“Dari Atok, Anak, Cucu Segala Awet Muda..”-Netizen Teruja Tak Sangka Naszeli Ngasri Sudah Ada 2 Cucu!
Kebiasaanya bila seseorang itu sudah bercucu, tentu kita dapat membayangkan orang tersebut sudah nampak berusia. Namun berbeza sungguh dengan Naszeli Ngasri, iaitu anak kepada Ngasri Sain dan Habibah Jaafar ini yang nampak begitu muda namun sebenarnya sudah ada dua orang cucu.
Bahkan tidak keterlaluan jika kita katakan seluruh keluarga Ngasri ini semuanya seakan tidak dimamah usia. Apa tidaknya lihat sahaja Bell, Datin Anne dan Darling, semuanya kekal maintain macam dulu-dulu. Muda sentiasa!
Lantaran itu, bila baru-baru ini Naszeli ada berkongsi beberapa keping gambar dan video dia bersama seorang bayi yang sangat comel telah mencuri tumpuan wargamaya. Melalui perkongsian tersebut, netizen ada yang tidak percaya bahawa Naszeli rupanya bergelar datuk kepada dua orang cucu dek kerana nampak muda.
Bahkan penampilan isterinya juga cukup menarik perhatian, nampak cantik dan muda sekali hingga membuatkan ramai juga yang ingin mencungkil rahsia keluarga ini kekal muda.
Norhijah Abd Samat dan Mohd Nazib Mohd Supian, pasangan bahagia ini telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Awal Al Aezrieq. 9, Nurr Aemmyl Al’Laisyah Aeman, 8 dan Muhammad Aqkheer Al’ Aerieq, 1 tahun 3 bulan. Dua kelahiran pertama pasangan ini sama seperti anak-anak normal yang lain membesar dengan sihat dan ceria.
Namun ditakdirkan kelahiran ketiga, dikurniakan seorang anak yang cukup luar biasa dan lebih istimewa. Sememangnya pasangan ini begitu mengimpikan kehadiran anak kecil di dalam keluarga dek kerana sudah terlalu lama menanti.
“Sebenarnya kalau nak diikutkan Aqkheer atau lebih mesra dipanggil Baby Haq merupakan anak saya yang kelima. Memandangkan saya pernah gugur pada tahun 2012 dan pada tahun 2014 saya sekali lagi disahkan mengandung namun kandungan tersebut di luar rahim dan jika diteruskan berisiko tinggi.”
Sejak disahkan mengidap penyakit Langerhan’s Cell Histiocytosis (LCH) iaitu sejenis penyakit kanser pada Jun yang lalu, Baby Haq sebenarnya telah banyak kali mengalami beberapa siri perubahan dalam dirinya. Dari seorang anak yang aktif, ceria dan membesar seperti anak-anak yang lain hinggalah di usia empat bulan mula menunjukkan penyusutan tahap kesihatannya.
“Ibu yang mana hatinya tidak akan tersentuh, lebih-lebih lagi apabila melihat anak yang di kandung kini sedang menanggung derita. Bersedih sahaja tidak menyelesaikan apa-apa. Lalu saya dan suami bersikap lebih positif, mengumpul semangat baru untuk berjuang bersama-sama Baby Haq.”
“ Sepanjang Baby Haq menjalani kaedah rawatan kemoterapi di Institut Pediatrik HKL untuk merawat penyakit kanser yang dihidapnya, pada bulan Julai yang lalu sekali lagi Baby Haq dimasukkan ke unit ICU sebab ada kompilasi dalam badan.
“Alhamdulillah, Baby Haq dan kami sekeluarga berjaya menempuh saat getir itu dengan tenang dan redha. Jika ingin dikira, dalam jangka masa dari awal tahun kami ‘berumah’ di hospital, doktor telah confimkan nafas Baby Haq beberapa kali pernah sesat (tiada).
“Paling terbaharu pada tarikh 8 Ogos lalu, doktor sahkan jantung Baby Haq berhenti berdegup dan Baby Haq telah pergi ketika sedang tidur. Ya Allah! Saya tengok sendiri bila mana tiub yang ada di tubuhnya ditanggalkan!
“Dan entah bagaimana, dengan kuasa Allah Baby Haq kembali menarik nafasnya dalam-dalam. Ketika itu ada lapan orang doktor dan lima orang jururawat berada di dalam bilik tersebut. Melihat kejadian itu, mereka segera sambungkan semula bekalan oksigen. Seribu rahmat saya rasakan dan syukur Baby Haq terus cekal untuk berjuang. Inilah sumber kekuatan saya sebenarnya dan sudah pastinya Allah Maha Tahu segala apa yang terjadi.”
Bagi anda yang berjiwa penyayang, jika ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga ini, bolehlah berbuat demikian. Disertakan no akaun ibunya seperti di bawah :
Di dalam sesebuah rumah tangga harus saling memberi dan menerima Tidak boleh sekadar satu pihak sahaja. Begitu juga dalam bab menjaga anak-anak. Janganlah sekadar meletakkan tanggung jawab itu pada isteri semata-mata. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak ramai.
Kisah yang dikongsikan oleh Puan Umi Nur Norza wajar menjadi pedoman buat semua pasangan suami isteri.
Lokasi: Klinik Kesihatan (klinik kerajaan).
Seorang ibu menggendong bayi berusia sekitar 4 bulan. Kepala bayi masih terlentok-lentok belum pandai tegak sepenuhnya.
Di tangan kiri, si ibu memimpin anak lelaki berusia lebih kurang setahun setengah.
Di belakang mereka, berlari-lari seorang anak perempuan yang pada anggaran saya berusia 3 tahun.
Dan di belakang sekali, ada anak perempuan paling tua. Paling banyak pun umurnya mungkin 8 tahun.
Si ibu kelihatan sibuk sungguh. Ke sana ke mari membawa kad klinik anak-anaknya. Tudung si ibu sudah senget benget. Bahagian yang sepatutnya berada di dagu sudah jauh pergi ke pipi kanan.
Saya agak usia si ibu dalam 30 tahun. Tetapi kerana lelahnya mengurus anak-anak, kerana kesuntukan masa untuk berdandan dan menjaga badan, dia kelihatan jauh tua daripada usia sebenar.
Anak-anak merengek. Ada yang menjerit. Ada yang sudah terberak di dalam lampin. Terkocoh-kocoh si ibu membawa mereka ke tandas.
Sehingga namanya dipanggil berkali-kali untuk diperiksa suhu badan dan tekanan darah, masih juga tidak muncul.
Usai urusan di tandas, si ibu dan anak-anak terus bergegas ke kaunter pemeriksaan awal. Anak-anak masih merengek dan nampak tidak selesa.
Terdengar perbualan di antara si ibu dengan jururawat. Rupa-rupanya semua anak kecuali yang paling besar itu demam. Sudah 3 hari demam tidak kebah-kebah.
Ketika jururawat bertanya di mana suaminya, dia hanya tersenyum kelat.
Nombor giliran mereka dipanggil untuk ke bilik doktor. Anak perempuan yang paling tua (yang tidak demam ) duduk di kerusi sebelah saya. Saya hadiahkan senyuman. Dia kelihatan malu-malu.
“Datang naik apa ramai-ramai?”
“Naik kereta.”
“Ohh, masa mak bawak kereta, awak pegang baby ya. Bagus kakak.”
“Taklah acik, ayah bawak kereta.”
“Mana ayah?”
“Ayah ada tunggu dalam kereta. Main fon.”
Ohhh…
“Ayah tak nak tolong mak bawak adik-adik jumpa doktor ke? Kesian mak sorang-sorang bawak adik ramai.”
“Tak. Ayah tak suka dengar adik-adik menangis dan bising-bising. Ayah kata serabut. Ayah kata kakak dah besar boleh tolong mak.”
Allahu.
Cepat besar ya kakak. Banyak benda boleh tolong mak. Banyak sangat ??
#sharingutkpedomanbersama
#credittopuan Umi Nur Norza
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hanya air mata mengiringi rasa syukur dan gembira apabila dirinya disahkan negatif covid-19 semalam. Pelakon, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail yang sebelum ini dirawat di Hospital Sungai Buloh berkata, perkara itu dimaklumkan jururawat selepas hasil ujian swab kedua yang dibuat semalam diterima pada sebelah petang.
Selepas 13 hari dirawat dan dikuarantin, PU Riz Ismail bersyukur kerana sudah pulih dan keputusan diperoleh kembali negatif. Pelakon dan juga pendakwah bebas itu akhirnya dapat keluar dari hospital malam tadi.
“Saya hanya mampu memanjat kesyukuran di atas kesempatan indah ini. Rasa macam diberi peluang kedua.
“Sukar digambarkan dengan kata kata. Kita manusia terus diuji. Semoga kita dijauhi perkara tak baik. InsyaAllah Sebelum ini tak saya nafikan memikirkan soal kematian ketika berada di hospital,” katanya kepada BH Online.
Katanya lagi, perasan rindu untuk berjumpa kembali keluarga akhirnya dilampiaskan tadi.
“Seronok sangat dapat bertemu keluarga. Ibu pun sudah sedia menyambut saya dengan masakan enak.
“Nikmat ini kita kena hargai. Jangan sampai ia hilang begitu saja. Sayangi mereka terutama keluarga tersayang.
“Syukur pada Allah apabila disahkan sembuh dan boleh pulang. Saya menangis ketika dimaklumkan negatif. Bukan apa, wabak ini boleh membawa maut dan ibaratnya ini peluang kedua yang Allah berikan.
“Sepanjang dirawat, jururawat sentiasa memberikan kata-kata semangat dan minta supaya sentiasa berfikiran positif. Malah, ada jemaah tabligh pesan, yakin Allah ada dengan kita. Saya berdoa pada Allah semoga terus istiqomah sampai hujung nyawa,” Ujarnya lagi.
Pada 6 April lalu, keputusan ujian saringan COVID-19 yang dibuat disahkan positif. Riz ketika itu memaklumkan mengalami demam panas beberapa hari sebelum tarikh itu. Dia menganggap hal itu sebagai ujian Allah SWT terhadapnya.
Tambah Riz, dia berharap semua pihak termasuk rakyat Malaysia tidak mengambil mudah dalam hal yang boleh membawa maut terutama penularan virus ini.
Dia kini bakal menjalani proses kuarantin diri selama dua minggu.
“Sekarang saya kena menjalani kuarantin diri selama dua minggu di rumah. Selepas itu saya perlu pergi klinik kesihatan berdekatan untuk mengesahkan sudah menjalani kuarantin selepas bebas dari wabak ini,” katanya.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditambah lagi. Sama samalah kita patuh,” katanya.
Sebelum itu, Riz mengakui rutinnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, dia hanya berada di rumah.
Bagaimanapun sebelum masjid tersebut ditutup, dia ada berkunjung ke Masjid Jamek Sri Petaling.
“Rumah saya memang betul-betul berdepan dengan masjid tersebut dan saya kerap beribadat di situ sebelum masjid tersebut ditutup kerana penularan wabak Covid-19,” ujarnya yang turut memaklumkan bapa saudaranya juga positif Covid-19.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.