The Chosen One cetus fenomena lagi! Tahun lepas, program realiti baharu nombor satu di Malaysia ini telah mencipta fenomena setelah menjangkau lebih dari 3.5 juta penonton di kaca televisyen.
Juga masih ingat lagi, nama adik Amir Sisi yang merupakan kanak-kanak berusia 12 tahun dari perkampungan orang asli di Gerik, Perak yang telah dinobatkan sebagai juara musim pertama.
Kejayaannya tular sehingga mencatatkan lebih 235 juta tontonan di TikTok, sekaligus membuktikan potensi bakat generasi muda Malaysia!
Musim Ke Dua
Kini, Astro sekali lagi tampil dengan program pencarian bakat, ‘The Chosen One 2024’, yang bakal menemui penonton mulai 20 September.
Program ini akan bersiaran setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan akan turut disiarkan serentak di Astro Ria (saluran 104).
Setelah kejayaan musim pertamanya yang mencetuskan fenomena luar biasa, ‘The Chosen One 2024’ dijangka menarik perhatian lebih ramai penonton.
Ads
Melonjakkan Bakat Generasi Baharu
Selaras dengan aspirasi Astro untuk melahirkan bintang masa depan, musim kedua ‘The Chosen One 2024’ kembali menampilkan format yang sama, tetapi dengan intensiti yang lebih hebat.
Mengekalkan format lalu, musim kedua turut menggandingkan peserta yang berbakat dalam nyanyian dengan penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai coach mereka.
Daripada ribuan yang mencuba nasib, 16 peserta berusia antara 11 hingga 17 tahun telah dipilih melalui uji bakat seluruh negara.
Daripada jumlah itu, hanya 8 peserta yang berjaya memikat hati para coach selebriti dan akan dipilih sebagai pasangan duet mereka. Setiap pasangan akan berentap di pentas utama untuk meraih gelaran juara musim ini.
Ads
Barisan Juri & Coach Hebat untuk Musim Yang Lebih Epik
Musim ini menyaksikan kepulangan juri legenda, Dato’ Awie, ikon rock Malaysia, yang akan terus menghangatkan pentas bersama penyanyi bersuara emas dan pemenang pelbagai anugerah, Jaclyn Victor.
Bersama-sama mereka, pengacara program Jihan Muse, seorang pelawak dan pelakon popular, akan bergandingan dengan personaliti radio ERA, Haziq Hussni, bagi mengendalikan setiap episod dengan penuh jenaka dan kejutan.
Ads
Bukan itu sahaja, musim kedua ini juga menampilkan barisan penyanyi ternama Malaysia sebagai coach yang akan mengasah bakat peserta. Antaranya ialah Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita, serta pasangan kembar berbakat besar, Firdaus & Fahimi Rahmat.
Kesemua mereka bersedia memberikan tunjuk ajar dan membawa peserta ke tahap yang lebih tinggi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kemunculan bintang masa depan dalam ‘The Chosen One 2024’. Adakah anda bersedia untuk menyaksikan siapa yang akan dinobatkan sebagai juara musim ini? Saksikan malam ini di Astro Ceria dan Astro Ria!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penghibur Lagenda Tanah Air, Datuk Jamal Abdillah, 63 dan isteri, Zai Izzati Khiruddin, 27, sepakat memilih tarikh cantik, 22 Februari depan bagi menyambut kelahiran cahaya mata kelima mereka.
Bukan hanya berkongsi tarikh kelahiran, tetapi bapa kepada empat cahaya mata ini juga sudah memilih nama yang istimewa buat cahaya mata kelimanya itu.
Menurut Datuk Jamal, isterinya dijangka akan bersalin pada 28 Februari ini, namun isterinya sanggup melahirkan anak secara pembedahan kerana mahu dapatkan tarikh kelahiran ‘cantik’ itu.
“Jika diikutkan, isteri akan bersalin pada 28 Februari. Namun, Insya-Allah, Zai melahirkan anak secara pembedahan pada 22 Februari ini.
