku.

Sukar menerima hakikat tersebut namun Noor Nadia yang masih terkejut dengan kejadian tersebut bagaimana pun reda dan pasrah. Masih terngiang-ngiang suara arwah suaminya sebelum keluar bekerja.

Lebih memilukan sebelum itu, Noor Nadia atau mesra dipanggil Nadia bermimpi arwah suaminya meninggal dunia.
“Dua minggu sebelum kejadian, saya ada mimpi arwah meninggal dunia. tak tahu bagaimana dia meninggal tapi nampak dah meninggal. Saya ceritakan hal tu pada arwah, tetapi dia hanya senyum dan ketawa sahaja. Sehari sebelum tu, arwah sakit perut, jadi dia tak banyak cakap diam sahaja.
“Esoknya 9 hari kejadian arwah masuk shif pagi. Saya tak sangka benda tersebut jadi kenyataan. Tapi sebelum ke tempat operasi, arwah ada pulang ke rumah dan sempat jamah kuih yang saya buat. Sebelum ke tempat kerja, saya pelik bila arwah panggil lalu peluk dan cium anak-anak seolah-olah dah tahu dia nak ‘pergi’.
‘Sepatutnya waktu kerja arwah habis jam 8 malam tapi dia belum pulang pukul 8 lebih ada anggota bombda datang ke rumah dan sampaikan berita arwah lemas dan minta saya ke hospital untuk pengecaman jenazah,” ujar Nadia merupakan suri rumah tangga, yang mempunyai dua orang anak kecil berusia 3 tahun dan setahun lebih.
Arwah Mohd Fattah dan lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) lemas ketika terlibat dalam dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana.
Menurut isteri Allahyarham, suaminya berkhidmat dalam Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) sejak tujuh tahun lalu. Mohd Fatah merupakan salah seorang daripada anggota PPDA BBP Pelabuhan Klang.
Selain Fattah, lima lagi anggota yang terkorban adalah Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32 ; Mazlan Omar Baki, 25 dan Yahya Ali, 24 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang. Dua lagi anggota bomba yang meninggal dunia dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Usai proses post mortem, semua jenazah di bawa ke Balai Bomba Dan penyelamat Seksyen 15 untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir. Suasana pilu menyelubungi perkarangan balai berkenaan dengan kehadiran saudara mara dan rakan-rakan mangsa.
Alfatihah buat keenam-enam wira penyelamat ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat olehNya.
Kulit Kerang Putih Bersih, Jadikan Hidangan Famili Nampak Lebih Menyelerakan!

Siapa suka makan kerang mesti sudah tahu begaimana petua atau tip cuci kerang sampai putih bersih
Maklumlah, kalau kita lihat kulit kerang yang dimasak kotor dan masih berlumpur boleh hilang selera dibuatnya.
Namun bagi yang belum tahu, kami kongsikan petua dan caranya. Jom semak.
Bahan-bahan:
1 kg kerang,
5 ulas bawang putih,
5 keping asam
1 sudu garam
Cara penyediaan:
1. Satukan kerang, asam keping, garam dan bawang putih yang ditumbuk kasar.
2. Isikan air dan biarkan kerang terendam 20 minit.
3. Sisa kotoran kerang akan keluar dengan sendirinya dan sedia untuk dimasak mengikut citarasa keluarga.
Petua ini telah dikongsikan oleh Puan Nour Hueda Adzhar Via MAHN.
Selain itu, ibu-ibu boleh juga amalkan cara lain dan terbukti juga mampu membersihkan kulit kerang menjadi putih.
Ini sebagaimana pengalaman Shidah Rahman sebelum mengetahui ada 10 petua mencuci kerang, menurutnya “Sebelum ni saya gaul-gaul dan ramas-ramas gitu banyak kali, buang airnya. Kemudian ramas lagi dan lagi pastu terus rebus.Rupa-rupanya ada petua cara mudah untuk bersihkan kerang .”
PETUA BERSIHKAN KERANG
Cara 1:
Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.Kalo ada serai la kan.
Cara 2:
Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. InsyaAllah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya.
Cara 3:
Gaul dengan daun ubi. ramas-ramaskan hingga bersih.
Cara 4:
Guna daun betik pun boleh putih bersih.
Cara 5:
Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan putih bersih.Ni kalau ada kelapa la kan. Kat rumah ni saya guna santan je utk memasak.
Cara 6:
Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh.
Cara 7: Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang.
Cara 8:
Rendam asam keping pon boleh. Dalam setengah jam gitu… putih bersih kerang.
Cara 9:
Rendam kerang guna garam.
Cara 10:
Rendam kerang dalam semangkuk air yang dah masukkan serbuk kunyit. Rendam selama 16minit. Cara ni paling best. Saya guna cara ni je.
EKSTRA TIPS
1. Rendam dengan air limau nipis.
2. Basuh bersama hampas kelapa.
sumber :Shida Rahman
Tawan Suami Bukan Sahaja Pada Wajah Cantik Je, Tapi Beri Tumpuan Pada 7 Bahagian Ni.

