Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly yang terkenal dengan sifat tegas dan ketelitian dalam urusan dapur, semalam (18/9) berkongsi momen lucu di Instagram miliknya apabila dapurnya ‘berkecah’ selepas sesi masak-memasak.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai ialah Sheila, yang biasanya akan ‘membebel’ apabila melihat dapur dalam keadaan bersepah, kali ini tak jadi marah.

Rupanya, ada sebab kenapa Sheila tiba-tiba lembut hati. Suami tercinta, Jinggo, bersama anaknya Mika telah mengejutkan Sheila dengan ucapan ulang tahun kelahirannya secara spontan di dapur.

Dapur ‘Berkecah’ , Sheila Rusly Tak Jadi Bebel Suami Anak Wish Birthday
📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Ada pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang, jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang di sini 👇🏼
https://kliik.je/product-details/111?title=baby-merangkak-race

Dalam video kelihatan Jinggo dan Mika tampil dengan hasil masakan sambal menyanyikan lagu “Happy Birthday” buat Sheila yang terkejut dan terharu.

Sheila, yang pada mulanya mungkin ingin memberi ‘syarahan’ tentang kebersihan dapur, terus terdiam dan melupakan niat untuk terus membebel sebaliknya menyambut hari istimewanya.

Relate dengan situasi sebenar!

Ads

Dapur ‘Berkecah’ , Sheila Rusly Tak Jadi Bebel Suami Anak Wish Birthday

Para peminat Sheila memuji tindakan keluarganya yang manis, dan ramai yang dapat relate dengan situasi tersebut di mana ibu-ibu sering terkejut dengan keadaan dapur yang bersepah tetapi akhirnya cair dengan kasih sayang keluarga.

Walaupun dapur ‘berkecah’, Sheila nampaknya lebih menghargai kejutan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh keluarganya pada hari istimewanya.

Ads

Dapur ‘Berkecah’ , Sheila Rusly Tak Jadi Bebel Suami Anak Wish Birthday

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dua beranak yang berusaha untuk memasak hidangan istimewa buat ‘birthday girl’ dan ada juga memberikan ucapan terhadap Sheila serta mendoakan kesejahteraan buatnya.

“Laki kalau da masak kat dapur memang berkecah ekk geram ekk… Darah naik ke langit la ekk..”

Ads

“Hahaha!!!muka pasrah kena berleterkelakor…happy birthday sis”
“happy birthday sis. semoga diberkati.”
“Last Last dapat mini love..Happy Birthday SiS.”

 

Sumber: IG sheilarusly_jspictures

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI