Melahirkan bayi pada hari kemerdekaan pasti akan menjadi memori paling diingati oleh semua ibu-ibu. Sambutan berganda dua perayaan iaitu ulang tahun kemerdekaan negara dan ulang tahun kelahiran anak menjadi kenangan paling tak dilupakan.
Biasanya setiap ibu yang bersalin pasti akan dikendalikan oleh doktor Pakar Obstetrik & Ginekologi atau juga dikenali Pakar Sakit Puan.
Tetapi bagaimana agaknya situasi dalam bilik bersalin sekiranya Pakar Sakit Puan sendiri yang hendak melahirkan anak dan dikendalikan pula oleh Pegawai Perubatan.
Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Prince Court Medical Centre berkongsi kenangan dia melahirkan anak bongsunya tujuh tahun lalu di hari kemerdekaan Malaysia.
Semangat Nak Bersalin Hari Merdeka
Menurut Dr Maiza, dia sanggup menahan diri tiga hari daripada melahirkan anak demi semangat patriotik mahu anak bongsu lahir pada tanggal 31 Ogos.
Disebabkan Dr Maiza seorang doktor sakit puan, sudah tentu dia tahu apa yang dilakukannya dalam hal melibatkan kelahiran seorang bayi.
Bahkan katanya dia berjaya memujuk pegawai perubatan yang mengendalikan kes kelahirannya untuk memberikan ubat pitocin kerana lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya.
Ads
Beliau bersyukur kerana dengan izin-Nya, bayi merdeka yang ditunggu dan diberi nama Dian Imanie Aziamira selamat dilahirkan.
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia.
Pada tarikh ini, 8 tahun yang lalu, tepat jam 9.09 pagi, kelahiran bayi turut memerdekakan mama, merdeka dari kehamilan & kelahiran (sure arr last one).
Ads
So ceritanya 7 tahun abah, mama, abang, kakak, tunggu adik baby. 3 hari jugak mama tahan tak nak bersalin lagi (walaupun dah 3cm) sebab semangat patriotik nak baby bongsu kami lahir pada hari merdeka.
Memang mama plan & took this risk (tawakal sebab dah 7 tahun tak bersalin. Silap percaturan memang kene C-sec).
Since mama pakar ObGyn di Hospital Serdang, maka adik MO yang attend mama susah nak tolak bila mama ‘pujuk rayu’ mintak ARM & start pitocin lepas subuh.
(I actually sounded more like specialist giving instruction to my MO during ward round) “Betul ke nak terus start pitocin boss?” (Kesian MO saya, cuak muka dia).
“Don’t worry, I memang camne. Lepas ARM + pitocin 4 jam sure keluar. Alhamdulillah Allah permudahkan. Adik baby lahir normal pada pagi merdeka, tepat jam 9.09 pagi, 31 Ogos di dewan bersalin Hospital Serdang, bilik no 6, pada 37 minggu kehamilan.
Ads
“Mommy when I grew up, I wanna be a doctor just like you so than I can spend more time with you at the hospital.” Aww..deep sungguh ayat baby merdeka mama
Apa-apa pun, ingat pesanan yang panjang lebar ini. Ya, anda boleh merancang & memilih untuk bersalin secara normal pada tarikh pilihan anda jika anda pernah bersalin normal sebelum ini, kemungkinan besar ia akan berjaya. Tetapi sentiasa ingat bahawa masih terdapat sedikit risiko kegagalan & anda mungkin akan mengalami C-sec. Lagipun, kita merancang, tapi perancangan Allah adalah yang terbaik dari semua perancangan!
Salam Kemerdekaan ke-65 Malaysiaku yang tercinta, & Selamat Ulang Tahun baby D.I.A.
Sekeping gambar yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bersama tiga anak lelakinya menjadi perhatian ramai.
Gambar Tan Sri Dr. Noor Hisham bersama tiga anak bujangnya iaitu Khalis, Khazin dan Khair yang sedang meluangkan masa bersama di Hyde Park, London membuatkan ramai yang menawarkan diri jadi menantu.
