Sebenarnya, tidak ada yang luar biasa atau mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan bentuk badannya selepas berkahwin. Hanya disiplin dan sabar menjadi kunci utama untuk memastikan bentuk badan kembali seperti anak dara.

Pun begitu, tidak dinafikan ramai juga antara ibu-ibu mengalami  perubahan bentuk badan selepas bersalinn. Lebih-lebih lagi setelah beranak ramai. Untuk itu apa kata anda cuba patuh dan ikut cara sebagaimana yang diamalkan oleh Zaza Zaura ini yang jika dilihat sekali pandang memang orang tidak percaya sudah punya anak empat.

Ikuti perkongsiannya.


 

Saya amal,saya kongsi #carasaya jaga badan terutama bila dalam pantang/selepas bersalin walaupun dah nak masuk anak ke 4. 

Okey jom start :

1 – Amal herba/jamu
Sejak beranak 1 lagi saya dah diajar makan jamu oleh mak saya lepas je 20 hari dalam pantang saya mula makan jamu. Sementara tunggu nifas kering,saya ambil makanan sunnah seperti kurma,kismis. Sekarang banyak produk berasaskan sunnah. Kalau dulu saya start dengan air rebusan akar kayu pure tok saya bekalkan. Best minum air akar kayu ni,memula tak perasan dah seminggu nampak pipi dah pink-pink. Sebab sihat dalaman,darah “berjalan”. Alhamdulillah anak sulong saya tak kene demam kuning so saya amalkan herba-herba dengan cepat. Selain minum herba,mandian herba juga tak ketinggalan.Keluar je hospital terus mak saya rebus daun-daun serum untuk saya mandi.

2 – Berurut
Part ni memang saya paling suka boleh dikatakan sebulan sekali saya akan panggil makcik urut dalam berurut saya.Jangan tak tahu berurut bagus bukan setakat buang angin tapi bagus untuk bentukkan balik pinggul, breast kita ke bentuk asal. Betulkan urat-urat yang tersimpul baru lah rasa ringan aje badan.

3 – Kurang pengambilan air masak ketika pantang
Yang ni mungkin ramai rasa agak mengarut tapi ntahlah,saya memang dah diajar dari dalam pantang kurangkan minum air masak tapi gantikan dengan air kayu sepang. Air kayu ni mak saya akan siapkan letak tepi katil.”Kalau haus,minum ni…” kata mak saya sampai sekarang walaupon pantang sendiri saya still ingat dan amalkan. Kayu sepang ni boleh beli dikedai ubat  cina. Minum air dalam keadaan duduk bukan berdiri.

4 – Bertungku 


Ramai yang malas bab ni kan? Tapi saya tak!! Saya ada 3 jenis tungku dan paling saya suka tungku jenis besi bulat size kecil. Saya akan tungku 2-3kali sehari biasanya waktu subuh..selepas mandi bagi badan hangat semula dan malam sekali sebelum makan. Tungku bukan setakat kat perut,pinggul + betis + celah kangkang. Banyak kebaikan bertungku salah satu boleh pecahkan angin. Bersalin no 2 saya kana rengat teruk so dengan bertungku la dapat legakan rengat.

5 – Berbengkung
Yang ni pun part paling saya disiplin,saya pakai bengkung 44hari, buka hanya time mandi/buang air. Yang ni la kunci paling utama untuk perut kekal  tak buncit. Saya akan pakai bengkung selepas bertungku dan sebelum makan.Kenapa? bila makan dalam berbengkung diperut,saya akan makan sikit. Bukan diet tapi dalam pantang makan sikit-sikit tapi kerap,itu pesan orang lama-lama dan saya ambil pakai. Alhamdulillah..memang berhasil dan saya bersalin normal,sapu kapur + limau nipis..Ampun,seksa.Tapi sekarang dah guna krim-krim barut + losen panas so senang. Saya bengkung ikat dari peha sampai atas. Untuk saya kecilkan balik peha that why  saya bengkung dari peha.Time ni la jalan terkepit-kepit.

IKLAN

6 – Jaga makan
Ada kala terbabas juga lagi-lagi bila tengok menu pantang sekarang rasa macam pelik-pelik. Suka saya kongsi yang saya memang tak makan lauk bergoreng dalam pantang sebab minyak. Minyak ni la yang buatkan kita lambat nak slim. Apa2 punca pon sy percaya dari pemakanan dan perut kita so saya elakkan bende2 makanan yang sejuk,santan,berminyak dan bergoreng. Saya tak diet tapi saya amalkan makan cukup masa,nasi separuh tapi kerap.Faham kan…Ayam daging saya lambatkan makan biasanya masuk hari ke 20 dalam pantang baru start makan. Awa-awal makan ikan selar aje, ikan kering tak sentuh kadang makan ikan bilis pun tak boleh boleh buatkan “tut” gatal and berbau.

7 – Berstokin


Angin mudah masuk melalui kaki so pakai stokin sangat perlu even tak dalam pantang sekalipun. Saya berstokin dalam pantang part jari ibu kaki la paling takut tersepak takut tumpah darah pesan orang tua-tua so jangan malas pakai stokin

8 – Aircon
Saya cuba elakkan aircon cuma kadang bila bersalin dalam bilik hospital 2-3 hari yang dah ada aircon so tidak dapat nak dielakkan tapi berpantang memang tak duduk dalam aircon.
Saya tak boleh sejuk dan tak tahan sejuk.

IKLAN

9 -Pantang bersama suami
100 hari sebolehnya tapi 60hari pun paling awal so cuba la elak. Even dalam pantang cuba la jangan cuba-cuba untuk berasa berahi kerana urat boleh kembang.

10 -Elak angkat bende berat/ senaman berat
Awal-awal  say amemang tak berani angkat barang berat,  kadang-kadang dukung anak 2 tahun pun tak berani takut peranakan turun apatah lagi senaman berat. Silap haribulan boleh buasir or tombong. Basuh baju/basuh pinggan paling saya pantang sebab terkena air,saya cuba elakkan dari banyak kena air. Nak berpeluh cara melayu..paling saya suka BERSALAI,bertangas..Ya ampun best sangat.Peluh keluar tik tik macam mandi.

11 – Last,saya sememangnya akan pantang keluar umah

Nak keluar duduk depan umah pun dia tak kasi.Takdek nak melawa-lawa, tak da nak make up, pantang time raya pon,just kain batik je. Time ni saya “busuk2 aje”..Tapi bila abis je dah “pelepas” pantang,terus start melawa. Haaa time tu la bagaikan dihidupkan semula.

Lepas bersalin urat kita kembang,bukan kembang kita gemok sebab tu tak guna time ni kita mekap2,kita kene sihatkan dulu dalaman. Percaya la,tak rugi dan tak menyesal cuma perlu bersabar.
Sumber : Zaza Zaura