Tahniah diucapkan buat penyanyi, Datuk Awie dan isterinya, Sharifah Ladyana yang bakal menimang cahaya mata ketujuhnya pada Julai ini.
Kongsi Datuk Awie menerusi satu temubual, dia meluahkan rasa teruja apabila bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan menerusi pembedahan pada 7 Julai ini.
Tambah teruja kata Awie, dia dan isteri sudah pun mempunyai nama buat buah hati yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“Saya sudah memilih nama untuk anak ketujuh saya itu. Saya memilih nama Arjuna buatnya. Dia adalah Arjunaku!
Ads
“Teruja rasanya hendak menanti kelahiran cahaya mata ini. Jika diikutkan segan pada usia sebegini namun saya anggap ini adalah rezeki daripada Allah,” katanya teruja.
Menurutnya bapa kepada enam cahaya mata ini lagi, dia bakal berada di Kelantan dan mahu kembali segera untuk bersama isterinya sebelum tarikh bersalin kelak.
“Mengikut jadual, saya ketika itu berada di Kelantan atas urusan kerja, jadi pada malam itu juga saya perlu pulang ke ibu kota sebelum isteri masuk ke bilik pembedahan.
Ads
“Ini adalah antara pengorbanan saya sebagai anak seni. Antara sebab beginilah kenapa saya rasa bersalah pada isteri dan anak-anak. Namun jerih perih kehidupan inilah saya lalui demi mereka.
“Semoga semua diluar sana mendoakan semuanya dipermudahkan dan dilancarkan,” kongsinya lagi.
Ads
Terdahulu, Datuk Awie mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober 2016. Mereka dikurniakan seorang anak pada tahun. 2020.
Bila bercakap pasal rumah, sudah tentu kita inginkan rumah yang kemas dan cantik. Namun kadang kala untuk hiasa rumah perlukan modal yang banyak.
Bagaimanapun bagi yang kreatif, boleh lakukan sendiri. Hanya menggunakan bahan yang sedia ada.
Sebagaimana wanita ini. Menggunakan almari lama untuk buat rak baru serbaguna. Rak baru ini beliau jadikan rak jahitan. Menarik jom lihat caranya!
Ikuti perkongsian ini.
Assalamualaikum semua salam 1 september. Firstime share hasil tukang diy dalam group ni
Ini hasil dari almari pakaian yang sudah rosak tapi aku diy jadikan rak barang jahitan.
Lihat gambar ni untuk rujukan
Jimat dan di situ beli rak baru kan.. semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kawan-kawan semua.
Suri rumah pastinya paling terasa sekali apabila berlaku kenaikan harga barang. Pasti akan ada ‘lompong’ sana sini dalam bajet dek kerana harga barang sudah meningkat.
Justeru, perbelanjaan terpaksa dirombak semula mengikut kesesuaian keperluan dan kehendak. Bermula dari dapur, suri rumah mahupun suri berkerjaya boleh saja merancang belanjawan mereka dengan praktikal dan berhemah.
Ikuti panduan 10 tip mudah praktis ini. Yang pastinya, akan membuatkan anda lebih menghargai apa yang ada di dapur anda. Harga barang meningkat pun takkan beri kesan jika anda pandai kawal bajet.
TIP A ‘ATUR BELANJA DAPUR’
Buatkan jadual belanjawan dalam tempoh sebulan. Beli apa yang perlu dan rancang makanan yang mahu dimasak dalam bulan itu. Sebaiknya, senaraikan barangan dengan harga sekali. Cara ini membolehkan anda melihat pergerakan wang anda pada bulan-bulan seterusnya.
TIP B ‘BIJAK KALA MEMBELI’
Maksudnya di sini, sebelum berbelanja, anda telah menyenaraikan keperluan. Jika tidak begitu mendesak, letakkan ia di senarai paling akhir. Ada duit lebih, barulah boleh dimasukkan dalam troli barangan.
TIP C ‘CERMAT KUASAI DAPUR’
Suri yang hebat adalah suri yang cermat menggunakan bahan mentah atau peralatan di dapur. Memasak ikut keperluan keluarga, bukannya ikut suka sehingga akhirnya tidak dimakan oleh anak-anak mahupun suami. Belajar dari orang tua ataupun banyakkan belajar agar mahir memasak sekaligus tidak menggunakan bahan mentah yang tidak diperlukan.
TIP D ‘DAHULUKAN APA YANG PERLU’
Jangan sesekali membeli keperluan yang tidak diperlukan oleh keluarga mahupun anak-anak. Katakan anda begitu teringin memiliki kuali berjenama yang memudahkan kerja-kerja memasak. Apa kata anda simpan sedikit wang dari belanja dapur itu. Setelah cukup barulah membelinya. Tahan keinginan dan elakkan berhutang.
TIP E ‘ENERGI DARI DAPUR’
Mencipta makanan yang enak tidak memerlukan anda membeli bahan mentah yang mahal. Jika pandai mengubah resipi mengikut citarasa anda dan keluarga itu sudah membolehkan suami dan anak-anak jatuh kasih dengan air tangan anda. Lihat apa yang ada di dalam peti ais dan ubah suai mengikut keperluan.
TIP F ‘FUNGSI SEPENUHNYA’
Gunakan sepenuhnya alatan yang ada di dapur anda selagi ia masih berfungsi dengan baik. Tidak perlu memasak berkali-kali. Memasaklah sekali sehari tetapi masih boleh dinikmati sehingga ke tengahari atau menjelang malam hari.
TIP G ‘GALAKAN KEMPEN BUAT SENDIRI
Mengapa perlu berbelanja lebih semata-mata mahu menikmati keenakan sesuatu makanan? Cuba belajar di internet dan buat saja sendiri. Sekarang ini banyak panduan dan teknik membuat makanan proses sendiri dengan bantuan carian di ‘google’.
TIP H ‘HALANG DIRI DARI BOROS’
Pernahkah anda membeli makanan dan akhirnya makanan itu dibuang ke tong sampah? Itu salah satu amalan pembaziran sekaligus menyusutkan nilai wang anda. Nasi yang berlebihan jangan dibuang, tetapi boleh digunakan untuk membuat nasi goreng atau diadun dengan tepung untuk dibuat cekodok.
TIP I ‘INGATAN BUAT KELUARGA
Tulis nota belian dan belanjawan ikut keperluan anak-anak di peti sejuk. Tujuannya mengingatkan anak-anak dan keluarga yang anda sebenarnya sedang menggalakkan kempen penjimatan di dapur.
TIP J ‘JIMAT LAGI MENJIMATKAN’
Rancang jika anak-anak mahu menikmati makanan kegemaran mereka. Beli bahan mentah bukan sekali guna, sebaliknya boleh digunakan untuk keperluan yang lain. Contohnya membeli seekor ayam, tetapi boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan untuk tempoh seminggu itu.
Menyayangi ibu ayah kita selain boleh ditunjukkan dengan cara sentiasa berbuat baik pada mereka, sebagai anak hakikatnya terlalu banyak cara kita boleh lakukan.
Umpamanya dengan memohon keampunan untuk ibu bapa kita. Bagaimana caranya, ayuh kita baca perkongsian ini.
Hanya dengan istighfar, masa depan kita cerah dunia akhirat insya-Allah. Ada yang bertanya, macam mana nak istighfar untuk mak ayah?
Maksud istighfar adalah memohon keampunan. Istighfar untuk diri sendiri adalah memohon keampunan untuk diri sendiri. Manakala istighfar untuk mak ayah pula maksudnya memohon keampunan untuk mak ayah.
Macam mana nak sebut?
رب اغفرلي ولوالدي
Maksudnya: Ya Rabb, ampunkan dosa aku dan kedua ibu bapa aku.
Tak reti baca atau tak mampu hafal yang Arab? Ungkapkan saja dalam bahasa Melayu. Tuhan itu Maha Faham segala apa bahasa yang kita perkatakan.
Anak soleh itu bukanlah pada jubah dan serbannya. Bukan juga pada mengaji tinggi bertingkat-tingkat sijilnya. Bukan pada pak imam semata-mata. Anak soleh itulah yang sentiasa mendoakan ibu ayahnya tika hidup dan mati.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.