Macam-macam nama diberikan untuk kuih yang satu ini, penjaram, cucur jawa atau cucur topi yang cukup ramai menggemari rasanya.
Bahkan untuk menyediakan menu ini cukup mudah dan ringkas.
Buat anda yang belum pernah mencuba rasa atau tidak pernah mencuba menyediakan menu untuk santapan keluarga, apa kata mencuba resipi yang dikongsikan ini.
Menurut puan Leeina Qaliena, kuih penjaram ini menjadi menu kegemaran mereka seisi keluarga.
RESIPI PENJARAM
Bahan:
2 cawan tepung beras cap 3 gajah
2 cawan tepung gandum cap ros
1 cawan gula merah hancur
1 cawan gula putih(boleh kurangkan kepada 3/4 cawan sahaja)
2 1/4- 2 1/2 cawan air(ikut kesesuaian)
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
Ads
Cara membuatnya:
1.Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut. Boleh letak daun pandan untuk lebih wangi. Tapis dan biarkan seketika(suam).
2.Satukan Tepung Gandum dan tepung beras,garam, Tuang air gula merah tadi sedikit-sedikit dan adun sebati.
Jika adunan nampak masih kental boleh ditambah air sedikit-sedikit sahaja sehingga dapat adunan yang Cantik.(Tidak terlalu cair tidak terlalu kental).
Ads
Tapis adunan ke dalam bekas supaya adunan halus sekata.
**Tips: Wisk adunan sehingga timbul buble2 atau timbuk menggunakan senduk pun boleh. Baru diperap.
3.Tutup bekas adunan dan perap pada suhu bilik minimum 4 jam. Boleh digoreng. Nak lebih cantik perap semalaman esok pagi digoreng.
(Boleh juga diperap di dalam peti ais)
4.Guna kuali yang sedikit dalam, tuang 1/2 cawan minyak dan gunakan api yang perlahan sahaja. (api kecil).
Tuang adunan perlahan dan biarkan ia masak dan membentuk seperti bersarang sehingga habis baru dibalikkan.
Nota: Semasa menggoreng jika ia menjadi serat-serat, bermakna adunan yang cantik. Hasilnya kuih menjadi renda/ropol topi yang cantik, ringan, rangup di bahagian tepi dan lembut di dalam.
Tauhu jika digoreng kosong agak menjemukan. Apa kata tauhu yang ada di dalam peti sejuk itu diolah menjadi Tauhu Berlauk. Hidangan enak yang kaya dengan protein ini pasti mengenyangkan sebagai kudapan minuman petang. Anak-anak gerenti suka!
BAHAN-BAHAN:
4 ketul tauhu
2 tiub Tauhu Jepun (Tauhu Telur)
50 gram udang atau isi ayam
1 tangkai cili merah
1 batang daun bawang dan daun sup
4 biji telur
sedikit garam, serbuk lada putih, serbuk perasa secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Kisar tauhu, tauhu Jepun, 2 biji telur , udang atau isi ayam didalam mesin pengisar.
2. Selepas itu, masukkan hirisan daun bawang,cili merah dan kacau sebati.
3. Masukkan pula garam, serbuk lada putih,serbuk perasa secukup rasa dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan bahan bancuhan tadi didalam bekas dan kukus dalam anggaran 15-20 minit sehingga adunan menjadi keras.
5. Biarkan ia sejuk seketika, selepas itu potong dalam bentuk yang dikehendaki.
6. Akhir sekali, pukul 2 biji telur, celup dan goreng sehingga bertukar warna perang keemasan.
Siap!
Tauhu Berlauk ini juga enak dicicah bersama sambal cili kicap dan kuah rojak.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas berpantang, ada wanita yang mampu menurunkan berat badan dengan mudah. Namun ada juga yang sukar untuk menurunkan berat badan walaupun telah mencuba beberapa cara.
Wanita bernama Syaurah ini berkongsi rahsianya menurunkan berat badan selepas habis berpantang. Perbezaan berat ketara yang diturunkan wanita ini memang hebat. Kita ikut cara yang dilakukannya ketika berpantang.
Ha meh mama Syaurah pulak nak share cara mama syaurah berpantang dari berat 83kg-43kg dalam tempoh berpantang dan memang terbaik untuk wanita yang bersalin secara ceaser amalkan. Untuk anda kembali ramping, perut kemas, pinggang ramping, dalaman cun melecun, anak bebas kuning, mama tidak sembelit . Luka baik cun punya dalam tempoh 44hari berpantang!!
