Selepas setahun menimang cahaya mata, selebriti antarabangsa, Nick Jonas dan Priyanka Chopra Jonas akhirnya mendedahkan wajah anak sulung mereka, Malti Marie Chopra Jonas, 1, buat kali pertama.
Sebelum ini, pasangan selebriti itu memilih untuk menyorokkan wajah anak mereka dengan meletakkan emoji setiap kali membuat posting di media sosial.
Menerusi perkongsian terbaru pelakon berasal dari India itu di Instagram, dia telah berkongsi video sewaktu hadir ke Star Caremony bagi meraikan Jonas Brothers Hollywood Walk of Fame.
Dalam video yang dikongsikan, Priyanka dilihat memangku anak perempuannya yang comel memakai jaket dan skirt tweed kuning air yang dipadankan dengan hiasan kepala bunga putih.
Malah, ketika memberi ucapan di majlis berkenaan, Nick ada menyebut tentang cahaya matanya.
Ads
“Malti Marie, saya tidak sabar untuk kembali ke sini bersama 15 tahun lagi dan memalukanmu di hadapan rakan-rakan.
“Untuk isteri saya yang cantik, awak adalah tenang dalam kekacauan dan pelangi dalam ribut saya. Saya bersyukur berkahwin dan menjadi ibu bapa dengan awak. Ia adalah anugerah terhebat,” kata Nick.
Pendedahan wajah Malti telah menjadi perbualan hangat media tempatan apabila rata-rata memuji kecomelan anak pasangan tersebut yang tidak pernah didedahkan sebelum ini.
Ads
Untuk rekod, Nick Jonas dan Priyanka telah berkahwin pada 1 Disember 2018. Selepas tiga tahun berumah tangga, mereka memaklumkan telah menimang seorang cahaya mata perempuan dengan menggunakan khidmat ibu tumpang pada awal tahun 2022.
Difahamkan, ibu tumpang tersebut melahirkan bayi berkenaan ketika usia kandungan 27 minggu di sebuah hospital di California, Amerika Syarikat.
Ads
Sejak dari itu, mereka tidak pernah mendedahkan wajah anak perempuan mereka yang diberi nama Malti Marie Chopra Jonas kepada umum dan kerap meletakkan emoji apabila berkongsi gambar bersama.
‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Peribahasa ini memberi maksud perangai atau sifat seorang anak yang persis dengan ibu bapanya. Cuba anda bayangkan, jika adab anak anda sangat baik di hadapan individu lain. Sudah pasti anda yang dapat pujian, bukan?
Pun begitu, bagaimana pula jika anak anda adalah seorang yang nakal dan tidak mempunyai adab yang sopan? Individu lain pasti akan melabel anda sebagai ibu bapa yang gagal.
Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk mengajar anak anda agar membesar menjadi seorang individu yang beradab, bersopan dan berguna dewasa kelak.
Adab seorang anak yang ibu bapa wajib ajar!
Buat ibu bapa, sila tanamkan dan terapkan adab dengan ibu bapa dan individu lain ini dalam diri anak anda supaya dia membesar menjadi seorang yang beradab dan disenangi oleh individu di sekeliling mereka.
#1. Adab meminta tolong dan berterima kasih
Ini adalah asas kepada jati diri seorang kanak-kanak yang beradab.
Ibu bapa perlu pastikan mereka sentiasa menggunakan perkataan ‘tolong’ apabila meminta sesuatu dan ‘terima kasih’ apabila menerima sesuatu daripada anda.
Tegaskan juga kepada mereka bahawa ini tidak termaktub antara dia dengan ibu bapa sahaja malahan juga kepada individu lain seperti adik-beradik, saudara-mara,rakan-rakan, guru ataupun pembantu rumah.
#2. Adab untuk tidak menyampuk
Pasti anda pernah melihat ibu bapa memarahi anak mereka kerana menyampuk ketika mereka sedang bercakap dengan individu lain bukan?
Ini kerana perbuatan menyampuk adalah biadab terutamanya dalam kalangan masyarakat kita.
Jadi, ajar anak anda awal-awal lagi untuk tidak menyampuk ketika anda atau sesiapapun sedang bercakap walaupun ia ada kaitan dengan mereka.
Jika terjadi, jangan marah mereka tetapi nasihatilah mereka dengan cara baik.
#3. Adab untuk tidak mengkritik dan mengejek individu lain
Siapa sahaja yang suka akan kritikan dan ejekan bukan? Jadi, anda perlu sentiasa ajar anak anda untuk tidak mengkritik atau mengejek individu lain terutamanya perkara yang melibatkan fizikal semula jadi mereka.
Tambahan itu, kita tinggal di bumi Malaysia yang hidup berbilang kaum. Jadi, sebarang kutukan berbaur rasis seperti warna kulit atau saiz mata perlu dilarang sama sekali.
Sebaliknya, ajar mereka untuk gemar memuji dan menghargai individu lain.
#4. Adab untuk berkongsi dengan anak lain
Sharing is caring. Sikap suka berkongsi adalah sesuatu yang sangat mulia. Bayangkan apabila anda melihat anak anda sanggup berkongsi permainan mereka bersama kanak-kanak yang kurang mampu.
Pasti ia akan membuat anda berasa syahdu bukan?
Seiring mereka membesar, sentiasa ajar anak anda untuk berkongsi apa yang mereka ada sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta, idea atau tenaga bersama individu lain yang kurang bernasib baik.
#5. Adab ketika bercakap di telefon
Ketika menjawab panggilan telefon, kita perlu sentiasa beradap. Mulakan dengan sapaan seperti ‘helo’ atau ‘hi’ dengan nada yang baik dan kenalkan diri anda.
Jika sedang menelefon seseorang pula, kita tidak patut bertanya siapakah individu itu.
Paling penting, gunakan kata-kata yang sopan sahaja. Ini perlu diajar kepada anak anda daripada kecil lagi agar dia terbiasa dan terus melakukannya sehingga dewasa kelak.
#6. Adab ketika bermain di luar
Anda sebagai perlu menetapkan peraturan buat anak anda ketika bermain di luar agar mereka tidak bermain sehingga tidak ingat dunia.
Sebagai contoh, ajar mereka untuk membasuh kaki sebelum masuk ke rumah dan mandi setiap kali selepas bermain.
Selain itu, tetapkan waktu mereka boleh keluar bermain dengan pengawasan anda. Ini bukan sahaja akan mengajar anak anda untuk beradap, ia juga akan membentuk mereka agar berdisiplin dewasa kelak.
#7. Adab di meja makan
Bukan sahaja dari aspek perbuatan, seorang kanak-kanak juga perlu beradab ketika berada di meja makan.
Tanpa mengira siapa ada di meja makan atau jenis keraian yang sedang diraikan, anda perlu ajar mereka untuk sentiasa bersopan di meja makan.
Antara yang perlu diutamakan adalah untuk tidak bercakap semasa mulut penuh dengan makanan dan makan apabila semua sudah ada di meja makan terlebih dahulu.
Paling penting, ajar mereka untuk bercakap benda-benda baik sahaja ketika sedang makan.
Ajarkan adab seorang anak ini sejak kecil lagi!
adab mendidik anak
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi adab dengan ibu bapa serta individu lain yang anda perlu ajar kepada anak anda untuk memastikan mereka berjaya menjadi modal insan yang beradab, bersopan dan berguna kelak.
Apa yang paling penting, kekalkan semua sifat positif dan buangkan segala sikap negatif dalam diri mereka!
Memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan bukan hanya bab penjagaan yang dititikberatkan. Kena ingat juga, bela kucing bukan sekadar makan minum je, kebajikan kucing dan orang sekeliling terutama jiran anda juga patut kena jaga. Jangan sampai anda menerima aduan mengenai bau yang kurang menyenangkan atau si comel anda mengganggu ketenteraman jiran.
