Mengimbau kembali awal kemunculannya dalam bidang seni kira-kira 17 tahun lalu, berbakul- bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan, Rosma, 35 sejak awal menceburi dunia seni kira kira 17 tahun lalu.
Namun bagi empunya diri, Rosmayati Sidik yang kini turut memiliki perniagaan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014 itu semua asam garam yang wajib dilalui oleh setiap anak seni jika mahu bertapak dalam bidang tersebut.
Tidak hairanlah andai penyanyi yang digilap bakatnya menerusi pertandingan realiti Akademi Fantasia pertama itu tetap kebal dan tidak patah semangat.
Manakan tidak, waktu itu, fizikalnya yang berisi menjadi faktor kecaman lebih-lebih lagi dia bergandingan dengan Khai ketika itu menjadi igauan peminat wanita.
“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak katik.
“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.
“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” kata Rosma.
Kata Rosma yang kini berbadan ramping sekalipun berstatus ibu kepada tiga orang cahaya mata dengan mengamalkan produk minuman detoks, MS SenaRos, semua nista itu tidak langsung menjadi kudis buat dirinya.
“Ada ketika, saya juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali menangis dan memendam rasa kerana dikecam dek fizikal diri.
Ads
“Dalam hati pernah terlintas, macam besar sangat ke badan ini? Buruk sangat ke diri saya.
“Tapi kata kata menjatuhkan itulah yang membakar semangat diri. Rosma yang dulu, bukan yang sekarang.
“Sekalipun rezeki saya tidak lagi sepenuhnya dengan menyanyi tetapi sebaliknya berniaga, saya bangga usaha kecil itu membuahkan hasil besar yang boleh dibanggakan,” katanya.
Bagi Rosma memiliki badan ramping dengan berat kini 47 kilogram bukan kerana ingin menunjukkan apa apa kepada mereka yang pernah mencela fizikalnya.
Sebaliknya dilakukan demi kepuasan diri dan paling utama untuk kesihatan.
“Dulu ketika usia remaja, saya bukan jenis yang peduli sangat bab nak cantik atau melawa ini. Masa itu cakap apa sajalah, saya tak kisah. Dah biasa dengan gaya comot.
“Namun sejak menyertai AF1, nak tak nak memang kena jaga ketrampilan. Ikutkan sejak pertandingan itu berat saya naik mendadak hingga mencecah ke 70 kilogram.
Ads
“Asalnya dari zaman belum berkahwin, berat badan saya sekitar 48 ke 49 kilogram pun. Masa jadi artis, saya tak keruan kerana susah pengurusan nak dapatkan tajaan baju,” katanya.
Saat berat badan naik mendadak, Rosma pula tersilap percaturan mengikut diet yang salah dan keterlaluan hingga memakan diri
“Saya tak ada ilmu diet, tapi jenis hentam keromo. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep berlagak pandai walhal tak tahu apa apa. Natijahnya pernah sekali saya cemas kala jatuh pengsan gara gara diet tak betul hingga dimasukkan di sebuah hospital.
“Dipendekkan cerita, saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah Khai pernah mencetuskan idea untuk saya keluarkan produk pelangsingan sendiri.
“Saya keluarkan produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Malah turut menjadi testimoni kepada produk sendiri. Mampu berbadan langsing sekalipun sudah ada tiga anak bukan halangan. Semuanya tak mustahil. Zaman belum kahwin saya bergelut dengan isu berat badan. Sedangkan situasi semasa mungkin sebaliknya iaitu berat naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya.
Ketika ini, Rosma tidak kisah jika ada yang melabelkan dirinya artis sendu atau apa sekalipun.
Ads
“Saya bersyukur diberi kesempatan sementara menumpang glamor dunia artis saat menyertai AF1. Cita cita saya dulu memang salah satu nak jadi artis. Ia jadi kenyataan. Tuhan beri saya rasai nikmat menjadi artis yang diberi perhatian seketika. Itu sudah memadai.
“Sekarang kalau ada yang label saya sendu atau sudah tak popular tak mengapa. Nak kata zaman saya sudah berlalu pun tak kisahlah. Begitulah putaran hidup. Saya akur
“Benar walaupun ada yang anggap saya memiliki suara bagus dan kini sudah berbadan kurus pun bukan jaminan tuah itu akan ada. Kalau sudah tertulis begitu, tiada apa lagi daya kita.
“Ketika pintu dunia seni dilihat tak menyebelahi diri, Allah buka pintu rezeki lain melalui perniagaan. Dunia niaga yang jauh sekali menjadi minat diri selama ini kini mula sebati. Dulu hanya mak saya yang suka berniaga. Kini ia turun kepada saya pula. Dunia nyanyian jatuh tangga kedua. Nombor satu di hati pastinya perniagaan yang saya majukan bersama suami,” katanya.
Sekalipun sudah meletakkan perniagan sebagai keutamaan, Rosma tidak sesekali melupakan nyanyian.
“Minat menyanyi itu takkan berkubur. Ikutkan selama ini ada jemputan menyanyi secara tertutup. Malah saya terus diberi kesempatan menyanyi sebagai artis residen di hotel sepanjang bulan Ramadan.
“Cuma ketika diuji pandemik Covid 19, rezeki menyanyi itu tak banyak. Tapi saya meneruskan survival memajukan perniagaan,” katanya.
Ditanya perancangan untuk Raya aidiladha tak lama lagi, satu kemestian untuk mereka sekeluarga pulang ke kampung.
” Arwah abah dan umi Khai dah tak ada jadi kini setiap kali raya akan beraya dgn keluarga saya di Kuantan. Selain itu, kami turut beraya bersama makcik dan pakcik Khai yang ada disana sebab arwah abah orang kuantan juga. Selepas blk dari kuantan akan beraya pula dgn adik beradik Khai.
“Ikutkan sudah 6 bulan tak balik. Ni kira paling lama saya tak balik kampung gara-gara PKP,” ujar Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tengah memasak, tiba-tiba api nampak bertukar dari biru kepada oren, mula nampak periuk pun berjelaga. Sedikit sebanyak ia mengambil masa untuk makanan untuk masak. Leceh kan!
Situasi ini berlaku kerana sisa masakan dan kotoran tersumbat di saluran dapur gas anda.
Jadi bagaimana anda hendak atasi masalah ini? Mudah sahaja, disini admin akan terangkan cara mudah untuk anda atasi masalah dapur gas tersumbat.
Drama ‘Squid Game’ telah mencipta fanomenanya yang tersendiri bila mengungguli senarai 10 drama teratas di Netflix Amerika Syarikat beberapa minggu yang lalu. Boleh dikatakan hingga kini drama ini begitu rancak diperkatakan.
Drama ini mengisahkan permainan tradisi kanak-kanak yang dipertandingkan di kalangan mereka yang terdesak dan dibebani hutang. Mereka ditawarkan jumlah hadiah berupa wang yang sangat lumayan, namun nyawa mereka menjadi pertaruhan.
Pun begitu melihat dari sisi berbeza, Dr Azizul Azli Ahmad iaitu seorang pakar kewangan ini melihat terdapat lima pelajaran atau pengajaran berkaitan kewangan yang boleh diambil jadikan pengajaran dalam hidup ini.
1.Pengurusan Kewangan Yang Salah Deritakan Hidup
Kebanyakkan yang diundang masuk ke Squid Game memiliki hutang-hutang besar. Sebelum nak buat hutang, perlu fikir apa jalan keluar bagi hutang-hutang kita. Bagaimana cara bayar dan jumlah keseluruhan hutang yang ada.
2. Berjudi Itu Ketagihan
Jangan terlibat dengan perjudian atau pelaburan tanpa ilmu. Seong Gi-Hun ketagihan judi lumba kuda dengan harapan duit berlipat kali ganda.
Dalam pelaburan juga ramai orang asal beli dengan harapan duit akan berganda nanti. Tak jahuh bezanya dengan berjudi jika kita tiada ilmu dan bergantung nasib semata-mata .
3. Waktu Terdesak Sahabat Dikhianati
Selalu berawaspada dengan sesiapan belajar apa yang berlaku pada Sang Woo dengan Ali.
Ada orang saja khianati persabatan dengan buat hutang dan tidak bayar. Mereka tahu mereka tak akan mampu bayar tetapi tetap buat hutang dengan kawan juga.
4.Strategi Bijak Menguntungkan
Jika kita tidak mahir dalam sesuatu perkara, guna kemahiran orang lain untuk berjaya. Perlu mahir kemahiran negosasi dan ada strategik bagus untuk menang. Masih ingat bagaimana pasukan Gi Hun bertanding dalam pasukan tarik tali yang berstrategi hebat.
5. Tamak Dan Serakah Hilangkan Semua
Perasaan tamak dan serakah yang ada pada Sang -woo hingga mengelapkan wang perusahaan untuk pelaburannya sehingga rugi. Bila rugi dia terpaling dengan hutang luar biasa besarnya.
Pengajaran Hidup Dari Squid Game
1. Sayangi diri sendiri dahulu, jangan mudah percayakan sesiapa.
2. Wang bukanlah segala-galanya, tetapi segala yang berlaku berpunca dari wang.
3. Buat pilihan hidup yang betul kerana keputusan hari ini membawa kesan di masa depan.
4. Tidak ada kehidupan yang adil, kecuali di akhir nanti. Janganlah kecewa sekarang.
5. Ketika ada banyak pilihan terhidang, pilihlah untuk berbuat baik.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sekiranya anda perlu membawa ahli keluarga yang positif Covid-19 ke hospital dengan menggunakan kereta sendiri, tentu ada yang rasa ragu-ragu dan bimbang dengan keselamatan diri.
Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian khusus dan ini telah dijelaskan secara detail oleh Dr Hana Hadzami melalui perkongsian video di aplikasi TikTok.
Cara Membawa Pesakit Covid-19 Menggunakan Kederaan Sendiri
Langkah 1 : Pastikan anda terlebih dahulu memakai PPE asas iaitu pelitup muka N95, Face Shield dan sarung tangan. Pun begitu jika ada apron plastikboleh juga dipakai pada tubuh dan itu adalah lebih baik.
Langkah 2 : Pastikan pesakit Covid-19 yang ada bawa perlu memakai pelitup muka 3-ply sahaja dan tidak perlu memakai PPE seperti anda.
Langkah 3 : Pastikan ada penjarakan fizikal ketika di dalam kereta. Contohnya jika anda duduk di tempat pemandu, pesakit hendaklah duduk di belakang dan bertentangan dengan pemandu. Pastikan jarak sejauh mungkin dengan pesakit.
Langkah 4 : Pastikan pengaliran udara yang cukup di dalam kereta. Elakkan menggunakan aircond dan bukalah tingkap. Dengan membuka tingkap semasa kereta bergerak, boleh menurunkan tranmisi virus >50%.
Jika anda memandu dengan kelajuan rendah, anda boleh buka semua tingkap. Namun jika anda memandu laju atau di dalam keadaan hujan maka buka tingkap separuh berlawanan dengan tempat duduk penumpang. Jika tidak pun buka tingkap setiap 10 minit pun cukup.
Photo by A n v e s h on Unsplash
Langkah 5 : Setelah pulang ke rumah mandi dan bersihkan diri anda. Lakukan juga nyahkuman untuk seluruh bahagian kereta anda.
Untuk lebih jelas dengarkan video penjeleasan daripada Dr Hana Hadzrami ini
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bulan Ramadan dan Syawal sememangnya membawa seribu satu makna, bukan sahaja sebagai masa untuk mempertingkatkan amalan ibadah, malah sebagai waktu terbaik untuk mempereratkan hubungan...