Tinggal di rumah kampung bukanlah penghalang untuk kita menghias kediaman. Walaupun rumah kampung tapi kalau kita bijak menghias memang terus berubah wajah. Bukan alasan lagi untuk tidak perlu menghias kediaman meski hanya sebuah rumah kampung.
Selalunya modal sering dijadikan alasan untuk menghias kediaman. Memang betul semuanya perlukan duit namun jika kita bijak menggunakan barang-barang yang murah serta kreatif maka kediaman impian pasti menjadi kenyataan.
Dekorasi Dapur Rumah Kampung Hasil Bertukang Sendiri
Berikut catatan Norpadilah Binti Afandi yang berkongsi pengalaman menghias ruang dapur dengan hasil kudratnya sendiri.
“Ramai yang beranggapan untuk berhias dan mencantikkan kediaman mesti ada modal yang tinggi. Tidak dapat dinafikan fakta ini memang benar. ada modal semua pun jadi. Ye betul…..tak boleh nak dinafikan fakta yang satu tu…tapi bagi kita di ‘kampung house,’ takda modal la puncanya….maka mendesak kita untuk berkarya dengan kudrat tulang empat kerat yang ada.
“Walaupun makan masa hampir dua hingga tiga tahun, semuanya dibuat secara beransur-ansur. Semua dilakukan sendiri. Dek kekangan masa dan tugas hakiki, bila bekerja seorang diri pahit dan manis itulah yang buat kita lebih menghargai setiap perkara.
“Walau tak perfect hasil bertukang orang perempuan…syukur sebab air tangan sendiri. Terima kasih buat encik suami yang sangat menyokong impian kita…selalu bawa balik kayu dan barang terpakai untuk kita realisasikan dapur yang seadanya buat berkumpul anak beranak……tiada peralatan mahal di sini, tiada pinggan mangkuk berjenama juga…..yang ada di sini cuma kasih sayang dan rasa bersyukur.”
Air Tangan Wanita Ini Memang Terbaik
Berikut hasil penat lelah pemilik kediaman yang bertungkus lumus merealisasikan dapur impiannya.
Membaca perkongsian pelakon cantik manis tentang kisah hidupnya membuatkan ramai yang sebak dan terharu.
Biar sudah terkenal, namun dia tidak pentingkan diri, jauh sekali meninggi diri. Sebaliknya Emma Maembong nyata anak mithali.
mengimbau kenangan ketika kecil, dia yang dilahirkan sebagai anak pelukis hanya mampu mendengar kisah kawan-kawan yang bangga bercerita tentang pekerjaan ayah mereka. Sedangkan dia hanya anak pelukis.
Namun dia tidak malu, bahkan seawal usia 15 tahun, Emma sudah mula bekerja untuk membantu ayahnya.
Kesusahan mengajar erti kehidupan buat pelakon yang cukup manis dengan senyuman. Tidak hairanlah apabila dia sudah punya harta dan kerjaya, jasa dan pengorbanan si ayah tidak dilupakan.
Baru-baru ini sempena hari jadi ayahnya, Emma telah menghadiahkan sebuah kereta untuk lelaki kesayangannya itu. Wah bertuah betul kan ayah Emma!
Dari kecik kawan2 mesti cerita “ ayah aku CEO” “ ayah aku kerja besar” ayah kau emma cuma pelukis je. Boleh hidup ke? Kau plk tak sekolah mcm mana nk jaga ayah kau. Dari umur 15 dah mula berkerja untuk bantu ayoh.
Belajar membaca sendiri,belajar erti hidup .bila kita berjalan byk benda perlu berlajar sendiri. Byk cabaran dan dugaan tp apa2 pon yg jadi usaha paling penting.
And This is for you ayoh. Thank you sbb jaga tima dgn baik. Dari kecik sampai besar. Tima cuma nk ayoh dan mama bangga dgn tima. Hope you like. Love you so much ayoh.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Perkongsian tersebut membuatkan ramai pengikut Emma terharu dan memuji sikapnya termasuklah mendoakan semoga dia dimurahkan rezeki selalu.
nuratiqah_hassan08Seronok tgk bila Org tua kita happy kan emma @emma_maembongofficial .Bersyukur sgt2 saya rasa walaupun cuma dpt bagi mak ayah sya keta perodua ALZA sahaja .Syukur alhamdulilah .Doakan sya dpt bawa mak ayah sya menunaikan umrah pula.insya Allah amin
maz_nie_Terharunya rasa. Jadi inspirasi saya utk berikan hadiah pada mak ayah sendiri nanti. Tahniah emma ❗ atas pemberian hadiah kepada ayahda tercinta. Mudah mudahan rezki emma akan mencurah2 lagi lepas nie. Tidak ada yg membahgiakan melainkan doa org tua tercinta
ell.mohdBertuahnya ayah…psti mdpt ganjaran yg terbaik dri Allah SWT buat ank yg bersungguh membahagiakan ibubapanya. Tahniah @emma_maembongofficial ❤️
hani_honeydshAlhamdulillah… rezeki Allah yg tentukan.. Emma mmg anak yg baik, begitu adik beradik yg lain.. sgt menghargai mama n ayoh.. semoga rezeki emma n family makin melimpah ruah… Aamin
ctzulaikhazulkipliNi baru thu kisah akak .. hdup dlu susah .dgn usaha akk bleh berjaya .akk buat sy lgi smngat utk trus dgn cabaran hidup .thanks akk .onemore ,, rezeki akk mudah sbb akk utamakn ibubapa kan?humm ? happy tgk kak @emma_maembongofficial
datoseri.ben? kasih anak kpd ayah… tanpa ayah hidup kosong. Selagi hidup di kandung nyawa… membuat ayah menjadi bahagia adalah keindahan menjadi seorang anak
amoykamTahniah @emma_maembongofficial ,terharu akk….kalau arwah bapa akk masih hidup sure akk buat spt emma buat. Tp sayangnya arwah pergi terlalu awal tak merasa kesenangan ank2 mcm emma. Bangga dgn emma, teruskan berbakti pd org tua, nescaya akn dpt keberkatan hidup...
khatipahismailD doakn semoga emma mndapt suami yg baik..mcm alvin..carrying.. loving…mudh2an die jgk boleh membanggakn dn membahagiakn suaminya bila berkahwin nnt..in syaa Allah…seperti dia membanggakn dn membahagiakn ayohnya sekrg…??
aizurbaizuraTiba2 mata kena bwg bila tgk video nie ???… Jahat betul la bwg nie… Rindunyaaa kt arwah ayah.. Moga ayah @emma_maembongofficial diberi kesihatan yg baik… Amin
Bantuan kewangan RM 600 kepada pekerja yang bercuti tanpa gaji, sebagaimana diumumkan oleh PM baru-baru ini, disambut baik oleh ramai pihak.
Dan di sini, dijelaskan bagaimana cara untuk mendapatkan bantuan tersebut sebagaimana yang dikongsikan di akaun Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan.
COVID-19: BAYARAN TERUS KE AKAUN PENERIMA UNTUK BANTUAN CUTI TANPA GAJI
Saya menerima banyak pertanyaan berkenaan cara memohon bantuan cuti tanpa gaji ini.
Disini dijelaskan untuk pengetahuan rakyat bahawa anda yang diberi notis cuti tanpa gaji oleh majikan TIDAK PERLU MEMOHON kerana bantuan tersebut akan disalurkan terus ke akaun bank anda oleh majikan masing-masing.
Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memohon bagi pihak pekerja mereka. Majikan akan menerima bayaran dari PERKESO dan WAJIB mengkreditkan RM600 tersebut kedalam akaun pekerja mereka dalam tempoh 7 hari.
Juga diingatkan lagi, mereka yang layak menerima bantuan ini adalah pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020. Ianya juga layak kepada pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tidak melebihi RM4,000 sebulan.
Anda boleh membuat pertanyaan lanjut di talian 1-300-22-8000 atau emel kepada perkeso@perkeso.gov.my ATAU menyalurkan aduan/pertanyaan melalui https://www.facebook.com/PERKESO.Official/