Kisah hidup wanita bernama Intan Liana Saleh pernah mengundang kontroversi suatu ketika dahulu.
Namun, kini awan hitam yang menutupi hidupnya sudah berlalu pergi. Terbaru, dia sudah menemui insan Yang boleh dijadikan dahan untuk berpaut.
Intan mengakhiri status ibu tunggal apabila melangsungkan pernikahan keduanya pada bulan Disember yang lalu.
Memilih Mohd Aizam Yahya sebagai imamnya, kebahagiaannya mendapat respond ramai termasuklah pengikutnya. Rata-rata menitipkan doa semoga Intan dan anak-anak kembali bahagia.
Ternyata pilihan Intan kali ini tidak sia-sia apabila dirinya bukan sahaja Sudah bergelar isteri, Bahkan kehadiran Dalam keluarga mentuanya disambut baik.
Itu yang boleh dilihat menerusi beberapa keping gambar yang dimuatnaik ibu kepada dua orang cahaya mata ini menerusi laman Instagramnya.
Menurut Intan, gambar tersebut diambil baru-baru ini bersama keluarga mertua di ibu kota. Nampak mesra dan akrab hubungan Intan dan semua ahli keluarga Aizam.
Bukan semua menantu bertuah mendapat keluarga mentua yang menerima diri seadanya. Intan antara wanita yang beruntung kerana mertua dan keluarga suaminya melayannya serta anak-anak dengan baik.
Ads
Betul kata orang, dapat keluarga mentua yang baik juga adalah satu rezeki.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah kisahnya dalam keluarga ini apabila anak yang baru berusia 7 tahun sudah mahir menebar roti canai.
Bukan satu malah 50-60 keping roti canai ditebar setiap hari hasil daripada tunjuk ajar ibu dan ayahnya , Ruslin Meli, 45, dan Yuwita Shuib, 35, kira-kira tiga bulan lalu.
Kesungguhan dan kerajinan murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tunjong, Kangar, Perlis, yang dikenali sebagai Yusra Asna Ruslin, dalam membantu keluarganya di gerai makan telah mendapat perhatian pelbagai pihak selepas tular di media sosial, baru-baru ini.
Memetik berita yang dilaporkan di Sinar Plus, kanak-kanak ini bukan sahaja rajin dan sanggup bangun seawal jam 4 pagi sepanjang cuti persekolahan yang lalu, tetapi kepandaian dan bakat dalam menebar roti canai itu adalah antara faktor utama murid ini tular.
Belajar Kerana Minat
Menurut Yusra Asna, dia belajar menebar roti canai daripada ibu bapanya, Ruslin Meli, 45, dan Yuwita Shuib, 35, kira-kira tiga bulan lalu.
Katanya, dia kini sudah mampu menebar antara 50 hingga 60 keping roti canai sehari.
“Saya memang minat tebar roti canai sebab selalu lihat ayah dan mak buat roti canai di kedai makan kami.
“Sebab itu saya belajar daripada mereka dan akhirnya mampu menebar puluhan roti canai sehari,” katanya yang memasang impian membuka restoran makanan apabila dewasa kelak.
Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, proses menebar roti canai agak sukar, tetapi lama-kelamaan ia menjadi mudah.
“Ia ada beberapa peringkat dalam proses menebar roti canai ini. Saya ikut satu persatu apa yang diajar oleh ayah dan ibu, akhirnya saya dapat buat,” ujarnya.
Video Tular, Gerai Semakin Dikunjungi Ramai
Sementara itu, bapanya, Ruslin berkata, Yusra Asna merupakan seorang anak perempuan yang suka belajar dan mudah faham dengan apa yang diajar.
“Di awal-awal dulu, banyak juga roti canai yang rosak, namun lama kelamaan Yusra Asna mampu menebar dengan sempurna,” jelasnya.
Kedai makan keluarga Yusra Asna dibuka seawal pukul 5.30 sehingga 11 pagi dan dikunjungi orang ramai lebih daripada biasa sejak Jumaat lalu selepas video Yusna Asna menebar roti canai dikongsi dalam Facebooknya tular.
Selain masyarakat setempat, guru sekolah dan rakan-rakan Yusra Asna juga tidak ketinggalan datang menikmati roti canai dan memberi sokongan kepada murid berkenaan.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang turut singgah di kedai makan tersebut bagi menikmati roti canai yang ditebar Yusra Asna berkata, Yusra Asna mampu menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang makanan.
“Dengan pendedahan dalam dunia perniagaan oleh ibu bapanya sejak dari kecil lagi, saya yakin bahawa dia akan berjaya dalam bidang yang diminatinya itu,” katanya.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Apabila ditanya tentang pilihan menu popular yang sering disediakan pada hujung minggu untuk keluarga, pasti ramai antara kita gemar menyediakan hidangan Nasi Lemak. Memandangkan rasa hidangan nan satu ini cukup digemari ramai, bukan sahaja bagi orang dewasa malah anak-anak juga.
Pun begitu, tidak dapat dinafikan untuk menyediakan set lengkap sajian nasi lemak ini diakui sedikit ‘renyah’. Apa tidaknya, selain kita perlu menanak nasi kita juga perlu sediakan sambal ikan bilis terlebih dahulu di samping perlu merebus atau menggoreng telur, mengghiris timun, dan menggoreng kacang tanah.
Menyentuh tentang bab menggoreng kacang tanah walaupun tidaklah sesukar mana, tetapi kita sering berdepan dengan masalah ‘terhangus’ kerana gagal mengawal api. Sudahnya kacang tanah yang sepatutnya menambah rasa sedap nasi lemak menjadi sebaliknya. Malah lebih teruk menggagalkan rasa enak hidangan yang telah disediakan. Akhirnya kacang tersebut terbuang begitu sahaja, langsung tidak dimakan. Benar bukan?
Jadi macam mana nak masak kacang tanah dan nak pastikan ia tak hangus? Kena cuba petua ini.
Begini caranya:
1. Tuang minyak ke dalam kuali.
2. Tanpa tunggu minyak panas, terus sahaja masukkan kacang tanah.
3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.
4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!
#Pilih Sangai
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.
#Sejuk Dahulu
Begitu juga ketika memasak Sambal Bilis Kacang, pastikan kacang digoreng dalam kaedah yang sama tanpa memanaskan minyaknya terlebih dahulu. Asingkan kacang hingga sejuk kemudian barulah dimasukkan bersama ikan bilis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...