“Tarikh 22 Februari dipilih kerana angka cantik. Tetapi sebagai manusia, kita hanya mampu merancang,” katanya berkongsi.
Iskandar Rayyan Yamani Penyeri Baru Dalam Keluarga
Bukan hanya berkongsi pada umum tarikh kelahiran, malah Datuk Jamal dan isteri juga berkongsi nama yang dipilih untuk si comel putera kesayangan mereka iaitu Iskandar Rayyan Yamani.
“Pada mulanya hendak letak nama Iskandar Zulkarnain. Namun, nama itu sudah biasa didengar. Jadi, kami pilih Iskandar Rayyan,” katanya.
Walaupun usianya sudah 63 tahun, namun Datuk Jamal tidak lokek membantu isterinya menjaga dua anak mereka dan kini kembali bersedia untuk menimang cahaya mata baru.
Terdahulu, Datuk Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata Nur Azura Yamani, 3, dan El Isaac Yamani berusia setahun lebih. Datuk Jamal juga mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 16, menerusi perkahwinan terdahulu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu dan ayah adalah dua insan yang cukup kita sayangi dan amat bermakna. Tanpa mereka siapalah kita di dunia ini.
Andai mereka mengadu sakit pening, hati kita pasti risau dan kalau boleh ingin segera kita rawat agar keduanya kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan dengan baik.
Namun apa daya bagi seorang anak ini, bila ibu ayahnya yang telah pun berusia dijangkiti covid-19. Terasa gugur jantungnya ketika berdepan dengan ujian hebat ini.
Hal ini turut dikongsikan diakaun fbnya dan mengundang respon yang rata-ratanya sebak dan mendoakan yang baik-baik buat keluarganya.
Sumpah time ni aku x kuat… rasa nk luruh jantung.. kaki aku rasa mcm x pijak ape2… otak aku dh terbayang mcm2… tp aku tahan air mata aku.. tunjukkan aku kuat depan mak… aku x nk mak tgk aku lemah.. aku nk mak aku tgk aku kuat!!!
Mak berjangkit dengan ayah.. ayah pula berjangkit ketika die solat di masjid…yg mana pada hari itu hadir sahabatnya yg bru pulang dr perhimpunan tabligh…..
mulianya cara jangkitankn ketika mana kita nk bertemu Allah.. dalam rumah Allah….Sempat juga aku pesan dekat die mak kne kuat yeee ini ujian Allah buat kita.. dah seminggu lebih mak di wad iso di bainun..
hari2 call tnye kabar… alhamdulillah hari2 suara die bersemangat.. inshaAllah 30/3 ni dia akan buat saringan lgi skali.. harap2 keputusannye -ve… doakan mak dan ayah saya yee…sahabat2…
Manakala postingnya yang berikutnya, turut berkongsi keadaan terkini ayahnya yang juga sedang menerima rawatan di hospital.
Allah turunkn ujian buat hamba yg dia sayang… dan jangan sesekali kita rasa kita terselamat dr ujian… sesungguhnya terselamat dr jangkitan wabak itu sendiri adalah juga ujian… malam td call ayah.. sayu suaranya katanye x sihat… Allahu.. pagi ni call lg Alhamdulillah katanye okey…ya Allah ya rabb.. tiada daya kami anak2 dpt membantu selain dari berdoa pada mu… rindu ayah rindu mak… kita dekat tp jauh
Sungguh berat ujian ini, dan bersamalah kita doakan agar ibu dan ayahnya bebas daripada Covid-19. Amin…
Mungkin masih ada lagi antara kita masih tercari-cari ruang masa untuk pergi menukarkan wang di bank untuk dimasukkan ke dalam sampul raya. Maklumlah, seakan sudah menjadi budaya, beraya sambil bersedekah kepada anak-anak yang bertandang ke rumah.
