Tentu senang hati dibuatnya jika pokok kunyit yang ditanam di dalam pasu kelihatan segar dan subur.

Selain daunnya digunakan di dalam masakan, isi kunyit boleh juga digunakan untuk pelbagai kegunaan. Oleh itu, memang berbaloi jika ditanam di setiap rumah.

Buat anda yang baru ingin mencuba menanam pokok kunyit, di sini dikongsikan tipsnya oleh  Azizi Manap agar dapat dipastikan pokok kunyit hidup subur dan berdaun lebar.

Ini perkongsiannya.

Assalamualaikum sahabat. Nak cerita cara saya tanam kunyit sebab ada jumpa beberapa post yang kunyitnya kering layu dan mati.

Saya juga baru je belajar menanam guna Polly beg ni baru sangat dalam 4-5 bulan lebih kurang.

Senang cerita kunyit suka sejuk maksudnya redup, kalau bawah matahari terus tanpa hujan kurang siram tanah kering dia akan kuning.

IKLAN

Ini pengalaman saya tanam atas tanah yang terdedah matahari, pokok jarak-jarak dan tak rapat  tak ada perlindungan. Kawasan matahari petang memang terik. Kalau matahari pagi ok lagi dia mampu bertahan tapi agak terbakar hujung-hujung la tak la teruk sangat. Daun masih boleh guna.

Daun Kunyit Lebar-lebar & Segar, Begini Cara Jaga Pokok Kunyit Yang Ditanam!

Saya pindah dalam Polly beg letak tepi rumah, teduh pokok rambutan. Tempat ni memang sejuk dan matahari pagi. Daun lebih lebar, daun lebih hijau dan saya hanya guna baja urea kalau ada nasi basi saya letak sikit-sikit je kat tanah dia pas tu gembur-gemburkan.

Tanah yang saya gunakan=
Sekam bakar
Sabut kelapa halus (cocopaet)
Nisbah 3 cocopaet 1 sekam bakar

IKLAN

Alhamdulillah dari 3-4 pokok kini saya mendapat 37 pokok

Guna cocopaet ni sebenarnya senang. Saya pun baru tahu kita tak perlu siram selalu sebab tanahnya memang sentiasa lembab dan bila musim hujan dia dan terlalu terendam air dan dia tak akan mampat so akar senang bercambah pokok jadi besar daun pun besar-besar geram tengok. Sukanyaaaaa…

Daun Kunyit Lebar-lebar & Segar, Begini Cara Jaga Pokok Kunyit Yang Ditanam!

Ekstra Info

IKLAN

Ok lagi satu dalam 10 pokok yang kita tanam mesti ada salah satunya layu bantut dan mati. Jadi saya korek isinya dan lihat masih cantik keras tak membusuk. Jadi saya biarkan saja alhamdulillah dah keluar tunas baru.

Jika Ada pokok anda yang layu dan mati semua daun potong je batang dia insyaallah dia akan tumbuh semula kalau isinya tak membusuk.

Jika isinya membusuk baik buang je. Gamburkan tanah jika tanah dah mengeras eloknya tukar tanah jika tak sesuai.

Jika kita lihat bagai mana orang tanam kunyit berskala besar berekar-ekar tapi cantik dan subur walaupun terdedah pancaran matahari pada pandangan saya sebab ia rapat dan tanahnya lembab tak terlalu kering. Pembajaan yang bagus kerana mereka memang pakar. Tanah bersesuaian,tanah gembur dan parairan yang bagus.

Puas juga saya cuba cari di YouTube mencari bagaimana menanam kunyit tapi semua menunjukkan cara menanamnya sahaja tapi tidak cara perawatan dan kawasan yang sesuai. Susah sebenarnya mendapatkan ilmu jika tak ada yang ajar, apa yang saya dapat semua dari pengalaman sendiri. Belajar dari kesilapan dan usaha sampai dapat. Sekian ulasan saya yang panjang lebar ni. Selamat mencuba.

Sumber : Azizi Manap

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI