Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu, 46, sah menjadi duda setelah menceraikan isteri pertamanya, Datin Seri Sharidah dengan talak satu pagi tadi.
Datuk Red melafazkan talak cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor di hadapan hakim syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Berdasarkan dokumen yang dibacakan oleh peguam Datuk Red, Datin Red bersetuju untuk tidak membuat beberapa tuntutan terhadap bekas suaminya iaitu nafkah iddah dan mutah.
Katanya dia kasihankan bekas suaminya itu kerana dia tahu Datuk Red sedang mengalami krisis kewangan.
“Sebab saya tahu dia muflis. Tak apalah, saya cari nafkah sendiri untuk anak-anak,”
“Saya tak mahu susahkan dia dan akan sentiasa menyokongnya,” jelas Datin Red.
Ads
Sebelum lafaz dibacakan, Datuk Red dan Datin Red sempat bersalaman dan bermaafan buat kali terakhir.
Datin Red turut memaklumkan bahawa dia berada dalam keadaan suci dan tidak hamil.
Bulan lepas, Datuk Red terdahulu sah bercerai dengan isteri keduanya, Adira Suhaimi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
Adira memfailkan cerai terhadap bekas suaminya itu pada Oktober tahun lalu.
PENYANYI Bella Astillah membuat netizen sebak dan mengalir air mata ketika memberikan ucapan Hari Ibu kepada ibunya, Zarina Astillah.
Dikongsi melalui akaun Instagram ERA RM, video yang berdurasi 3:34 minit itu menunjukkan Bella yang memberi ucapan sempena Hari Ibu di konti ERA FM, hari ini.
Kalau dah nama perempuan, dari hujung kaki hingga hujung kepala nak dijaga rapi. Bukan setakat penjagaan muka tapi termasuk penjagaan rambut, badan dan gigi.
Untuk maintain penjagaan gigi memerlukan kos yang tinggi lagi-lagi kalau pergi ke klinik swasta.
Kalau yang mampu tak apa lah, yang tak mampu kesian lah. Sanggup cuba produk di pasaran yang ada bahan kimia asalkan murah.
Senang je cara nak putihkan gigi dan maintain gigi cantik kalau tak berapa ada bajet. Hanya guna bahan-bahan semula jadi dan yang ada dekat rumah. Jom kita cuba tips ini.
Sebenarnya gigi yang sedikit kuning adalah normal dan sihat. Gigi orang dewasa akan cenderung jadi kuning.
Permukaan gigi yang haus dan mededahkan struktur dentin yang berwarna kekuningan. Jangan terkejut bila gigi orang dewasa lebih kuning dari kanak-kanak.
Tapi, makanan pon memberi peranan. Ada beberapa makanan yang boleh memberi kesan kuning pada gigi. Contohnya minuman berkafein seperti kopi dan teh.
Ada beberapa cara untuk putihkan semula gigi tanpa menelan kos yang mahal. Jom cuba!
Mengunyah makanan seperti epal, sayur saderi atau lobak merah dikatakan dapat memutihkan gigi dengan seratnya.
Bila kunyah makanan-makanan ini, sisa makanan yang terlekat antara gigi dan serta plak-plak kekuningan dapat dibersihkan.
Selain menjadi snek yang sihat, kita pon dapat memiliki senyuman yang bersinar!
Antara petua untuk putihkan yang popular sejak zaman nenek moyang kita pulak adalah dengan baking soda.
Caranya, bancuhkan suku sudu teh baking soda dengan sedikit ubat gigi. Kemudian beruskan gigi seperti biasa dan bilas dengan air.
Lakukan tips ini sekali seminggu atau setiap 2 minggu. Jangan berlebihan sebab baking soda boleh menghakis enamel gigi.
Garam dipercayai dapat menambah sumber mineral pada gigi dan sekaligus menyerlahkan lagi warna putih gigi.
Sapukan garam pada gigi seperti langkah menggunakan baking soda di atas. Kemudian berus dan bilas seperti biasa.
Ia juga dapat bertindak sebagai antibakteria. Elakkan letak garam pada bahagian gusi kerana ia boleh menyakitkan.
Kalau nak elak gigi cepat kuning, boleh cuba biasakan diri minum minuman bergula atau kopi menggunakan straw.
Tindakan ini dapat elak daripada minuman direct contact dengan gigi. Kalau tak ada straw, cuba pastikan mulut dibilas selepas 30 minit minum minuman tersebut.
Sesetengah gigi menjadi kekuningan sebab lapisan enamel terhakis sehingga mendedahkan lapisan dentin di bawahnya yang berwarna kuning.
Oleh itu, pengambilan makanan berkalsium tinggi seperti susu, keju dan brokoli dapat membantu mengelakkan hakisan dan kekalkan putih gigi.
Ramai yang anggap flos gigi sebagai satu hal yang tak penting. Ubat gigi dapat bantu untuk keluarkan kotoran daripada gigi.
Makanan yang terlekat di celah gigi tidak dapat dibersihkan dengan sempurna menggunakan berus gigi. Makanan yang terbiar lama di celahan boleh menghasilkan bakteria dan plak gigi.
