Walaupun masing-masing sudah bekeluarga, tak mematahkan semangat 3 beradik untuk terus semangat melanjutkan pelajaran dalam peringkat doktor falsafah (PhD) dengan memahat kenangan indah pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-66, hari ini.
Faridah Mohd Marsin, 39; bersama dua adiknya, Jamilia, 36; dan Aishah, 32; berkongsi kegembiraan itu apabila hasrat menamatkan pengajian dan bergraduasi bersama-sama tercapai.
Faridah yang juga anak sulung enam beradik berkata, ia majlis graduasi paling manis buat dia dan keluarga.
“Kami tidak pernah rasa segembira ini. Kami dapat sokongan ibu bapa dan merekalah inspirasi kami.
“Memang kami dah rancang harap-harap dapat konvo bersama. Memang kami ‘push’ (sokong) untuk sama-sama selesaikan tugasan Viva dan Alhamdulillah, akhirnya kami dapat tamatkan pengajian dan hari ini bergraduasi bersama-sama,” katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen di UTM Skudai, hari ini.
Ads
Sementara itu, Jamilia pula berkata, sejak kecil mereka adik-beradik sentiasa menyokong antara satu sama lain bukan sahaja dalam soal pembelajaran, tetapi juga hal keluarga dan anak-anak.
“Kita memang ada berbalah dan berbeza pendapat kerana biasalah adik-beradik, bagaimanapun kami tetap akan menyokong antara satu sama lain.
“Tetapi, pendorong utama kami dalam menyambung pengajian sudah pasti ibu bapa kami yang penting ada minat dan kesungguhan untuk belajar,” kata anak kedua itu.
Ibu bapa tiga beradik itu, Dr Mohd Marsin Sanagi dan Dr Noriah Bidin, masing-masing pernah bertugas sebagai pensyarah Pensyarah Sains Kimia dan Pensyarah Sains Fizik di UTM Skudai, namun kedua-duanya sudah bersara.
Ads
Faridah mencapai PhD Kimia Analisis, Jamilia pula PhD Seni Bina, manakala Aishah berjaya dengan PhD Kejuruteraan Bioproses.
Bagi anak kelima, Aishah, cabaran mereka tiga beradik sepanjang pengajian apabila perlu menyeimbangkan masa antara belajar, keluarga dan kerjaya.
“Kami semua sudah berkeluarga dengan masing-masing mempunyai anak seramai tiga, empat dan lima orang. Tetapi, itulah cabaran kami apabila perlu menyeimbangkan kesemuanya antara belajar, keluarga dan bekerja.
Ads
“Kami perlu kuat semangat sebab kadang-kadang memang ada sampai tahap penat kerana banyak pengorbanan yang perlu dibuat, sebab itu perlunya sokongan keluarga,” katanya.
Tiga beradik itu antara 539 graduan yang menerima PhD dan Ijazah Sarjana pada sesi pagi majlis konvokesyen itu.
Kelahiran cahayamata pastinya ditunggu oleh setiap pasangan yang bergelar suam isteri. Tentunya pelbagai persiapan menyambut kelahiran bayi termasuk pilihan hospital berdekatan dengan rumah telah dibuat awal bagi memastikan urusan bersalin berjalan lancar dan selamat.
Namun, Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Kerana setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita itu, Allah telah merancang apa yang terbaik buat kita.
Begitulah yang dialami oleh Saudara Fahmi Jamil kongsi cerita harungi detik cemas isteri bersalin di rumah gara-gara tidak sempat ke hospital.Macam mana agaknya ye situasi yang mendebarkan itu.
Ikuti perkongsiannya selanjutnya di bawah sebagaimana yang diceritakan di laman facebook miliknyaFahmi Jamil. Malah telah tular sehingga cecah 8K share . Moga jadi paduan serta iktibar bersama jika berlaku pada keluarga sendiri.
Fatihah Anak Papa!
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tulisan kali ni agak panjang. Saya ambil masa yang lama untuk hadam apa yang berlaku dan menulis posting ini. Pengalaman terhebat dalam hidup saya yang takkan lupa sampai bila-bila. Hingga saat ni masih segar di ingatan setiap detik yang berlaku.
Bulan ni September 2019 ditakdirkan saya dan isteri menimang cahaya mata kedua. Sepatutnya isteri saya due date untuk bersalin pada 24/9 ini. Lebih kurang 2 minggu sebelum due date, semasa pergi check up rutin di Klinik Kesihatan Ibu Anak, doktor scan baby sudah turun dan standby get ready untuk bersalin. Bertambah sibuklah isteri selesaikan tugas di tempat kerja. Isteri saya yang saya kenal, tidak suka menyusahkan sesiapa walaupun suami sendiri. Jika boleh, dia tak mahu beban kerjanya ini nanti dipikul oleh orang lain nanti.
Saya pula semakin dekat due date, berdebar dia lain macam. Masa kelahiran pertama dulu takda rasa begini. Kadang kadang nervous dia tu lebih dahsyat dari perasaan ketika nak akad nikah dulu. Ibu yang nak beranak bapa yang terlebih. Selalu rasa tak senang duduk.
Hari Ahad 14/9, pagi jam 2, isteri mula rasa sakit. Dia ingatkan sakit yang biasa sahaja. Sakit lagi jam 4, dia bangun dan tak boleh tidur. Masa ini dia belum lagi kejutkan saya tengah tidur. Dia sempat siapkan makanan untuk Qilah, anak perempuan kami yang sulung. Memang isteri saya akan siapkan makanan setiap pagi untuknya dibawa ke pengasuh.
Dia kejutkan saya jam 5.15 pagi beritahu siap siap ke hospital sebab rasa macam nak bersalin. Saya lantas bangun dan tanya, sempat mandi dan subuh tak? Isteri saya jawab, “Ya boleh, sempat. Lepas solat kita pergi”. Kami solat jemaah bersama. Saya ingat lagi doa saya lepas solat pagi tu bersama isteri, “Ya Allah, ampunkanlah Isteriku, mudahkanlah urusan kami, mudahkanlah urusan isteriku untuk bersalin nanti ya Allah”. Saya baca kuat sekurang kurangnya isteri dapat kekuatan dari doa suami. Saya peluk dia.
Selesai semuanya, saya angkat Qilah yang sedang nyenyak tidur masuk dalam kereta. Call pengasuh cakap hari ni nak hantar awal sikit. Tinggal Qilah dekat pengasuh kemudian terus luncur ke hospital. Terus ke PAC bila sampai beritahu isteri dah sakit nak bersalin.
ISTERI BOLEH BERTAHAN, NAK REHAT DI RUMAH
Saya tunggu di ruang menunggu. Lihat 3-4 keluarga juga sedang menunggu Ibu bersalin di dalam dewan. Pandangan biasa di ruang menunggu bersalin. Ini kali kedua saya. Syukur. Lepas sejam jumpa doktor, isteri saya keluar dan beritahu boleh balik dulu, sebab pintu masih belum buka. 2cm dan masih tebal. Jantung bayi juga diperiksa dan normal. Doktor ada bertanya samada Isteri mahu masuk wad dahulu. Isteri cakap masih boleh bertahan. Rumah pun dekat jadi kami dibenarkan pulang dulu. Lebih selesa berehat di rumah.
Saya tanya Isteri, “Ok ka ni?”. Dia jawab “Ok. Jomlah kita cari apa nak makan kemudian balik rumah dulu.” Ya memang kena makan sebab nak cari tenaga nanti. Kami singgah di kedai berdekatan untuk sarapan. Kami makan nasi lemak. Isteri masih boleh makan cuma kadang kadang dia mengadu sakit yang datang dan pergi.
Sempat lagi Isteri tanya, ada kerja hari ini? Saya cakap minggu ni kalau ikut jadual, memang agak sibuk juga. Tapi kita kena selesaikan mana yang wajib dahulu. Sampai rumah, isteri berehat. Dia baring dan sesekali mengadu sakit tapi masih bertahan. Nurse di kaunter PAC tadi pesan kalau ada tanda terus datang ke hospital. Isteri ada beritahu saya sekiranya ada urusan di luar nanti dia akan call jika betul betul dah ada tanda. Tapi saya stay. Risau jika ada apa apa nanti.
ISTERI TERASA NAK BUANG AIR BESAR
Jam 11 pagi. Isteri cakap kena pergi hospital. Tak ada tanda pecah ketuban atau pendaharan tetapi kali ini rasa sakit sangat. Saya bergegas keluar dan siapkan kereta. Isteri keluar berjalan perlahan menahan sakit. Belum sempat saya tutup pintu rumah, Isteri cakap macam nak buang air besar dulu.
Masa tu saya dah mula cuak. Saya tanya Isteri, boleh tak kalau pergi ke hospital dulu apa apa pun? Dia jawab, tak boleh. Kena pergi tandas dulu. Kami masuk semula. Isteri masuk tandas dan lepas beberapa ketika dia jerit, “Papa! Dah nak keluar dah ni!”, sambil menangis.
Allah! Ujian apa yang kau nak berikan hari ini.
Saya dah mula panik, saya cakap kita tak boleh beranak kat sini sayang! Tolong ya Allah! Hanya kami berdua saja yang ada di rumah ni. Isteri cakap dah tak boleh naik kereta dah. Kena call ambulans. Saya call 999 untuk ambulans dan beri details. Suasana semakin tegang. Isteri mengadu sakit buatkan saya lebih gelisah dan tak tahu nak buat apa.
CALL 999 MINTA BANTUAN
Saya call 999 lagi sekali. Mereka cakap dah diaturkan dan kemudian mereka sambungkan kepada saya kepada seorang staf hospital untuk guide apa yang perlu saya buat dalam keadaan itu. Lelaki. Dia sangat professional dan sentiasa tenang menyuruh saya tidak panik dan bertenang. Tarik nafas dalam dalam dan dengar apa yang dia nak cakap.
“Encik tak perlu risau tentang ambulans tu. Mereka sedang berusaha. Apa yang penting sekarang Encik tengok keadaan Isteri. Dekat mana dia sekarang?”
Di tandas jawab saya.
“Encik periksa samada ada pendarahan atau tidak?” Tiada jawab saya. Isteri saya dalam keadaan berdiri ketika itu menahan sakit.
“Ok sekarang ni Encik papah isteri ke katil dan baringkan dia. Tegakkan kedua dua lututnya”.
Saya ikut apa diajarkan sambil bertanya dalam keadaan panik, “bila ambulans nak sampai ni Encik? Isteri dah sakit sangat ni!”. Staf tersebut menjawab, “Tenang Encik, bab ambulans dah selesai. Sekarang kita kena pastikan Isteri dan anak selamat. Percayalah dan ikut cakap saya”. Sepanjang masa tak putus putus memastikan saya dalam keadaan tenang. Hanya saya dan Isteri sahaja ketika itu. Jika tak bertindak dengan betul, ia melibatkan 2 nyawa.
Beliau sangat memainkan peranan ketika ini. Suara inilah yang menjadi turning point kepada saya untuk kuat berhadapan dengan situasi ini. Jiran sebelah datang selepas terdengar suara Isteri di tandas tadi. Dia terkejut lihat isteri dan siap berbaring untuk bersalin.
“Cik Zah, tolong saya. Kamila dah nak beranak ni!
Cik Zah hanya mampu beri semangat di bahagian kepala isteri sepanjang tempoh itu. Dia cakap dia memang tak boleh. Takut. Saya kekal berhubung di telefon dengan staff hospital tadi. Mode loud speaker. Beliau bertanya samada sudah nampak kepala atau tidak? Ya dan sudah nampak rambut. Jawab saya. Saya sentuh untuk pastikan. Ya betul kepala. Beliau berpesan jangan sesekali menahan untuk bersalin. Setiap kali ada contraction, terus teran semampu boleh.
Suami perlu sentiasa support isteri. Biar dia teran dan lepas. Nampak kepala baby keluar sedikit demi sedikit. Saya guide isteri dalam keadaan masih panik.
Setiap detik sangat mencemaskan. Seperti tiada ruang untuk kami bertenang.
BAYI SELAMAT DILAHIRKAN SETELAH DENGAN ARAHAN DI TELEFON
Isteri saya seorang yang kuat. Tidak banyak mengeluh, tidak banyak cakap, terus buat apa yang diajar dan beri kerjasama dengan baik. Allahu. Siapa yang tahan tengok Isteri sakit. Tambahan pula kita yang bertanggungjawab sekarang. Saya mendengar dengan teliti apa yang disampaikan di telefon.
Alhamdulillah, selepas kami berdua bermandi peluh, berhempas pulas, setia mendengar dan buat apa yang diberitahu, akhirnya anak saya berjaya dilahirkan dalam pangkuan saya. Tubuh kecil yang berlumuran darah pekat merah. Tangisan pertama bayi kuat memecah suasana cemas tadi sebaik saja dia keluar dari rahim ibunya. Tak henti henti menangis. Allahuakbar! Hebatnya percaturan Tuhan.
Dia tunjuk kebesaranNya masa itu. Saya pegang anak saya yang baru lahir itu terasa seperti separa sedar. Rasa suam badan dia bergerak atas tangan saya. Seperti tak pasti realiti atau mimpi. Sesekali kedua tangan kaki comelnya bergerak gerak menyentuh tangan saya dan kaki isteri. “Comel anak kita sayang”, saya beritahu isteri. Saya periksa jantinanya. Hati mengucapkan syukur dan memuji kebesaran Allah.
ANAK PULA MENANGIS KUAT DAN TIDAK BERHENTI
Saya sambung bercakap dengan staf hospital di talian, beritahu anak dah keluar dan menangis kuat. Sekarang risau pula baby tak berhenti menangis. Beliau cakap itu petanda yang baik. Kemudian minta saya ambilkan tuala bersih dan balut anak itu. Lap matanya, hidung, dan mulut. Periksa samada dia bernafas dengan baik. Pastikan baby tak sejuk.
Nasib baik ada Cik Zah, jiran saya banyak membantu ambilkan apa yang perlu. Dalam keadaan saya masih tak mampu bergerak banyak kerana pegang baby. Staf hospital di talian minta saya carikan tali dan bersedia untuk ikat tali pusat. Cik Zah balik ke rumahnya carikan tali dan sebaik sahaja dia kembali ke rumah saya, ambulans sampai. Alhamdulillah!
Staf di telefon berkali kali mengucapkan tahniah kepada saya dan meminta izin untuk matikan panggilan. Inilah kali pertama perkataan Tahniah itu sangat memberi makna dan terkesan dalam hidup saya. Saya hanya mampu ucap terima kasih. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya atas usaha beliau pimpin saya dari awal hingga selesai.
PASUKAN PERUBATAN SAMPAI
Lega! Itu yang rasa ketika itu. Terasa beban besar di kepala hilang. Semua dah selamat dan pasukan perubatan pun dah tiba. Doktor dan pasukan ambil alih selepas itu. Sangat cekap dan professional melakukan kerja mereka. Isteri dan baby dibawa naik ambulans untuk segera ke hospital. Saya beritahu Isteri nanti saya akan pergi dengan kereta. Isteri mengangguk. Kelihatan sangat letih tetapi lega diwajahnya. Saya sedih lihat Isteri saya. Kelahiran kali ini sangat berat untuk dia namun Tuhan mudahkan.
Tahniah Isteriku. Berehatlah. Semangat awak kuat. Awak teguh pendirian terpaksa bersalin di rumah. Awak tahu tak sempat ke hospital. Awak beri kerjasama cemerlang sepanjang proses. Saya hanya ikut apa yang diajar dan bantu, selebihnya awak yang alami dan menjayakan. Dengan izin Tuhan berjaya dilaksanakan. Saya tak tahu jika saya bawa juga dia ke hospital dalam keadaan macam tu. Silap silap berhenti tepi jalan beranak dalam kereta.
Isteri saya boleh discharge sehari selepas bersalin. Alhamdulillah sihat cuma luka banyak kerana bersalin sendiri. Baby diberikan antibiotik dan ditahan di NICU selama 4 hari. Discharge pada lewat petang hari keempat 18/9. Baby tiada masalah serius cuma kena followup kuning di klinik.