“Berjalan kaki di pagi hari di Hyde Park bersama tiga anak lelaki saya ketika ini, kami menikmati suhu sejuk di London.
“Britain bersiap sedia untuk menikmati suhu 0 Celcius selama seminggu.
“Namun begitu, ia adalah saat berharga dan momen tidak dapat dilupakan bersama anak-anak lelaki saya yang sudah dewasa; Khalis, Khazin dan Khair,” kongsinya menerusi X.
Apa yang menarik perhatian pastinya gelagat wargamaya yang berseloroh dan berebut-rebut untuk menjadi menantu dek kerana ketampanan tiga jejaka, buah hati kesayangan Tan Sri Dr. Noor Hisham dan isteri.
Tan Sri Dr. Noor Hisham turut berkongsi foto bersama isteri, Puan Sri Datin Seri Nik Suwaida Nik Mihammad Mohyideen dan anak-anak lelaki sedang berehat di sebuah kafe ketika bercuti ke London.
Terdahulu, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan iaitu Khairin Afiqah yang telah mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hatinya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Manisnya sebuah perkahwinan, jika ia sentiasa disuburi dengan ayat-ayat cinta walaupun anak sudah besar. Hubungan utuh dan saling faham memahami dan bertolak ansur menjadi ikatan kukuh sebuah perkahwinan.
Memang ada pasangan awal-awal usia perkahwinan punyalah romantik, tetapi bila sudah ada anak seorang segalanya hilang. Nikmat rumahtangga andai tidak dibaja akan layu akhirnya. Kita suburkan hubungan suami isteri agar cinta kasih sayang tu, sentiasa bercambah. Ini barulah relationship goal.
1) Kejutan: Siapa yang tak sukakan kejutan. Tak kiralah lelaki atau perempuan tentunya sangat menghargai kejutan daripada pasangan. Tak perlu mahal, sekeping kad dengan ayat romantis pujian melambung bersama sekotak coklat yang dihantar ke tempat kerja suami sudah memadai.
2) Makanan Kegemaran: Sekali sekala masakkan makanan kegemarannya. Kalau tak pandai, inilah masanya belajar daripada mak mertua anda. Mula-mula mungkin tidak sedap, tak kena dengan selera Encik Abang, tetapi lama-kelamaan mesti sedap. Practice makes perfect.
3) Manis Muka & Sambut Di Pintu: Walaupun penat dengan kerja di pejabat, rumahtangga dan anak-anak, carilah masa bersiap berwangi sebelum suami pulang. Siapkan air secawan dalam peti sejuk dan sambut suami dengan senyuman. Salam dan beri ciuman di pipinya kanan dan kiri. Berikan air dan biarkan suami berehat seketika. Bukannya sambut suami dengan leteran panjang. Rimas tau kak kalau asyik membebel.
4) Bersyukur: Bersyukur kalau dapat suami yang rajin membantu di dapur atau menjaga anak. Tetapi selalunya apa yang dibuat suami memang tak sesempurna mana. Lipat baju dahlah senget, tak sama pula tu. Masak lebih minyak, buat air pun tak sedap dan bila pakaikan anak baju selalunya tak matching dengan seluar. Sabar! Layankan je kak. Kalau tak suka, senyap-senyap pergi betulkan. Tak perlu membebel. Untung dah, bila suami hendak membantu kita kan? Kalau nak tegur pun, carilah masa yang sesuai dan tegur dengan cara paling lembut dan manja. Barulah Encik Abang tak jadi marah.
5) Jangan Membantah: Dapat isteri yang kuat melawan memang mencabar ego. Tahulah sama-sama bekerja untuk meningkatkan ekonomi keluarga tetapi dah namanya suami, memanglah kena dihormati. Usah ditambah minyak dalam api yang sedang membara. Seeloknya diam dan cari masa sesuai untuk menerangkan keadaan sebenar atau meminta maaf.
