Hubungan mereka tidak berlandaskan pertalian darah, namun keakraban Que Haidar bersama anak tirinya, Qalif Khan memberi inspirasi kepada orang ramai.
Mengakui kagum dengan ibu dan arwah bapanya yang membesarkan mereka sepuluh beradik,suami kesayangan Linda ini sebolehnya cuba menyantuni anak-anak mengikut acuan yang serupa. Sebagaimana bahagia mereka seisi keluarga, begitu juga dia mahu memastikan isteri dan anak-anak bahagia.
Rata-rata kagum dan memuji kemesraan yang terjalin antara mereka. Terbaru, Que dan Linda menerusi laman Instagram berkongsi gambar-gambar sekitar majlis sambutan hari lahir Qalif yang ke 22 tahun.
Difahamkan majlis tersebut diadakan di Roofino Skydining, KL Trillion, Kuala Lumpur.
Apa yang mencuri tumpuan adalah wajah terbaru Qalif. Anak hasil perkahwinan Linda sebelum iti yang dahulunya seorang kanak-kanak yang kecil kini sudah membesar menjadi lelaki yang kacak.
Ads
Ternyata, darah dan rupa mat salleh yang diwarisi Qalif tak ubah seperti penyanyi antarabangsa Justin Bieber.
Sehingga kini perkongsian gambar Que meraikan hari lahir anak tirinya itu telah mendapat lebih 1000 tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Kisah pasangan kembar siam Ahmad dan Muhammad suatu ketika dahulu pernah mendapat perhatian umum hatta hingga keperingkat dunia apabila pasangan kembar yang bercantum di bahagian dada dan punggung ini berjaya menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi pada tahun 2002.
Kini , pejam celik pejam celik begitu cepat masa berlalu, adik beradik kembar ini sudah pun berusia 21 tahun dan kini menyambung pelajaran di Managemant and Science Univercity (MSU) di Shah Alam sejak Mac 2016. Mengetahui lanjut kisah adik beradik kembar ini, ianya telah dikongsikan di page KampusUols.
Sambung pengajian
Ahmad Rosli dan Muhammad Rosli, 21 tahun kini menyambung pengajian di Management and Science University (MSU) di Shah Alam sejak Mac 2016.
Ahmad mengambil jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik manakala adiknya Muhammad mengikuti pengajian Ijazah Sains Komputer dalam bidang Teknologi Maklumat.
“Adik saya berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sedangkan saya masih di peringkat diploma. Saya tak sempat habiskan pengajian diploma kerana sebelum ini saya berhadapan dengan masalah kesihatan dan memaksa saya untuk membuat perubahan jadual. Jadi ia memakan masa untuk menguruskannya,” kata Ahmad ketika dihubungi wartawan Kampus Uols.
“Alhamdulillah, sepanjang belajar kami tidak berhadapan dengan kesukaran kerana di MSU ada menyediakan kemudahan untuk golongan OKU. Nak ke kelas mudah kerana ada disediakan lif untuk OKU, tandas juga mesra OKU, termasuklah surau dan kafeteria. Malah untuk pergerakan ke kelas atau kuliah juga kami tidak perlu jauh kerana kedudukan bangunan saling berdekatan.
“Dulu, kononnya nak ambil jurusan seni halus, namun di MSU tak ada jurusan tersebut. Kalau nak kena ambil di universiti lain, tapi tak ada disediakan kemudahan OKU pula. Selepas berfikir, saya buat keputusan untuk menerima tawaran belajar di MSU,” katanya.
Akui Ahmad walaupun ketika bercakap menampakkan dia seorang peramah namun realiti sebenar dia seorang yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan di kampus. Namun berbeza dengan Muhammad, dia seorang yang peramah dan mempunyai ramai kawan baik.
“Kami memang serasi untuk bersama dan boleh dikatakan Muhammad ibarat kawan baik saya. Pergi ke mana-mana berdua. Buat keputusan pun bersama,” katanya.
Kekurangan bukan halangan Pasangan yang mendapat tajaan dari Lembaga Zakat Selangor ini juga bersyukur kerana dihadiahkan dua kerusi roda hasil sumbangan pihak tertentu untuk memudahkan pergerakan mereka.
“Sejak ada kerusi roda ini, kami dah tak pakai tongkat. Kerusi roda manual ini sangat membantu dalam memudahkan pergerakan kami dengan lebih cepat. Kalau sebelum ini kami guna kerusi roda jenis hospital, susah nak tolak sebab besar dan tangan jadi cepat melecet,” katanya.
Bercerita tentang waktu kuliah, jelas Ahmad, disebabkan mereka berlainan jurusan, maka waktu kelas juga kadang-kadang berbeza. Ada masanya kelas Ahmad pada sesi pagi dan Muhammad sesi petang atau sebaliknya.
