Bahagia tak terkira kan apabila impian kita menjadi kenyataan? Bertambah seronoknya apabila impian itu direalisasikan oleh orang yang tersayang, iaitu suami tercinta!
Itulah yang dibuat oleh penyanyi dan pelakon, Nubhan yang membuat kejutan untuk isterinya dengan menghadiahkan sebuah klinik gigi sendiri.
“Alhamdulillah… impian isteri saya @drfietawfek dah tercapai! Dia nak sangat klinik gigi sendiri… mungkin rezeki baby baru ni 😆”, katanya dalam posting di instagram
Tambahnya, sebagai suami, dia akan sentiasa menjadi tulang belakang depan kiri dan kanan isterinya dan merealisasikan impian orang tersayang adalah satu kebahagiaan buatnya.
Kejutan yang dibuat juga mendapat sokongan dari rakan-rakan yang datang memeriahkan lagi suasana termasuklah penyanyi yang berduet bersama Nubhan dalam lagu Sekali Lagi iaitu Siti Nordiana.
kejutan TERBESAR utk wife sempena melahirkan baby ke 3🌹❤️ 🎉🎉🎉
Akhirnya impian isteri saya nak ada klinik gigi sendiri tercapai 🤲🏻
Ads
saya rasa saya suami yang berguna bila dapat tunaikan impian isteri😂
Bahasa yang dilontarkan cukup puitis, apatah lagi bila dia berkata-kata. Sesuai dengan kerjayanya sebagai pengacara dan personaliti televisyen, nama Ahmad Fedtri Yahya, 38 tidak aisng lagi dalam dunia penyiaran.
Selain MHI, bapa kepada empat cahaya mata ini juga bertindak sebagai hos bagi rancangan Soal Rakyat, mengacarakan Jejak Rasul dan Sahabat Backpackers. Selain itu, khidmatnya juga turut digunakan untuk mengacarakan pelbagai majlis.
Di dalam kesibukan sebagai pengacara, anak kelahiran Pantai Remis, Perak ini turut memiliki bakat dalam menulis lirik lagu. Beliau pernah menulis untuk penyanyi terkenal Wany Hasrita, Ernie Zakry & Syamel, Safura, Asfan, Ezad Lazim, Sharifah Zarina, Deja Moss dan ramai lagi.
Biarpun sibuk dengan kerjaya, namun suami kesayangan Nurul Anati Ismail tidak mengabaikan tanggung jawabnya sebagai ketua dalam rumah tangga. Berpeluang menemu bual keluarga bahagia Fedtri baru-baru ini, ternyata dia punya aura tersendiri sebagai ayah dan juga suami.
Rapat dengan Anak perempuan sulung
Malah, anak sulung bernama Indah Sutera Jannah, sangat rapat dengannya. Sesi fotografi terhenti seketika dek kerana anak perempuan Fedtri menangis teresak-esak dan tidak membenarkan jurugambar yang mahu mengambil gambar Fedtri berdua dengan Nurul Anati tanpa kehadiran anak-anak.
Biarpun cuba dipujuk namun gagal sehinggakan Fedtri sendiri terpaksa bertindak memujuk anaknya itu.
“Memang dia sangat rapat dengan ayahnya sampaikan tak boleh nak dekat. Terutama sekali kalau ayahnya dekat dengan saya. Sejak umur 2 tahun lagi, dia memang sangat ‘closed’ sehinggakan ayahnya ada tugasan di luar, dia akan menangis dan meraung. Berbeza dengan adik-adiknya yang lain tak ada masalah,” cerita Nurul Anati lagi.
Kejutan manis
Sementara itu, Fedtri mengakui anak sulungnya yang gemar berfesyen dan menari itu cukup rapat dengannya.
“Indah Sutera memang dari kecil lagi sangat rapat dengan saya. Tak keterlaluan dikatakan dia ‘anak ayah’. Mungkin ketika dia kecil, saya sibuk tugasan luar negara.
“Jadi kesempatan bersama dengan keluarga memang dimanfaatkan sepenuhnya, kami jadi seakrab mungkin. Jadi ikatan tu kuat dan anak-anak sayang. Dengan anak-anak saya sentiasa peluk, belai, buat kejutan manis. Mungkin itu yang membuatkan Indah Sutera jadi rapat dan susah nak berenggang.
“Dalam hal mendidik anak-anak, saya dan isteri sentiasa ada masa untuk berbincang. Walaupun antara kami, saya paling sibuk, kalau tak jumpa kami akan hantar mesej atau call. Termasuklah bab sekolah, tadika dan sebagainya. Biasanya memang kami suka berbincang dalam semua hal.
