Pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin bukan sahaja memberi kesedihan kepada semua peminatnya, namun telah membuka mata kepada semua pihak terutama ibu hamil kepentiangan vaksin.
Menerusi siaran LIVE semalam (9/8/2021) Shuib turut menjelaskan bahawa arwah Siti Sarah belum di vaksinkan.
Rentetan daripada itu, pada masa yang sama tular di twitter seorang pemilik akaun telah berkongsi pandangan seorang pensyarah Obstetrik & Ginekologi (O&G) atau juga dikenali sebagai Perbidanan Dan Sakit Puan, mengenai kes melibatkan arwahyarhamah Siti Sarah.
Tweet ini wanita ini telah mendapat perkongsian lebih dari 17 ribu dari pengguna twitter yang lain. Menurutnya, perkongsiannya adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepentingan vaksin kepada ibu hamil.
1. CSEC (bersalin secara pembedahan) langkah kecemasan dilakukan bukan kerana bimbang kepada janin, tetapi untuk mencabut plasenta kerana ia memerlukan 20% dari Cardioc Output (isipadu darah yang dipam oleh jantung dalam satu minit). Tujuannya adalah untuk mengurangkan tekanan kepada ibu dan menghasilkan Cardioc Output dengan berkesan. Alhamdulilah bayi selamat dilahirkan.
2. Covid sememangnya jadi paling teruk pada ibu mengandung kerana keadaan pembekuan darah tinggi. Dia mungkin mempunyai embolisme paru atau serangan jantung semasa tempoh koma. Oleh kerana tidak ada pengurusan yang pasti untuk Covid, prognosis covid pada kehamilan (tahap 3,4, & 5) biasanya paling teruk.
Ads
3. Tidak ada data yang menunjukkan dia (Siti Sarah) divaksin. Jadi jika boleh, sila nasihatkan semua ibu mengandung yang berusia di atas 14 minggu untuk mendapatkan vaksinasi secepat mungkin.
Moga menjadi iktibar buat kita semua untuk kekal menjaga SOP.
Malang tak berbau, adakalanya walaupun sudah berhati-hati tetapi benda nak berlaku kita tak mampu nak elak.
seperti kisah yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia ini , seorang kanak-kanak menelan bateri butang.
Disebabkan itu, dinding esofagusnya sedikit terbakar, namun mujur lah cepat di bawa ke hospital. Berderau darah saya bila melihat anak saya menelan bateri jenis butang ini depan mata saya. Bateri jenis butang ini adalah bateri jam tangan anak sulong saya. Jam tu baru saja jatuh dan pecah. Bateri tersebut diletakkan di atas meja. Tak sangka pula adiknya yang kecil tu pantas tangannya.
Dengan cepatnya dia masukkan bateri tu ke dalam mulutnya.
Saya bergegas bawa dia ke hospital. Di sepanjang perjalanan tu, dia menangis dengan kuat dan di dalam kesakitan. Doktor melakukan pemeriksaan dan terus ke dewan bedah. Nasib baiklah hospital tersebut ada pakar bedah kanak-kanak dan ada mesin kamera endoskopi kanak-kanak. Kalau tidak, perlu di rujuk ke hospital terdekat.
Doktor menyatakan dinding esofagus sedikit terbakar. Namun anak saya bernasib baik sebab terus datang ke hospital. Jika lewat dua jam, mungkin ianya boleh menyebabkan dinding terbakar dengan lebih teruk atau bocor.
Anak mungkin terpaksa makan dengan memakai tiub yang ditebuk terus ke usus. Ya tuan puan. Bateri ini sangat bahaya. Pastikan anda tidak meletakkan bateri ini di tempat yang mudah dicapai kanak-kanak. Jika tertelan, ingat, jangan ditunggu. Pastikan sebelum dua jam, anda telah berada di hospital.
Esofagus ialah sejenis organ dalam vertebrat yang terdiri daripada tiub berotot yang dilalui oleh makanan dari farinks ke perut.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila sebut mengenai buah-buahan tentu ada yang mengemari sesuatu buah akan makan dengan jumlah yang banyak.
Bagi yang ‘hantu’ durian tu dengan bangganya akan mengatakan sekali makan satu biji pasti licin!
Begitu juga dengan rambutan atau manggis, sudah pasti bila makan tentu berbiji-biji.
Tapi tahukah anda sebenarnta makan buah-buahan ni tak boleh keterlaluan nanti mudarat kesihatan diri.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh pakar ini mengenai saiz hidangan yang betul apabila menjamah hidangan buah-buahan tempatan.
