Di dalam sesebuah perkahwinan, pasti setiap suami isteri mendambakan kehadiran si kecil dalam syurga kecil mereka. Selain sebagai penyambung zuriat, kehadiran si kecil juga menyemarakkan lagi kasih sayang dan keharmonian di dalam sesebuah perkahwinan.
Namun, bukan semua pasangan bertuah untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Ada yang ditakdirkan mendapat anak usai berkahwin. Tak kurang yang terpaksa menanti dan terus menanti sambil berdoa semoga dikurniakan seorang cahaya mata.
Walaupun berat untuk menerima ketentuan ini, setiap yang berlaku sudah ditetapkan Allah SWT. Sebagai manusia kita perlulah berusaha dan sentiasa bersangka baik denganNya.
Ads
Satu perkongsian di muat naik oleh drzubaidi berkenaan isu ini di laman instagramnya.
Anak itu rezeki. Dalam rezeki yang Allah berikan ini, kita juga diberikan ujian sebagai pemegang amanah. Jadi mereka yang dapat rezeki anak juga perlu bersedia dengan ujianNya.
Untuk kita yang belum ada anak mungkin itu yang terbaik untuk kita pada masa ini. Mungkin kita belum mampu diuji dengan cabaran ada anak ini.
Ads
Setiap orang lain ujiannya. Masing-masing diuji berdasarkan tahap iman dan amalnya. Allah tahu sejauh mana hati kita dapat menahan sabar dan tabahnya kita menghadap sesuatu ujian.
Ramai yang tidak menyedari membesarkan anak lebih banyak ujiannya. Teruskan positif, hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah : 216
Ads
Tenangkan hati. Fikir secara positif. Ingat nilai akhirat lebih dari nilai dunia. Akhir sekali, ada anak dan tiada anak adalah ketentuan Allah. Mengapa kita mahu mempertikaikan ketentuan jika kita beriman pada Qada dan Qadar.
Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk hidang seisi keluarga mahupun ketika menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini.
Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesibukan harian dan kurangnya motivasi merupakan antara cabaran utama yang dialami dalam menurunkan berat badan. Namun begitu, hal ini boleh ditangani dengan pengamalan diet yang sesuai.
Kalau diikutkan banyak sebenarnya tip dan petua untuk tujuan menurunkan berat badan. Sama ada mengurangkan pengambilan makanan atau minuman manis, mengurangkan memakan makanan berminyak, tidak makan nasi langsung, banyakkan bersenam dan bersukan serta lain-lain.
Jadi ikut pilihan sendiri mana satu yang ingin dicuba. Cuma, ia bergantung kepada tubuh seseorang sama ada sesuai atau tidak dengan tubuh jika melakukan salahs atu cara tersebut.
Terdapat satu lagi cara diet yang membolehkan seseorang itu hilangkan berat badan di antara 5-8 kg dalam masa hanya seminggu!
Saudari Shienasan Abdullah menerusi laman facebooknya berkongsi salah satu cara menurunkan berat badan iaitu melalui kaedah General Motors Diet (GMD).
Shienasan Abdullah atau lebih mesra disapa Shiena telah melakukan eksperimen diet tersebut terhadap dirinya pada 7 April sehingga 14 April yang lalu, dan telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 6.2kg!
Shiena yang sebelum ini mempunyai berat sebanyak 80.4kg telah berjaya turun kepada 74.2kg dalam masa hanya seminggu, semuanya gara-gara menu ketat, tapi sedap, yang diamalnya itu.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Assalamualaikum semua sahabat positif Ina. Mesti ramai yang sedang menunggu result penurunan berat badan Ina selama 7 hari buat GM Diet kan? Maaf lewat sikit update sebab anak Ina tak berapa sihat.
Alhamdulillah berjaya juga Ina habiskan misi 7 hari GM Diet dan dapat turunkan berat sebanyak 6.2kg.
Ina hanya makan menu seperti yang disarankan. Sehari Ina makan 3 kali. Tidak ada tambahan Puasa Sunat atau IF atau OMAD atau yang selainnya. Bila rasa lapar je, anda boleh makan hingga kenyang.
Perlu diingatkan result penurunan berat setiap badan adalah berbeza. Jika turun banyak itu rezeki. Kalau turun sikit jangan give up, teruskan saja diet seperti biasa hingga hari ke-7.
Apa itu GM Diet?
General Motors Diet
Diet GM pertama kali dikandung khusus untuk pekerja di General Motors, Amerika Syarikat. Program diet 7 hari ini adalah bidang yang diuji oleh Pusat Penyelidikan John Hopkins dan hasilnya telah diluluskan oleh pengurusan atasan General Motors. Program diet ini berjaya meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan pengurusan General Motors, sekali gus meningkatkan daya saing produk General Motors.
Diet GM dirancang untuk menurunkan berat badan sekitar 5-8 kg dengan aman dalam satu minggu. Diet GM juga bersifat detoksifikasi serta memperbaiki pola makan serta emosi.
Diet GM adalah program diet 7 hari penuh dengan pelbagai jenis makanan setiap hari. Semasa diet harus minum sekurang-kurangnya 10 gelas air setiap hari dan tidak minum alkohol semasa program diet.
Diet GM dapat diulang sekali sebulan tanpa mengganggu keseimbangan gizi. Berat badan ideal maksimal anda adalah 22.5 x Tinggi Badan (M) x Tinggi Badan (M).
Bila tinggi badan anda 162 cm, maka berat badan maksimum anda adalah 22.5 x 1.62 x 1.62 = 59 kg.
Ibu menyusu yang berlebihan berat badan, penderita diabetes mellitus, penderita penyakit jantung, penderita penyakit lambung (gastritis) sangat di sarankn untuk melakukan diet ini.
Pelan Pemakanan GMD:
Hari pertama: Buah-buahan, kecuali pisang.
Pada hari pertama ia hanya dibenarkan makan buah-buahan. Apa-apa buah di benarkn kecuali pisang. Anda boleh makan sehingga anda kenyang. Ia disyorkan untuk mengambil lebih banyak tembikai dan buah rock melon.
Hari kedua hanya dibenarkan makan sayur-sayuran. Apa-apa yang mentah atau di masak. Boleh dimasak tumis, sup atau direbus. Membuat pecal juga boleh digunakan selagi jumlah kacang adalah terhad.
Tiada had untuk jenis sayuran dan boleh makan hingga kenyang.
Pada hari keempat, hanya 8 biji buah pisang dimakan dan meminum 3 gelas susu rendah lemak. Tidak makan jenis makanan lain. Jika anda alah kepada susu lembu (intoleransi laktosa), anda boleh menggantikannya dengan susu soya.
Jika anda tidak makan buah pisang boleh gantikn dengan buah jambu, buah kiwi atau tembikai.
Pada hari kelima, hanya dibenarkan makan daging atau ikan dan tomato.
500 grm daging lembu dan 6 biji tomato adalah menu utama pada hari kelima. Daging hamburger atau meatball dibenarkan. Lebihkan minum air putih untuk membersihkan sistem pencernaan.
Daging lembu boleh digantikan dengan ayam tanpa kulit atau tempe untuk vegetarian. Jika anda tak makan buah tomato boleh gantikan dengan buah belimbing.
Resipi ini hanya dilakukan sebulan sekali. Perhatikan bagaimana anda tidak perlu menghabiskan banyak wang dan menjalani diet keras untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Diet GM boleh menjadi satu penyelesaian bagi mereka yang memerlukan diet dengan penurunan berat badan yang cepat tanpa perlu risau tentang kelaparan atau kebosanan kerana diet yang membosankan.
Diet GM ternyata berjaya mengurangkan tahap gula dalam darah pada orang yang menghidap diabetes mellitus. Ibu menyusu yang beratnya melebihi berat badan ideal boleh mengikuti diet ini.
Anda boleh kongsikan info diet ni pada kenalan, teman-teman, saudara-mara untuk membantu mereka mendapatkan berat badan ideal dan tahap kesihatan yang lebih baik.
Setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita ni, semuanya telah tertulis. Tak kiralah hidup, mati, rezeki, jodoh, semuanya ketentuanNya. Sebab tu la orang kata kalau bab jodoh ni, kalau dah jodoh tak ke mana.
Seperti yang dikongsikan di aplikasi Tiktok ini, siapa sangka sebelum ini pernah dikecewakan oleh lelaki, tetapi ditemukan pula dengan jejaka pilihan hati lain yang detik perkenalannya hanya dari platform pemainan atas talian (PUBG) tanpa bersemuka sehingga hari pertunangan.
Lebih terharu lagi, pasangan berkenaan telah bercinta melalui hubungan jarak jauh selama 2 tahun tanpa sebarang video call. Bahkan Qaseh juga akui tiada pertemuan dilakukan selama tempoh perkenalan sehingga akhirnya, mereka berjaya mengikat tali pertunangan pada tahun ini.
Di samping itu, gadis berasal dari Perak tersebut akui sangat bersyukur kepada Allah atas kekuatan cinta dan berjanji akan menjadi isteri yang halal buat tunangannya kelak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ucap kata tahniah atas berita gembira dikongsikan oleh gadis berkenaan. Selain itu, para netizen juga memuji Qaseh kerana bertuah dikurniakan jodoh yang ikhlas dan sanggup menerima diri seadanya.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.