Ads

Dari Gagal ke Juara, Pelajar UiTM Dungun Buktikan Usaha Tidak Pernah Mengkhianati Hasil

Setiap kejayaan pasti hadir bersama kisah perjuangan yang tersendiri. Kalah kali pertama bukan bermakna rezeki terhenti setakat itu sahaja.

Begitulah perjalanan seorang pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu, Nur Syafikah Nazurah Muhd Shaqawi yang berjaya membuktikan bahawa kegagalan kali pertama bukanlah noktah, sebaliknya titik permulaan untuk melakar kejayaan lebih besar.

Anak muda berbakat ini mencuri perhatian apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan Jalen Star Chef 2 selepas berjaya menewaskan peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh negara. Kemenangan tersebut melayakkan beliau membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta trofi dan sijil penghargaan.

Tebus Kekalahan Lalu

Apa yang menjadikan kejayaannya lebih istimewa, Nur Syafikah sebenarnya pernah melalui kekecewaan apabila gagal melangkah ke peringkat akhir pada penyertaan edisi pertama tahun lalu. Namun semangat untuk terus mencuba dan memperbaiki kelemahan mendorongnya kembali menyertai pertandingan itu sehingga berjaya bergelar juara.

Menurut Nur Syafikah, pengalaman tersebut mengajarnya bahawa kegagalan bukan alasan untuk berhenti mengejar impian. Sebaliknya, ia menjadi motivasi untuk bekerja lebih keras dan terus mengasah bakat dalam bidang kulinari yang amat diminatinya.

Ads
Dari Gagal ke Juara, Pelajar UiTM Dungun Buktikan Usaha Tidak Pernah Mengkhianati Hasil
Syafikah bersama menu yang dipersembahkan kepada para juri.

Pertandingan Jalen Star Chef 2 merupakan inisiatif yang dianjurkan oleh Nu Ideaktiv dan Remaja dengan kerjasama Jalen serta UiTM sebagai rakan strategik. Program ini diwujudkan bagi mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat muda dalam bidang kulinari, sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk merasai pengalaman industri sebenar.

Pembangunan Bakat Remaja

Lebih daripada sekadar pertandingan memasak, program ini turut memberi ruang kepada peserta membina keyakinan diri, mengembangkan kreativiti serta memperluaskan jaringan profesional bersama pemain industri makanan dan hospitality, sekaligus membangunkan bakat remaja lebih ke hadapan.

Pada peringkat akhir pertandingan, para peserta diberi cabaran menyediakan hidangan pembuka selera dan hidangan utama dalam tempoh masa yang ditetapkan. Selain kreativiti dan kemahiran teknikal, pengurusan masa turut menjadi antara aspek penting yang dinilai oleh para juri.

Ads

Dari Gagal ke Juara, Pelajar UiTM Dungun Buktikan Usaha Tidak Pernah Mengkhianati Hasil

 

Ads

Tempat kedua pertandingan dimenangi oleh Hazeerah Zulaikha Hasan dari UiTM Puncak Alam manakala tempat ketiga menjadi milik Nor Ainun Maisarah Abdullah dari Universiti College Bestari.

Kisah kejayaan Nur Syafikah ini menjadi inspirasi kepada ramai anak muda bahawa impian boleh direalisasikan dengan kesungguhan, disiplin dan keberanian untuk bangkit semula selepas berdepan kegagalan. Dalam dunia yang penuh persaingan, usaha yang berterusan sering menjadi ramuan utama kepada sebuah kejayaan yang manis.

Selain tiga universiti ini yang berjaya bergelar tiga peserta terbaik, antara pusat pengajian tinggi lain yang turut bergelar finalis adalah Taylors University, UiTM Permatang Pauh, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah dan Kolej Vokasional Sungai Petani 2.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Khairul Aming Jelaskan SOP Bayi Dikira 1 Pax Demi Keselamatan

Khairul Aming jelaskan SOP bayi dalam kiraan pax di restoran Rembayung selepas timbul persoalan pelanggan. Langkah itu dibuat bagi memastikan keselamatan dan keselesaan bayi serta pengunjung lain.