Memang sakit hati apabila melihat cili padi yang baru dibeli minggu lepas sudah menampakkan layunya. Malah ada juga yang sudah mula busuk dan berair walaupun disimpan di dalam peti sejuk.
Sebenarnya ada cara bagi memastikan cili padi mampu bertahan walaupun telah lama. Perkongsian seorang wanita yang menjalankan perniagaan restoran ini patut anda cuba. Ikuti tips daripadanya.
Buang Tangkai
Menurut wanita ini, sebaik dibeli daripada pasar, cili padi haruslah dibersihkan dan dibuang tangkainya. Kemudian biarkanlah seketika hingga kering sebelum dimasukkan semula ke dalam bekas bertutup. Simpan kemas di dalam peti sejuk.
Kredit Foto: ummiazilla.blogspot.my
Ads
Guna Plastik
Jika untuk memudahkan penyimpanan, cili padi yang di buang tangkainya tadi bolehlah diletakkan ke dalam beg plastik yang boleh dikemaskan di atasnya. Tebukkan sedikit lubang bagi membolehkan udara beredar di dalamnya.
Pilih Surat Khabar
Cili yang dibuang tangkai juga boleh disimpan di dalam kertas surat khabar dan bungkuslah kemas. Kemudian simpanlah ke dalam peti sejuk. Kertas membolehkan haba dan suhu sesuai pada cili. Ini membuatkan cili mampu bertahan lebih lama.
Kisar Dan Masak
Salah satu cara lagi bagi memastikan cili padi lebih tahan lama adalah dengan cara mengisarnya dan simpan untuk dijadikan pes. Namun untuk kekal lama kena ada caranya. Caranya kisar cili padi bersama garam hingga hancur dan masak seketika di atas api perlahan. Biarkan hingga kering dan simpanlah di dalam peti sejuk.
Ads
Bawang Putih
Ads
Salah satu kaedah lagi adalah dengan meletakkan bawang putih bersama-sama cili padi. Ambil dua ulas bawang putih dan letakkan di dalam bekas cili padi yang telah dibuang tangkainya. Hasilnya cili mampu bertahan lama. Paling penting tak busuk.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini sudah tersedia cara yang paling mudah. Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, hidangan ini pantas memikat selera suami dan anak-anak. Jom cuba untuk hidangan petang ini.
Bahan-bahan:
Roti Paratha Segera (sejuk beku)
Sos Spagetti segera
Sosej (dihiris nipis)
Nenas (dipotong kiub)
Bawang Holland (dipotong dadu)
Keju Mozarella
Cara membuat:
1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.
2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.
3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.
4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.
5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.
6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.
Sumber: Rafiza Idayu (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Timun antara sayur yang menjadi pilihan untuk dijadikan ulam-ulaman. Namun tahukah anda, sayuran ini juga sering digunakan dalam bidang perubatan.
Sejak zaman purba, timun telah digunakan sebagai ubat herba tradisional di India. Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti, yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mempunyai masalah cacing.
Bagi mereka yang menghadapi sakit tekak apabila diserang batuk, penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Petua ini dapat mengembalikan suara yang hilang.
Khasiat Timun Untuk Kesihatan
Sayuran ini baik untuk kesihatan kerana ianya mempunyai banyak nutrisi yang diperlukan dalam badan seseorang.
Untuk pengetahuan anda, timun dapat membantu penghidratan, melawan kencing manis, meningkatkan kesihatan buah pinggang dan melegakan sakit otot.
Bukan itu sahaja, paling menarik adalah ianya juga dapat melembutkan rambut serta kuku anda dan mampu untuk memperbaiki penghadaman dan tekanan darah.
Bagus betul. Lepas ini bolehlah makan timun banyak sikit.
Penghidratan Pada Tubuh
Air sangat penting untuk fungsi badan anda dan memainkan banyak peranan penting. Ia terlibat dalam proses seperti peraturan suhu dan pengangkutan produk sisa dan nutrien. Ia boleh diibaratkan seperti minyak pelincir yang menggerakkan mesin. Ini kerana, setiap organ yang bekerja dalam tubuh badan kita memerlukan air untuk melancarkan proses organ-organ ini berfungsi.
Walaupun anda banyak minum air, namun sesetengah orang mungkin mendapat sebanyak 40% air daripada bahan makanan mereka. Buah-buahan dan sayur-sayuran, khususnya, boleh menjadi sumber air yang baik dalam diet anda.
Oleh kerana timun terdiri daripada kira-kira 96% air, ia sangat berkesan dalam mempromosikan penghidratan dan boleh membantu anda memenuhi keperluan cecair harian anda.
Membantu Menurunkan Berat Badan
Timun berpotensi membantu anda menurunkan berat badan dalam beberapa cara.
Pertama sekali kerana ia rendah kalori. Setiap hidangan satu cawan (104 gram) mengandungi hanya 16 kalori, sementara keseluruhan timun 11oz (300 gram) mengandungi hanya 45 kalori.
Timun boleh dicampur dalam hidangan salad, sandwich dan makanan sampingan lain sebagai pengganti alternatif kalori yang lebih tinggi. Ini bermakna anda boleh makan banyak timun tanpa perlu bimbang pada kalori tambahan yang membawa kepada penambahan berat badan.
Detoksifikasi
Timun membantu hati untuk menghilangkan kotoran, sisa, dan juga membantu menghilangkan toksin terkumpul dari aliran darah dan usus. Ia juga membantu badan untuk mengeluarkan lebih banyak air kencing untuk mengeluarkan toksin.
Anda boleh amalkan minuman jus timun untuk mempercepatkan proses detoksifikasi.
Kesihatan Mata
Ia melembapkan kulit di sekitar mata anda kerana ia mengandungi 95% air. Vitamin E memainkan peranan penting dalam menyihatkan kulit anda, meningkatkan pengeluaran kolagen dan anti-penuaan.
Amalkan makan timun secara teratur juga membantu meningkatkan penglihatan anda kerana ia mengandungi beberapa anti-radang dan antioksidan yang boleh membantu mengelakkan mata anda daripada katarak.
Hyperpigmentation yang membentuk lingkaran hitam di sekitar kulit mata disebabkan oleh kurang rehat dan stres. Timun adalah pilihan terbaik untuk mengatasi masalah ini. Antioksidan yang terdapat dalam timun menghilangkan kerengsaan kulit.
Kesihatan Usus
Untuk memastikan kesihatan usus anda, anda perlu memasukkan makanan yang berserat. Timun adalah salah satu makanan yang tinggi serat.
Sayuran ini juga mengandungi enzim yang disebut sebagai erepsin, yang meningkatkan proses pencernaan dan membantu tubuh untuk menyerap protein.
Atasi masalah mulut berbau
Mungkin ramai yang tak tahu, kebaikan timun juga adalah untuk membantu anda bagi menghilangkan nafas berbau. Bagaimana caranya?
Gunakan timun yang sudah dihiris dan letakkan di antara mulut dan lidah selama 90 saat. Dengan cara ini, fotokimia akan membunuh bakteria yang menyebabkan nafas anda berbau. Mudah sahaja bukan?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang yang mengalami Migrain sensitif kepada hampir segala-galanya. Antaranya sinar cahaya matahari boleh mencetuskan sakit yang teruk terutama seluruh kepala. Migrain dipautkan kepada deria amaran termasuk kerlipan cahaya, kebas di tangan dan kaki, bintik buta, loya, dan muntah-muntah.
Preskripsi ubat-ubatan boleh memberi kesan buruk terutama jika tempoh penggunaan yang lama dan berterusan. Jadi bagi yang mengalami migrain yang kerap dan teruk anda boleh mencuba cara alternatif yang lebih selamat dan berkesan.
Ubat ini diperbuat daripada garam. Pastikan hanya garam berkualiti tinggi digunakan dan sebaiknya gunakan garam Himalaya organik jika anda mahu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Garam ini akan membantu anda mengurangkan sakit kepala yang teruk dan migrain. Selain itu, ia akan membantu anda menguatkan sistem imun serta membantu memulihkan bacaan alkali dan elektrolit dalam badan anda.
Antara bahan lain untuk petua ini ialah lemon. Lemon dianggap sebagai salah satu buah-buahan yang mempunyai alkali. Badan kita mendapat banyak manfat apabila lemon digabungkan dengan garam kerana membantu anda mengurangkan migrain:
Bahan-bahan :
Setengah biji lemon
Setengah sudu teh garam Himalaya
Cara Penyediaan:
Mulakan dengan memerah limau tersebut ke dalam segelas air, dan kemudian tambah garam Himalaya kepadanya. Gaul dan ubat migrain anda bersedia untuk diminum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...