Cuti sekolah tidak dinafikan adalah antara saat yang disukai anak-anak dan juga ibu ayah. Mana tidaknya ia bermakna anak-anak dapat meluangkan lebih banyak masa dirumah bersama keluarga.

Memaknakan hubungan silaturrahim
Mempererat hubungan sesama ahli keluarga adalah sesuatu yang AMAT MAHAL. Boleh jadi, ia tidak memerlukan wang,
Tapi sama-samalah kita menjadikan aktivti harian kita penuh makna. Memperbanyak senyuman, ucapan terima kasih dan penghargaan, itu antara yang sangat diperlukan. Memperhebat kasih sayang sesama ahli keluarga, berlemah lembut dalam mendidik adalah sesuatu yang sukar tapi amat didahagakan anak.

Hidupkan keseronokan membaca!

Cuti Sekolah Dah Mula. Ini Ada Aktiviti Yang Ibu Ayah Kena Buat
Cuti sekolah bukan bermakna anak akan tutup terus buku dan akan buka semula apabila sekolah bermula. Jauhkan daripada persepsi buku hanya untuk belajar di sekolah. Keseronokan dan kebiasaan boleh dimulakan dengan ibu bapa sendiri. Libatkan ekspolorasi buku bersama. Hidupkan kehangatan membaca dengan kreativiti. Usaha ini memerlukan ibu bapa untuk konsisten. Biasakan berdiskusi dengan anak mengenai isi buku. Mereka lama kelamaan akan merasakan membaca ini mempunyai makna yang lain. Ia membawa mereka meneroka ilmu milik Allah. Bantulah mereka menghadapi zaman mereka. Anak-anak pada masa akan datang, maklumat sudah di hujung jari. Tapi yang penting bagaimana ilmu itu dicerna dan digunakan.

Hidupkan rutin bekerjasama dirumah

IKLAN

Cuti Sekolah Dah Mula. Ini Ada Aktiviti Yang Ibu Ayah Kena Buat
Menghidupkan rutin ini ayatnya seperti mudah. Tetapi rutin kehidupan adalah sesuatu yang memerlukan kebiasaan. Orang-orang yang cemerlang, mempunyai rutin yang baik. Ia memberi kesan kepada cara anak-anak kita mengurus kehidupan. Tetapi, kita fikirkan, bagaimana membantu anak mengikut rutin tanpa kekasaran,paksaan dan jeritan. Kita boleh bina jadual, atau flowchart bergambar, dengan sokongan reward yang sesuai. Reward tidak semestinya hadiah setiap hari. Tetapi kita boleh kumpul points dan redeem setelah mencapai target yang dipersetujui.

Raikan Projek-projek Mini
Membuat aktiviti tidak semestinya sesuatu yang gempak, mahal dan glamour. Ia cukup sesatu yang bermakna dan menarik buat anak. Untuk menjayakan ini, ibu ayah perlu bantu sediakan bahan-bahan yang sesuai yang asas, seperti kertas, gunting, gam, pita dan apa-apa yang dirasakan membantu. Sekiranya ingin menambah kepelbagaian aktiviti, boleh cari bahan-bahan seperti di link ini.

Beranikan Bereksperimen
Tidak dinafikan setiap anak mempunyai minat yang berbeza. Kadang-kala kita perlu membantu anak mencari minat. Bereksperimen adalah antara aktivti yang amat disukai oleh ramai anak. Ibu ayah boleh search dahulu di youtube, apakah contoh contoh eksperimen yag sesuai. Kali ini mulakan dengan berbincang bermula dengan memilih aktiviti lagi. Boleh bincangkan bahan-bahan yang diperlukan dan senaraikan. Berikan tugasan ini bersama-sama si kecil dan yang lebih tua.

IKLAN

Restoran Si Cilik
Kita mungkin sudah biasa bawa anak ke dapur. Kali ini apa kata bincangkan apa resipi baru yang mereka ingin cuba. Ini langkah sebagai meraikan kesukaan anak-anak. Cari resepi itu bersama, berikan peluang mencuba membuat sesuatu kelainan asalkan semuanya dijaga keselamatannya. Mungkin boleh tambahkan idea memberi pada orang-orang yang berdekatan sebagai didikan untuk sentiasa memberi.

Raikan Lukisan dan Warna
Melukis dan mewarna adalah antara kegemaran anak-anak. Tidak kira ia cantik atau tidk di mataorang dewasa. Sekiranya kita sudah biasa memberi kertas dan pensil, kita boleh perlbagaikan medium melukis dan mewarna. Ini menambahkan lagi keseronokan dan kreativiti anak. Kreativti amat membantu anak sebagai latihan kehidupan mereka. Kreativti akan meraikan keperlbagaian cara membuat keputusan, cara melihat dan menyelesaikan masalah. Membantu anak meraikan kreativiti bermakna kita melatih mereka menghadapi masa hadapan.

IKLAN

Hospital Kanak-Kanak
Ramai kanak-kanak yang suka bermain ‘pretend play’. Kita boleh gunakan kegemaran mereka ini untuk menerapkan kesedaran tentang pelbagai kesusahan masyarakat di luar sana. Ramai orang sakit, yang memerlukan bantuan. Ini juga boleh dipanjangkan dengan pelbagai diskusi, lakonan yang menarik . Sekali-sekala cuba minta untuk turut sama menjadi pesakit atau doktor. Pasti mereka amat teruja dengan penglibatan kita. Semasa bermain, boleh terus masukkan aktiviti menulis dan membaca seperti menulis nama pesakit atau bahagian yang sakit. Kemudian, boleh juga membuat aktiviti membaca kepada si pesakit supaya si pesakit menjadi lebih gembira!.

Berinteraksi Dengan Alam

Cuti Sekolah Dah Mula. Ini Ada Aktiviti Yang Ibu Ayah Kena Buat
Bercakap dengan alam, tidak bermakna kita mengajak anak bercakap sendirian. Ia sebagai galakan menggunakan alam semulajadi sebagai aktiviti penuh mengasyikkan. Anak-anak perlu didedahkan dengan alam semulajadi, melihat kehijauan alam, ketenangan air, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Inilah masanya untuk memperbanyak diskusi dan mengaitkannya dengan kehebatan ciptaan Allah, penjelasan-penjelasan boleh di pelbagaikan, dari segi banyak sudut. Ini menyebabkan mereka menghargai ilmu dan tidak melihat hanya sekolah tempat menimba ilmu. Persepsi ini memerlukan usaha dan rutin.

Raikan Apa Sahaja Experiencial Learning.
Pernahkah anda melalui saat di mana agak sukar anda untuk memahami sesuatu yang dijelaskan. Tetapi ia menjadi berkali ganda lebih mudah apabila perkara itu anda lalui sendiri. Ya. Itu sesuatu yang amat mahal. Kadang kala mungkin agak sukar untuk mereka membaca tanpa mencuba. Inilah masanya untuk membantu anak memahami banyak ilmu-ilmu kehidupan dengan lebih bermakna. Aktiviti membiasakan anak dengan makna ini amat penting untuk kehidupan mereka. Inilah usaha-usaha yang perlu ibu ayah rutinkan sebagai usaha membantu mereka berfikir bukan menjadi generasi sekadar menghafal fakta tanpa menghayati.
Sumber: FB Maryam Thoraya Ariffin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI