Setelah PKP dilanjutkan lagi 2 minggu sehingga 28 April 2020 ada yang menyambut dengan hati yang redha dan ada yang pasrah.
Tentunya kita ada sebab untuk risau setelah memikirkan apa yang bakal berlaku pada ekonomi keluarga. Duit simpanan makin menyusut. Tentu risau memikirkan membeli bekalan makanan untuk besok, minggu hadapan dan bulan-bulan yang akan datang.
Lantaran itu, kini ramai antara kita yang di berhentikan kerja mengambil upan menghantar makanan atau membeli barangan di pasar. Kerjaya runner ini menjadi popular sejak PKP dilanjutkan memasuki fasa ke tiga ini.
Namun dikala mereka mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak agar bekalan makanan tidak putus di rumah ada cerita tidak sedap didengar.
Ada segelintir mengambil kesempatan dengan memberi upah rendah kepada runner tidak setimpal kerja yang dilakukan.
Ikuti perkongsian ini. Moga jadi iktibar bersama.
ADA HARGA YANG PERLU DIBAYAR
Ads
Untuk itu RM4.10/- cukuplah . Tak perlu bayar lebih . Aku diam dan cuba menenangkan diri. Menolak trolli mall itu bukanlah berat tapi amat lambat aku rasa untuk sampai kemotor . Dari tadi mula mencari cari barang yg dipesan ambik gambar itu dan ini , online WhatsApp untuk pilihan yg mane satu brand yg dimahukan . Dan beratur panjang untuk buat bayaran . Hampir 1 jam untuk menguruskan pembelian ini job (personal shopper ) nampak macam seronok tapi hakikatnya yg pernah buat saja yg tahu . Patutlah ada yg tak suka pi belanja . Sebelum turun kereta kene berpusing pusing cari car park . Ok siap pack kita ride delivery. Telephone asik bunyi je . “Awak kt mane dah siap belum?,Jangan tipu saya nanti saya viralkan nama awak !!” .
Sentap aku . Aku ambik gambar barang barang atas motor snap gambar receipt dan SEND … malas nak type panjang panjang nanti kerja tak siap.
Perjalanan sejauh 29km pada aku tak lah jauh sangat . Tapi nak lepaskan traffic lights kat simpang bandar ini memang sangat stress. Ada pulak kereta rosak kt simpang lagi lah sesak . Tapi kitakan RUNNER celik jalan je sampai ..
“Datin . Semua barang barang datin saya dah siapkan dan receipt bayaran dibag plastik depan . Semuanya RM195.90 seperti yg Saya WhatsApp tadi . “
“Nah ambik RM200/- baki tu buat upah barang tu kau hantar kt meja dapor”.
Ads
Tetiba aku terdiam tak terkata kata note RM50/ x 4 keping itu aku genggam tutup rapat letak barang siap , pakai helmet start motor dan pulang .
Sampai dirumah. Anak anak tanye mane gula gula ayah nak beli tadi?
Aku habiskan 1 hari punye kerja . Angkat barang beratur panjang dan bayar dahulukan duit aku bawak motor hampir 58/60km buat kerja 3@4 jam dan lepas tolak modal dan baki yg ada CUMA RM4.10 /- itu belum kire duit minyak aku dan setengah hari aku belum makan .
Takpe jom kita pi kedai depan beli gula gula .. hari ini rezeki kau orang anak anak ya. Ambik nie RM4.10/- beli ice cream dan gula gula . 4 batang ice cream . Je “Ayah nie baki duit Ayah simpanlah ya nanti Ayah nak pi kerja nak isi minyak motor lagi tauu. RM0.10 sen .
PENGAJARAN
Ads
Sejak hari itu biar aku yg bagi nilai dan tetapkan harga Sebab SETIAP KERJA ITU ADA HARGA YANG PERLU DIBAYAR bukan percuma
Tak kirelah mereka kata mahal dan cekek darahlah tapi kerja aku ada nilai .
“You nak. I boleh buat segala galanya untuk You tapi sayang ia ada harga yg perlu dibayar bukan percuma .”
Aku seorang Runner dan jalan raya ini adalah pentas hidupku.
Tulisan asal oleh :
#RAZAKRUNNERTAWAU 0128368132
Sumber : Viral Channel
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.
Sepanjang tempoh KPK ini ramai pakar motivasi dan psikologi termasuk keibubapaan berbicara mengenai cara mendidik anak. Ia dilakukan secara live di FB.
Lebih menarik lagi ada yang menulis nota lengkap ilmu keibubapaan walaupun diadakan secara live di FB.
Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi nota lengkap yang disampaikam oleh Dr Rozanizam Zakaria, Pakar Psikiatri UIAM & Naib Presiden I-Medik. Malah catatan lengkap puan Zatil mendapat pujian oleh doktor berkenaan.
Ikuti catatan ilmu keibubapaan ini.
Catatan nota saya dari FB Live Psikologi Abi Ummi oleh Dr. Rozanizam malam tadi:
Hanya satu jam setengah tapi rasa macam pergi seminar 2 hari.
KAEDAH 5R UNTUK MEMBENTUK KECERDASAN EMOSI ANAK
🔘Prinsip Asas Psikologi Ibubapa:
1. Tidak ada ibubapa yang sempurna, yang ada hanyalah ibubapa yang sentiasa memperbaiki diri (No perfect parents, only improved parents).
2. Ibubapa lah model kpd emotional intelligence anak-anak (Model it out).
3. Bina ikatan dgn anak-anak (Bonding 3X!).
4. Ia adalah proses yg perlahan tetapi berterusan (Slow & steady process).
🔸Sentiasa deposit emosi kepada anak-anak, itu pelaburan kita.
-yang kita akan tuai kemudian.
🔸Mempelajari psikologi anak-anak adalah 1 tuntutan.
-agar setiap yang kita buat itu dengan ilmu.
🔘Kestabilan: Anak-anak perlu stabil untuk membolehkan dia berkembang.
4S untuk bina kestabilan anak:
1. SAFE (fizikal)
-anak perlu rasa selamat
2. SECURED (hubungan)
-anak perlu rasa dilindungi oleh ‘attachment figure’ eg: ibu, ayah dll
3. SOOTH (emosi)
-anak perlu rasa tenang
4. SEEN (emosi)
-anak perlu rasa dihargai dan dipandang.
🔸Hasil daripada 4S ini, anak akan dapat berkembang secara normal dari segi fizikal, kognitif dan emosi.
4 jenis ibubapa:
1. Ignore- tak peduli emosi anak
2. Disapproved- nafi emosi anak
3. Leisure spare- ambil mudah emosi anak
4. Ultra parents- ambil berat emosi anak
▪️Ibubapa jenis ignore, disapproved dan leisure spare menghasilkan anak yang bermasalah.
▪️Ibubapa jenis ultra akan menunjukkan bimbingan emosi:
-mereka terima emosi anak
-mereka pandu anak untuk ekspres emosi
-mereka bantu anak mengurus emosi
🔘 Emotional Quotient lebih penting daripada Intellectual Quotient.
🔸EQ:
-tahu dan mampu mengendali serta mengurus perhubungan.
-tahu mengurus emosi diri
-tahu cara untuk berhubung
🔸IQ itu boleh diukur, tetapi EQ tidak.
🔸Kenapa perlu bina EQ?
1. EQ berkadar langsung dengan kejayaan.
2. EQ tidak boleh terbentuk sendiri.
🔸EQ hanya boleh dibentuk melalui bimbingan emosi oleh ibubapa (emotional coaching by parents).
-tapi berita baiknya, otak anak kita ini seperti plastik;
-boleh dibentuk (mould)
-bahkan sehingga anak berumur 27-28 tahun
-makin kita bentuk, makin cantik
-makin kita buat, makin mahir
-eg: dari seorang anak yang tak pandai kawal marah kepada anak yg tahu cara mengawal dan melepaskan kemarahannya dengan betul.
🔸EQ anak kita bergantung kepada kita sebenarnya!
🔘 Kaedah 5R untuk bentuk EQ anak.
1. REFLECTION
2. RELAXATION
3. REGULATION of emotion
4. RELATIONSHIP building
5. RESCPECT
1. REFLECTION
▪️self-reflection/self-awareness
▪️kemampuan untuk muhasabah diri dia
▪️Mampu lihat diri dia dari luar
▪️eg: “Aku marah sangat ni.. Aku kasar sangat ni..”
▪️Dia sedar diri
▪️Tahu setiap kesan emosi kpd tindakannya dan kesan tindakannya kpd emosinya.
▪️Ramai generasi muda hari ini tidak sedar akan dirinya (clueless generation).
▪️Dalil muhasabah:
“Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah ia lakukan untuk hari esok (akhirat).. ”
(Surah Al-Hasyr, 59: 18)
🔸Tips 10R untuk galakkan anak muhasabah diri (encourage self-reflection) :
1. Jadi teladan kepada anak (role model)
-anak belajar cara marah daripada kita
2. Berikan masa lapang
-allow free time
-supaya anak ada masa untuk fikir tentang diri dia
3. Ambil masa untuk keluarga bermuhasabah
-buat usrah keluarga
-tanya dan bina perbualan
eg: “Apa 3 benda yg buat kakak gembira hari ni?”
4. Galakkan anak ekspres emosi
-bagi anak luah sama ada secara kata-kata atau tulisan atau lukisan
-anak boleh tulis diari
5. Tanya anak soalan yang boleh buat mereka berfikir
-anak akan belajar berfikir
6. Tanya anak apa yang dia syukuri
7. Belajar untuk ‘slow down’
Ajar anak STOP untuk bertenang, baru proceed:
S-Stop dulu
T-Take deep breath
O-Observe
P-Proceed
8. Do it again, do it right
-beri anak peluang untuk betulkan kesilapan dia
-bukan berleter tentang salah dia
-minta dia buat semula dengan cara yang betul
-anak akan belajar dan berkembang
-eg: Ajar anak cara untuk minta tolong dengan tertib.
9. Puji mereka
Syarat puji:
-sebut emosi kita
-sebut kejayaan dia
-eg: “Ummi happy sangat Anas tak kedekut dengan adik.”
10. Galakkan anak untuk selalu self-talk
-ajar dia motivate diri sendiri
-eg: “Kakak boleh buat.”
—————————————————
2. RELAXATION
▪️Ajar anak untuk bertenang
-bayangkan otak kita saat minyak dan air bercampur
-ketika kita tidak tenang, kita tidak dapat berfikir dengan baik
-baik dan buruk bercampur aduk
🔸Tips 8R ajar anak bertenang
1. Deep breathing
-ada banyak teknik untuk buat deep breathing
-sama ada seolah2 tiupan belon, bunga, guna bola kembang kempis
-bole tengok YouTube Dr. Rozanizam tentang deep breathing
2. Progressive muscle relaxation
-cara release stress dengan jadi ‘turtle’
3. Cara imaginasi:
-membayangkan berada di pantai etc
-untuk escape/break otak daripada fikiran tak tenang tu
4. Squeeze ball
-masa kita marah, otak kita tak rasional krn otak luar shut down dan otak emosi activated
-otak emosi yang kawal
-kita kena buat supaya otak luar kawal semula otak emosi
-tonton YouTube Dr. Rozanizam:
Relaxation and mindfulness
5. Buat aktiviti, senaman atau bermain
-bukan melalui gadget
-gadget adalah artificial world
-anak kena tahu bahawa hanya dia sahaja yang boleh tenangkan diri dia sendiri
6. Ajar anak fikir positif
-perbetul cara fikir anak
-eg: “bukan susah, cuma belum pandai.”
-kalau kita fikir susah, emosi yang datang: “aku tak boleh buat ni.”
-ajar anak fikiran alternatif lain untuk bina fikiran positif
-eg: “mesti ummi tak sayang aku.” tukar kepada “mungkin ummi penat dan susah hati, bukan ummi tak sayang.”