Kongsi tip berpantang 83 – 43kg, ini rutin yang boleh di amalkannya:
1. Sepanjang Tempoh Berpantang
Sila lakukan perkara penting yang akan beri kesan jangka panjang dan untuk seumur hidup anda!
– Ikat rambut dan sanggul tinggi-tinggi ketat biar naik atas kepala.
– Berpilis dan berparam pada dahi dan badan untuk buang segala kekotoran dalaman dan mengelakkan anda pening , migrain dan paling teruk meroyan.
– Sila jauhkan diri anda dari kipas dan aircond selama 44hari ( minimumkan ).
– Memakai baju panas dan stoking tebal sampai ke betis itu wajib!!!!!
– Sila minum air kopi sekali sehari.
– Air kosong 1 gelas sehari (yang ni memang amalan ira).
– Minum air akar traditional untuk memastikan segala darah kotor, apa-apa yang tertinggal terutama darah bantal keluar dengan mudah dan memastikan dalaman kembali grip dan sihat semula.
– Dengan pengamalan air akar traditional ni seminggu je boleh keluar habis kekotoran dalam tu. Ira amalkan (teh herba) yang memang hilangkan dahaga, sejukkan badan, susu badan memang banyak dan tiada masalah sembelit. Yang penting perut cepat je kempis dan Ira dulu 4 darah bantal besar penumbuk keluar dari bawah.
– Sila makan makanan rebus dan bakar sahaja! Minyak-minyak ni tak elok untuk rahim , miss v dan badan kita yang sedang kembang disebabkan urat-urat yang putus selepas bersalin.
– Lebihkan air oren sunquick / buah sunkist dan elakkan makan semua buahan lain. Sunquick sahaja ya untuk mempercepatkan proses penyembuhan.(ini Dr. yang pesan ya, tapi memang berkesan).
– Bagi yang sembelit sila dapatkan ubat cair najis di hospital swasta yang kesan dia lebih baik dari hospital kerajaan sediakan. Kita bagi pendapat berdasarkan pengalaman ya, tapi dapatkan nasihat dari yang pakar dulu.
– Jauhkan diri anda dari suami dan elakkan perasaan “horny” kerana itu akan menyebabkan sistem badan jadi tidak terkawal dan potensi untuk meroyan dan bentan itu tinggi.
– Amalkan ikan haruan hidup dan pegaga untuk memperkemaskan lagi kedudukan rahim anda dan luka yang dipotong sewaktu anda di dalam “ot”.
– Elakkan makan makanan sejuk dan lauk pauk yang berat. Untuk mengelakkan badan naik secara mendadak dan akan susah kurus.
– Makan nasi 2 kali sahaja dan jangan tambah! Lauk banyak tak pe janji nasi sikit.
– Balance makan biskut cracker kosong! Jangan ada tambahan gula okay! Nak gula minum dalam air sunquick korang tu je ( ini pantang ira, pantang korang . Buat cara korang ye ).
-Jauhkan diri anda dari terkena angin luar (berjalan di dalam rumah sahaja ) hal ini untuk memastikan badan anda tidak dimasuki oleh angin (bahasa kampungnya) disebabkan bulu roma yang sedang terbuka luas selepas bersalin.
– Eakkan melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan tenaga perut supaya perut anda tidak akan menggeleber dan tidak tegang sampai bila-bila.
– Urusan anak serahkan pada keluarga. Banyakkan rehat dan bertungku pada bahagian badan yang lain kecuali di bahagian jahitan sahaja.
2. Perkara Elak Buat
Elakkan aktiviti yang mengundang bentan, badan masuk angin, badan kembang dan badan sentiasa sakit.
– Jangan menyapu atau vacuum.
– Jangan basuh pinggan.
– Jangan sidai baju.
– Jangan angkat bath tub anak.
– Jangan kemas rumah.
– Jangan langgar pantang makan minum.
– Jauhkan diri anda dari suami selama tempoh 44 hari yang wajib ni.
– Jangan dukung anak kecil atau kucing.
– Jangan tidur dalam keadaan leher dan rambut terdedah dengan angin atau aircond dengan sengaja.
– Berbengkung selepas setahun bersalin.
– Amalkan jamu selepas kuning anak turun sahaja.
– Amalkan herba kayu untuk mendapatkan perut yang tegang kemas dan badan yang lebih menarik selepas bersalin.
Berpuasa pun boleh 30 hari tak dehydration, tambah sikit lagi 44hari tempoh berpantang . Bukan tak minum air langsung. Nak ikut boleh, kalau rasa tak boleh, ambik mana yang elok.
Ini tips berpantang keturunan ira, keturunan ira umur 60 muka tapi nampak muda remaja. Semua sihat bebas penyakit, kulit tegang, badan ramping dan sihat walaupun dah tua.
Sekarang alhamdulillah anak dah berusia 2 tahun 1 bulan, ira masih mampu fully breat feed tanpa miss sehari pun. ☺Nah ini tips berpantang ira! Boleh amalkan. Bagi yang dah terlepas pantang ni anak baru nanti mulakan semula in sha allah badan luaran dan dalaman boleh kembali muda remaja semula!
Good Luck!
Kredit Sahira Lim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Begitulah perasaan seorang ibu, jika boleh tidak akan mahu menyusahkan hati anak-anaknya walau dirinya kini sedang derita melawan virus Covid-19.
Betapa tabah dan sabarnya melalui detik-detik sukar, ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Que Lyana Shuhaimi yang juga berada di wad yang sama berkenaan wanita tersebut.
Ini perkongsiannya
Duduk di sebelah saya ini seorang mak cik. Lebih kurang sebaya ma saya.Dia dijangkiti covid-19 daripada anaknya.
Sudah lebih 10 hari dia di dalam wad ini.
Bila anak-anak call bertanyakan khabar. Semua jawapannya, “mak ok.”
Hakikatnya tiada siapa tahu ada masa-masanya mak cik tak ok.
Bila doktor tanya, “mak cik ok tak hari ni? Ada batuk tak?”
Jawapannya, “mak cik ok.”
Walhal sesekali ada terdengar batuknya sehingga lewat malam.
Sebenarnya mak cik dah jenuh tinggal dalam wad. Dia ingin segera pulang ke rumah.
Tangan mak cik membengkak akibat wayar drip untuk masuk ubat dan air.
Bila anak2 call tanya perkembangan mak. Jawapannya, “mak ok.”
Sedangkan mak cik menahan sakit akibat tangan membengkak.
Kelmarin mak cik demam. Suhunya 38.7.
Bila anak2 call tanya, “mak macam mana?” Jawapannya, “mak ok.”
Kejap tadi anak-anak call, “mak dah makan?”
“Iya dah makan,” jawabnya.
Tetapi tak dinyatakan hanya sesuap dua yang lalu masuk ke mulut.
Kata mak cik kepada saya, “Nak makan ni bercinta dulu nak habiskan makanan.”
Sebab tak lalu dan tak ada selera makan.
Itulah mak-mak, walau sakit macam mana sekali pun seboleh-bolehnya tak nak anak risau.
Dalam keadaan macam ni. Anak tak tahu betul2 perkembangan mak. Nak datang melawat pun tak boleh.
Kalau video call sekalipun, mak pandai berlakon menunjukkan yang… “Mak ok.”
Kalau mak sihat dan sembuh,alhamdulillah kita dapat menatap dan mendakap tubuh mak.
Kalau mak pergi meninggalkan kita dalam keadaan dijangkiti covid-19.
-Anak-anak tak boleh nak mandikan jenazah. -Anak-anak tak boleh nak kucup, peluk cium mak buat kali terakhir. -Anak-anak dan waris tak boleh nak tengok urusan pengebumian mak.
InsyaAllah mak cik beransur baik. Mak cik kuat dan positif. Mungkin sehari dua lagi mak cik boleh keluar jumpa anak-anak dan keluarga.
Kawan-kawan, tempoh kawalan pergerakan ditambah 14 hari lagi. Duduklah di rumah, tahanlah diri.
Yang mahu pulang ke kampung bertemu mak ayah, bersabarlah. Kita tidak tahu kemungkinan-kemungkinan yang berlaku. Mungkin kita pembawa covid-19. Kasihanilah keluarga kita.
Tika ini saya terfikirkan keluarga saya😭. Moga keputusan saringan covid-19 mereka semuanya Negative. Doakan.
Kami di Keluarga.my mendoakan agar kedua-dua wanita tabah ini segera sembuh dan dapat kembali ke rumah berada dekat dengan keluarga tercinta. Amin.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.