KONGSI PENGALAMAN UNTUK TELADAN BERSAMA
Perlu saya kongsi peristiwa ni supaya bakal ibu dan bapa lama atau baru diluar sana alert. Suami yang berakal dan waras akan sentiasa melindungi isterinya dan inginkan mereka besalin di hospital dengan pengamal perubatan yang terlatih. Namun, apa sahaja boleh berlaku. Ya apa saja boleh berlaku. Isteri saya bekerja di hospital. Setiap hari saya hantar dan jemputnya di hospital. Pagi hari nak bersalin juga pergi hospital. Rumah kami dengan hospital kurang 10km tapi Tuhan takdir bersalin di rumah.
Beberapa perkara penting yang saya belajar adalah,
1. Ambil tahu berapa minggu kandungan Isteri. Apa penyakit Isteri. Buku merah sentiasa ditangan. Ia umpama passport untuk orang bersalin apatah lagi dalam keadaan memaksa bersalin di luar hospital. Bila doktor sampai di rumah saya, doktor minta buku merah dulu untuk rujukan sekiranya terdapat apa apa masalah pada Ibu dan bayi sebelum ni.
2. Jangan sesekali tinggalkan ibu yang hampir dengan due date nak bersalin keseorangan dirumah.
3. Pastikan telefon berfungsi. Bateri sentiasa cukup. Telefon berfungsi dengan baik untuk buat panggilan. Hampir setengah jam sepanjang tempoh bersalin dan dengar panduan pihak hospital melalui telefon. Bayangkan jika saya tak boleh buat panggilan. Pastikan telefon sentiasa ada.
4. Jangan panik sekiranya isteri beritahu sakit hendak bersalin. Tanya keadaan isteri samada boleh bergerak atau tidak. Jika boleh bawa kereta, jangan terburu buru, pandu dengan cermat. Ingat kereta kita bukan ambulans nak pecut lelaju.
5. Simpan nombor telefon Klinik Kesihatan Ibu Anak yang kita pergi check up. Save dalam telefon. Mereka ini paling dekat dengan kita. Bantuan lebih cepat sementara pihak hospital sampai. Ini kesilapan saya. Ketika kejadian, saya hanya fikir nombor kecemasan 999 sahaja. Buku merah pula ketika itu dalam kereta.
6. Telefon Klinik Kesihatan terdekat beri maklumat penuh dengan tenang supaya penyampaian maklumat itu jelas. Masa ni kita akan kelam kabut. Cuba sehabis baik untuk bertenang. Jika maklumat tak jelas, akan menyukarkan lagi proses.
7. Beritahu pada mereka jika isteri betul betul dah nak bersalin. Dalam kes saya bila telefon kecemasan 999, mereka sambung pada pihak hospital dan bantu sementara ambulans sampai. Ceritakan apa saja yang nampak pada Isteri. Darah, air atau apa apa saja yang kita nampak. Tenang dan lakukan apa yang disuruh.
8. Sentiasa bersama pihak hospital sepanjang tempoh itu sementara bantuan sampai.
9. Bukan mudah proses untuk ambulans datang memberi bantuan. Segalanya bergantung kepada maklumat yang kita beri. Jika bayi tak cukup bulan, mereka perlu hantar Pakar. Jika kita dirumah kelam kabut, mereka di hospital sedang bertungkus lumus memastikan supaya bantuan tiba dengan betul. Ambulans bukan semata mata dikerah untuk membawa pesakit, tapi datang untuk memberi rawatan yang betul.
Situasi kami semestinya berbeza dengan orang lain. Perlu dapatkan nasihat dari hospital. Saya menulis ini sekadar berkongsi pengalaman saya yang semestinya tak semua orang dapat rasa. Jauh sekali untuk menggalakkan kelahiran di rumah. Jika diberi pilihan semestinya saya menolak kelahiran sendiri di rumah. Kelahiran di rumah tanpa pengamal perubatan yang bertauliah adalah sangat berisiko dan bahaya.
Sentiasa keep in touch dengan pihak hospital. Jangan pandai sendiri. Dalam kes saya, Isteri memang tak sempat. Pihak hospital sudah pun dalam proses datang ke rumah dan saya dibimbing sepenuhnya oleh pihak hospital melalui telefon sementara ambulans sampai.