Dua benda penting yang patut ada jika mahu bela kucing adalah duit dan tenaga.
Take note perkara ini jika mahu memelihara kucing:
Menyediakan makanan Makanan kering/basah
Pilihan makanan buat si comel ini tidak lagi terhad. Di pasaran pelbagai makanan disediakan. Cuma kandungan dan kualiti dalam makanan itu berbeza. Lihat apa yang kucing anda suka makan.
Sebaiknya beri kucing makanan jenis kering dan basah – bagi makanan basah sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Jika mahu menjimatkan kos dan pelbagaikan diet kucing, anda juga boleh memberi si comel makan ikan atau ayam rebus.
Catit Nibbly misalnya yang didatangkan dalam dua perasa iaitu ayam dan juga salmon, mengandungi daging berkualiti tinggi, kaya dengan asam amino, dan diperkaya dengan taurine. Taurine adalah asid amino yang sangat penting yang menyokong fungsi jantung, buah pinggang dan hati.
Toilet train si bulus
Tak susah pun sebenarnya terutama bagi anda yang membela anak kucing kerana mudah untuk dilatih. Caranya adalah dengan meletakkan dalam sangkar yang agak luas. Dalam sangkar disediakan makan minum dan juga litter box. Kucing biasanya automatik kalau jumpa pasir dia membuang di situ. Untuk kucing dewasa masih boleh dipraktikkan. Kalau misalnya kucing terlepas hajat di tempat lain, ambil scoop, kaut najis dan letak dalam litter box. Lepas tu suakan sikit muka kucing tu tahu di situlah tempat ‘melepas hajat’. Jadi anda tak perlu bimbang si bulus ‘membuang’ di luar atau berdekatan rumah jiran.
Penggunaan Catit Magic Blue, pembersih udara yang cekap membantu mengurangkan ammonia di dalam kotak sampah, mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra alam. Sesuai dengan setiap kotak sampah.
Litter box
Bekas ini perlu dibersihkan setiap hari kerana kucing adalah haiwan pembersih selain memiliki deria bau yang sensitif. Kalau litter box kotor dan berbau, ada kemungkinan dia tak nak guna dan pergi melepas di tempat lain.
Tetapi itu tak bermakna anda kena cuci hari-hari. Seminggu sekali, barulah cuci litter box dengan air dan sabun. Kalau nak letak di luar, guna litter box bertutup. Setiap hari, kaut najis dan buang. Untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan, anda boleh cuba tip ini. Tabur baking soda pada litter box bagi membantu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Kalau nak lebih wangi, tabur bedak tapi jangan terlalu banyak sehingga mengundang ketidakselesaan kucing anda.
Kotak Catit Litter misalnya akses mudah yang mana lipatan pintu atas yang mudah dibuka sepanjang jalan, membolehkan pemandangan penuh dan akses. Buat si comel rasa selesa dan bebas di dalamnya.
Pasir
Ini antara benda paling penting yang perlu dan wajib disediakan terutama sekali bagi anda yang tinggal di kediaman bukan atas tanah seperti pangsapuri dan sebagainya. Ia bukan sahaja sebagai ‘tandas’ kepada kucing malah memudahkan pemilik kucing untuk membersihkan sisa buangan kucing mereka. Malah, ia juga penting bagi membantu memerangkap bau. Jadi rumah tidaklah berbau dan selesa.
Walaupun banyak jenis pasir untuk kucing di pasaran, namun tak semua sesuai buat kucing. Pilih yang boleh memberi si comel anda selesa sekali gus dapat mengelakkan dari membuang air di merata tempat.
Catit Supermix misalnya mudah untuk di scoop kerana ia tidak melekat pada kotak sampah. Bukan itu sahaja, ia juga 95% kurang habuk dan penjejakan yang dikurangkan. Selain memberi keselesaan buat si comel, pasir ini juga menyerap bau sehingga 3 kali jumlahnya sekali gus membantu menghapuskan sebarang bau najis, membuatkan kediaman anda bebas dari bau yang kurang menyenangkan.
Tip memudahkan urusan sisa buangan si bulus, sebaiknya buang setiap hari bagi mengelak bau yang kurang menyenangkan dan memberi keselesaan buat kucing anda.
Jangan buang sampah Catit Super Mix di dalam tandas, kerana sampah yang berkumpul boleh menyekat paip tanda di kediaman anda. Sebaiknya lupuskan di dalam beg sampah. Dapatkan info lanjut di www.catit.com.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Membesarkan anak di zaman ini memang mencabar keimanan. Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.
Sebagai ibu bapa kitalah yang perlu sentiasa bertanyakan perihal anak kita terutama Ketika di sekolah.
Seorang ibu yang berdepan masalah pergaduhan anaknya bersama rakan sehingga memotong beg sekolah membuatkan kita sedar akan pentingnya kita bertanyakan perihal anak di sekolah.
Malah ibu ini turut berkongsi hal yang sama supaya mengetahui perihal berkaitan anak terutama Ketika berada di sekolah. Perkongsian ini menarik untuk dikongsikan kepada semua.
Baru sekolah rendah dah perangai camni ye, belum sekolah menengah lagi. Mak bapak tak ajar ke? Kesian Sumayyah naik-naik rehat je bag kena potong camni.
Aku dapat dengan mak pak dia aku sound ea. Dah report kat cikgu kelas dia. Sumayyah takut nak bagitau, kawan dia yang bagitau. Tu pun Sumayyah kata cikgu diam je, dia tak tau cikgu cakap apa. Maybe Mayyah tengah sedih, tak fokus keliling dia.
[KEMASKINI] Macam-macam komen dapat. Alhamdullillah sattle dah kes semalam. Bag anak kena gunting tu. Nasib luar kelas tu ada cctv.
Cikgu tengok cctv cikgu kata memang ada yang masuk kelas time rehat. Pelaku dan mangsa mengaku salah. Puncanya ejek mengejek. Harini dia ejek anak saya, esok anak saya ejek dia. Gitulah.. seterusnya.
Sampai masa agaknya si pelaku ni geram gaknya. Dia gunting la bag Sumayyah. Sampai cikgu kata kes dendam ni.
Tapi tak terjangkau dek otak ekboleh main benda tajam, gunting tu. Hmmm..bahaya betul. Arini gunting bag takut esok main acah-acah gunting pulak. Minta jauh la.
Dua-dua mengaku salah sendiri dan minta maaf. Dan ayah si pelaku pun dah beri duit untuk ganti bag. Dan saya pun dah minta maaf pada ayah si pelaku atas apa yang terjadi.
Tak semestinya anak saya betul. Nama pun budak darjah 2. Masing-masing ada kelakuannya sendiri kan. Tak kira la anak cikgu ke anak menteri ke, artis ke, kadang yang kita tak tau pun ada. Dan kita la yang kena betulkan mereka dan bimbing. Bukan cikgu dekat sek tu. Saya pun dah marah anak saya sebab ejek-ejek sama.
Masa perjumpaan ibu bapa dan guru amik report kad tula kena tanya macam mana anak kat sekolah. Kadang dah jumpa kawan-kawan hilang baiknya
Bukan nak cari salah siapa, bukan nak gaduh cuma nak betulkan keadaan. Sebab tu suruh cikgu siasat.
Yang tersinggung dengan kata-kata saya tu maaf la ye. Terima kasih atas teguran dan nasihat semua. Saya terima.
Anak jadi pembuli kita takut, Anak dibuli pun kita takut. Semoga benda-benda ni dijauhkan la dari anak² kita semua.
Sumber: FB Waniez Zawani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...