Gelagat anak-anak ni memang di luar dugaan. Kita pun ada masanya tak sangka apa yang anak boleh buat bila kita tak ada untuk pantau mereka. Anak zaman sekarang pun lebih advance dan pandai buat sesuatu dengan hanya memerhatikan ibu ayahnya.
MuaBellaz ada berkongsi sebuah video anak bongsunya, Wara, membuat ASMR. Kalau dilihat, Wara seperti membuka kamera sendiri untuk merakam dirinya. Video pendek itu ternyata menarik perhatian ramai dan rata-rata mengatakan mereka sukakan ASMR Wara.
Di dalam video tersebut Wara sempat bermain ‘peek a boo’ dan membuat bunyi-bunyian comel yang membuatkan ramai terhibur menonton videonya.
Bukan sekadar membuat bunyi, aksi comel Wara di hadapan kamera juga mencuit hati ramai.
Ads
Biarpun hanya berdurasi 36 saat dan baru saja 15 minit dikongsikan di media sosial MuaBellaz, video itu telah mendapat lebih kurang 15k tontonan. Awak ni Wara, memang ada aura!
Dalam satu rancangan televisyen yang disiarkan oleh RTM, Wany Hasrita yang merupakan salah seorang pengacara Borak Dulu Baru Buka akhirnya mengaku dirinya kini sedang berbadan dua.
Ketika diusik tentang badannya yang kelihatan berisi oleh dua lagi gandingan pengacara, Amin Idris dan Khir Rahman, Wany lantas membalas usikan tersebut.
“Abang, berisi-berisi tak boleh. Saya makan untuk dua orang,” katanya.
Dalam masa yang sama, berita berbadan dua terbongkar sekaligus membuatkan orang ramai termasuk kedua pengacara terkejut dan menunjukkan reaksi gembira dengan berita tersebut.
Pengakuan ini turut diperkukuhkan lagi apabila Wany berkongsi videonya membeli-belah barangan keperluan seperti baju di kedai khas untuk ibu mengandung di Instagram Story.
Sebelum ini pelbagai spekulasi muncul berkenaan dengan kehamilan pertama penyanyi popular ini, namun Wany memilih untuk tidak memberikan sebarang pengesahan.
Sumber: Tik Tok RTM Malaysia Official & Instagram Wany Hasrita
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat cara Hafiy Altamis Haniffa menguruskan adik kecil nya dan kerja rumah tanpa rasa kekok membuatkan ramai kagum.
Tidak dinafikan, setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam didik anak-anak. Demikian juga cara yang dipraktikkan pasangan Siti Fauziah Masnan, 35, dan Haniffa Jhonasrol, 36, bagi memastikan anak sulungnya ini mampu melakukan kerja rumah termasuk memasak.
Tular video di tiktok yang mana Hafiy bukan hanya tidak kekok menjaga adik yang baru berusia 44 hari, malah dia turut menguruskan segala keperluan Fauziah termasuk memasak hidangan berpantang. Kebolehannya kanak-kanak yang berusia 11 tahun itu membuatkan ramai melahirkan rasa kagum dan memuji kerajinannya menguruskan rumah walaupun masih kecil.
Bercerita tentang anaknya itu, ujar Fauziah, dia terpaksa mengajar anak-anaknya berdikari sejak dari usia lima tahun.
“Saya cakap kat mereka kenapa saya ajar buat kerja rumah dan sebagainya sebab saya nak mereka belajar hidup berdikari.
“Sebab kami tak tahu apa yang akan berlaku kepada kami berdua akan datang, takut tak sempat tengok mereka membesar jadi perlu berdikari. Ke mana pun dia pergi, dia boleh jaga adik-adik… itu matlamat saya.
“Tapi saya didik mereka sangat tegas dan saya juga sangat garang. Anak-anak memang takut dengan saya. Hafiy ni saya panggil abang… dari umur dia tujuh tahun saya dah ajar masak nasi dan goreng telur dadar.
“Umur lapan tahun saya dah ajar dia masak nasi goreng. Sekarang dia dah master bab masak, kalau saya sibuk dia yang akan masak untuk adik-adik,” ujar ibu kepada lima cahaya mata itu.
Dia yang juga ahli perniagaan memberitahu, sepanjang tempoh berpantang bulan lepas, anak sulungnya yang paling banyak membantu di samping anak keduanya yang berusia lapan tahun.
“Saya bersalin czer… pergerakan terbatas dan berpantang sendiri di rumah, suami yang jaga. Minggu pertama mak mertua datang, dalam masa sama suami dah mula sibuk kerja.
“Jadi masa cuti sekolah sekejap tu, ayah dia pesan dekat anak-anak untuk jangan bagi mommy stress dan sama-sama kemas rumah.
“Bila ayah dia masak, mereka akan tolong sediakan bahan dan memasak. Sebab seawal usia lima tahun memang saya dah ajar anak-anak buat kerja rumah, jadi mereka tak kekok,” jelasnya.
Menurutnya lagi, minggu kedua berpantang, dia dan bayi baru lahir diuruskan sepenuhnya oleh Hafiy dan anak keduanya.
“Masa berpantang dah masuk minggu kedua tu, suami dah start sibuk… saya tinggal dengan anak-anak dekat rumah jadi Hafiy yang masak sepenuhnya.
“Saya minta anak bujang saya masak yang simple macam ayam kukus halia. Ni mudah sebab dia boleh tinggal je masa kukus. Kadang-kadang dia masak sup ayam.
“Hafiy akan dibantu oleh adik perempuan dia sebab adik dia pun dah diajar masak nasi sejak umur tujuh tahun. Bila dia tengok abang dia masak, jadi dia pun nak buat. Masa saya dalam pantang ni, adik dia akan basuh dan sidai baju.
“Abang pula akan masak dan kemas rumah, memang saya dah ajar mereka bahagi-bahagi tugas,” katanya sambil memuji sikap Hafiy yang ringan tulang dan tidak pernah merungut letih.
Bercerita lanjut, kata anak kelahiran Selayang itu, dia bertegas dengan anak-anaknya kerana anak ketiganya adalah anak istimewa yang menghidap william sindrom.
“Masa tu saya tak mampu nak ada pembantu rumah jadi saya ajar anak-anak saya yang sulung dan kedua tu buat kerja rumah supaya kalau berlaku apa-apa dekat saya dan suami, mereka boleh jaga adik-adik terutama yang istimewa ni.
Sejak itu saya ajar mereka buat kerja rumah sebab anak istimewa saya,” katanya yang sentiasa menitik beratkan soal keselamatan dan kebajikan anaknya.
Sewajarnya sebagai ibu bapa kita seharusnya menyokong dan memberi galakan kepada anak-anak dengan menghargai setiap pencapaian mereka terutamanya dalam pelajaran meskipun ia hanya kejayaan yang kecil atau biasa-biasa sahaja.
Bercerita tentang meraikan pencapaian anak-anak, pasti antara kita punya cara yang tersendiri sepertimana baru-baru ini tular rakaman video di media sosial.
Dapat dilihat seorang anak lelaki sedang menunjukkan buku laporan pelajaran kepada ibunya yang baru tiba di rumah. Keterujaan anak lelaki tersebut berkongsi pencapaian yang diperolehi kepada ibunya turut menarik perhatian ibunya untuk sama-sama melihat nilai markah B dan C yang diperolehi anaknya.
Anakku Selalu Juara Di Hatiku
Meskipun tiada langsung gred A yang diperolehi oleh anaknya namun itu tidak menghalang ibu ini berasa gembira dengan pencapaian anaknya itu. Bahkan apabila anak memaklumkan kedudukannya di dalam kelas mendapat tempat ke 27 daripada 41 orang pelajar, si ibu tetap meraikan pencapaian anaknya itu.
Jelas terlihat betapa ibu ini menghargai usaha anaknya untuk belajar dan baginya anaknya tetap juara di hatinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen merasa terharu melihat aura positif yang dimiliki oleh ibu tersebut. Tindakannya tetap menghargai pencapaian anak nyata berbeza dengan segelintir ibu-ibu hari ini yang kebiasaannya bila anak dapat banyak A baru dirai dan disanjung, tetapi bila keputusan hanya seadanya sering pula disisih bahkan disinis.
“Pagi2 nengok VT ini jadi mewek, terharu awak bah…Salut awak sama Ibu ini…👏🏻awak pun sama, rangking hanya masalah nilai, yg penting anak hepi.. 🤗🥰” -komen netizen.
“Nilah progressku mak 🥺🥺’ huu terharu,” tulis yang lain pula.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.