Hakikatnya, tidak dinafikan jika kita sentiasa berfikiran positif  ia akan dapat membantu kita menguruskan kehidupan ini dengan lebih baik, tenang dan bahagia.

Selain itu  tips untuk tenang dan bahagia ini juga, Dr Nur Hanisah berkongsi info di mana ujarnya kita perlu belajar untuk fokus perkara yang kita boleh kawal seperti percakapan kita, cara melayan orang lain, kekalkan sikap positif, cara kita mengawal perasaan, menolong orang dan sebagainya agar dapat membuatkan kita rasa bahagia.

Dan dalam masa yang sama perlu bersedia untuk lepaskan perkara yang tidak boleh dikawal seperti apa orang cakap tentang diri kita, apa yang orang lain fikir, risau dengan perkara yang bakal berlaku dan bermacam-macam kebimbangan lain yang akhirnya jika perkara tersebut menjadi fokus utama akan mengganggu emosi dan  menyeksa diri sendiri.

“Cari Hikmah, Belajar ‘To Let Go’…”- Besar Kesannya Untuk Rasai Bahagia!

Jadi untuk lebih memahami cara mencari tenang dan bahagia, jom baca perkongsian penuh daripadanya seperti di bawah :-

Dalam hidup ini, ada perkara yang kita boleh kawal. Ada perkara yang kita tak boleh kawal.
Untuk tenang dan bahagia, belajar untuk fokus yang pertama. Belajar juga lepaskan yang kedua dan berserah hanya pada Dia.

Kata Prof Dr Muhaya,
Kita tak boleh kawal apa yang berlaku.
Yang kita boleh kawal adalah respon.

Belajar untuk;
1️⃣ Terima.
Fikir apa yang berlaku itu daripada Allah. Kita terima, kita redha.
“Ya Allah, benda ni berlaku, aku tak happy sangat. Tapi aku tak boleh kawal. Jadi aku nak fokus apa yang aku boleh kawal, iaitu respon aku terhadap apa yang berlaku.”

“Cari Hikmah, Belajar ‘To Let Go’…”- Besar Kesannya Untuk Rasai Bahagia!

IKLAN

2️⃣ Istighfar.
Fikir silap kita. Benda yang baik datang daripada Allah. Benda yang tak baik mungkin daripada dosa kita yang kita belum taubat.

3️⃣ Cari hikmah.
Apa learning point daripada peristiwa ini?
Belajar to let go. Lupakan pengalaman lepas, ambil pengajaran. Apa yang kita boleh kawal adalah, sikap, fikiran dan emosi.

Bila kita faham ilmu ini, hidup akan lebih berfokus tentang diri. Bukan untuk ajar diri jadi selfish. Tapi untuk lebih fokus akhirat.

“Ya Allah izinkanlah aku ubah apa yang aku boleh ubah, dan terima apa yang aku tak boleh ubah, dan berilah kebijaksanaan untuk aku tahu perbezaannya.”

KPI bila apa-apa benda berlaku pada kita,
“Apakah aku makin dekat dengan Allah?”

Sumber :[su_button url=”https://www.facebook.com/nur.hanisah.9828/posts/4763043083734763″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Nur Hanisah [/su_button]

IKLAN

ARTIKEL MENARIK : “Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN

“Cari Hikmah, Belajar ‘To Let Go’…”- Besar Kesannya Untuk Rasai Bahagia!

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI