Semenjak bulan puasa ini, kaum ibu tak henti-henti memikirkan menu istimewa yang ingin disediakan untuk keluarga tercinta. Kalau ikutkan hati biarlah sepanjang 30 hari berbuka, berbeza juadah!

Lantaran itu,  bukan sesuatu yang pelik bila mana pagi-pagi lagi sudah rancak berkongsi resipi antara satu sama lain hingga membawa ke waktu petang sekali pun. Perbualan ibu-ibu buat masa ini lebih kepada hal resipi, menu, makanan sedap dan seumpamanya.

Oleh itu apa kata dalam banyak-banyak resipi yang ada elok kiranya diselitkan sekali menu nan satu ini, cocktail. Melihatnya sahaja boleh buat sesiapa pun tidak sabar menikmatinya, apatah lagi bila tekak terasa dahaga. Jadi jom kita sediakan menu ini untuk berbuka nanti.


PUDING SUSU

Fruit Cocktail Penghilang Dahaga Terbaik Ketika Berbuka!

Agar-agar
Agar-agar tali 1pack
Air 1000ml + 100ml air buah koktail
Susu sejat 1tin
Susu pekat 1tin (boleh kurangkan)

Fruit Cocktail Penghilang Dahaga Terbaik Ketika Berbuka!

Sos
2 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat
4 sudu besar gula (mengikut citarasa masing-masing)
3 cawan air
Air buah koktail
Secubit Garam
*masak sehingga mendidih
+
**3 sudu besar tepung jagung dan sedikit air, masukkan dalam sos kacau sebati hingga sedikit pekat.

Tambahan
Jelly@sumi
Nata de coco
Buah koktail@laici

sumber :  Citiey Zakaria via Mahn


PUDING KOKTAIL

Fruit Cocktail Penghilang Dahaga Terbaik Ketika Berbuka!

Resipi Kuah

IKLAN

( bahan A)

1 tin susu cair
2 cawan susu segar (saya guna dutchlady)
1 1/2  sudu besar tepung kastard
Secubit garam
6 sudu besar gula (terpulanglah pada masing-masing ye..kalau nak manis tambah gula lagi)

Cara-cara:

  1. Masukkan susu cair dah susu segar dalam periuk.
  2. Masukkan gula, garam dan tepung kastard (tepung kastard ni bancuhkan dulu dengan adunan susu tadi dalam cawan supaya tidak berketul…dah bancuh terus masukkan dalam susu tadi).
  3. Kacau semua sehingga menjadi pekat. Harus diingat, mesti sentiasa mengacau kuah ini dan menggunakan api perlahan untuk mengelakkan hangit. Nampak kuah dah pekat boleh tutup api.

Resepi puding

(bahan B)

1 cawan tepung kastart
5 cawan air

Nisbah 1:5 (tak kesah lah nak sukat guna cawan / mug / mangkuk)

Cara2

IKLAN

Masukkan bahan2 dalam periuk…kacau puding atas api hingga menjadi pekat…(agak-agak dah mengelegak lama boleh tutup api.)

Dah sejuk, boleh masukkan dlm bekas..sejukkan dlm peti ais….dah sejuk boleh potong puding ni kecik2 (potong dadu – sebesar nata de coco)

Bahan2 campuran utk dimasukkan ke dalam kuah nanti

(bahan C)

1. Buahan campuran dalam tin – ambik sedikit air utk dicampurkan ke dalam kuah..jangan bnyk agt..sekadar kuah tu nanti rasa masam2 manis
2. Kacang merah kidney dlm tin – tapiskan dulu utk buang air…ambik kacangnye shj
3. Nata de coco (letaklah pelbagai warne dan perisa supaya nampak cantik bewarna warni) – ambik isi nye sahaja..air sy x ambik
4. Buah plum ( sy gune sun sweet – utk rasa masam2 manis) – hiris kecik2
5. Kacang goreng

Nota : bahan2 diatas adalah bahan yg saya selalu masukkan utk dijadikan puding koktail.namun anda semua boleh memasukan ape sahaja bahan yg anda semua rasakan sedap utk dimasukkan ke dalam kuah tu nanti..cth : boleh masukkan buah segar seperti tembikai susu, nenas (potong dadu), juga boleh masukkan agar2, sumi..

Dah ada semua bahan, boleh satukan kedalam satu bekas….
Bahan A + Bahan B + Bahan C….
Nak makan sejuk…masukkan dlm peti ais….

IKLAN

**cara nak campurkan : mula2 letak sikit2.. Jgn terlampau bnyak bhn2, nanti kemarau kuah plak….agak kuah banyak lg, tambahlah bahan2 lagi…cth letak skit2 dulu nata de coco, puding dll..masukkan kuah…agak nampak kuah bnyk.lg..tbah skit lagi bahan2 nye… dan seterusnya.

sumber : Hasanah Aziz Ctyus Via MAHN


 

KOKTAIL BUAH

Fruit Cocktail Penghilang Dahaga Terbaik Ketika Berbuka!

Bahan-Bahan :
2 tin susu cair
1 tin laici / longan
1 tin buah untuk koktail
Buah anggur & stawberry
Nata de coco
Sumi Jelly
sedikit bahan perasa (gula dan garam)
Nak tambah buah-buah lain pun boleh. Ikut selera korang.

Fruit Cocktail Penghilang Dahaga Terbaik Ketika Berbuka!
Cara-Cara:

1. Campurkan susu cair, air longan, air buah koktail, air nata de coco (ambil air sahaja, buah asingkan dalam bekas lain) buah campuran koktail

2. Masukkan sedikit gula (untuk tambah manis, jika suka) dan secubit kecil garam.
Kacau campuran tadi sehingga gula dan garam hancur atau boleh juga panaskan / masak di atas dapur untuk seketika (keluar wap dan boleh padam api).

3.Jika dimasak, sejukkan dahulu barulah boleh masukkan isi buah yang diketepikan tadi bersama sumi jelly.

4. Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan.
Untuk lebih sedap, sejukkan campuran koktail buah tadi di dalam peti ais terlebih dahulu. Jika suka makan tanpa ais, tak perlu tambah gula dalam koktail kerana campuran telah sedia manis.

sumber : viral oh viral

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI