Pelakon veteran, Roslan Saleh kini dilapor semakin uzur dan deria penglihatannya telah tiada disebabkan menghidap penyakit kencing manis kritikal.
Keadaan terkini Roslan atau lebih mesra disapa Pak Lan dikongsi pendakwah Ustaz Taufik UT menerusi laman Facebooknya, semalam.
“Keadaan kesihatan pelakon legenda, Roslan Saleh (Pak Lan) semakin hari semakin uzur. Matanya dah tidak boleh melihat langsung seumur hidup kerana saraf matanya telah pun dimatikan oleh doktor.
“Tujuannya untuk menghilangkan rasa sakit dan pening kepada yang dirasai Pak Lan bertahun-tahun lamanya akibat kencing manis yang kritikal,” tulisnya.
Ads
Taufik berkata, ketika menziarahi pelakon veteran itu di kediamannya yang terletak di Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka didapati Roslan kini tidak mampu bergerak dan perlu memakai lampin pakai buang setiap hari.
Roslan perlu didukung oleh anak bongsunya kerana kedua-dua kaki pelakon itu langsung tidak boleh digerakkan.
Ads
“Berat badannya juga susut akibat selera makan yang tak menentu. Mohon sama-sama kita doakan Pak Lan akan dipermudahkan segala urusan dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan penuh ketabahan dan kesabaran,” ujarnya.
Ads
Beliau berkata, pihak yang ingin membantu meringankan beban Roslan boleh menghubungi ahli keluarga pelakon itu untuk butiran lanjut.
Sekadar informasi, Roslan antara barisan pelakon veteran yang amat disegani ramai.
Kemunculannya dalam filem Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan meninggalkan kesan mendalam sehingga nama beliau sering diangkat sebagai pelakon yang handal bermain dengan segala watak dalam sesuatu karya.
Sumber: Ustaz Haji Taufik
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Balang dan botol berkaca ada banyak kegunaannya pada kita di masa akan datang. Jika tidak digunakan menyimpan barangan lain, ada manfaatnya untuk kegunaan harian. Jadi janganlah terus dibuang, sebaliknya simpan.
Pun begitu, balang dan botol kaca seperti balang kuih muih serta bekas rempah ratus adakalanya meninggalkan kesan kotoran. Malah kotoran ini juga melekat di dinding kaca dan biasanya agak sukar untuk ditanggalkan. Lebih sukar lagi celahan balang kaca yang
berlekuk dan berbingkai di atasnya.
Tidak perlu lagi mengambil masa merendamnya untuk tempoh yang lama sebaliknya gunakan 3 petua mudah ini.
Soda Bikarbonat Dan Air
1. Rendam sedikit soda bikarbonat di dalam bekas kaca.
2. Letakkan air secukupnya dan biarkan direndam selama 10 minit.
3. Goncang hingga bersih.
Sabun Dan Beras
1. Campurkan beras bersama air sabun cuci pinggan.
2. Air jangan terlalu banyak.
3. Goncang hingga kotoran tertanggal dan dibersihkan.
Air Dan Cuka
Cuka antara bahan yang cukup kuat untuk membersih.
1. Rendam air cuka di dalam botol kaca ini.
2. Biarkan direndam seketika selama 15 minit.
3. Goncong dan bilas bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasuki pertengahan tahun, pasti ibu bapa berdebar menantikan keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak-anak. Apabila melihat markah yang dipaparkan oleh guru di ruangan online, ada yang suka tak kurang yang kecewa.
Justeru, Cikgu Mohd Fadli Salleh berkongsi semula tips untuk ibu bapa dan penjaga untuk bantu anak yang lemah dalam sesuatu topik khususnya mata pelajaran Matematik.
Walaupun cikgu ini berkongsi tip untuk subjek matematik, namun ia relevan untuk digunapakai bagi subjek lain juga.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anak-anak di dalam satu-satu mata pelajaran yang lemah.
SOKONGAN KITA BOLEH MEMBANTU ANAK YANG LEMAH DALAM PELAJARAN. ?
Aku kongsi semula tips untuk ibu bapa dan penjaga untuk bantu anak yang lemah dalam sesuatu topik khususnya mata pelajaran Matematik.
1) Download soalan peperiksaan pertengahan tahun/akhir tahun dan minta anak buat seperti tempoh peperiksaan. Google je, belambak soalan boleh dimuat turun dan cetaklah.
Boleh juga guna set soalan dalam buku latihan yang dibeli. Jangan benarkan anak meniru, tengok sifir dan bertanya dalam tempoh ini. Jangan bagi adik-adik dia kacau. Buat bagai peperiksaan yang sebenar.
Wajib ikut masa sebenar. Satu jam untuk 40 soalan.
2) Jika anak tak sempat siapkan dalam masa sebenar, kenal pasti kenapa dan apa punca.
Biasanya ia berpunca pada masalah berikut :
a) Tidak hafal sifir. Sifir adalah jantung Matematik. b) Tidak hafal rumus dan formula. c) Mereka terperangkap dengan soalan KBAT dan ‘tricky’. Soalan yang sengaja dibina untuk menghabiskan masa murid.
Sebaik kenal pasti punca, terus rawat!
Paksa hafal sifir, paksa hafal rumus dan formula, paksa hafal jadual perkaitan, fakta asas dan sebagainya.
Jika disebabkan terperangkap dengan soalan ‘tricky’ atau KBAT, minta mereka abaikan soalan tersebut dan move on ke soalan seterusnya.
