Tiada istilah sudah terlewat untuk belajar asalkan ada keinginan untuk melakukannya. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Bagi vokalis Kumpulan Amuk, Bandi yang berkongsi kisah mengikuti kelas al-Quran dengan bermula dari Iqa.

“Dari Dulu Hingga Usia Sekarang, Saya Belum Khatam Al-Quran.” Bandi Amuk Akui Tak Malu Sertai Kelas Al-Quran, Belajar Dari Iqra Semula.

Tidak malu berbuat demikian walaupun usianya sudah menjangkau 55 tahun, akui Bandi buat apa nak malu kerana itu adalah benda baik.

“Ketika mula menyertai kelas itu, mereka tanya saya nak bermula dari mana? Saya jawab nak mula dari Iqra semula. Dulu waktu belajar, makcik yang mengajar itu hanya menyapu sampah sambil mendengar kita membacanya. Kemudian dia tegur kita salah baca. Dia boleh tahu yang tajwid saya salah. Itu buat saya ambil keputusan belajar semula.

“Saya boleh membaca al-Quran, cuma dulu belajar tak habis. Saya penat apabila orang asyik bercerita hal dunia kerana dari dulu sehinggalah usia saya sekarang, saya belum khatam al-Quran,” kata Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat berkata, dia kini mengikuti kelas al-Quran tiga kali seminggu bermula dari Iqra.

“Dari Dulu Hingga Usia Sekarang, Saya Belum Khatam Al-Quran.” Bandi Amuk Akui Tak Malu Sertai Kelas Al-Quran, Belajar Dari Iqra Semula.
Bandi Amuk (Tengah) ketika mengikuti program keagamaan.

Menurut Bandi lagi, dia mula belajar al-Quran setahun lalu namun kadang-kadang proses pembelajarannya terhenti apabila dia mendapat tawaran mengadakan persembahan di luar Johor Bahru.

IKLAN

“Kadang-kadang saya terfikir perlu menghabiskannya. Baru-baru ini sebaik tiba di rumah selepas balik dari menjayakan persembahan di Sabah, saya segera bersiap-siap dan pergi belajar kerana ia tanggungjawab.

“Saya ada juga mengajak rakan-rakan lain turut serta. Kalau bolehlah dalam usia begini, kita kurangkan cerita hal dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Bandi turut bersyukur kerana anak keempatnya, Muhammad Saiful Affique, 22, sudah pulih daripada masalah ketumbuhan di bahagian belakang paru-paru.

“Dari Dulu Hingga Usia Sekarang, Saya Belum Khatam Al-Quran.” Bandi Amuk Akui Tak Malu Sertai Kelas Al-Quran, Belajar Dari Iqra Semula.

IKLAN

 

Alhamdulillah Affique makin sihat. Saya tidak dapat melupakan insiden cemas itu. Macam tak percaya dia ada ketumbuhan sepanjang 9 sentimeter (sm) dan selebar 15sm kerana nampak sihat. Saya sendiri tak pasti macam mana dia boleh kena penyakit ini.

“Mungkin disebabkan faktor pemakanan dan saya anggap ini dugaan buat kami. Apa yang penting, dia kembali cergas dan menunjukkan perubahan ketara dalam hidupnya.

IKLAN

“Dia semakin rajin ke masjid dan membaca al-Quran. Sebagai bapa, saya sangat terharu dengan perubahan ini dan sering berdoa untuk kebaikannya.

“Dari Dulu Hingga Usia Sekarang, Saya Belum Khatam Al-Quran.” Bandi Amuk Akui Tak Malu Sertai Kelas Al-Quran, Belajar Dari Iqra Semula.

“Alhamdulillah Tuhan permudahkan urusannya dan dia baru selesai belajar di UiTM (Universiti Teknologi Mara) dalam jurusan Komunikasi Massa dan sedang tunggu keputusan diploma.

“Dia berhasrat untuk sambung ambil ijazah sarjana muda dan kini belajar sementara. Berkat doa kawan-kawan dan semua, syukurlah kesihatannya makin baik.

“Saya sekarang jaga pemakanan serta minumannya. Begitu juga makanan tambahan kerana ia perlu diambil oleh anak saya,” katanya.

Sumber: Harian Metro & Ohbulan!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI