Pernah tular Pelajar sekolah menengah, Ain Husniza Saiful Nizam selepas mendedahkan tindakan seorang guru membuat lawak berkenaan rogol, hari ini tampil berkongsikan berita gembira.
Biarpun ada yang mendoakan kegagalannya, namun siapa sangka remaja ini memperolehi Keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.
Dalam satu ciapan, Ain berkongsi bahawa meskipun diuji dengan pelbagai cabaran, dia tetap mampu memperolehi keputusan yang cemerlang bagi SPM 2021.
“Tak mampu saya ungkapkan betapa tertekan saya sewaktu SPM. Bukan sahaja ramai yang berkata ilmu saya tak berkat, malah ramai yang mendoakan saya gagal dalam pelajaran.”
Katanya, bahawa keputusan yang diperoleh itu juga adalah berkat daripada guru-guru yang ikhlas mengajarnya dan rakan-rakan lain di sekolah.
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ainhsaifulnizam) June 16, 2022
Ads
TRENDING DI TWITTER
Siapa sangka dengan keputusan SPM itu ramai yang mengucapkan tahniah kepadanya. Walaupun cabaran yang dihadapinya, pelajar itu nekad dan berjaya memperolehi keputusan cemerlang.
Meskipun marah itu adalah emosi normal bagi setiap antara kita, namun penting untuk tahu mengawal kemarahan dengan cara sebaiknya agar rasa marah tidak menjadikan seseorang itu bersifat panas baran.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Diakui orang yang panas baran bukan sahaja berdepan masalah dengan dirinya sendiri malah mengganggu emosi dan hubungan sesama manusia yang dekat dengannya.
Umpamanya jika si suami mempunyai sifat baran dalam diri, hubungan suami isteri akan menjadi tidak harmoni dan tidak bahagia. Apatah lagi sekiranya pernah ‘angkat tangan’ kepada isteri akibat perasaan marah yang tidak terkawal.
Jadi persoalannya apakah daya isteri dan bagaimana harus dilakukan untuk bantu mengawal kemarahan atau sifat panas baran si suami?
Menjawab persoalan ini, pastinya ada banyak cara yang boleh diusahakan dan salah satunya adalah dengan cara yang dikongsikan oleh Ustazah Nazirah Abd Rahim di akaun facebooknya.
Menurutnya, suami panas baran itu ertinya “banyak api” dalam badan.
Ustazah bagi tips SEJUKKAN “api baran” tu mudah saja yang penting
caranya
yang panas jadi sejuk
yang terbakor jadi suam
yang rentung jadi sejuk
insha Allah yakin PENAWAR AL QURAN
Pesanan saya jangan baca depan mak mertua. Saya bimbang ada salah faham nak jampi anaknya parah nanti.
Perhatikan respon suami selepas makan masakan yang dibacakan AL FATIHAH SURAH RUQAYYAH DAN PENAWAR SEGALA PENYAKIT
jika ada “gangguan” suami akan
Terus amalkan dalam masakan ia lebih mudah nak rawat baran suami insyaAllah. Amalan ini akan ambil masa untuk lihat kesan. Ia perlukan amalan konsisten dan sabar .
InsyaAlllah puan akan lihat suami semakin sabar dan kurang barannya insya Allah dan semakin peyayang dan romantik.
Masa kecil dulu, ayah adalah seorang insan yang banyak berkorban untuk membesarkan kita, menyediakan kelengkapan kita dan memastikan segala yang kita kehendaki akan tercapai.
Selain ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan, ayahlah yang bersengkang mata mencari nafkah bagi kita sekeluarga.
Betul kata pepatah, 10 orang anak tak mungkin dapat menjaga seorang ibu atau ayah.
Begitulah yang terjadi baru-baru ini apabila tular sebuah video yang dimuatnaik oleh Ceqta Anita. Apa yang mengejutkan adalah hantaran video tersebut mengundang sebak ramai netizen apabila Cheta mendedahkan yang abang-abangnya telah mengabaikan ayahnya yang sedang menghidap strok.
Kejadian ini terjadi pada petang 1 Ramadan yang lalu apabila pintu rumahnya diketuk oleh pegawai keselamatan tempatnya menginap. Pegawai itu memberitahu bahawa ayahnya berada di tingkat bawah dan sudah 1 jam terbiar selepas ditinggalkan oleh 2 orang abangnya.
Apa yang dikesalkan adalah, kedua abangnya itu langsung tidak memaklumkan padanya mengenai perkara itu.
Menurut Ceqta, dia merupakan satu-satunya anak perempuan tunggal dari 4 beradik. Menyifatkan abangnya tidak sepatutnya berbuat begitu memandangkan ayahnya tidak mampu berjalan dan memakai lampin.
“Mentang-mentanglah ayah tak boleh jalan, pakai lampin, korang buang ayah macam ini je?”
Saat turun ke bawah untuk melihat ayahnya, Ceqta tidak dapat menahan sebak apabila melihat ayahnya hanya mampu duduk di kerusi lusuh ditemani sebuah beg baju.
Dia berharap agar masyarakat mengambil iktibar kisahnya itu khususnya dari aspek menghargai jasa kedua-dua orang tua kita.
Hidup kita di dunia ini setiap hari punya jalan cerita yang tersendiri. Ada kala gembira dan bahagia hidup disamping keluarga dan teman-teman, malah tidak kurang juga sering diuji dengan kesedihan dan kedukaan. Itulah lumrah kehidupan!
Umumnya bila diuji, kita akan berusaha untuk atasi setiap cabaran yang datang disamping tidak putus-putus berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa.
Menyentuh tentang berdoa, selain kita menadah tangan memohon hajat dimakbulkan olehNya, sebenarnya ada cara dan tip yang boleh kita amalkan seperti mana apa yang dilakukan oleh nabi Zakaria.
Bagaimana caranya itu, jom semak perkongsian daripada Puan Siri Aminah Sulaiman ini berkaitan tip berdoa yang dihuraikan dari Surah Maryam. Jom semak.
Dah lama saya janji nak tulis pasal TIPS Doa dari surah Maryam , tapi saya bertangguh sampai dapat ‘peringatan’ berkali-kali dari Allah.. Tak de alasan lagi..Maka hari ni saya kongsikan TIPS Doa Mustajab ni. Saya sendiri telah cuba berdoa guna kaedah ni dan mustajab dengan izin Allah.
Seorang sahabat saya ada berkongsi yang SISTEM BERDOA ni ada 2 cara. Kita boleh pilih nak ikut cara Al Quran ajar atau berdoa ikut hukum alam.
Jika kita Berdoa ikut Al Quran ajar, maka Allah akan beri Rahmat Dia. Berdoa ikut hukum Alam ni haram disisi ajaran Islam, Berdoa ikut hukum alam ni tetap akan dapat tapi akan miss keberkatan..sebab tak ikut guideline Allah beri dalam Quran dan Sunnah .
Sebab tu kita tengok non muslim still dapat apa yang mereka minta, sebab sifat Allah sebagai Ar Rahman memang apply untuk semua mahluk dimuka bumi ni. Tapi untuk orang yang beriman, Allah ‘extend’kan kasih sayangNya maka Dia bersifat Ar Rahim pada hamba yang beriman.
Sebab sifat Ar Rahim Dia beri apa yang terbaik untuk kita, kadang ditangguhkan apa yang kita minta kerana Dia Al ‘Alim yang tahu keperluan hambaNya.
Terharu kan dengan kasih sayang Allah pada kita? Moga Allah pilih kita dikalangan hambaNya yang beriman.
Kenapa saya pilih berdoa ikut cara doa Nabi Zakaria ?
Sebab saya sangat terkesan bila baca ayat 2 Surah Maryam
ذِكْرُ رَحْمَتِ رَبِّكَ عَبْدَهُ زَكَرِيَّا
“(Ingatkan mereka) tentang rahmat Tuhan kamu kepada hamba-Nya, Zakaria,”
Dalam ayat ni Allah iktiraf Zakaria a.s sebagai عَبْدَهُ iaitu HambaNya.
Saya kira sebagai satu pengiktirafan tertinggi bila Allah acknowledge kita sebagai HambaNya..Petanda Allah redha dengan cara Nabi Zakaria meminta doa
Nak jadi ‘HambaNya’? Jom belajar doa cara Nabi Zakaria :
1) Gunakan suara yang lembut *************************
إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ نِدَاءً خَفِيًّا
“yaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.”
Perkataan نِدَاءً ikut terjemahan ialah suara yang lembut dalam keadaan خَفِيًّا iaitu sunyi..ketika duduk seorang diri
2) Sebut KELEMAHAN diri ketika berdoa ********************************
Ayat seterusnya Allah rekod Nabi Zakaria mengadu keadaan diri yang serba lemah, rambutnya putih beruban
Dia berkata “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, ..”
Inilah pengakuan seorang hamba yang berTuhan. Dia mengakui kelemahan fizikal tubuhnya yang memerlukan Allah untuk tunaikan segala permintaan.
Ayat lain Nabi Zakaria menambah lagi :
وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا..
“sedang isteriku seorang yang mandul..”
Nabi Zakaria megukuhkan lagi kelemahan perkahwinan dengan mengakui dihadapan Allah isterinya yang mandul.
Tertarik saya nak kongsikan dari segi linguistik ayat امْرَأَتِي
Allah pilih perkataan yang begitu tepat untuk gambarkan situasi Zakaria a.s ketika tu
Perkataan امْرَأَتِي iaitu biasa digunakan dalam Quran untuk menggambar perkahwinan yang ada masalah.
Contoh dalam Surah Tahrim Allah panggil isteri Nabi Nuh sebagai امۡرَاَتَ نُوۡحٍ kerana isteri Nabi Nuh seorang yang kafir,begitu juga isteri Nabi Lut a.s dipanggil امۡرَاَتَ لُوۡطٍ
Bukan perkataan ‘zaujah’ digunakan dalam situasi ni.
Apa yang kita boleh pelajari ialah mengadulah dengan jujur dihadapan Allah..segala masalah kita
Bukan saja-saja Allah rekod kisah doa Nabi Zakaria ni tau, mesti untuk kita belajar dan amalkan
3) Hajat adalah kerana Allah dan Agama ********************************
Inilah klimaks dalam kisah doa Nabi Zakaria..
Untuk apa nak dapat anak? untuk apa nak ada duit? untuk apa nak sihat?
Nabi Zakaria terus mengajar kita cara doa dimakbulkan segera:
“Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, “
Baginda risaukan keadaan kaumnya bila dia meninggal nanti..Dia risaukan kaumnya sesat bila tiada lagi nabi dikalangan mereka.
Zuriat diminta untuk sambung legasi dakwahnya.
Lalu Allah jawab dengan beri khabar gembira kedatangan soerang anak lelaki bernama Yahya.
Hajat untuk tujuan kebaikkan agama memang cepat Allah jawab dan beri. Saya sendiri dah pernah cuba,mustajab dengan izin Allah..Ini formula doa mustajab dari Quran !
4) Rahmat turun bersama nikmat zuriat ******************************** Nabi Zakaria bukan saja dapat anak, tetapi Allah turunkan lengkap dengan pakej lain.
Allah sebut dalam AL Quran Nabi Yahya seorang yang: +berhikmah dari kecil (وَآتَيْنَاهُ الْحُكْمَ صَبِيًّا) +lemah lembut حَنَانًا +taat pada ibu ayah وَبَرًّۢا بِوَٰلِدَيْهِ
Rujuk ayat 12-14 Surah Maryam untuk lihat ciri-ciri anak soleh yang ada pada Yahya a.s
Inilah RAHMAT Allah yang turun ketika Dia mengabulkan hajat HambaNya
Diminta ialah zuriat, tapi bila Dia berkenan dengan cara kita berdoa ..Dia akan beri lebih..Inilah RAHMAT untuk orang yang beriman.
Kesimpulannya tiada yang lebih baik dari cara berdoa para Nabi yang diajar dalam Quran .
Moga Allah pilih kita sebagai HAMBANYA dan dimasukkan ke dalam syurga nanti..Allhuma Amin .
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.