Berkorban apa saja, demi orang tersayang. Tatkala orang lain memilih untuk mengejar kerjaya, tetapi wanita ini mengambil pendekatan berbeza. Selepas kematian ibunya, dia memilih untuk tinggal bersama ayahnya bagi menggalas tanggung jawab sebagai anak.
Kisah ini dimuat naik oleh wanita bernama Jie Fadzillah Mohamed Yusof yang bercerita mengenai pengorbanan adiknya selepas kematian ibu mereka 3 bulan yang lalu. Apa yang membuatkan wanita ini tersentuh hati adalah apabila si adik berkongsi menu masakan di dalam grup famili seperti mana yang dilakukan oleh arwah ibu mereka sebelum ini.
Mak saya baru meninggal 3 bulan lepas.Adik saya Rosfarhana Yusof sanggup korban berhenti kerja bersama suaminya balik kampung jaga Abah.Sekarang dialah yang gantikan mak jaga makan minum pakai abah.Dari wanita bekerjaya dia jadi surirumah jaga abah.
Ads
Setiap hari dia akan pos gambar menu yang dia masak untuk abah dalam group family,sama macam arwah mak selalu buat.
Mak saya memang sangat suka memasak.Sebagai kakak saya sangat terhutang budi dengan kebaikan adik saya dan suaminya.Saya pun tak mampu buat macam dia buat.
Boleh tak ahli group ni doakan kebaikan untuk adik saya dan suaminya,doakan mereka dimurahkan rezeki,dimudahkan urusan dunia akhirat dan semoga adik saya direzekikan zuriat,mereka dah 7 tahun kahwin.
Adik beradik saya semua baik2,cumanya adik yang ni sanggup korban lebih dari kami selepas kami kehilangan mak.Ni antara menu yang dia masak hari2 untuk abah.
Nanges
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pastinya semua pasangan suami isteri mempunyai impian untuk hidup bersama sehingga hari tua.
Namun ajal maut jodoh dan pertemuan semua di tangan Allah. Siapalah kita untuk menghalangnya. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari rasa sedih memikirkan apa terjadi.
Terbaru menerusi muat naik video di Instagram milik pelawak dan pelakon, Shuib, warganet meluahkan rasa sebak melihat keluarga itu yang baru kehilangan orang tersayang.
Biarpun Shuib kelihatan bersahaja memaparkan wajah ceria membawa minuman kegemaran anak-anaknya, namun jauh disudut hatinya tidak dapat melupakan insan tersayang.
Malah menerusi video berkenaan, peminatnya ada yang melihat dibahagian akhir video kelihatan wajah Shuib bagaikan termenung dengan padangan ‘kosong’.
Biarpun dirinya sedang berduka, sebagai seorang ayah jiwanya kuat dan tabah untuk memberikan keceriaan buat anak-anak.
Selalunya ibu yg akan orderkan Bubblebee utk budak-budak ni. Budak2 ni pon dah berapa hari abis kuarantin,jadi harini teringin sgt katanya nak makan Bubbblebee,,,So arini kita layankan diorang Bubblebee,,,Bg diorang HAPPY 😊 Alhamdulillah #SentiasaRindu
Untuk makluman, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM jam 5.13 pagi, Isnin lalu. Allahyarham merupakan isteri kepada pelawak dan pelakon, Shuib. Pasangan itu yang berkahwin pada 26 Februari 2011 terlebih dulu dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6 dan bayi baru lahir, Ayash Affan.
Pelakon yang satu ini memang jarang berkongsi hal peribadinya, termasuklah bab kehidupan peribadinya sepanjang empat dekad mencipta nama dalam bidang lakonan. Namun itu tidak bermakna Dian P Ramlee bebas daripada sasaran gosip.
Dian atau nama sebenarnya Salfarina Mum, 61,dikatakan pernah dua kali bernikah, selain dianggap janda gara-gara tidak berkongsi wajah suaminya, sedangkan rumah tangga yang dibina bersama Md Amanti Ahmad pada 28 September 1981 kekal utuh.
“Suami saya dari dulu sampai sekarang cuma seorang dan kami masih bersama. Kami berkenalan ketika usia saya 19 tahun dan setahun selepas itu, kami bertunang.
“Kami bernikah ketika saya berusia 23 tahun dan Alhamdulillah, rumah tangga kami bertahan hingga hari ini. Dalam hal peribadi, saya agak konservatif dan tidak suka gosip serta publisiti.
“Tetapi, masih ada yang buat cerita kononnya saya pernah dua kali kahwin, selain dikatakan janda apabila tidak berkongsi gambar bersama keluarga,” katanya.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Md Al Safrin, 36, Siti Arianti, 31, dan Siti Adianti, 24.
“Dahulu, suami saya bekerja sebagai pramugara, namun sudah pencen. Bayangkan, selepas berkahwin dan mengandung anak pertama, ada yang cakap kami sudah bercerai.
“Ketika melahirkan anak kedua, saya sekali lagi dikaitkan dengan perkara sama. Lahir anak ketiga pula, saya dikatakan berkahwin lagi. Hakikatnya, semua itu tidak benar,” katanya.
Dian berkata, ketika gosip mengenai rumah tangganya hangat diperkatakan, dia dan suaminya menjalani kehidupan seperti biasa hingga menyebabkan ada pihak keliru.
“Pernah kru yang terserempak ketika menghantar saya pulang ke rumah menyangka dia ialah suami baharu. Saya jelaskan kepada mereka, itu suami pertama dan terakhir saya. Suami saya hanya seorang!
“Suami pula bukan jenis suka dikenali ramai dan tidak pernah muncul bersama di dada akhbar serta majalah. Sepanjang berumah tangga, kami pernah menjayakan iklan jenama kicap bersama dengan tiga anak.
“Ketika itu, kelibatnya hanya samar-samar memandangkan dia terikat dengan polisi kerja dan tidak boleh terlalu menonjol di media massa,” katanya.
Dian berkata, dia juga tidak menggalakkan anaknya untuk mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni.
“Biarlah hanya saya yang meneruskan perjuangan dalam bidang ini. Dahulu, ketika kegawatan ekonomi, anak lelaki saya ada melakukan kerja belakang tabir bersama ntv7.
“Saya bagaimanapun, berharap dia mendapat kerja di syarikat produksi besar dan bergaji tetap. Jika masih ingin bekerja dalam bidang ini, dia boleh melakukannya secara sambilan. Dia bagaimanapun, mendengar cakap dan memilih bekerja di luar bidang seni.
“Begitu juga anak perempuan yang menerima tawaran berlakon, tetapi saya tidak galakkan. Mujur dia tidak memberontak, tambahan pula suami sejak awal lagi sudah mengingatkan supaya mereka memberikan tumpuan pada pelajaran,” katanya.
Baru-baru ini tular video mengenai tangisan kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki setelah kehadiran adik barunya.
Sebak melihat adiknya yang masih bayi buat pertama kali meraih perhatian wargamaya.
Disebalik tangisan itu, rupanya anak lelaki itu setelah sekian lama menjadi anak tunggal selama 4 tahun. Nyata, pastinya dia tidak mempunyai adik beradik untuk melakukan aktiviti bermain.
Begitulah perkongsian seorang pengguna TikTok yang menunjukkan moment anak sulungnya bertemu adik perempuannya.