Dua tahun tidak bertemu dengan anaknya dan terbaru, dia dan keluarga hanya mengikuti majlis graduasi si anak secara maya di rumah.
Walau bagaimanapun, Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor memanjatkan kesyukuran apabila anak perempuannya Nurlisa Mohamed Nor berjaya menamatkan pengajian di Universiti Curtin, Perth Australia.
“Alhamdulillah, papa mama dan seluruh ahli keluarga mengucapkan tahniah di atas penerimaan ijazah setelah 4 tahun berada di #curtinuniversity Perth Australia.
“Walaupun tak dapat bersama, hanya menonton di alam maya tapi gembira dapat menyaksikan sebentar tadi.
“Dah dua tahun tak jumpa. Miss you and love you @_nurlisa,” tulis usahawan terkenal ini di ruangan kapsyennya.
Dalam majlis graduasi tersebut, Nurlisa yang menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan dan pemasaran tampil cantik mengenakan baju kurung songket berona kelabu cair.
Ibu kepada pelawak Achey, Ngaisah Hassan, 74,menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.46 pagi, Isnin di Hospital 5ultanah Aminah Johor Bahru.
Berita duka tersebut diterima Achey ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas tamat bekerja di sebuah acara.
Achey sempat memuat naik hantaran video di laman sosial Instagram (IG), ketika dia memberhentikan motor di tepi jalan dan menangis teresak-esak.
“Innalillahiwainnaillahirojiu..Mak baik, mak pergi pada bulan yang baik. Kami reda, Ya Allah,” katanya menahan sebak sambil menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham ibu tercinta.
Allahyarham Ngaisah mengidap masalah kerosakan organ pankreas sejak setahun lalu namun enggan menjalani pembedahan awal.
Berkongsi berita sedih itu, Achey berkata, dia mengetahui keadaan arwah semakin nazak ketika mengadakan rakaman program raya yang dikendalikan Zizan Razak dan Scha Alyahya, malam tadi.
“Ketika rakaman, keadaan arwah nazak dan tahap kesihatannya semakin merosot. Saya cuba tenang, sedangkan fikiran amat kacau memikirkan arwah.
“Namun, saya mendapat berita arwah meninggal dunia ketika atas motosikal dalam perjalanan pulang.
“Beberapa kali juga saya terpaksa menghentikan motosikal menangis tepi jalan, sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Bagaikan melayang jiwa atas pemergian ‘syurga’ saya.
“Jujurnya, saya terkilan tidak berada di sisi arwah pada saat menghembuskan nafas terakhir. Saya hanya pulang ke Kuala Lumpur sekejap, namun, Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, berkongsi arwah baru sahaja menjalani pembedahan memasang tiub berdekatan saluran hati dengan harapan bengkak dialami boleh semakin surut.
“Saya agak lama berada di Johor Bahru untuk menjaga arwah, namun, perlu pulang ke Kuala Lumpur atas tuntutan kerja. Saya lihat keadaan arwah semakin baik, jadi, saya pulang bagi menyelesaikan tugasan yang dijanjikan.
“Namun, tahap kesihatan arwah semakin merosot apabila sel kanser sudah merebak seluruh badan, malam ini. Arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi kakak, Nordewiyani Hazrani Nasir.
“Ikutkan, saya belum puas berbakti pada arwah, namun, soal ajal dan maut ketentuan Allah. Walaupun sedih, saya tetap bersyukur arwah dijemput Allah pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Saya dan keluarga reda, arwah meninggal dunia pada bulan baik. Mengenangkannya membuatkan hati saya lebih tenang,” katanya dengan nada sebak.
Disebabkan itu, keadaan menjadi semakin serius sehingga mengakibatkan bahagian perut membengkak kerana saluran hempedu dan hati tersumbat.
Gadis kudung kaki dan tangan terharu dapat sambung pengajian. Kekurangan fizikal bukan penghalang buat seorang remaja perempuan dari Kampung Padang Setebu, Kuala Berang untuk meneruskan impian dalam bidang kemahiran.
Walaupun dilahirkan tanpa anggota tangan dan kaki yang sempurna, Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 18, membuktikan semangatnya tidak mudah luntur. Beliau mencipta kejayaan tersendiri apabila diterima sebagai pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal pertama mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam kursus Pelukis Kanan Rekaan Dalaman di Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC), Kampung Teris.
Menurut Nur Damia, dia bersyukur kerana akhirnya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminatinya, walaupun sebelum ini berdepan pelbagai cabaran.
“Saya mula mengenali bidang ini sejak Tingkatan Empat melalui program SKM Tahap 1, kemudian menyambung ke Tahap 2 sewaktu di Tingkatan Lima. Selepas tamat SPM, saya tekad mahu ke Tahap 3.
“Tetapi sebelum ini, beberapa institusi menolak permohonan saya kerana keadaan fizikal saya tidak sesuai dengan kemudahan di tempat mereka.
“Jadi, apabila TTITC menerima saya, saya rasa sangat bersyukur dan gembira. Ini bukan sahaja untuk mencapai impian saya, tetapi juga untuk menunjukkan bahawa golongan seperti saya pun mampu berjaya,” katanya.
Beliau ditemui selepas menerima surat tawaran pengajian di TTITC yang disampaikan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah TTITC, Maliaman Kassim, baru-baru ini.
Ibunya, Rosnaini Mohamad, 47, berkata dia dan suami, Daeng Malis Ab Kahar, 53, sentiasa memberi dorongan kepada anak ketiga daripada empat beradik itu.
“Damia adalah inspirasi kepada kami sekeluarga. Kami yakin dia mampu menghadapi segala cabaran sepanjang tempoh pengajian selama setahun ini.
“Setiap hari, saya dan suami akan bergilir-gilir menghantarnya ke TTITC yang jaraknya kira-kira 30 kilometer sehala, jadi keseluruhan perjalanan pergi balik sekitar 60 kilometer,” jelasnya.
Sementara itu, Maliaman yang juga Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu memaklumkan bahawa Nur Damia adalah pelajar OKU keempat yang diterima masuk ke pusat latihan tersebut.
“Sebelum ini, TTITC menerima tiga pelajar OKU dari kategori masalah pendengaran dan bisu. Kehadiran Nur Damia membuktikan TTITC sentiasa terbuka menerima pelajar dari pelbagai latar belakang, termasuk golongan kelainan upaya,” ujarnya.
Bayangkan apabila ada orang yang tidak dikenali memanggil pasangan anda sebagai sayang. Tentu hilang sabar dibuatnya.
Namun hakikatnya itulah salah satu teknik pemasaran yang dilakukan oleh sebuah restorang untuk menarik perhatian pelanggan.
Biarpun ia agak janggal bagi sesetengan pelanggan, namun cara itu telah menyebabkan restoran itu mendapat sambutan yang luar biasa.
Gambar Via Tribun Solo
Begitulah perkongsian dari negara seberang yang dilakukan oleh pemilik restoran itu, Sulastri, mencipta inisiatif panggilan sayang selepas mendapat pengalaman ketika merantau ke Kalimantan bersama suaminya.
Ketika di sana, mereka sering membeli sayur dan ketika itu penjual sayur juga selalu memanggil mereka sayang.
“Dari situ, Sulastri mengajak suaminya membuka kedai makan dan menerapkan konsep panggilan sayang kepada pelanggan,” kata Asih yang juga merupakan adik kandung kepada Sulastri.
Pelbagai respon daripada pelangga
Didapati bahawa restoran ini telah mendapat pelbagai respon para pelanggan ketika dipanggil sayang adalah berbeza. Ada yang gembira, senyum, tertawa dan bahkan sehingga membuatkan raut wajah pasangan kekasih kelihatan sensitif. Namun, tidak pernah ada yang marah.
“Memang terkadang kalau pasangan kekasih ke sini, ada sebahagian wanita yang kurang senang. Tetapi kami jelaskan bahawa semua pelanggan kami panggil sayang, tidak kira lah kanak-kanak, remaja, ibu bapa hingga ke datuk dan nenek,” ujar Asih.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.