Sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab terhadap anak-anaknya, pasti walau apa pun yang terjadi hal nafkah akan dilunaskan sebaik mungkin. Ini kerana seorang ayah itu tahu bahawa menafkahi anak-anak adalah wajib ke atasnya.
Namun tidak dinafikan ada juga segelincir yang culas menunaikan tanggungjawab. Lebih-lebih lagi andai sudah berpisah dengan pasangan dan hak penjagaan anak pula di bawah bekas isteri.
Lagi mengundang geram, bila seorang lelaki tersebut berkahwin lain boleh pula dia menanggung nafkah untuk anak-anak tirinya. Sedangkan anak kandung dibiarkan begitu sahaja tanpa nafkah!
Hal ini hakikatnya cukup menyedihkan bagi pihak bekas isteri dan anak-anak. Lantas untuk memberi penerangan lebih detail berkenaan nafkah anak kandung dan anak tiri, Peguam Syarie, Farah Diyana tampil berkongsi faktanya di media sosial.
NAFKAH ANAK KANDUNG VS ANAK TIRI
Nafkah terhadap anak adalah menjadi kewajipan terhadap bapa kandungnya. Meskipun anak tersebut berada di bawah jagaan ibu atau yang lain.
Jika seorang lelaki telah berkahwin baru dengan janda atau balu yang mempunyai anak, tidak menjadi kewajipan untuk seorang lelaki itu menanggung nafkah anak-anak tersebut. Tanggungjawab menanggung nafkah anak-anak tiri adalah kepada bapa kandungnya.
Seksyen 73. Kewajipan menanggung nafkah anak, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang 2004 memperuntukkan bahawa:
(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.
Bapa Kandung Meninggal
Bagaimana jika bapa kandung kepada anak tiri tersebut cuai dan culas dalam menyediakan nafkah anak atau telah meninggal dunia?
Jika begitu keadaannya, kewajipan menanggung nafkah anak tersebut adalah kepada keluarga bapanya.
Ads
Bagaimana jika nafkah kepada anak-anak kandung telah sempurna?
Nafkah anak adalah meliputi:-
– makanan
– pakaian
– tempat tinggal
– perubatan
– pendidikan
Adakah kelima-lima nafkah tersebut dipenuhi atau sekadar memberikan RM200 kemudian pandai-pandai lah si isteri / bekas isteri untuk mencukupkan keperluan lain? Sedangkan kita mempunyai lebihan pendapatan. Jika begitu, belum sempurna nafkah tersebut.
Jika kelima-lima tersebut telah pun disempurnakan untuk isteri dan anak kandung, lebihan harta tersebut boleh diagihkan kepada orang di bawah tanggungan yang lain iaitu:-
Ads
– Bapa
– Ibu
– Cucu
– Datuk
– Saudara terdekat
– Ahli keluarga berikutnya
Jika sempurna semuanya dan ada lebihan pendapatan, baru lah boleh diserah atau dihadiahkan kepada yang layak.
Datuk, bapa saudara dan ahli keluarga bapa yang lain mestilah cakna jika ada cucu, anak saudara yang tidak diberikan haknya atau kematian bapa. Ambil kembali tanggungjawab masing-masing.
Anak yang diberikan Allah adalah amanah untuk diri kita dan kewajipan menanggung nafkah ialah suatu perkara yang akan disoal Allah di akhirat kelak. Sama-sama kita perbaiki mana-mana bahagian yang kurang.
Isteri Fikry Ibrahim fail cerai, baru empat bulan nikah. Tanpa sebarang petanda sebelum ini, perkahwinan pelakon dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim, yang baru dibina empat bulan lalu kini berdepan krisis apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan, memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai, Baru Empat Bulan Nikah
Siti Khalizah, 37, dilihat hadir ke mahkamah sekitar jam 9.40 pagi dengan mengenakan pakaian serba hitam. Kehadirannya ditemani oleh peguam syarie, Wan Muhammad Afiq Mohd. Razib, yang mengesahkan mengenai prosiding cerai yang dijadualkan berlangsung hari ini.
Ketika ditanya mengenai kehadiran Fikry, peguam itu berkata, “Ya, tapi saya tak nampak dia lagi.”
Setakat prosiding berlangsung, Fikry atau nama penuhnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, masih belum kelihatan di mahkamah bagi menghadiri sebutan kes berkenaan yang dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.
Pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 12 Februari lalu dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di sebuah masjid di Jitra, Kedah. Berita perkahwinan mereka mula tersebar selepas jurusolek berkongsi beberapa keping gambar yang memperlihatkan pasangan tersebut bersama.
Dua hari lepas Fikry ada memuatnaik gambar bersama isterinya dengan kapsyen:
“Dikau adalah ketenangan yang meredakan segala gelora jiwaku, ketenangan di mana hatiku yang resah menemukan tempat pulangnya. Cintaku yang pertama dan satu-satunya.”
Fikry sebelum ini pernah menjelaskan bahawa beliau tidak berniat untuk menyembunyikan perkahwinan tersebut, namun lebih selesa untuk tidak menghebahkan sesuatu yang belum pasti.
“Bukan mahu berahsia, tapi saya percaya jika belum pasti jangan hebahkan,” katanya ketika ditemu bual dalam program Melodi bersama rakan pengacara Ain Edruce.
Menjawab spekulasi bahawa dia kelihatan seolah-olah tidak rela berkahwin, Fikry menafikan dakwaan tersebut. Menurutnya, raut wajah yang dilihat seperti murung mungkin disebabkan tekanan memikirkan tanggungjawab besar yang menanti, termasuk menjaga ibunya yang kini uzur di kampung.
Kini, selepas hanya empat bulan melayari bahtera perkahwinan, hubungan mereka mula goyah dan sedang menempuh fasa getir di mahkamah syariah.
Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan, media sosial menjadi salah satu medium untuk rakyat Malaysia melakukan aktiviti di rumah.
Antara perkongsian yang mendapat carian yang tinggi adalah berkaitan resipi masakan. Lebih menarik apabila kewujudkan group facebook memasak iaitu ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’ iaitu diawal penubuhannya dalam masa seminggu mencapai 500,000 ahli dan kini keahliannya 1.8 juta!
Terbaharu, group ‘Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI), penubuhannya pada 16 April lalu, kini pula telah mendapat perhatian. Berbeza dari group masakan lain, keahlian hanya untuk kaum lelaki sahaja. Jadi jika mak-mak nak tengok kena guna telefon suami. Apa yang pasti, group ini adalah bukti bahawa kaum adam sebenarnya bukan kaleng-kaleng ketika di dapur. Antara perkongsian termasuk, petua memasak, seni hiasan menu, resipi yang simple dan pelbagai lagi selain gelagat yang mencuit hati.
KEK GUNA KIRAAN SUKATAN 3.2.1.1
Salah satu perkongsian menarik seorang suami adalah cara membuat kek marjerin dengan mudah hanya menggunakan kod sukatan cawan 3.2.1.1 menerusi facebook, Addy Midon menerusi SMAHI.
IKUTI PERKONGSIANNYA.
“Assalammualaikum semua…
Saya baru disini
SUAMI MASAK APA HARI INI ?
kek kg je
Isteri cakap saya buat…. sukatan cawan 3.2.1.1
3 biji telur
2 cawan tepung kek
1 cawan gula 1 cawan marjerin
Satu tudung Essen vanilla
Marjerin Dan gula di mixer bersama sampai kembang
Masukkan telur sebiji Demi sebiji Dan mixer sampai kembang Dan akhir masukkan tepung Dan adunkan semua sekali …mixer sampai gebu
Selamat mencuba abam2 semua…jd share sini x jd share kt masak apa x jadi mcm PM ckp.”
Antara lain perkongsian di group berkenaan.
GELAGAT
KREATIVITI
PETUA
Apa yang nyata, group baru ini antara normal baharu baharu di Facebook. Semoga group ini menjadi dorongan para suami yang belum pandai memasak lagi, untuk belajar memasak. Barulah isteri boleh ‘cuti’ masak sekali-sekala bila suami turun ke dapur.