Baru-baru ini tular satu rakaman video seorang lelaki yang mendakwa lagu raya Sesuci Lebaran nyanyian Datuk Sri Siti Nurhaliza sebagai toksik kerana menghina golongan orang miskin ketika bahagian ” Bantulah miskin hina “.
Mungkin, dia salah faham atau tidak tahu makna disebalik lirik tersebut.
Tidak ketinggalan, pengacara dan personaliti terkenal, Ahmad Fedtri tampil memberi penjelasan tentang makna lirik ‘ miskin hina ‘ dalam lirik lagu Sesuci Lebaran.
Ads
Fedtri menjelaskan bahawa maksud miskin hina tidak bermaksud kita menghina orang miskin tetapi katanya ia hanya perkataan menunjukkan miskin itu taraf lebih rendah dari kaya.
Tambahnya lagi, kutuk hina itu bukanlah bermaksud menghina tetapi sebaliknya ia membawa maksud sebagai merendah diri dalam status sosial.
“Dalam doa pun kita digalakan menghina diri kepada Allah, merendah diri untuk sesuatu yang baik. Kita perlu meletakkan diri kita di bawah, di atas hanya Allah yang berkuasa.”
Ads
“Kita perlu banyak membaca bahasa Melayu ini keraa ia banyak maksud dan kiasannya malah banyak falsafah disebalik perkataan itu,” tambahnya lagi dalan rakaman video tersebut.
Untuk pengetahuan anda, lagu Secuci Lebaran ini dicipta oleh Allahyarham Pak Ngah dan liriknya oleh Hairul Anuar Harun. Mula dimainkan pada tahun 2003 dan masih kekal ‘segar hijau’ sehingga Aidilfitri yang menjelang tiba tahun ini.
Orang Kelainan Upaya (OKU) selalunya dikaitkan dengan pelbagai kekurangan dan dilihat seperti tidak mampu menandingi manusia normal.
Hebatnya anugerah Allah. Bergelar OKU bukan alasan untuk tidak melakukan apa-apa dalam kehidupan.
Sebagaimana perkongsian seorang isteri kepada suami OKU menerusi facebook milikinya, Farah Roslan di grup Berkebun D Rumah menunjukan hasil tanaman hasil daripada kebun suaminya.
Suaminya dikenali sebagai Ayie Suarafm. merupakan OKU yang berdikari yang melakukan sendiri tanaman di kebunya. Nyata, kekurangan pada diri bukan bererti tersekat segala jalan untuk maju ke depan.
Berkongsi beberapa keping gambar dan video, telah menarik perhatian warganet.
Malah ramai yang meluahkan rasa kagum melihat cara suaminya menguruskan kebun. Hasilnya pun kelihatan subur.
Semoga menjadi inspirasi kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa sebegini supaya mereka juga akn menjalani kehidupan sama seperti orang lain.
Selamat berkebun. Berzikir sambil berkebun. Penenang semula jadi yg Allah beri. Doa tawakal supaya Allah hidupkan pokok kita dengan subur dan dapat memberi manfaat kepada orang lain juga.
Perasaan sedih kehilangan seseorang akibat kematian merupakan satu luahan emosi yang selalunya dirasai oleh mereka yang kehilangan orang terdekat seperti pasangan hidup, ibu bapa dan anak-anak.
Walaupun itu adalah suatu reaksi yang normal, pun begitu adakalanya ia boleh berpanjangan dan menjadi bertambah teruk sehinggakan menjadi sebab hidup dalam kemurungan dalam tempoh yang panjang.
Berkongsi kisah seorang suami ini umpamanya, sangat terasa sedih dengan kehilangan isteri tercinta dan tidak dinafikan turut berasa murung. Namun tidak mahu diri terus dibelunggu rasa sedemikian, Salim Aman, 62 mengisi waktunya dengan bertanam sayur di bahu jalan kawasan perumahannya.
“Selepas isteri meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa tahun lalu, saya melepaskan kemurungan dengan menghabiskan banyak masa di kawasan tanaman terbabit,” katanya yang turut menanam pelbagai jenis pisang, nanas, betik selain tumbuhan herba dan bunga hiasan.
Beri Percuma
Difahamkan juga daripada petikan berita di Berita Harian, ketika harga sayur semakin mahal namun Salim tidak berkira apabila memberi percuma sayur-sayuran ditanamnya kepada penduduk sekitar kejiranan di Taman Paya Rumput Indah dan Kampung Paya Rumput, Melaka.
Memanfaatkan tanah terbiar dan ruang di bahu jalan di taman berkenaan dengan tanaman kangkung, bendi, cili, serai dan keledek sepanjang lebih 1,000 meter, Salim berkata, dia lebih banyak memberi hasil tani itu secara percuma dan hanya menerima wang jika diberi.
Difahamkan juga sebelum ini pelbagai sayur-sayuran termasuk bayam, kacang, sawi, kalian dan jagung juga diagihkan percuma, namun kini ia mula mengalih kepada tanaman lain mengikut kesesuaian kerana ruang yang agak terhad.
Peraih Datang Beli
Apa yang melegakan, ramai juga peraih yang datang untuk membeli terutama pisang yang dijualnya dengan harga jauh lebih rendah daripada pasaran.
Menggunakan air paip dari rumah yang berjarak lebih tiga kilometer menerusi paip getah untuk menyiram tanaman, Salim menganggap berbudi kepada tanah mampu membawa pulangan yang memuaskan. Usahanya juga menampilkan pemandangan menghijau di bahu jalan dan kawasan taman perumahan berkenaan.