Makan buah ikut saiz hidangan yang ditetapkan.
“Habis 2 biji durian aku makan tadi.” “1 kilo rambutan beli tadi habis aku sorang makan.” “Alah, buah-buahan kan bagus, apa salahnya makan banyak.” Antara 3 situasi yang paling kerap dengar. Bila sampai musim, makan buah-buahan sampai tak ingat dunia. Buah-buahan memang bagus. Kaya dengan vitamin, mineral dan serat. KKM sarankan makan buah-buahan paling kurang 2 hidangan sehari. Tahu tak berapa banyak 1 hidangan untuk buah durian? 3 ulas sahaja tau. Jadi kalau sudah melantak 2 biji seorang, mana datang 3 ulas kan? Itu yang lepas makan jadi badan panas, sakit tekak dan kepala pening. Sebab banyak sangat makan dalam satu-satu masa. Jadi gambar dibawah ada tunjuk saiz hidangan untuk buah-buahan yang popular di Malaysia. Jadikan sedikit rujukan bila makan buah-buahan ya. Ingat, setiap makanan perlu ambil dalam kadar sederhana. Dan setiap makanan, sederhana itu dalam jumlah yang berbeza. Goodluck semua. Moga bermanfaat! p/s- banyak lagi tips diet, makanan dan senaman saya kongsikan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sebagai ibu bapa moden yang bekerjaya, masa berkualiti dengan anak-anak amat terhad. Sehinggakan anak-anak terabai. Mana taknya, pergi kerja awal pagi, hampir malam baru balik rumah. Nyata bonding dengan anak-anak amat kurang.
memang sungguh inspirasi. Hanya makan dalam dulang pun boleh mengerat bonding dengan anak-anak.
Anak aku taklah ramai sangat, 4 orang saja. Tapi macam mana pun makan dalam dulang ini hampir pasti dibuat setiap kali makan.
Jarang-jarang aku makan asing, melainkan bila ada yang sakit, tak nak menyebarkan kuman. Kalau tidak, beginilah kami makan hari-hari.
Aku mulakan amalan makan dalam dulang ini sejak di UK lagi. Ketika itu kami baru bertiga. Sekarang dah berenam, alhamdulillah masih boleh sendal lagi. Muat juga makan ramai-ramai.
Kau pernah baca saranan seorang artis yang kata suami isteri kalau gaduh pun jangan tidur asing-asing?
Samalah juga macam makan dalam dulang.
Ia merapatkan hubungan yang kadang-kadang ada terusik perasaan atau terkedu.
Anak-anak kadang-kadang tengah merajuk. Namun bila panggil makan, hilang merajuknya sebab perut pun dah lapar. Mau tak mau, kena makan sama-sama juga. Akhirnya senyum pun terukir.
Makan dalam dulang juga menggalakkan sikap bertolak ansur dan berlebih kurang. Kau tau bahagian nasi depan mata kau. Sama ada kau nak tolak pada orang keliling atau kau nak kaut lebih banyak.
Ini kau belajar waktu makan. Kalau nampak orang sebelah macam lapar lebih, kau tolaklah nasi sikit pada dia. Kalau ada yang susah nak habis, kau tolong habiskan.
Perkara mudah tapi banyak yang kau boleh guna dalam interaksi sesama manusia.
Bila makan ramai-ramai, macam-macam benda kau boleh bincang bersama. Waktu inilah kau boleh selitkan pelajaran dalam hidup pada anak-anak. Bagaimana menghargai rezeki, hidup muafakat dan lain-lain.
Tak adalah mata masing-masing ke TV waktu makan, atau buat hal sendiri. Kau nak tegur pun susah.
Inilah juga waktu “bonding” antara kau dengan anak-anak dan isteri. Anak-anak akan bercerita tentang aktiviti seharian mereka. Isteri pun ada gossip terkini. Kau pula buat lawak sikit-sikit lalu masing-masing tergelak.
Sedar tak sedar, habis satu dulang kau kerjakan. Perut kenyang, hati pun gembira.
Selain dari jimat lauk, pinggan pun tak payah basuh banyak-banyak. Sekali makan, basuh dulang itu sajalah. Ini kalau masing-masing makan tak sama timing, letih nak mengemas.
Ada juga orang kata kotorlah, tak hygienic. Yalah, kalau kau tak basuh tangan, kotorlah jadinya. Kau kena pastikanlah semua jaga kebersihan, potong kuku, gosok gigi. Yang sakit, kita bagi makan asing. Insya-Allah selamat semua tak sakit perut.
Aku cadangkan kalau ada masa, bolehlah cuba makan sama-sama dalam dulang. Banyak kebaikannya untuk kehidupan kau sekeluarga.
