Menikmati sajian Asam Pedas Ikan Pari dengan sepinggan nasi panas menjadi menu istimewa ketika makan tengahari. Tambah pula dilengkap dengan sambal belacan dan ulam-ulaman sebagai penyedap rasa. Memang layan. Silap-silap orang panggil pun kita tak dengar.

Asam pedas memanglah enak tetapi menyediakan makanan yang satu ini tidaklah semudah ketika menjamahkan. Harus menyiangnya terlebih dahulu dan kena pastikan ianya segar dan tidak berbau hancing.

Ikan pari sering dikatakan berbau hancing mungkin disebabkan oleh jenis pemakanan yang diambilnya dan bukanlah cara kita mencucinya. Jadi ketika nak beli, kenalah pastikan yang betul-betul segar. Jom intai tip ni.

Cara Pilih Ikan Pari Segar, Siang Dan Hilangkan Bau Hancing, 3 Langkah Ini Jangan Lupa!

Cara Pilih Ikan Pari Segar
Ketika berada di pasar, kena belek-belek ikan supaya senang nak tentukan ikan mana yang lebih segar. Ketika memilih ikan, pastikan isi ikan pari berwarna cerah dan tidak gelap. Ambillah ikan yang berwarna kemerah-merahan.

Begitu juga dengan ikan ketuka yang hampir sama dengan ikan pari. Sebaiknya tekan badan ikan terlebih dahulu dan pastikan ia mempunyai tekstur pejal serta tidak lembik. Ciumlah baunya samada hancing atau tidak. Pilih ikan yang tidak berbau hancing kerana
ia memudahkan proses memasak.

Jika ikan Pari atau Ketuka yang anda beli berbau hancing, jangan dibuang kerana ia masih boleh dimasak dan dinikmati tanpa
membantutkan selera.

IKLAN

Cara Siang Ikan Pari

1. Terlangkupkan ikan pari tersebut. Biar nampak tulang belakangnya.

2. Gunakan pisau yang tajam, potong (dengan jarak kira-kira satu inci dari tulang belakang), dari hujung atas kepala hingga bawah.
Buat kiri dan kanan.

3. Buang bahagian tengah yang bertulang beserta isi perut. Ambil bahagian kiri dan kanan sahaja.

IKLAN

4. bersihkan dengan air asam jawa.

Cara Pilih Ikan Pari Segar, Siang Dan Hilangkan Bau Hancing, 3 Langkah Ini Jangan Lupa!

Atasi Bau Hancing

Bahan-bahan:
Ikan pari/ketuka
Asam jawa
Air

IKLAN

Caranya:

1. Bersihkan ikan pari atau ketuka dan basuh bersih.

2. Rendamkan dengan air asam jawa dan biarkan sekejap.

3. Bilas menggunakan air bersih dan toskan.

4. Sedia untuk dimasak mengikut citarasa anda.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI