Umumnya cornflake biasa dijadikan menu sarapan yang dimakan bersama susu. Rasanya yang rangup dan lemak manis, bukan sahaja orang dewasa menggemarinya malah anak-anak juga.

Pun begitu, memberi variasi cornflake juga sesuai dijadikan menu kudapan yang ringkas penyediaan. Apa kata kita sediakan menu ini sebagai mana yang dikongsikan oleh saudara M Hairul Hafiz.

Jom semak bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Memandangkan hari ni cuti kat Selangor. Rasa nak makan kudap-kudap. Resepi ni asal milik khairulaming (trademark hey what’s up guys ). Tq khairulaming share resepi…Tapi abam olah sikit je…nah resepi die, boleh la hidang ketika tengok drama or movie ke. Selamat mencuba…

IKLAN

Bahan-bahan:
* Cornflake 500gm
* Butter 5 sudu besar (nak lebih pon takpe)
* Salted egg powder 100gm (nak guna salted egg yang sudah rebus pon ok, amek yang kuning tu, lagi banyak lagi sedap
* Daun kari 5 tangkai
* Cili padi 5 biji ptong kecik2 (nak pedas tambah lagi)
* Gula halus 3 sudu

Cara-cara:

IKLAN

Cornflake Salted Egg, Jadikan Menu Kudapan Untuk Famili. Ni Resipinya!

1. Panaskan butter hingga cair

IKLAN

Cornflake Salted Egg, Jadikan Menu Kudapan Untuk Famili. Ni Resipinya!

2. Masukkan cili padi, kacau hingga sebati
3. Masukkan daun kari

Cornflake Salted Egg, Jadikan Menu Kudapan Untuk Famili. Ni Resipinya!

4. Masukkan salted egg powder
5. Kacau hingga die kembang
6. Tutup api, bagi die cool sikit
7. Masukkan cornflake kacau hingga sekata
8. Akhir sekali tabur gula
9. Cornflake yang sudah siap tu masukkan ke dalam tray and bakar dlm suhu 170darjah celcius dengan masa 15/20 minit, nak bg die kekal ranggup dan tahan lama.

sumber : M Hairul Hafiz via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI