Tahniah diucapkan buat penyanyi, Datuk Awie dan isterinya, Sharifah Ladyana yang bakal menimang cahaya mata ketujuhnya pada Julai ini.
Kongsi Datuk Awie menerusi satu temubual, dia meluahkan rasa teruja apabila bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka dilahirkan menerusi pembedahan pada 7 Julai ini.
Tambah teruja kata Awie, dia dan isteri sudah pun mempunyai nama buat buah hati yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“Saya sudah memilih nama untuk anak ketujuh saya itu. Saya memilih nama Arjuna buatnya. Dia adalah Arjunaku!
Ads
“Teruja rasanya hendak menanti kelahiran cahaya mata ini. Jika diikutkan segan pada usia sebegini namun saya anggap ini adalah rezeki daripada Allah,” katanya teruja.
Menurutnya bapa kepada enam cahaya mata ini lagi, dia bakal berada di Kelantan dan mahu kembali segera untuk bersama isterinya sebelum tarikh bersalin kelak.
“Mengikut jadual, saya ketika itu berada di Kelantan atas urusan kerja, jadi pada malam itu juga saya perlu pulang ke ibu kota sebelum isteri masuk ke bilik pembedahan.
Ads
“Ini adalah antara pengorbanan saya sebagai anak seni. Antara sebab beginilah kenapa saya rasa bersalah pada isteri dan anak-anak. Namun jerih perih kehidupan inilah saya lalui demi mereka.
“Semoga semua diluar sana mendoakan semuanya dipermudahkan dan dilancarkan,” kongsinya lagi.
Ads
Terdahulu, Datuk Awie mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober 2016. Mereka dikurniakan seorang anak pada tahun. 2020.
Kita biasa mendengar bahawa jika menggunakan sudu besar boleh menjejaskan khasiat madu. Malah penggunaan ini dalam pengendalian madu adalah tidak dibenarkan. Persoalannya adakah ianya satu mitos atau ada kebenarannya. Untuk cuba menjawab persoalan ini ikuti pencerahan daripada pakar kimia, Fatimah Salim ini.
Ikuti perkongsian ini.
Ada yang bertanya mengenai penggunaan jenis sudu untuk mencedok madu. Ada yang kata, tidak boleh menggunakan sudu besi untuk mencedok madu.
Jawapan saya: TIADA masalah untuk guna sudu besi mencedok madu.
Mungkin yang buat kenyataan tidak mengalakkan pengunaan sudu besi disebabkan sifat asidik madu. Madu bersifat asidik disebabkan kandungan bahan kimia asid organiknya. Skala pH madu biasanya antara 3.4 – 6.1.
Disebabkan bahan berasid boleh menghakis logam (seperti sudu besi ini) dikuatiri komponen logam boleh bercampur dalam madu. Maka, ada yang melarang dalam penggunaan.
Begini, kita bukan tinggalkan sudu dalam madu, hanya mencedok sahaja. Maka tiadalah potensi tindakbalas berlaku. Jika kita tinggalkan sudu logam dalam madu untuk tempoh masa yang LAMA, mungkin akan berlaku tindakbalas. Macam konsep peralatan memasak dengan bahan berasid juga.
Cuma bukan semua madu mempunyai tahap keasidan yang sama. Contoh madu tualang mempunyai pH sekitar 3.5-4.0, madu Manuka pula pH 3.2-4.2 dan madu kelulut 2.0-3.0. Jadi, potensi tindakbalas juga berlainan. Sekali lagi, kesan tindakbalas ini hanya berlaku jika sudunya dibiarkan berendam dalam madu untuk tempoh masa yang lama.
Nota:
1) Skala pH ialah skala yang digunakan untuk mengukur tahap keasidan dan kealkalian bahan yang larut air. Semakin kecil nombor, semakin berasid sifat bahan itu.
2) Madu tinggi dengan kandungan gula fruktosa (~ 39%) dan gula glukosa (31%). Sebab itu rasanya manis. Maka, bagi yang mengawal kandungan gula, perlu lebih peka.
Kredit: Fatimah Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita dan kecantikkan memang tidak dapat dipisahkan dalam diri. Ekoran itu, ada yang sanggup memperuntukkan bajet kecantikkan dalam belanjawan bulanan.
Namun, bagi yang tidak ingin lakukan secara alami, boleh cuba cara ini. Lebih jimat. Tetapi harus dilakukan secara konsisten.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.
PETUA RAWAT KULIT KUSAM , KERING & JERAGAT TEBAL.
Bagi yang ada masalah kulit kering , berjeragat dan kulit kusam wajib cuba tau. Rawatan ini dipanggil Hydrating Mask Scrub. Amalkan hydrating mask ni untuk kelembapan kulit muka agar mulus dan glow, mengecilkan pori-pori, serta sapu sekitar kaki dan tumit kaki yang kering atau merekah juga tau.
Cara – caranya :⠀
1. Sediakan sebiji tomato. Tomato ini boleh digunakan sehingga 3 kali. Setelah itu, korek isi tomato tersebut.⠀ 2. Masukkan 2 sudu beras hancur untuk dijadikan scrub muka. Anda tidak perlu membasuh beras terlebih dahulu ya. ⠀
3. Masukkan Yogurt asli untuk kesan optimum, anda boleh lakukan detox skin dan detox body⠀ 4. Masukkan 1 sudu madu asli⠀
5. Campurkan semua bahan di atas dan kacau sehingga sebati. Dia agak cair sikit boleh je nak tambah beras kalau tak cukup tau. 6. Wrap dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit atau 1 jam ⠀ 7. Sapukan campuran bahan-bahan tadi dan diamkan 15 minit atau 20 minit. Kalau nak 30 minit pun boleh. Kemudian scrub sehingga kalian berpuas hati.⠀ Sangat elok hydrating mask di gunakan dalam suhu yang sejuk. secara semula jadi
Proses ini akan menjadikan pori-pori mengecil. Kulit akan kelihatan mulus dan halus. lebih segar.⠀ 8. Selepas 30 minit. Buang semua black head dan white head. Kemudian cuci menggunakan hydrating mask kembali dan bilas.⠀ 9. Untuk proses yang terakhir, boleh sapukan ais ke kulit wajah anda untuk menambahkan kesegaran kulit dan mengecilkan pori-pori dengan lebih baik.⠀ ⠀ TIPS TAMBAHAN : kalau nak kulit lembab bebas jeragat dan glowing boleh amal skinz booster untuk dalaman. Khasiat dalam jamu untuk kulit tu akan buat kulit awak ching ching di pagi raya.
Abby Abadi Marissa menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu berkongsi nasihat penuh emosi buat anaknya, Marissa Dania, selepas menghadiri prosiding mahkamah berkaitan pengesahan lafaz cerai dan rujuk.
Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati ramai apabila Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, memilih pendekatan penuh kasih sayang dalam mendepani ujian hidup anaknya. Sebagai seorang ibu, beliau dilihat tenang dan tidak menghukum, sebaliknya memberi kata-kata semangat agar Marissa terus kuat menghadapi dugaan.
Menerusi hantaran di Instagram, Abby menitipkan kata-kata yang cukup lembut namun mendalam maknanya. Dalam situasi Abby Abadi Marissa, jelas kelihatan bagaimana seorang ibu menjadi tempat bergantung ketika anak berada dalam fasa sukar kehidupan.
Abby menasihati Marissa supaya memberi ruang kepada diri sendiri untuk melihat keindahan hidup dan mensyukuri nikmat yang masih ada. Nasihat ini bukan sahaja menenangkan, malah membantu seseorang untuk kembali melihat sisi positif kehidupan.
“Pusing-pusing dulu lihat keindahan bumi ciptaan Allah ini. Bagi peluang untuk diri merasa nikmat kehidupan yang Allah anugerahkan,” tulis Abby.
Lebih menyentuh hati, Abby turut mengingatkan bahawa pada usia 20 tahun, masih banyak perkara yang perlu dipelajari. Dalam kisah Abby Abadi Marissa, beliau menekankan bahawa kegagalan memahami hidup pada usia muda bukan satu kesalahan.
Menurutnya, apa yang penting ialah kesediaan untuk terus belajar dan memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Pendekatan ini menunjukkan kematangan seorang ibu dalam membimbing anak tanpa tekanan berlebihan.
“Kalau hari ini adik belum faham erti hidup, tidak apa, yang penting terus belajar. Jangan buat sesuatu sebab ramai buat. Tapi buat bila sesuatu itu memberi nilai untuk hidup adik.”
Abby juga berpesan agar Marissa tidak melihat kesilapan sebagai kegagalan. Sebaliknya, ia adalah proses pembelajaran untuk menjadi manusia yang lebih baik. Dalam konteks Abby Abadi Marissa, mesej ini sangat kuat kerana ia memberi harapan kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar.
“Nilai hidup bukan pada siapa paling hebat, tapi pada jiwa dan hati yang tenang. Nasihat mama, adik baru 20 tahun.
“Kesilapan itu bukan makna adik gagal. Itu tanda sedang belajar jadi manusia yang lebih baik dan matang. Anak mama kuat. Insya-Allah, sekali lagi.”
Nasihat ini bukan sahaja relevan untuk Marissa, malah untuk ramai anak muda yang sering berdepan tekanan dalam membuat keputusan hidup.
Terdahulu, pada pagi Isnin, Marissa bersama suaminya, Ahmad Aslam hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk melibatkan perkahwinan mereka.
Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, anak guamnya itu dilaporkan telah melafazkan cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya sebanyak dua kali.
Difahamkan, lafaz cerai pertama berlaku pada September 2024 sebelum pasangan itu kembali rujuk pada bulan yang sama. Namun pada April 2025, Aslam sekali lagi melafazkan cerai sebelum mereka dilaporkan rujuk semula pada Jun.
Dalam apa jua keadaan, perkongsian ini memperlihatkan kasih seorang ibu yang tidak pernah putus buat anaknya. Dalam kisah Abby Abadi Marissa, jelas bahawa seorang ibu tetap menjadi tempat paling teduh untuk bersandar.
Saat anak diuji, ibu hadir dengan kata-kata yang menenangkan, memberi kekuatan dan mengingatkan bahawa hidup ini masih panjang untuk diperbaiki. Nilai inilah yang menjadikan nasihat Abby begitu dekat di hati ramai.
Perkongsian ini juga menjadi peringatan bahawa setiap individu pasti melalui ujian hidup. Apa yang membezakan ialah bagaimana kita bangkit dan belajar daripada kesilapan tersebut.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.