“Walaupun sentiasa sibuk, tetapi anak-anak dan isteri jadi keutamaan. Biasanya saya akan buat jadual dan pastikan keperluan penting untuk keluarga terjaga. Dalam bab mendidik, saya tak nafikan, isteri memainkan peranan penting dalam semua hal.
“Malah, antara saya dan isteri, dia lebih tegas dengan anak-anak,” ujar Fedtri yang mengakui menjadikan pihak lain sebagai idola terutama yang dilihat sukses dalam soal pendidikan anak-anak.
Suami yang romantik
Sesuai dengan jiwanya yang gemar bersastera, Ahmad Fedtri seorang suami yang romantik. Malah, dia juga gemar menggembirakan isteri dengan melakukan kejutan manis.
“Sebagai suami kita kena tahu mengambil hati pasangan. Memandangkan isteri sudah banyak berkorban menguruskan anak-anak, jadi sesekali apa salahnya kita gembirkan mereka dengan membuat kejutan yang manis atau sesuatu yang di luar jangka. Sebagai contoh, saya balik ke rumah daripada kerja tanpa beritahu awal tapi sudah siap dengan hadiah, urutan setiap kali letih di dapur dan sebagainya.
“Selain itu, saya juga akan bawa isteri dan anak-anak ke hotel untuk berehat. Atau jika ada pengacaraan di hotel, saya biasanya memang akan ambil bilik supaya anak-anak boleh ada bersama. Memandangkan isteri sibuk uruskan anak dan hari-hari sediakan hidangan untuk keluarga, jadi saya juga berikan ‘me time’ untuknya.
“Biasanya ada minggu memang saya tak benarkan isteri masak sebaliknya hanya tempah makanan secara dalam talian,” cerita Fedtri yang menasihati pasangan muda yang berkahwin supaya ada sifat sabar pada tahap yang paling tinggi dan pada masa yang sama cuba cipta kualiti masa dengan keluarga dalam memastikan hubungan sentiasa erat.
Nama anak sentuhan peribadi
Selain Indah Sutera Jannah, pasangan ini juga dikurniakan tiga lagi cahaya mata, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Mendengar keunikan nama anak-anaknya, akui Fedtri majoriti dipilihnya sendiri sebab nama anak adalah sentuhan peribadi asalkan maknanya indah dan penuh erti.
“Setiap pilihan nama anak-anak, saya akan pastikan isteri suka dan fahami maknanya. Tetapi untuk nama anak kami yang keempat, Ahmad Firaas Mevlana adalah pilihan isteri saya sendiri,” ujar Fedtri dan Nurul Anati yang berkahwin pada Mei 2011.
Pertemuan pertama kali disebuah masjid akhirnya membawa pasangan ini ke jenjang pelamin.
“Perwatakan dan ciri wanita solehah yang ada pada dia (Nurul Anati) antara sebab kenapa saya terpikat dengannya. Malah, dia wanita yang memenuhi ciri-ciri gadis pilihan saya selain sangat memahami kerja dan kesibukan saya dalam bidang ini. Sehingga kini, dia tak pernah mendesak atau merimaskan saya dengan hal-hal yang remeh,” ujar Fedtri lagi sebelum menutup perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Telefon bimbit merupakan satu alat telekomunikasi yang sangat penting untuk kegunaan harian. Lebih-lebih lagi semua hubungan kini boleh dikatakan bergantung kepadanya. Banyak manfaat yang boleh diperoleh daripada telefon bimbit. Pun begitu, terlalu bergantung dengannya juga tidak elok, bayangkan 24 jam telefon di tangan tanpa anda menghiraukan hal lain. ia bolehmemberi kesan yang negatif bukan sahaja dari segi kesihatan, tetapi juga fizikal dan mental.
Walaupun ia benda penting, namun ada itu tidak bermakna anda bergantung kepadanya sepanjang masa. Cari alternatif untuk mengelakkan ketagihan ini.
Matikan telefon sebelum tidur
Ramai dikalangan masyarakat akan bermain telefon bimbit sebelum tidur. Ia boleh berlarutan berjam-jam lamanya. Jadi, waktu mana anda boleh berehat anda tidak matikannya. Malah, jika tidak berbuat demikian, ia seperti “anda tidak membenarkan badan anda untuk rehat”. Jika anda boleh mengamalkan gaya retro/old school, kehidupan anda akan menjadi lebih mudah dalam perlbagai cara. Jika menggunakan telefon sebagai penggera/ alarm untuk bangun pagi, apa salahnya anda tukar cara. Beli jam penggera yang murah. Nah selesai masalah.