Oleh itu, penggunaan flos penting dalam membantu ubat gigi untuk mengeluarkan sisa makanan dengan berkesan.
Sultan Pahang Nasihat Wanita Jangan Mudah Percaya Janji Manis Lelaki Warga Asing wajar dijadikan peringatan buat semua wanita agar lebih berhati-hati dalam membuat keputusan besar yang melibatkan masa depan hidup. Dalam soal perkahwinan, rasa cinta sahaja tidak mencukupi jika tidak disertai pertimbangan matang, penelitian teliti dan bimbingan daripada keluarga.
Perkahwinan bukan sekadar penyatuan dua hati, tetapi satu amanah yang besar. Ia menentukan arah kehidupan seseorang, malah memberi kesan kepada maruah diri, keselamatan, emosi dan kebahagiaan rumah tangga pada masa hadapan. Sebab itu, sebarang keputusan untuk berkahwin tidak seharusnya dibuat secara terburu-buru, apatah lagi jika melibatkan pasangan dari luar negara yang belum benar-benar dikenal latar belakangnya.
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menasihatkan wanita di negeri ini supaya tidak tergesa-gesa membuat keputusan untuk berkahwin, terutama jika melibatkan pasangan warga asing. Nasihat Sultan Pahang ini diberikan susulan peningkatan kes perkahwinan antara wanita tempatan dengan lelaki warganegara asing yang semakin mendapat perhatian pelbagai pihak.
Menurut Baginda, walaupun perkahwinan antara rakyat tempatan dan warga asing bukan sesuatu yang salah, ia tetap memerlukan penelitian yang mendalam sebelum keputusan besar dibuat. Nasihat Sultan Pahang ini mengingatkan bahawa setiap langkah dalam kehidupan, khususnya berkaitan perkahwinan, perlu dibuat dengan penuh tanggungjawab.
Titah Baginda, perkahwinan merentasi bangsa atau negara bukanlah satu kesalahan selagi ia dilaksanakan mengikut hukum syarak dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Islam sendiri tidak melarang perkahwinan antara bangsa, asalkan ia dibina atas dasar keimanan, kejujuran dan tanggungjawab yang jelas.
Namun begitu, Sultan Pahang menegaskan bahawa setiap wanita perlu berfikir secara matang sebelum membuat keputusan besar yang melibatkan masa depan serta maruah diri. Kesilapan memilih pasangan bukan sahaja boleh menjejaskan hubungan suami isteri, malah boleh memberi kesan jangka panjang kepada seluruh perjalanan hidup seseorang.
Apa yang membimbangkan, terdapat kemungkinan segelintir individu dari luar negara mempunyai niat yang tidak baik terhadap wanita tempatan. Ada yang mungkin mengambil kesempatan, memperdaya atau menjadikan perkahwinan sebagai jalan untuk memenuhi kepentingan peribadi.
Nasihat Sultan Pahang ini menekankan bahawa wanita tidak seharusnya mudah terpedaya dengan janji manis, rupa paras atau gambaran kehidupan indah yang dipamerkan pada awal perkenalan. Hakikatnya, kata-kata manis sangat mudah diucapkan, namun untuk membuktikan keikhlasan dan tanggungjawab sebenar memerlukan masa.
Dalam soal memilih pasangan hidup, wanita perlu lebih tenang dan rasional. Jangan kerana terlalu ingin cepat memiliki teman hidup, akhirnya terjerat dalam hubungan yang membawa penyesalan.
Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, penelitian yang teliti perlu dilakukan terhadap latar belakang bakal pasangan. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian termasuk asal-usul, pekerjaan, status sebenar, kemampuan kewangan serta tujuan perkahwinan tersebut.
Nasihat Sultan Pahang ini juga mengingatkan bahawa semua perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia menjadi asas kepada kestabilan rumah tangga yang bakal dibina. Keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa boleh membawa kesan jangka panjang kepada kehidupan seseorang wanita.
Dalam masa yang sama, keluarga juga perlu memainkan peranan penting dalam memberi nasihat dan bimbingan kepada anak-anak. Restu, pandangan serta pengalaman ibu bapa sangat berharga dalam membantu membuat keputusan yang lebih tepat.
Perkahwinan bukan hanya melibatkan dua individu, tetapi turut membabitkan masa depan sebuah keluarga. Oleh itu, setiap keputusan perlu dibuat dengan penuh kebijaksanaan, pertimbangan dan doa agar rumah tangga yang dibina benar-benar membawa ketenangan.
Titah Sultan Pahang ini sangat dekat dengan realiti masyarakat hari ini. Perkahwinan seharusnya menjadi jalan menuju kebahagiaan, bukannya punca kesusahan. Pasangan hidup perlu dipilih dengan kebijaksanaan dan berlandaskan iman agar rumah tangga yang dibina membawa kasih sayang, ketenangan dan keberkatan.
Semoga nasihat Sultan Pahang ini menjadi panduan buat semua wanita agar lebih berwaspada, tidak mudah percaya pada janji manis dan sentiasa mengutamakan pertimbangan yang matang dalam memilih pasangan hidup. Dalam urusan sebesar ini, biarlah lambat membuat keputusan asalkan tepat daripada terburu-buru dan akhirnya menanggung derita.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.