“Saya buat sendiri kerja-kerja membaja dan meracun selepas solat Subuh, Zuhur dan Asar,” katanya.
Lama beliau menantikan kehadiran si comel bernama anak dalam rumah tangganya bersama suami. 11 tahun berusaha dan berdoa, akhirnya apa yang dihajati dimakbulkan Yang Maha Esa.
Kehadiran si comel bernama Siti Aafiyah melengkapi kehidupan penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza bersama suaminya tersayang, Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Kasih sayang semakin bersemarak dan bahagia dikecapi sangat disyukuri oleh penyanyi kelahiran Kuala Lipis ini.
Keletah si kecil benar-benar menceriakan pasangan ini. Malah, impian beliau untuk membawa Aafiyah ke tanah suci Mekah bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Dalam satu perkongsian, Dato Sri Siti Nurhaliza memberitahu impian tersebut sudah lama tertanam di jiwanya.
“Saya telah lama memasang niat semenjak mengandungkan Aafiyah. Akhirnya apa yang saya hajati akan terlaksana. Aafiyah bakal mengikuti saya dan suami mengerjakan umrah pada 23 Mei ini,” jelas Dato Sri Siti atau mesra disapa Tokti.
Selain Tokti dan keluarga, mereka juga turut disertai oleh beberapa ahli keluarga yang lain.
“Ini adalah doa saya setiap kali ke Mekah sebelum mengandung dulu iaitu mohon dikurniakan cahaya mata dan membawanya menunaikan umrah selepas dilahirkan. “Tidak sangka Allah jawab doa saya begitu cepat.
“Dalam usia Aafiyah baru mencecah setahun lebih dia dapat ke Mekah. Rasanya saya yang menumpang rezekinya. Saya bersyukur doa saya ini dimakbulkan Allah kerana bukan senang mahu ke sana tanpa keizinanNya.
“Apa yang lebih menyeronokkan apabila hasrat ini tidak memerlukan masa yang lama memandangkan usia Aafiyah baru sahaja setahun tetapi sudah berpeluang ke sana.
“Dari segi persiapan, saya banyak berdoa agar semuanya dipermudahkan kerana Aafiyah masih kecil. Saya berserah kepada Allah,” jelas Siti yang mahu Aafiyah membesar dengan didikan agama yang cukup.
Selain Mekah, penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana itu turut menyimpan niat untuk membawa anaknya ke Palestin.
“Saya turut berdoa dan menyimpan niat yang sama ketika berkunjung ke Palestin kira-kira dua tahun lalu. Harapnya suatu hari nanti saya dapat membawa Aafiyah ke Palestin pula,” ujar Siti.
Tambah Siti lagi, dia mahu anaknya itu membiasakan diri dengan apa yang beliau lakukan (ibadah) seperti melihat dirinya bersolat.
“Cuma saya perlu memikirkan waktu yang sesuai untuk membawa Aafiyah ke Masjidil Haram kerana terlalu ramai jemaah di sana.
“Ini penting demi kesihatan dan keselesaannya memandangkan dia masih kecil. Saya turut membawa kakaknya (panggilan kepada pengasuh Aafiyah) untuk memudahkan urusan di sana nanti,” katanya.
Justeru kata Siti, dia mengambil kesempatan tersebut juga mahu bertanya kepada rakan-rakan artis yang pernah bawa anak mereka mengerjakan umrah.
“Misalnya Yatt Hamzah yang pernah bawa anak-anaknya ke Mekah walaupun sedang mengandung ketika itu. Ia menguatkan lagi semangat saya untuk membawa Aafiyah,” ujar Siti.
Penyanyi ini ditemui dalam majlis Berbuka Puasa Siti Nurhaliza Bersama Sitizone dan majlis penyampaian anugerah Universal Music Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.
Dalam majlis penghargaan itu, Siti dinobatkan sebagai penerima anugerah Legend Award Universal Music Malaysia yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Universal Music Malaysia, Singapura dan IndoChina, Kenny Ong.
“Bakat dan profesionalisme yang ada pada beliau adalah sesuatu yang sangat berharga buat kami. Kami berbangga untuk menyampaikan Legend Award kepada Siti,” kata Kenny Ong.
“Bekerja dengan Siti dan pengurusannya adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Selama bertahun-tahun bersama, beliau sangat profesional dan sangat mudah bekerja dengannya.
Siti menerima anugerah ini berdasarkan pencapaian cemerlangnya dalam penjualan fizikal dan digital bagi album Fragmen, Konsert Unplugged dan SimetriSiti serta empat lagu single.
Empat single tersebut adalah lagu Anta Permana apabila Siti menerima 11 kali Platinum, Comel Pipi Merah (4 kali platinum), Mikraj Cinta (Platinum) dan Cinta Syurga (emas).
Malah kedudukan dirinya yang masih tidak tergugat dengan kehadiran mana-mana artis baharu lajn melayakkan beliau menerima anugerah tersebut.
Dalam masa yang sama Siti turut menerima anugerah emas untuk album SimetriSiti.
Malah beliau turut mencipta sejarah apabila muncul sebagai Malaysia’s Most Streamed Local Artist untuk tahun 2017 dan 2018 di pelantar muzik digital Spotify.
Sumber: Kosmo & Utusan Online
Gambar: IG Rozisangdewi & CTDK
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di