Selepas habis tempoh berpantang, pelakon Sharifah Amani kini berkongsi wajah buah hatinya, Ahmed Mohsein bin Ahmed Faris.
Si comel kesayangan itu kini sudah pun berusia dua bulan selepas selamat dilahirkan pada 26 Jun 2024 yang lalu.
Wajah comel Mohsein dikongsikan ibunya walaupun terlihat sipi-sipi.
“Know know dah dua bulan. Syukur alhamdulillah,” tulisnya di kapsyen.
Ads
Tambah Sharifah Amani lagi, anak kesayangannya itu seiras wajahnya namun memiliki senyuman sama seperti suaminya, Ahmed Faris.
“Muka Mum, smile Bapak,” tulisnya lagi.
Ads
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya memuji wajah comel Mohsein yang kini semakin sihat membesar.
Semoga Mohsein sentiasa sihat dan membesar dengan sihat.
Ads
Terdahulu, Sharifah Amani dan suaminya menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 26 Jun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022.
Sejak sesi persekolahan dijalan secara tidak bersemuka menerusi PdPR, ramai ibu bapa membeli printer untuk memudahkan mencetak kerja sekolah di rumah.
Bagaimanapun untuk membeli printer tentu ada yang keliru kerana pelbagai jenama terdapat di pasaran dengan rekebentuk tersendiri. Namun, apa yang penting, sebelum membeli perlu tahu jenis-jenis printer.
Menurut perkongsian saudara , beliau menjelaskan bahawa terdapat perbezaan kegunaan mengikut dakwat printer.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Printer murah tapi kerap tukar dakwat.
Sedikit panduan pembelian printer inkjet utk guru2 dan ibubapa. perbezaan catridge dan print head. ada dua kumpulan utama iaitu thermal dan piezoelectric. thermal digunapakai oleh canon dan hp. piezo pula ialah brother dan epson.
CANON/HP guna thermal iaitu letusan haba lebih panas daripada suhu matahari (tp hanya sekejap) untuk eject ink. kelebihan ialah printing lebih cepat dan kos teknologi lebih murah.printer boleh off dlm jangka masa lama. beli satu printer lebih murah. tapi perlu kerap tukar catridge sebab haba dlm catridge akan rosakkan catridge itu sendiri. nozzle pula sangat sensitif jika terkena objek asing.
Printer mahal tapi tahan lasak
BROTHER/EPSON pula guna piezoelectric atau bahasa mudahnya guna sistem pam untuk eject ink. Kelebihannya, sistem ini tahan lebih lama dan lasak untuk heavy use sebab tiada unsur haba. laminate head lebih lasak dan dapat bertahan jika terkena kertas/objek asing. tersangkut. tapi kos pembuatan lebih mahal sekaligus harga satu printer jadi lebih tinggi. gambar dibawah ialah printhead dan catridge printer yg saya dah selongkar untuk repair review peribadi.
Saya suka print gambar guna canon sebab lebih laju untuk high quality(glossy). dan sesuai utk cetak bahan yg sedikit dan double sided (jimat kertas).
Bila print bahan yang banyak, service brother akan diperlukan. dah masuk 6 tahun j100 saya masih berkhidmat.
Canon g2000 series dah rosak catridge.belum tukar sampai sekarang. kurang berkenan jika print double sided guna brother. paper feed tak sesuai utk double sided kecuali guna kertas double A.
Epson pula lebih friendly sbb paper feed senang double sided sama mcm canon. tapi selalu berlaku roller patah. simptomnya kertas masuk banyak2 sekaligus. klip kertas masuk dalam, memang naya. panjang karangan pilihan masing-masing.
Ikatan suci suami isteri tidak hanya dikukuhkan dengan ikatan suami dan isteri sahaja, hubungan jadi bertambah erat dengan adanya hubungan yang baik dengan keluarga mertua.
Ibu mentua terutamanya seringkali dijadikan watak paling menakutkan dalam hubungan rumah tangga.
Peranan ibu mentua yang dipersembahkan melalui filem P Ramlee, Ibu Mertuaku nyata benar-benar meninggalkan kesan yang hebat kepada kita. Watak
Nyonya Mansur nyata memperlihatkan simbolik ibu mentua yang cukup zalim dan angkuh kepada menantunya. Tapi benarkah semua ibu mentua ada sikap sebegitu?
Usah terpedaya dengan omongan kosong dan watak-watak filem yang meninggalkan impak dalam kehidupan kita seharian.
Sebagai menantu, kitalah yang kena corakkan bagaimana satu-satu hubungan itu mampu dipersembahkan dengan sebaiknya.
Sebagai menantu ini yang patut kita patut buat?
1. Elak Tanggapan Buruk
Wanita hari ini selalu bersangka buruk dengan ibu mentua dek kerana perasaan takut tidak dapat menjadi isteri yang baik kepada anaknya.
Kesan tanggapan negatif dalam diri inilah yang membawa kepada aura negatif. Cubalah bersangka baik dengan ibu mentua kita dan semuanya akan baik-baik sahaja.
2. Belajar Kenal Ibu Mentua
Jika anda di awal perkahwinan, belajarlah untuk lebih mengenali sikap ibu mentua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mentua.
Belajarlah untuk disenanginya. Ketahui bagaimana ibu anda sebenarnya dan kemudian barulah anda mengikut rentaknya. Namun anda juga harus lebih sopan dan tertib kala bersama dengannya.
3. Samakan Dengan Ibu Sendiri
Hormat dan anggaplah ibu mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Layanlah dia sempurna dan hormatilah dia dengan sebaiknya.
Allah sudah menjanjikan pahala dan rahmat jika kita ikhlas dalam memberikan yang terbaik untuk orang tua.
4. Bertolak Ansur
Hubungan kekeluargaan perlu dilengkapkan dengan sifat tolak ansur yang bukan sedikit. Biarpun dihimpit waktu dan kerja yang padat, cubalah memberikan ruang untuk bersama mereka. Bertolak ansur dalam apa jua permasalahan pasti buat hubungan lebih harmonis.
5. Ambil Hati Ibu
Berusahalah untuk cuba mengambil hatinya sentiasa. Selalulah pulang untuk menjenguk ibu di kampung. Semakin kerap anda meluangkan masa semakin baik hubungan yang cuba dijalinkan. Mendekatkan ibu mentua dengan cucu-cucunya sudah pasti buat ibu lebih gembira.
6. Hadiah Sampingan
Tidak hanya ambil hati, anda juga harus bijak mencuri hati kecilnya. Biarkan hatinya tersentuh dengan pemberian ikhlas anda.
Hadiah berupa barangan kesayangan dan kegemaran ibu mentua pasti buat hatinya gembira dan lembut hatinya. Namun ingat, hati perlu ikhlas.
7. Pekakkan Telinga
Hati seorang tua banyak ragamnya. Ada sahaja perkara yang tidak kena pada matanya. Sebagai menantu, pekakkan sahaja telinga anda dan usahlah disimpan dalam hati akan apa jua patah perkataan yang keluar daripadanya. Anggap sahaja ia positif dan relakskan jiwa dan minda.
8. Kurangkan Lawatan
Jika keadaan anda dan ibu mentua kurang baik, ada baiknya ada mengurangkan sesi lawatan ke rumahnya. Cukup hanya sebulan atau dua bulan sekali.
Itu pastinya lebih baik buat anda. Tapi pastikan sentiasa menelefon untuk bertanyakan khabar.
9. Jadikan Kawan
Ibu mentua yang cerewet tidak kena pada gayanya memang buat sakit hati. Ubah angin dan rentak hubungan anda dengan menjadikan ibu mentua seperti kawan.
Berkongsilah apa sahaja dengannya asalkan tidak melampaui batas. Cubalah leraikan keadaan dengan bertinteraksi secara baik. Ajaklah dia keluar membeli belah atau makan bersama tanpa suami. Its girl time!
10. Bercuti Bersama
Sesekali ajaklah ibu mnrtua untuk turut bercuti bersama anda sekeluarga. Tidak salah rasanya menggembirakan hatinya. Adakalanya dia juga perlukan rehat sambil melihat dunia luar. Hatinya yang keras pastinya mampu dilembutkan bila anda selalu bersamanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...