Selagi badan masing-masing masih muat nak duduk keliling tu, Insya-Allah aku akan teruskan amalan begini.
Mudah-mudahan dari aktiviti makan pun Tuhan turunkan rahmat dan ketenangan pada keluarga kita
Manakala perkongsian lain beliau seterusnya ada menyentuh mengenai cara lain bonding untuk dengan anak-anak
9 CARA JIMAT UNTUK BONDING DENGAN ANAK-ANAK
Zaman sekarang ini sungguh mencabar. Kita jadi ibu bapa kadang-kadang terlalu sibuk cari duit sebab nak sara hidup keluarga. Maka adakalanya terlepas pandang masa berkualiti dengan anak-anak.
Aku senaraikan beberapa aktiviti yang boleh kau lakukan tanpa mengeluarkan duit yang banyak untuk bersembang dan bermesra dengan mereka.
1. Makan dalam dulang/talam
Ini aku pernah tulis dahulu (perkongsian di atas). Mungkin ramai yang tak biasa makan dalam dulang ini, tapi kau cubalah. Banyak kebaikan yang kau boleh dapat.
Waktu inilah kau boleh banyak selitkan nasihat-nasihat kehidupan. Tutup TV, semua mengadap nasi dan lauk di tengah.
Kau boleh cerita tentang baiknya Tuhan bagi rezeki. Kau boleh cerita tentang konsep bertolak ansur sesama ahli keluarga. Anak-anak boleh bercerita tentang aktiviti mereka seharian. Sedar-sedar nasi pun habis.
Kenyang dapat, bonding pun dapat. Insya-Allah keberkatan pun kau dapat.
Petikan yang disiarkan di laman facebooknya pada tahun lepas mengenai amalan makan dulang bersama anak.
2. Memasak
Memasak atau menyediakan makanan juga aktiviti bonding yang baik. Lagipun, memang hampir setiap hari kena masak, kan?
Kalau anak kau ramai, kau bahagi-bahagilah tugas. Ada yang potong sayur, ada potong bawang, ada gaul bahan, ada yang masukkan bahan dalam kuali.
Kalau aku, paling seronok waktu kami buat sandwic sama-sama. Sandwic ini memang antara kepakaran aku. Jadi anak-anak semua sangat teruja bila aku kata nak buat sandwic. Nanti aku kongsikan resipinya.
Masing-masing berebut nak sapu mentega atas rotilah, nak letak tomatolah, nak kapit rotilah.
Ia jadi satu aktiviti yang menyeronokkan dan merapatkan hubungan dengan anak-anak. . . 3. Cuci kereta atau motor.
Kalau kau tak hantar kereta ke kedai, bolehlah kau cuci sendiri beramai-ramai dengan anak-anak.
Waktu aku kecil dulu, ini antara aktiviti yang aku suka buat dengan arwah Abah.
Kerja aku senang saja, Abah suruh aku cuci tayar, sebab kawasan yang tinggi-tinggi aku tak sampai. Lepas itu yang seronok sebab dapat main air waktu nak bilas.
Basah lencun tapi penuh dengan gelak ketawa. Penat pun tak terasa. . . 4. Buat hobi sama-sama.
Kenalpasti hobi anak kau, kemudian kau sama-samalah buat dengan dia, atau temankan dia waktu dia sedang beraktiviti itu.
Dulu anak aku minat main Gunpla atau Gundam. Alah, yang robot plastik main cantum-cantum tu. Aku pun sama-sama buat robot itu dengan dia. Dia gunting, aku cantum. Aku gunting, dia cantum.
Main lego pun begitu juga. Sama-sama cantumkan blok dan bina rumah contohnya. Bila siap, masing-masing rasa bangga sebab buat sama-sama.
Kalau hobi anak kau melukis, kau pun sama-samalah melukis dengan dia. Ataupun kau sokong aktiviti dia, contohnya bawa dia pergi jumpa pelukis, beri idea nak lukis apa, belikan buku-buku lukisan dan lain-lain.
Kau tunjuk minat yang sama dengan anak-anak, memang anak-anak akan hargai dan ingat sampai bila-bila. . . 5. Solat jemaah
Aktiviti pergi masjid dan surau juga salah satu aktiviti yang sangat baik untuk kau bermesra dengan anak-anak.
Waktu jalan kaki untuk sampai ke masjid itu, banyak benda kau boleh sembangkan. Fadilat solat berjemaah jangan ceritalah. Rapatkan saf itu antara sebab yang boleh menyatukan hati kau dengan anak-anak dan ahli jemaah yang lain.