3) Rujuk skema jawapan dan tanda kertas anak bersama dia.
Tanda bersama anak ini penting supaya mereka sedar kat mana mereka cuai dan silap. Senang kita nak cubit ke apa. Hihi.
Kira markah dan tulis besar-besar macam cikgu selalu tulis. Buku latihan biasanya disediakan skema jawapan dibahagian tengah atau belakang.
4) Kesan topik apa yang anak buat silap dalam kertas soalan tersebut. Contohnya jika dia salah dalam topik Peratus, Isipadu Cecair, Perpuluhan, Pecahan, Luas, Ukuran Panjang dan Jisim; listkan semua sekali.
Mula latih mereka secara topikal. Mula dulu dengan Peratus. Bagi penerangan cara kira yang betul mengikut kefahaman kita. Bagi soalan Bahagi je banyak-banyak. Bagi sampai 50-100 soalan pun tak apa. Biar dia buat sampai dia faham betul-betul.
Ini dinamakan teknik masteri. Murid belajar satu-satu topik sampai dia betul-betul kuasai baru bergerak ke topik seterusnya. Tak semestinya dalam satu hari kita buat semua ini, mungkin makan masa 2-7 hari baru mereka kuasai. Atau lebih.
Jangan risau bab masa. Lambat ke cepat dia boleh kuasai tu nombor dua. Yang penting latih tubi topik sama.
Buku latihan berbentuk topikal berlambak di pasaran. Beli sahaja. Bila dah kuasai, baru bergerak topik seterusnya yang mereka salah dalam peperiksaan. Latih tubi lagi sama macam topik Peratus tadi.
Begitulah ulang dan ulang sehingga mereka kuasai semua topik yang mereka lemah tadi.
Langkah akhir sekali, beri semula soalan peperiksaan pertengahan tahun atau set soalan akhir tahun yang merangkumi semua topik.
Bagi anak jawab, InsyaAllah ada peningkatan yang mendadak.
*************
Aku tahu, pasti ada yang pertikai kenapa suruh ibu bapa ajar anak kat rumah. Pasti ada yang kata itu tugas guru.
Benar, tugas mengajar adalah tugas guru. Benar sekali.
Cuma perlu diingatkan guru mengajar secara kelas. Tak boleh hadap satu hadap satu. Tak boleh tumpu pada anak kita seorang. Tak boleh bagi perhatian macam ibu bapa boleh bagi secara one to one dengan anak.
Bila mengajar secara kelas, pasti ada murid yang ketinggalan. Yang mana mereka tak faham tapi mereka tak tanya pula. Bila mereka tanya, penerangan yang diberi mereka faham seketika. Pulang lupa pula. Tambah-tambah bila cikgu mula masuk topik yang seterusnya.
Topik yang mereka belum betul-betul faham, mereka akan tak dapat kuasai.
Ini tips KHAS UNTUK IBU BAPA YANG MAHU MEMBANTU anak-anak mereka belajar di rumah. Yang tak nak bantu, tak apalah.
Ini bukan paksaan. Ini bukan gesaan. Ini cuma tips asas bagi ibu bapa yang berkobar-kobar nak bantu anak, cuma tak tahu cara.
Nah, inilah caranya. Aku bantu kalian tunjuk jalan.
Silakan SHARE kepada kawan-kawan kalian yang jenis suka bantu ajar anak-anak di rumah juga.
Kerjasama ibu bapa dan guru pasti lahirkan generasi yang lebih berjaya.
Wang dan masa yang terhad selalu menjadi punca utama kita untuk membawa anak-anak merehatkan minda. Namun perkongsian seorang bapa yang juga penulis kekeluargaan, Firdaus Syakirin ini membuka mata semua.
Benar wang yang banyak bukanlah kunci utama untuk membuka peluang membawa anak bercuti. Berehat, healing dan bercutilah mengikut kewangan kita. Yang penting kita rehat dan mencipta memori dengan anak dan keluarga.
Kalau tunggu ada banyak duit baru boleh seronok, maka susahlah. Ada sikit, kita seronok la cara sikit.
Nak kumpul bagi banyak pun, tapi asyik tertekan, stress, moody, bergaduh, masam muka, hang kata aku, aku kata hang. Jadi tak seronok jugak.
Si suami pergi balik kerja hari-hari, si isteri uruskan hal rumah hari-hari. Si anak p belajar hari-hari. Mental dan emosi setiap penghuni rumah tu, berlainan ikut apa yang dilalui.
Tapi kalau kena tunggu “ada duit” baru boleh ambik suasana baru, baru boleh keluar release tension, me time, family time, maka lambat. Dan la masing-masing burn out…terus tak harmoni isi rumah tu.
Duit ni, kita guna ka, kita tak guna ka, tetap habis serupa tu jugak, tak lekat jugak kat tangan walaupun tak keluar mana-mana, dok saja dalam rumah.
Duit sikit, kita belanja cara sikit. Duit banyak, kita belanja cara banyak…takat mana yang ada, sesuaikan saja apa aktiviti yang kita boleh buat.
Nowadays, bukan isteri saja yang sakit otak, suami dan anak-anak pun sakit otak gak kalau tak ke mana-mana untuk reset balik otak tu.
Sekecil-kecil perbelanjaan, cukup untuk masing-masing hilangkan tekanan, reset dan refresh badan. Isi minyak kereta, jalan. Letak tikar, bawak lauk dari rumah, makan tepi laut. Balik semua happy.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.