“Kami akan datang ke kelas setiap pagi meskipun salah seorang dari kami ada kelas petang. Biasanya Muhammad mula kelas 8 pagi manakala saya ada kelas jam 4 petang. Kami akan tunggu sampai masing-masing tamat kelas dan barulah kami balik ke rumah.
“Memang lama juga nak tunggu sampai waktu kelas tamat, tapi kami tak nak susahkan ayah, Rosli Abdul Rahim, 48, dan ibu tiri, Junaidah Awang, 43, untuk kerap hantar dan ambil kami ke kelas, lagipun mereka juga perlu hantar dan ambil adik-adik dari sekolah, yang berumur 17,14,11 dan 6 tahun.
Hasil lukisan Ahmad memotret wajah Muhammad.
“Dalam tempoh menunggu tu, saya banyak habiskan masa dengan melukis. Saya suka melukis potret dan yang selalu jadi mangsa adalah Muhammad. Saya akan ke surau untuk melukis kerana di situ saya boleh meniarap. Tambahan pula saya dan Muhammad tak boleh duduk terlalu lama sebab daging pinggul tak ada, jadi cepat lenguh apabila duduk,” katanya lagi.
Selaku anak sulung dalam keluarga, Ahmad mahupun Muhammad sebolehnya mahu menjadi contoh dan teladan yang baik buat adik-adiknya dan tidak menjadikan ‘kekurangan’ sebagai halangan untuk melakukan kerja seperti manusia normal yang lain.
“Insya ALLAH mungkin selepas tamat diploma ni saya akan cari kerja atau berkhidmat sebagai pereka grafik bebas. Bukannya saya tak mahu sambung belajar ke peringkat ijazah, tapi tahap kesihatan yang tidak menentu tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Manakala Muhammad katanya, dia mahu bekerja atau sambung ke peringkat Master,” kata pasangan ini yang pernah menjalani latihan praktikal di SIRIM.
sumber : Kampus Uols.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelawak dan pelakon, Ropie atau nama sebenarnya, Zahid Tajuddin dalam satu temu ramah bersama Suria fm berkongsi kisah hidupnya yang tidak diketahui ramai.
Lebih dua dekad dalam industri hiburan, Ropie berkata, dia tidak risau jika momentum yang dikecapinya itu hilang kerana percaya, rezeki setiap manusia sudah ditentukan.
“Zaman kejatuhan saya tahun 1999-2000 selepas kumpulan Cecupak dibubarkan memang ‘sakit’ waktu itu. Pernah dulu saya terpaksa menyamar pakai topeng, kutip dan jual tin-tin kosong. Waktu tu memang susah, anak pula kecil lagi. Selain tin saya juga jual bateri-bateri dan juga suratkhabar.
“Waktu itu saya tinggal di Kuala Lumpur dan tak nak balik kampung untuk menyusahkan keluarga yang sudah susah. Anak saya waktu itu baru 3 orang masih kecil. Jadi pendapatan tak cukup tapi hidup mesti diteruskan.
“Saya janji umur 45 kalau tak berjaya akan cari kerja tetap tak kisahlah terpaksa jadi pengawal keselamatan atau sebagainya. Saya tak malu buat kerja-kerja apapun. Tapi bila tengok ada tawaran jadi saya teruskan. Itulah pengalaman hidup saya dahulu,”kongsi Ropie lagi yang dijemput bersama Illya dalam satu segmen pagi bersama SuriaFm.
Melihat dirinya yang suka melawak, namun sejujurnya akui Ropi, sebagai manusia biasa ada limit dalam bergurau.
“Tetapi kalau dengan orang ramai saya tak marah sebaliknya saya tegur dengan berhemah. Kalau ada peminat yang excited saya anggap itu perkara biasa. Terima kasih kerana banyak menyokong saya selama ini.
Tidak gemar berkongsi hal peribadi, Ropie berkata, pendekatan itu diambil bukan kerana mahu berahsia, sebaliknya dia inginkan keluarganya menikmati kebebasan tanpa dibebani tumpuan.
“Saya hidup gembira bersama isteri, Syirin yang turut bertindak sebagai pengurus. Kami mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun lalu dan sejak itu, dia yang mengurus dan menyusun jadual kerja saya.
“Saya tahu, jika diuruskan orang lain, saya akan jadi agak manja. Saya bersyukur dengan kehadiran Syirin dan apabila dia ada di sisi, tiada wanita lain yang berani mendekati,” katanya.
“Pengebumian enam beranak tragedi Sungai Korok paling penyayat Hati"- Setiausaha Masjid kongsi detik sayu. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Islam Masjid At-Taqwa apabila enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan serentak dalam satu liang lahad, baru-baru ini.