Kalau tak dapat ke masjid, kau solat berjemaah di rumah. Dapat sehari satu waktu pun cukuplah sebagai permulaan. Ini aktiviti spiritual yang boleh merapatkan hubungan yang renggang insya-Allah.
6. Hantar dan ambil anak dari sekolah/kelas
Mungkin ramai yang tak berkesempatan buat aktiviti ini disebabkan kesibukan kerja dan ‘timing’ yang tak selaras. Namun jika ada kesempatan, kau cubalah usahakan
Benda ini nampak biasa saja, tapi waktu kau dalam kereta itulah masa untuk kau kenali anak kau dengan lebih rapat.
Kau tanya apa aktiviti dia hari itu, dia belajar apa, cikgu baik ke tidak. Anak-anak pun biasanya akan teruja untuk beritahu dia buat apa, kawan mana yang menangis, budak mana yang muntah, budak mana yang bawa duit bekal RM50 dan lain-lain.
Yang ibu bapa mahu begitulah. Anak-anak mesra dan bebas bercerita apa saja dengan kita. Maka masa hantar dan ambil dari sekolah itulah peluang untuk kau bersembang bagai nak rak dengan anak-anak. Jangan kau diam layan radio saja.
7. Majlis taalim
Majlis taalim ini biasanya aku buat sebelum tidur.
Kau bacakan buku-buku yang bermanfaat untuk anak-anak contohnya kisah para Nabi, sejarah hidup Nabi Muhammad, kisah para sahabat dan lain-lain.
Kalau kau ada ilmu lebih sikit, kau bacakan buku-buku hadis berkaitan adab dan akhlak, contohnya kitab Riyadhus Solihin, Hadith 40, Adabul Mufrad atau Fada’il A’mal.
Kemudian kau tutup dengan tadarus beramai-ramai. Dapat satu malam satu mukasurat Quran, jadilah.
Anak-anak aku paling suka kalau aku bacakan kisah para Nabi. Selalu jugalah mereka mendesak.
Sambil cerita itu, kau selitkan juga pengajaran dan kaitannya dengan kehidupan kita sekarang. Barulah anak-anak boleh faham dengan lebih jelas. . . 8. Berkebun
Kalau kau ada laman, gunalah laman yang ada itu untuk berkebun bersama anak-anak.
Benda mudah macam cabut rumput pun jadi satu aktiviti yang menyeronokkan. Contohnya kau lumba siapa cabut rumput paling banyak ke, atau siapa dapat jumpa cacing ke.
Kemudian kau ajar anak-anak teknik tanam pokok. Macam mana nak pindahkan dari polybag ke tanah atau pasu, macam mana tabur benih, bila nak siram pokok.
Biar anak-anak kembali kepada ‘nature’. Pegang tanah, biar tangan kotor, keluar peluh jantan.
Lepas itu, kau beri dia seorang satu pokok untuk dijaga. Ini melatih anak-anak untuk rasa tanggungjawab dan cintakan alam sekitar juga. Bila pokok dah besar, kau boleh kata dengan bangga pada dia,
“Tengok, itu pokok yang awak tanam dulu, kan? Dah berbunga dah.”
Mesti anak-anak pun seronok. . . 9. Main masak-masak atau play pretend
Biasanya ini dibuat waktu anak kau masih kecil.
Kau buat khemah dalam rumah guna tali rapia dan selimut. Duduk dalam itu dengan anak, lepas itu guna periuk dari dapur, konon-kononnya tengah masak dalam hutan. Kertas-kertas yang diracik kononnya sayur dan lauk pauk.
Anak lelaki pula biasanya main lawan pedang atau tembak-tembak. Imaginasi anak lelaki aku biasanya begitulah. Anak lelaki orang lain, mungkin lain imaginasinya.
Kau pun pakailah topeng dan segala aksesori untuk masuk dalam dunia anak kau. Jadi budak-budak sekejap.
Jadi kawan mereka yang paling rapat, sebelum mereka mencari kawan-kawan yang lain.
================ . . Begitulah yang aku boleh kongsi setakat pengalaman aku membesarkan 4 orang anak.
Masing-masing lain kerenah dan karakternya. Namun biasanya bila buat aktiviti bonding ini, semuanya akan seronok dan boleh beraktiviti bersama-sama.
Cubalah di rumah. Mudah-mudahan hubungan kekeluargaan kau dengan pasangan dan anak-anak bertambah erat dan mesra setiap hari. .
.
Ahmad Affzan Abdullah.
Pelukis Kaligrafi Eksklusif
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.