Nasihat saya kepada mereka yang mungkin mula atau sudah berjinak dengan kumpulan pro-choice, homebirth, kelahiran alami, atau apa saja pilihan ‘alternatif’ yang sewaktu dengannya, yang diselia atau dipimpin oleh orang yang tidak bertauliah dari badan yang sah, elakkan dari terjebak. Buanglah niat untuk menyambut kelahiran sendiri di rumah.
Saya hingga saat saya menulis posting ini seperti trauma memikirkan apa yang akan terjadi jika tumpah darah, kepala atau bahu bayi tersangkut, bayi songsang dan sebagainya ketika kelahiran. Kita bukan ahlinya. Jika perkara yang tak diingini berlaku dan disebabkan pilihan kita sendiri ke arah itu, maka kita adalah insan yang paling tidak berguna. Memperjudikan nyawa Isteri dan bayi yang tidak berdosa.
Saya bersyukur segalanya dipermudahkan Allah. Tiada komplikasi berlaku semasa dan selepas bersalin. Allah hantar bantuan tepat pada masanya. Semua pihak menjalankan tugas yang terbaik. Tahniah dan terima kasih kepada semua petugas hospital yang sangat membantu.
Syukur juga kami tinggalkan Qilah di rumah pengasuh sejak awal lagi. Tak dapat kami bayangkan jika Qilah ada di rumah ketika kelahiran. Melihat keadaan ibunya berlumuran darah struggle melahirkan adiknya.
Beberapa hari sebelum bersalin, saya ada bertanya Isteri nama apa nak beri kepada baby baru memandangkan anak yang pertama saya sudah namakan. Isteri terfikir dengan nama Fatihah. Selepas kelahiran ini, saya tak teragak agak untuk teruskan nama tersebut sempena nama surah Al Fatihah. Pembuka al kitab. Surah mustajab. Lafaz syukur pada permulaan ayat.
Allah makbulkan doa kami dipermudahkan urusan. Semoga Fatihah menjadi anak yang solehah.
Allahurabbi. Engkau sahajalah yang kami sembah dan engkau sahajalah yang kami mohon pertolongan.
Moga rahmat Allah bersama kita semua.
Sekadar berkongsi. Share jika bermanfaat.
Fahmi Jamil – Bidan Terjun. father of Fatihah Akmal 15/9/19. 1145. BBA – Home
Hari ketujuh. 21/9/19.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Urusan mengemas rumah memang memenatkan. Tambah lagi apabila mempunyai anak yang ramai. Antaranya menguruskan pakaian anak-anak. Jika tidak diuruskan dengan betul secara konsisten, pasti menggunung tinggi kain yang tidak berlipat. Usah pening kepala, perkongsian oleh ibu Hani Mynis dilaman facebooknya sungguh bermanfaat. Jom ikuti caranya!
Seperti dijanjikan, ini perkongsian hani mengenai pengurusan pakaian . Macam kebanyakan mak-mak, isteri-isteri, house chores yang hani paling malas nak buat ialah melipat baju.
Punyalah malas nak melipat baju, sampaikan hani ckp kat alif nak korbankan satu dinding kat bilik tidur kedua utk dijadikan “open wardrobe”. Memandangkan sebelum ni pun mmg dah sangkut dua penyangkut tu utk jemur baju lembap (rumah flat; jemur baju dlm bilik je); so hanya tambahkan lagi dua penyangkut kat sebelah tu, makanya semua baju harian kami suami isteri sangkut kat situ.
Nampak mcm tak banyak je kan baju harian nya tapi last spring cleaning tahun lepas banyak baju yg hani buang dan dermakan. Sbb kadang2 mmg jenis suka menyimpan pakaian kan tp pakai nya baju yg sama berulang2 haha so simpan yg akan dipakai shj.
Untuk tips pengurusan pakaian hani:
✅kena buat spring cleaning baju yg banyak2 (sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju2). i.e
❤️baju yg dah tak muat boleh diberi orang ❤️baju yg koyak (yg kita rasa kita akan jahit tp dah lebih sebulan tak jahit2, boleh lah dibuang haha sbb kalau baju tu “penting” atau kita sayang confirm kita dah jahit tak tunggu berbulan haha) ❤️baju, tuala, cadar yg kotor dan lusuh (tak boleh dihilangkan kotorannnya, bertaik lalat) boleh lah dibuang ❤️baju free atau baju promosi yg kita tak akan pakai dah boleh diberi org atau diguna semula.
✅gunakan rule ni: satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baru masuk, jgn beli. Haha perempuan nak bersederhana bab ni mmg payah. Tp dah dua tahun, ini lah prinsip hani haha. Kalau nak membeli juga, maknanya ada satu helai yg kita takkan pakai, boleh lah dijual atau diberi orang haha
✅Gunakan penyangkut baju (hanger) yang satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je. Supaya semua nampak kemas dan seragam.
✅Menggosok pakaian dan tudung ke tempat kerja seminggu sekali (gosok lima pasang terus; jimat masa dan jimat tenaga). Suai padankan terus pakaian dan tudung. Jimat masa pagi2 nak pg kerja.
✅untuk tuala, khaskan dua helai tuala utk seorang. Sebab setiap minggu kita akan basuh tuala, nak tunggu tuala tu kering, ada tuala ganti. Rumah kitorg takda dryer haha. Sediakan dua tuala utk tetamu.
✅untuk cadar dan sarung bantal – masa lipat cadar, masukkan sekali set sarung bantal dalam lipatan cadar tu. Memudahkan proses menukar cadar setiap minggu. Boleh belajar cara yg sebetulnya utk melipat cadar supaya lebih kemas.
✅mana-mana pakaian yg lebih2 yg rasa nak simpan, boleh simpan tp simpan dlm bekas tertutup (utk elakkan debu bertahun) dan pastikn bekas berlabel. Hani prefer bekas tak transparent supaya tak nampak isi barang dlm tu.
Open wardrobe bahagian ibu dan ayah Aqil , atas bahagian Hani, bawah bahagian suami. Seronok je tengok bakul tu kosong je selalu haha. Hanya guna utk masukkan baju basah dari mesin basuh
Atas bahagian baju basah utk jemur. Lepas kering, transfer je ke tempat baju kering kat sebelah kanan tu. Selalu buka langsir supaya cahaya matahari boleh masuk dan keringkan baju. Bawah bahagian hanger.
Bila jemur baju, hani akan pastikan baju tu diterbalikkan ready to wear. So kalau dah kering terus ambil dari sini je pun ok dah ?
Tips kalau nak jemur baju dalam rumah:
✅pakai pencuci baju yg sesuai utk indoor drying (ada tulis anti-malodour) so baju tak akan berbau kepam dan hapak. Hani suggest Top (untuk jenis serbuk) dan Breeze utk jenis liquid ?
✅jemur sebelah tingkap sedekat mungkin
✅ada pengudaraan tambahan (on kipas)
✅jgn jemur baju banyak2 sekali gus (jarak2 baju) – dalam gambar ni baju ni dah kering haha tak transfer ke bhgn kanan lg
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sedangkan bila diri sendiri sakit pun kita tahu macam mana keperitan diri lalui, apatah lagi bila anak-anak yang sakit. Tapi yang lebihnya bila anak sakit, bukan sahaja mereka yang menanggung sakit tetapi ibu juga turut terkesan nak melayan anak.
Itulah yang dihadapi oleh pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam memaklumkan anak lelakinya Nor Ahmet Al Reaggan kini sedang dirawat di hospital selepas doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman di bahagian paru-parunya.
Menurut Rebecca, sejak daripada semalam, dia tidak dapat melelapkan matanya bila mengenangkan mengenai keadaan anaknya itu.
“Assalammualaikum doakan anak mummy Baby @ahmetreaggan di hospital sekarang. Ada jangkitan di paru-paru sebelah kiri. Ohhhhh my jantung, Allah bersamamu anakku.
“Murmmy tak tido dari 2 pagi. Semoga Allah SWT kuatkan mummy juga. Lepasni kena lari sekejap ada big meeting melibatkan ramai orang sebab dah janji.InsyaAllah jika dizinkan Mummy sampai” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada lapan orang cahaya mata itu menerusi perkongsian terkini di laman Instagram
Meninjau di ruangan komen, rata-rata kalangan artis dan peminat mendoakan yang terbaik buat anaknya. Malah ada yang berkongsi kisah tentang anaknya yang dimasukkan ke hospital.
Sumber : Rebecca Nur Islam
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di