Atas sebab itu juga, tentu jumlah wang yang ingin ditukar besar jumlahnya. Jadi diharapkan agar kita lebih beringat supaya perkara seperti disamun tidak berlaku ini sebagaimana perkongsian pengalaman daripada Encik Schaiff Shaari tentang kejadian ngeri yang menimpa dirinya.
Ngeri bila nak tukar Duit Raya
Bila tiba bulan Ramadan, ada satu peristiwa yang Schaiff Shaari tak dapat lupakan. Harap perkara ini menjadi iktibar buat semua.
Kejadian ni berlaku pada tahun 2007, masa tu memang dah nak dekat dengan Raya. Orang semua mula sibuk nak tukar duit raya.
Sebagai seorang yang bekerja dalam bidang kewangan, Schaiff bantu pekerja-pekerja untuk tukarkan duit raya biasalah dah kita selalu berurusan dengan pihak bank.
Bila dah kumpul semua berapa jumlah duit yang nak ditukar, Schaiff pun pergi la ke bank. Memang orang dah mula beratur panjang, tapi sebab kita dah kenal pekerja kat situ, diorang dah siap-siap tukarkan untuk Schaiff. Pelanggan tetap lah katakan.
Lepas keluar dari bank, Schaiff terus masuk kereta dan terus kembali ke pejabat. Jarak perjalanan dalam 3km. Schaiff memandu seorang waktu tu. Ye lah, kita dah biasa pergi seorang.
Dalam perjalanan, tiba-tiba ada sebuah kenderaan Toyota Altis memotong kenderaan yang Schaiff pandu. Kelihatan pemandu tersebut memakai baju preman bertopi yang ada logo Polis.
Pemandu tersebut mengarahkan Schaiff berhentikan kereta, kita pun bersangka baik lah sebab nampak polis kan. Setelah kereta diberhentikan, Schaiff buka la tingkap, pegawai tu kata dia Polis dan ingin memeriksa kereta. Katanya, dia suspek Schaiff bawa dadah.
Astaghfirullah, terkejut dengar. Macam tak percaya. Dalam sibuk bercakap tu, Schaiff ternampak rakan pemandu tersebut terus meluru ke pintu kereta Schaiff sebelah penumpang. Katanya nak geledah.
Schaiff baru teringat, dia sebenarnya nak ambil bungkusan duit dalam laci desk board. Schaiff cuba nak rampas balik, tapi perkara itu berlaku begitu pantas.
Pemandu yang sebelah Schaiff tu merampas kunci kereta dan menekan Schaiff ke kerusi bagi mengelakkan Schaiff bergerak. Schaiff cuba bunyikan hon kenderaan, dia tumbuk muka dan tiba-tiba mata berasa pedih.
Rupa-rupanya Schaiff kena spray dengan pepper spray. Allahuakbar, Allah saja yang tau perasaan Schaiff masa tu. Wallet, kunci kereta semua di ragut.
Tinggallah Schaiff keseorangan di situ. Mujur ada phone, dapat juga hubungi rakan sekerja minta bantuan.
Cuma Schaiff nak pesan pada yang selalu atau nak ke bank tu berhati-hatilah, ini tips yang mungkin berguna: 1) elakkan pergi ke bank berseorangan 2) jangan bermain telefon, sentiasa peka keadaan sekeliling dalam bank dan luar bank. 3) elakkan menyinggah ke mana-mana selepas keluar dari bank. Nak isi minyak pun jangan. Lagi bahaya kalau buat macam tu. 4) jangan berhenti kenderaan, sebaliknya terus pandu ke Balai Polis jika rasa ada yang mengekori. 5) Kalau boleh, ikut jalan yang tidak begitu sunyi. 6) boleh juga minta eskot dari pihak PDRM 7) kalau nak buka tingkap kereta tu, buka sikit je asal boleh dengar suara. 8) elakkan letak duit dalam envelope.
Ni baru satu kisah, belum kisah kena samun lagi. Nanti ada masa Schaiff story lagi.
Itulah kejadian yang memang Schaiff tak akan lupakan. Mata lebam sebelah kena tumbuk.