7. Role model
-kita yang tunjuk kepada anak cara yang betul untuk bertindak bila marah atau tertekan
-eg: berwuduq, solat, baca Quran, memasak etc
8. Ajar anak untuk ekspres, ceritakan, kongsi apa yang mereka rasa
-bantu dia utk luah perasaan
-ingat, apa yang kita tanam saat anak umur 12 tahun mungkin berguna untuk dia ketika dia umur 20 tahun.
————————————————-
3. REGULATION of emotion
▪️Kemahiran untuk kenalpasti dan kendalikan emosi secara positif
▪️Emosi ni dia ada range dia
-jika sekelip mata boleh berubah terus dari tenang kpd amuk, itu tandanya dia tidak mampu kawal emosi
-kunci kestabilan emosi: resilient
🔸Tips 5R untuk ajari anak kawal emosi (RULER)
1. Recognise
-kita yg perhati dan kenalpasti, bukan tunggu anak yg datang
-pelajari kaedah LOOK
2. Understand
-belajar untuk tahu dan faham apa punca perasaan tu
3.Listen & label
-bagi anak cerita; anak akan belajar label emosi dia
-ada lebih 500 emosi dalam diri seseorang
-‘name it to tame it’
-anak lelaki sebenarnya lebih beremosi daripada anak perempuan cuma dia susah nak cerita.
eg: “oh abang rasa sedih sebab abi tak bawa abang sekali pergi masjid?”
4. Express
-ajar anak ekspres dengan cara yang betul
-eg: bila marah boleh keluar bermain, bukan pukul adik
5. Regulate effectively
-ajar anak bagaimana cara untuk kawal emosi dan bertenang
-eg: minta maaf, melukis etc
4. RELATIONSHIP building
▪️anak mampu bina hubungan yg baik
▪️anak ada hubungan yg bermakna dgn orang lain
▪️anak mampu untuk berkomunikasi dgn orang lain
🔸7 kemahiran yang perlu untuk anak bina perhubungan:
1. Boleh berkongsi
2. Boleh bekerjasama
3. Boleh mendengar dan memberi maklumbalas
4. Boleh mengikut arahan
5. Boleh menghormati ruang privasi orang lain
6. Boleh eye contact
7. Berakhlak dan berbudi bahasa
🔸6 cara untuk anak bina perhubungan:
1. Beri anak bermain
2. Ajar anak urus emosi
3. Ajar anak empati
4. Bercerita dengan anak
-social stories
-anak lebih cepat belajar ketimbang hanya kata-kata
-boleh tonton bersama anak filem Inside Out.
5. Modelkan pada anak cara berkawan
6. Set rules dalam keluarga
-eg: jumpa orang, salam.
—————————————————
5. RESPECT
▪️Anak boleh menghargai orang lain, dan anak tahu bahawa orang lain ada nilai
🔸13 cara ajar anak untuk hormat:
1. Tunjuk kpd mereka yg kita hormat mereka
-bila anak bercakap, kita tengok dia
2. Biasakan pandang mata anak bila anak bercakap dengan kita
3. Puji dia bila perbuatan dia menunjukkan dia hormat orang lain.
4. Hukum dia bila dia menunjukkan perbuatan tidak hormat orang lain.
5. Ajar anak untuk ambil tahu pandangan orang lain
-anak perlu tahu bahawa pandangan orang lain matters
6. Ajar anak kenalpasti pandangan orang lain
-identify other people viewpoints
7. Ajar anak kenal perihal orang lain
8. Ajar anak berkongsi
9. Ajar anak bersyukur
10. Fahamkan anak kenapa dia jadi tidak hormat
11. Ajar anak minta maaf
12. Ajar anak ucap terima kasih
13. Ajar anak empati
Ikuti FB Live Dr. Rozanizam seterusnya tentang ‘Bila anak buat perangai’ Isnin ini 9 malam.
Bukan mendidik anak-anak terutama apabila terpaksa memarahi anak. Bukan tak sayang tetapi nak menegur.
Begitulah penegasan yang dibuat oleh Pakar Terapi, Puan Norzi Malek mengenai hal ini.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Hairan jugak baca tips-tips parenting bagaimana nak jadi ibu bapa yang baik dengan tak memarahi (menegur) anak, nak didik anak tidak boleh langsung melawan kata, tak buat perangai, tak tantrum, tak meltdown, selalu membaca atau study melebihi bermain dan bersopan-santun di mana-mana sahaja.
Macam robot pulak anak-anak kita. Huhu.
Hairan.. Sungguh hairan.
Kita nak mendidik apa sebenarnya?
Emosi anak-anak negetif atau positif kita kena raikan. Tak kira la sedih, marah, kecewa, bosan, frust atau apa-apa pun yang negetif yang di pamerkan anak-anak, kita tak boleh menidakkan emosi itu.
Mereka juga seperti kita.
Adakalanya mereka perlu buat salah, supaya kesalahan itu dapat mendidik dan menjadikan mereka manusia yang kuat Coping Skills.
Contoh kesalahan adalah memecahkan cawan atau pinggan, atau boleh jadi terjatuh basikal, atau terluka akibat bermain.
Itu biasa tau.
Dengan kesalahan itu, menjadikan mereka lebih berhati-hati supaya tiada lagi pinggan atau cawan akan pecah, bagaimana untuk bermain agar tidak terluka serta sekarang mereka dah tahu cara mengawal basikal agar tidak terbabas.
Jika anak-anak kita melakukan “Unwanted behavior” (sikap atau perbuatan yang salah), seperti meludah pada muka orang, menendang adik-beradik, mengambil mainan kawan-kawan, itu perlu ditegur dengan keras.
Marah atau teguran keras pada anak-anak itu perlu ada, untuk mereka sedar perkara ‘boleh’ atau perkara ‘tak boleh’ untuk dilakukan.
(Noted sini ya, saya tak cadangkan menengking)
Namun, marah itu perlu ada tahapnya, akhiri kemarahan dengan kemaafan.
Macam itu konsep yang Tuhan ajarkan kepada kita. Jika manusia lakukan dosa atau kesalahan, pasti Tuhan marah.
Namun jika kita menyesali kesalahan atau dosa yang kita lakukan lalu bertaubat, Tuhan ampunkan kita kerana Tuhan juga Maha Pengampun.
Sebenarnya kita ini terlalu meletakkan jurang kebaikan kita sebagai ibu bapa yang baik dengan tidak mahu anak-anak sering kecewa, sedih dan menjauh disebabkan teguran kita.
Tapi kita tidak sedar, cara parenting kita menyebabkan mereka tidak dilatih untuk handle emosi negetif yag mereka ada.
Anak-anak kita membesar dengan mempunyai Coping Skill yang lemah. Tak boleh ditegur. Tak boleh di marah. Tak mahu mereka bersedih. Tak boleh memberontak.
Coping Skill adalah kebolehan anak-anak menerima sesuatu yang baru dalam hidup. Sama ada stress, kemarahan, rejection atau kesedihan mahu pun pembelajaran yang baru.
Bagaimana anak-anak nak mengawal emosi ini jika sejak dari kecil kita tidak latih mereka mempunyai emosi ini?
Coping Skill yang lemah akan menyebabkan mereka cepat putus asa, down, susah nak terima apabila berlaku rejection dan cepat kemurungan.
Sungguh, kadang-kala biarkan anak-anak kita melakukan sedikit kesilapan atau kesalahan, di situ kita boleh hadirkan peranan kita sebagai ibu bapa.
Menunjukkan contoh taulan yang baik dalam membantu mereka mengawal Coping Skills sejak dari kecil. Dan InsyaAllah mereka membesar bagaikan JUARA.
Kredit: Norzi Malek
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Amyra selamat melahirkan bayi perempuannya pada sabtu yang lepas. Selepas 7 hari, pasangan ini membuat majlis akikah serta mengumumkan nama puteri sulung mereka.
Rata-rata memuji kecomelan puteri sulung pasangan ini dan ada yang mengatakan wajahnya seiras ibunya.
Sementara itu, Amar dalam satu perkongsian meluahkan rasa syukur kerana sudah memiliki sepasang cahaya mata.