Perasan tak bila selepas hujan sahaja mesti cermin kereta nampak ada kesan kotoran dan tidak berkilat seperti sebelumnya. Kalau dibiarkan sahaja, sakit mata juga kita melihatnya. Entah kenapa boleh jadi begitu, adakah sebab air hujan semakin berasid atau persekitaran kita yang berhabuk dan berdebu menjadi penyebabnya?
Jadi nak tak nak, kenalah kita rajinkan diri untuk menggilap cermin (polish) dengan bahan-bahan tertentu agar kekal bersih dan berkilau macam kereta baharu.
Tapi bila hari-hari hendak digilap tentu juga memerlukan kos yang tinggi untuk hilangkan kesan watermark tersebut, apatah lagi jika dilakukan di pusat cucian kereta.
Untuk menyelesaikan masalah ini dengan mudah, tahukah anda sebenarnya ada cara yang lebih murah dan kesannya memang luar biasa. Ini sepertimana yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok bezza_jerw.
Menurutnya untuk menghilangkan watermark pada cermin kereta sangat mudah iaitu dengan menggunakan sabun pencuci pinggan dan video yang dikongsikan itu telah pun mendapatkan lebih 5 juta tontonan.
Langkah 1 : Ambil sabun pencuci pinggan sebaiknya jenama Labour kerana teksturnya lebih halus)
Ads
Langkah 2 : Basahkan cermin kereta kemudian ambil span dan calitkan sabun pencuci pinggan.
Langkah 3 : Bentukkan membulat pada bahagian cermin dan gosok rata.
Langkah 4 : Selepas itu curahkan dengan air, bilas bersih.
Langkah 5 : Selepas dibilas bersih anda akan lihat kesan watermark sudah hilang. Kemudian lap cermin hingga kering.
Ads
Meninjau diruangan komen, warganet teruja untuk mencuba tip yang dikongsikandan tidak kurang juga berkongsi tip dan pengalaman menggunakan baahan pencuci pingan untuk mencuci kereta mereka.
sunlight utk bagi body kereta berkilat. Labour utk hilang watermark. simpan geng simpan
Saya guna sabun sunlight basuh moto. Kesan minyak mudah hilang begitu juga telinga saya sbb mak dapat tau..
Patutlah adik aku suka ambil sambung basuh pinggan aku buat basuh kereta😑
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Kita selalu dengar, barang siapa yang menggembirakan hati orang lain pasti hidupnya juga akan bahagia. Apa yang pasti, menggembirakan itu tidak semestinya perlukan kita untuk berbelanja besar. Lalu cara bagaimana untuk kita menggembirakan hati insan-insan yang kita sayangi dan orang-orang yang berada di sekeliling kita?
Perkongsian daripada saudara Amir Syahir ini semoha dapat memberi idea untuk kita membahagiakan setiap orang disekeliling kita agar tempias bahagia itu juga akan menjadi asbab untuk kita merasa bahagianya hidup ini.
Jom semak.
Gembirakan hati keluarga, kawan, orang sekeliling kita dengan modal yang minima
Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Kuasa memberi dan menderma ini sangat kuat. Ia akan mengajar kita supaya tidak riak, angkuh dan bermegah.
Memberi biar ikhlas. Jangan mengharapkan balasan daripada manusia. Biar Allah saja membalasnya. Secara tidak langsung, dapat mendidik hati kita menjadi seorang yang pemurah. Rezeki pun senang nak masuk.
Rezeki tak semestinya dalam bentuk wang. Allah bagi rezeki dalam pelbagai cara. Contohnya, kereta kita rosak ada orang berhenti tolong. Kita pokai bulan ni ada je kawan ajak belanja makan. Banyak rezeki yang kita tak duga kadang-kadang tu.
Gembirakan hati orang lain. Allah akan gembirakan hati kita. Kita layan mereka macam mana kita nak mereka layan kita. Tak perlu nak tunggu mereka buat baik dengan kita terlebih dahulu, tapi kita perlu buat baik dengan mereka.
Paling penting, bahagiakan keluarga terlebih dahulu. Kadang-kadang kita lupa. Kita layan kawan-kawan dengan baik. Tapi dengan mak, ayah, adik-beradik, suami, isteri, anak-anak, kita layan nak tak nak jer. Kita lupa, mereka inilah yang sentiasa bersama-sama saat susah dan senang.
Kalau kita tak mampu menghulurkan wang ringgit, kita boleh memberi ataupun meringankan tugas orang lain dalam pelbagai cara.
Contohnya:
1. Jika kita makan dekat McD, KFC apa salahnya sekali-sekala tolong buang sisa makanan kita ke dalam tong sampah sendiri. Pekerja itu anak Melayu kita juga. Penat diorang kerja seharian. Kalau tengok kita buat gitu. Rilek sikit dia.
Sekurang-kurangnya kita dah ringankan kerja dia untuk hari tu.
2.Jika kita ingin ke masjid dan nampak orang berjalan kaki dan hendak ke masjid juga, tumpangkanlah mereka sekali. Boleh sembang dan berkenalan dengan kawan baru.
Janganlah bila tahu dia ada adik perempuan yang cun serupa Mira Filzah, baru nak tumpangkan. Ada udang di sebalik batu gitu. Buat baik ada sebab.
3. Jika kita berhenti solat di masjid ataupun surau dekat stesen minyak, apa salahnya kita tinggalkan telekung ataupun kain pelikat kita kat sana. Kalau tinggal yang baru lagi bagus.
Sepanjang orang duk gunakan barang kita tu, selagi tu lah kita dapat pahala.
4. Jika kita tengah makan tengah hari ataupun sedang minum air sejuk dikala cuaca panas ni, ada abang posmen hantar surat, apa salahnya kita ajak dia minum sekali.
Sekurang-kurangnya dapat buatkan dia gembira. Dapat hilangkan penat dia bekerja.
5.Jika ada kawan kita komen dekat FB kita, apa salahnya kita komen dekat status dia balik. Boleh rapatkan ukhuwah sesama kita. Komen yang membina dan membantu meningkatkan motivasi mereka. Barulah kita tahu dia ada dalam frendlist. Ini add saja tapi tak pernah bertegur sapa.
6. Jika kawan kita masuk hospital, sakit, demam eloklah kita melawat mereka. Kehadiran kita boleh buatkan mereka gembira dan cepat sembuh. Apa salahnya jika bawa buah tangan lebih untuk bagi ke pesakit sebelah kawan kita tu.
7.Jika kita tahu ibu bapa kita suka makan sesuatu, apa salahnya kita belikan makanan tersebut setiap bulan kepada mereka. Contohnya pulut bakar atau apa saja yang mereka suka.
Gembirakan hati adik-beradik kita. Kita tahu dia suka baca buku ataupun gemar lakukan hobi apa-apa saja. Kita belikan untuk mereka. Join mereka lakukan aktiviti yang mereka suka.
Dengan kawan-kawan pula, belikan cenderamata jika kita travel. Tak perlu mahal. Tanda ingatan tulus ikhlas. Hadiah tak semestinya mahal.
Menggembirakan hati orang lain adalah perkara yang mulia. Hati kita pun senang. Mereka lagi sayangkan kita. Tapi, ingatlah. Gembirakan hati keluarga terlebih dahulu.
Sebenarnya, tak guna ada kereta mewah, followers beribu, rumah bersepah tapi langsung tak ada sifat nak memberi.
Kebanyakan orang takut miskin kalau memberi. Mereka lupa, rezeki itu daripada Allah. Tak jatuh miskin kalau memberi. Malah, Allah akan tambahkan lagi rezeki.
Tak mampu memberi dengan wang ringgit, kita berilah dengan ilmu, perkongsian pengalaman, tips yang berguna.
Melawak untuk hiburkan hati mereka yang dalam kesedihan pun okay. Kawan kau orang baru putus cinta misalnya. Walaupun lawak kau orang tu hambar tahap cipan, takpa. Usaha itu penting.
Niat memberi itu lebih utama. Bukan memberi sekadar untuk nama ataupun pujian.
Dapat ilmu berharga tak guna jika tak kongsikan. Ilmu datang daripada Nya. Kita kongsi ilmu dengan orang, lagi banyak Allah bagi kefahaman pada kita.
Jangan perkecilkan orang lain. Walaupun kau lepasan universiti tapi kawan kau sekolah setakat SPM je, jangan kau duk hina dia. Biasanya kawan macam ni dia belajar tak tinggi, tapi kalau kau ada masalah minta tolong dia, bergegas dia datang. Tak macam kawan-kawan Phd, Master semua tu. Memanjang je sibuk.
Jangan riak dan bongkak. Semua itu hanyalah pinjaman dan pemberian daripada-Nya. Hidup ini hanya sementara.Ingatlah, jika tak mampu membuat orang lain tersenyum, jangan buat dia mengalirkan air mata. Jika tak mampu buat orang lain bahagia, jangan tambah deritanya. Tak baik.
Tiada kata-kata mampu diluahkan apabila menerima khabar duka anak sulung meninggal dunia.
Rolex, 53, adalah bapa kepada Muhamad Rahimi Rolex, 27, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 8.3 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) di sini tengah malam tadi.
Rolex menerima panggilan daripada bomba kira-kira jam 12.30 malam tadi.
“Kali terakhir saya bertemu arwah adalah kira-kira jam 9.30 malam sewaktu dia di rumah.
“Arwah baru pulang dari tempat kerja ketika itu dan kami sempat borak seketika sebelum dia keluar, katanya mahu berjumpa dengan kawan.
“Kebiasaannya, dia pulang jam 12 malam tetapi tidak pada malam tadi. Jadi, saya cuba menghubunginya namun tidak sedap hati apabila anggota bomba yang mengangkat panggilan sebelum beritahu anak saya kemungkinan sudah meninggal dunia.
“Pemergian arwah kehilangan besar buat kami kerana dia banyak membantu keluarga dan tidak pernah berkira soal duit.”katanya ketika ditemui dekat ruang menunggu di Unit Forensik, Hospital Shah Alam, di sini.
Selain Muhamad Rahimi , seorang ibu serta lapan anaknya yang menaiki Proton Wira turut maut dalam insiden berkenaan dipercayai selepas terperosok di bawah sebuah treler.
Manakala, empat mangsa cedera dan tiga lagi tidak mengalami kecederaan.
Lebih menyedihkan Rolex adalah apabila Muhamad Rahimi meninggal dunia menjelang sambutan ulang tahun kelahirannya, Rabu depan.
“Ikutkan, saya memang ada perancangan untuk bawa dia pergi makan sempena hari jadinya.
“Ia sudah jadi kelaziman saya setiap kali menyambut ulang tahun kelahirannya dan anak yang lain namun hasrat itu tidak kesampaian kali ini,” katanya.
Diduga dengan pelbagai ujian sebelum ini, pengacara jelita, Amyra Rosli bagaimana pun tidak mengeluh, sebaliknya dia menganggap apa yang berlaku adalah takdir Yang Maha Esa.
Bermula dengan kesihatan diri sendiri diuji dek penyakit misteri, situasi kian merumit bila mana anak keduanya, Ayra Aryssa pula menghidap penyakit keradangan saluran darah dikenali dengan nama Kawasaki.
Namun,semuanya ditempuhi dengan penuh reda dan sesekali tidak melemahkan dirinya.
Mendung hitam berarak ,datang pula cahaya indah yang menyinari isteri kesayangan Amar Baharin ini.
Hos Nona itu baru-baru ini dipilih Pengacara Televisyen (TV) Paling Dipercayai pada Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2022 atau Reader’s Digest Trusted Brands and People Awards.
Terbaru, dia disunting pula sebagai wajah kempen tudung, MINAZ Blooming Adha 2022, Kembara Cinta untuk sambutan Aidiladha.
“Benar, ujian yang tiba mematangkan diri. Allah uji kita, tanda sayang. Begitulah resam kehidupan. Tuhan menguji kita takkan berhenti.
“Di sebalik semua kepahitan dan pergelutan itu, saya beroleh kemanisan. Dalam kesibukan mengacara Nona dan memberi tumpuan keluarga, saya yang setahun jagung jadi pengacara diiktiraf.
“Kemudian, rezeki menerpa apabila MINAZ menawarkan kerjasama untuk kempen ini,” kata Amyra.
Pemilik nama penuh, Nur Amira Izzati Rosli ini tertarik dengan tema diketengahkan.
“Kembara Cinta yang dipilih untuk kempen raya haji ini bagai tepat memberikan terjemahan apa yang saya lalui sejak lebih 13 tahun menceburi liga seni.
“Termasuk ketika diuji, saya sedar ramai sayang dan cinta diri ini,” katanya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.