Keluar tanpa membawa telefon
Sesekali ubah cara kehidupan seharian anda. Sama ada pergi berjalan-jalan, menunggang basikal pada waktu terluang dan menikmati kopi di kafe. Biarkan telefon anda di poket tanpa memegangnya. Kalau boleh, matikan bunyi notification apps supaya anda tidak teringin untuk membacanya. Tidak perlu menangkap gambar dan memuat turun ke lama Instagram selalu, anda perlu cuba menikmati persekitaran dengan lebih kerana anda sebenarnya sedang melihat dunia di sekeliling anda. Atau lebih mudah, tinggalkan telefon di rumah buat seketika.
Berkomunikasi dengan orang ramai melalui ‘perbualan offline”
Lebih baik lagi, anda letakkan sebagai cabaran untuk diri sendiri. Mungkin anda boleh cuba, ‘saya akan memastikan 3 orang tersenyum hari ini,” atau ‘saya akan bertanya khabar kepada 2 orang.” ia juga dapat menjadi semudah membuat “eye contact” dengan orang lain. Cubalah!
Hari tanpa telefon
Jika anda tidak sanggup, boleh cuba untuk limitkan masa anda dengan telefon. Sebagai contoh, limitkan masa selama 5 jam tanpa telefon dalam sehari. Anda boleh cuba membuat aktiviti lain seperti memasak, membaca atau keluar dengan rakan-rakan dan berbual untuk mengalih perhatian anda daripada telefon. Percayalah, lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan taktik ini
Seimbangkan hari harian anda
Cuba untuk mengekalkan nisbah 1:1 masa berteknologi dengan masa sebenar dalam hari-harian anda. Jika anda hanya duduk di hadapan komputer riba atau duduk menghadap telefon bimbit selama berjam-jam, anda perlu mengambil 3 jam masa lapang tanpa teknologi juga. Mudah kan!
Sumber: jomviral.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi orang Kluang, Johor anda pasti tahu gerai yang menjual jemput-jemput murah dan sedap. Tentunya di sebuah gerai yang terletak di Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, Kluang, Johor.
Gerai ini telah diusahakan oleh seorang warga emas iaitu Pak Mail yang kini berusia 73 tahun.
Di sini, terdapat pelbagai jenis jemput-jemput yang dijual. Jemput-jemput yang sedap ini hanya dijual dengan harga 10 sen sebiji. Antara yang unik adalah jemput isi naga, nangka, nenas dan jagung yang dicampur sekali dan anda akan rasa terdapat potongan buah-buahan didalamnya.
Walaupun telah dilarang oleh anak-anaknya agar tidak meneruskan berniaga, namun kerana minat, Pak Mail tetap meneruskan perniagaan ini walaupun keuntungan yang diperolehi tidaklah begitu banyak.
Bercerita mengenai dirinya, Pak Mail sudah kematian isterinya sejak 23 tahun lalu dan kini bersendirian membesarkan 12 orang anak-anaknya.
“Allahuakbar, hanya Allah sahaja yang mengetahui, macam orang gila jaga anak.” kata Pak Mail apabila ditanya mengenai anak-anaknya selepas kematian isteri.
Pak Mail tidak mendirikan rumahtangga selepas pemergian isterinya kerana memikirkan soal anak-anak yang ramai. Begitu besar pengorbanan seorang ayah dalam usaha membesarkan anak-anak.
Dia membuka gerai setiap hari tanpa cuti. Walaupun tidak memperolehi keuntungan yang banyak namun Pak Mail rajin dan minat dalam perniagaannya.
Selain jemput-jemput yang sedap dan digoreng panas-panas, gerai Pak Mail juga turut menjual pelbagai perisa jemput-jemput yang menjadikan gerai Pak Mail ini unik.
Berniaga sambil bersedekah antara ayat yang keluar dari mulut Pak Mail.
Pak Mail menjual kira-kira 2000 biji jemput-jemput sehari. Pada bulan Ramadhan pula, Pak Mail masih gigih membuka gerai dan memberikan jemput-jemput percuma kepada orang ramai. Dia telah melakukan perkara tersebut selama lima Ramadhan berturut-turut.
Semoga Pak Mail terus diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan amalan berniaga sambil bersedekah dan berkongsi rezeki bersama-sama.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.