6) Cari Masa Bersama: Tak perlu sampai tinggalkan anak dengan mertua semata-mata untuk bercuti bersama suami. Cukuplah sedikit usikan manja sebelum tidur dan sejurus bangun tidur, gurau senda, berkepit sambil menonton drama TV atau mandi bersama pada hujung minggu. Lupakan sekejap hal anak atau kerja, dan beri tumpuan pada pasangan di depan mata.
Kadang-kadang sebagai ibu ni, tak boleh nak nafikan ada masanya kita termarah anak tanpa sengaja. Tak tahu mana silapnya, anak cuma mahu bereksplorasi dan melalui proses tumbesaran seperti biasa. Kasihan anak terpaksa melalui pengalaman dimarahi tanpa mengetahui apa salah mereka.
Penulis Keibubapaan, Wawa Shauqi bercerita tentang hal ini;
“Kenapa marah anak? Sebab dia ada buat salah ke?” 3 kali juga terapis tanya pada saya.
Bila perasan soalan berulang, saya pause sebelum jawab. Mesti ada benda yang saya tak perasan. Ya. Memang betul saya tak perasan.
Bila saya ambil masa seminit berfikir, barulah saya nampak yang sebenarnya anak saya kena marah sebab saya. Mereka bukan buat salah pun. Mereka berlari-lari, bermain sambil buat bising, sebab sedang menjalani fitrah mereka selaku kanak-kanak.
Yang sebenarnya, saya yang triggered. Betul kan?
Di kebanyakan masa, kita mak-mak ni marah-marah bukan sebab anak. Tapi sebab kita sendiri yang triggered.
Triggered mungkin sebab tengah penat mentally.
Mungkin juga sebab overstimulated.
Mungkin juga sebab dah biasa dari kecik, kita dimarahi bila aktif bermain dan berbuat bising. Ya, tanpa sedar, kita jadi sama macam orang yang masa kecik dulu kita tak suka.
Setiap kali kita triggered dengan anak, terapis cadangkan untuk buat Butterfly Hug. Kemudian cakap pada diri, “I am triggering. It’s ok… It’s ok.”
Saya perasan, bila saya buat Butterfly Hug saat emosi tak ok : 1) Saya dapat PAUSE dari react. (Termarah atau terpukul) 2) Saya rasa lebih tenang dan SELAMAT. 3) Kepala saya yang bising akan jadi SENYAP. 4) Rasa lebih BERDAMAI dengan diri. Dan rasa TERPUJUK.
Bila kita sedar diri kita triggered, kita ada peluang untuk pause dan berfikir sebelum bercakap. Ini antara ayat-ayat yang saya cakap pada anak bila saya sedar saya triggered.
1) Mama tengah tak ok ni. Rasa overstimulated. (Mujur saya dah cerita kat anak pasal deria emaknya ini sangat sensitif) Mama hargai kalau korang boleh perlahankan suara. Dan main Hotwheels instead of rough n tumble. 2) Mama perasan cara mama cakap ni macam defensive. Kita cuba re-do balik. Mama cuba cakap dengan elok-elok.
3) Mama rasa macam tak boleh kawal marah ni. Bagi mama masa 20 minit. Mama tenangkan diri. Mama dah ok, mama datang balik.
4) Mama nak dengan Ammar cakap. Tapi tadi mama respon tak ok. Boleh Ammar cakap balik bila mama dah ready untuk respon dengan baik?
Yang terharunya, bila anak-anak nampak saya berusaha, ada masanya mereka offer nak peluk saya. Bila berpelukan, auto saya pun lebih tenang. Nak marah anak pun tak jadi. Anak-anak pun faham tindakan yang mereka boleh ambik untuk tak bagi kepala mak dia meribut balik.
Kalau kita faham anak dari sekarang, dan bantu anak proses emosi dengan baik pada masa sekarang, Anak dah tak perlukan so-called teknik mahupun terapi untuk dia memahami diri. Dan untuk dia proses emosi yang terpendam sejak kecil.
Semoga kita akan menjadi ibu yang lebih penyabar dan boleh mengawal diri dari marah-marah anak.
Sampai hati sebak anak yatin piatu! Kejadian yang melibatkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun didakwa ditampar dan ditumbuk seorang guru hingga lebam di...