Menjadi impian bagi setiap wanita ingin sentiasa kelihatan cantik dan berseri. Ini kerana ia mampu meningkatkan lagi keyakinan diri. Namun untuk tampil cantik, bukan lah perkara mudah. Ia memerlukan usaha yang konsisten dan pelbagai persiapan rapi demi mencapai hasrat ini. Persediaan rapi yang boleh dilakukan merangkumi rawatan diri seluruh tubuh badan dari hujung kepala hinggalah ke hujung kaki. Ikuti langkah-langkah ini.
Bibir – Pilih lip balm dengan kandungan vitamin E yang boleh mencegah bibir kering dan merekah berpunca daripada cuaca dan diet tidak seimbang. Lakukan pengelupasan bibir anda sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk membersihkan lapisan kulit mati. Basahkan berus gigi dengan air suam dan dengan perlahan gerakkan ke kiri dan kanan pada bibir anda.
Wajah – Untuk wajah pula, ahli dermatologi boleh membantu anda mencari solusi masalah jerawat dengan krim topikal juga pil oral atau melakukan pengelupasan kulit untuk menyingkirkan minyak dan bakteria pada wajah. Selain itu, jangan lupa lakukan rawatan wajah di spa kecantikan mahupun lakukannya sendiri di rumah.
Laser & Waxing – Kaedah laser akan menyelamatkan anda dari jadual bercukur setiap hari! Kaedah ini mampu melambatkan proses pertumbuhan bulu dan sesuai dilakukan pada sekitar wajah, kaki dan tangan. Jika tidak, pilih rawatan waxing sebagai alternatif. Dapatkan khidmat pakar untuk melakukannya dengan bahan berkualiti.
Rambut – Mencuci, mengeringkan rambut dan menggayakannya mengakibatkan kerosakan rambut. Menurut pakar, diet yang dilengkapi Vitamin B mampu membantu mengembalikan sinaran rambut semula jadi malah dengan pengambilan lebih ikan, kekacang dan telur memberi permulaan yang baik. Urutan kepala dan rawatan hidrasi empat minggu awal bukan sahaja menyuntik kesegaran, malah ia turut merangsang folikel dan membuat rambut lembut beralun.
Badan – Terdapat pelbagai sebab mengapa urutan adalah rawatan kecantikan terhebat . Salah satunya ia membantu menenangkan tekanan. Minda yang bebas daripada tekanan bukan sahaja mendamaikan, tetapi menjadikan kulit badan juga semakin sihat. Mengurut juga adalah satu kaedah rawatan bagi meningkatkan peredaran darah juga turut membantu menyuburkan dan mengembalikan seri kulit badan.
Kuku – Kerap merias jemari dengan melakukan rawatan manicure dan pedicure adalah cara terbaik untuk memiliki tangan dan kaki yang cantik. Ini kerana memiliki kuku yang sihat juga cerminan personaliti diri. Jangan lupa menyapu minyak kutikel setiap hari untuk memastikan kuku kekal terhidrat dan sihat bersinar.
Mata – Lingkaran hitam dan bengkak pada mata adalah perkara biasa yang sering dialami, lebih-lebih lagi setelah bergelar ibu. Kulit di sekitar mata agak sensitif, tanggalkan solekan mata dengan lembut dan usah lupa menyapu krim mata setiap malam. Dengan tidur yang cukup, anda dapat mengurangkan penampilan lingkaran hitam. Untuk mengatasi mata yang bengkak, letakkan ais pada dua belah mata setiap sekali seminggu untuk membantu mengurangkan bengkak.
Tip Wajah Berseri:
- Pengambilan air secukupnyaiaitu lapan biji gelas sehari menjadikan kulit terhidrat, segar dan tampak berseri-seri pada hari bahagia nanti. Selain itu, lakukan rutin meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur untuk awet muda.
- Membuat urutan muka dengan cara meletakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Lakukan secara konsisten dan lihat hasilnya.
- Cara yang paling mudah dan terbukti berkesan ialah dengan sentiasa ceria dan senyum selalu. Jika anda sentiasa senyum otot mulut akan sentiasa aktif dan wajah akan sentiasa ceria dan berseri.