
Apabila bercakap tentang negeri Kelantan, kita pasti terbayang akan kepelbagaian makanan dan kuih-muih di negeri tersebut seperti, nasi kerabu, kuih akok, kuih cek mek molek dan banyak lagi. Namun, tak ramai yang tahu mengenai kewujudan kuih tahi itik. Walaupun nama kuih itu agak aneh tetapi ia benar-benar wujud di negeri Kelantan.

Pasti ramai yang bertanya kenapa kuih tersebut dinamakan seperti itu. Ia digelar sebagai “tahi itik” kerana rupanya yang berwarna putih dan bertempek-tempek menyerupai tahi itik. Kuih tahi itik juga pernah dikenali sebagai kuih hati sukma.
Anda boleh mendapati kuih ini di pasar, pasar minggu dan pasar tani di Terengganu juga.
Bahan-Bahan
Putih telur (10 biji)
Santan (500ml)
Gula pasir (400gm)
Tepung pulut (100gm)
Tepung beras (150 gm)
Daun pandan (sehelai) – dicarik
Esen vanila (sedikit)

Cara pembuatan
Ia dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.
Masukkan kesemua bahan dan kacau atas api. Kemudian, putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat sebelum dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir.
Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada para pembaca di luar sana. Jangan menilai sesuatu tanpa mengenal isinya. Selamat mencuba!
Sumber: Illuminasi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bakar Kek Chiffon Nak Nampak Cantik Warnanya, Ni Triknya!

Jika anda ingin membakar kek chiffon agar nampak cantik dan bahagian atas kek tidak terlihat hangus, ada trik yang boleh anda lakukan ketika membakar kek.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Khatijah Mamat.

Ternyata kek yang dibakar nampak begitu cantik dan gebu sekali. Selain berkongsi tip, di sini turut disertakan resipi untuk dicuba.
Ini perkongsiannya.
KEK CHIFFON
Resepi
1. Telur 6 biji (asingkan putih dan kuning)
Bahagian A
1. 6 biji Telur kuning (pukul)
2. Masukkan minyak jagung ( 60 ml)
3. Masukkan santan yg dicampur perisa pandan (60 ml)
4. Masukkan tepung naik sendiri (1 cawan)
* pukul sebati bahan atas
Bahagian B
1. 6 biji telur putih (putar sampai berbuih)
2. Masukkan cream tartar (1 sudu kecil)
3. Masukkan gula 2/3 cawan, sedikit2 dalam 3 kali
* putar sehingga berkilat dan bila terbalik tak jatuh
Satukan bahan A dan bahan B sehingga sebati…kacau manja-manja je…tuang dalam loyang
* loyang tak perlu sapu planta.
*Bakar suhu 170, 40 minit…bergantung oven masing-masing

* Dah bakar kek, agak-agak nampak kek macam dah coklat, letak kertas kat atas, supaya bahagian atas tak hangus
*Dah masak angkat terbalikkan loyang kek sehingga sejuk, baru boleh keluarkan kek
* Cara keluarkan kek dari loyang, guna tangan sahaja…tarik slow-slow dan sangat lemah lembut..sehingga kek lekang dari loyang..
Sumber : Khatijah Mamat via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak Lengkap Hidangan Tak Ada Sambal! Wajib Cuba 5 Koleksi Sambal, Yang Pasti Boleh Tahan Lama

Ada orang jenis kalau makan mesti nak pedas makanan tu. Tak pedas tak sah! Haa dah kalau ‘hantu’ sangat makanan pedas, boleh la buat stok sambal guna resipi dari Afy Al Habibi ni. Boleh tahan nama sambalnya tu, terliur dibuatnya! Makan dengan nasi panas-panas, ada ulam sikit dan telur mata pun dah ngam tau! So….tunggu apa lagi, jom cuba!
RESEPI SAMBAL BELACAN MENYENGAT
1. Sediakan bahan-bahan di bawah;
– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
– *1/4 bawang Holland
– *1 biji tomato saiz kecil
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*
3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!
RESEPI IBU SAMBAL KICAP MABELESS
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
RESEPI SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK
1. Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
– 1/2 biji bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– 2 genggam kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– 1/2 inci belacan
2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika.
Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.
3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.
5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.
6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.
Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.
Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.
Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
RESEPI AIR ASAM KETAGIH
*Ada sedikit kelainan dalam resepi cikgu berbanding yang dulu*
Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi*
Nak makan baru letak.
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 5 biji limau kasturi
– 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar.
4. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
RESEPI SAMBAL JANTAN POWER
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
Kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan.
Sumber : Afy AL Habibi via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kek Gula Hangus Tahan 4 Hari Tak Rosak, Ni Resipinya!

Penggemar kek gula hangus mesti teruja untuk menyediakan resipi yang dikongsikan ini. Bukan sahaja mudah disediakan, malah menurut pemilik resipi ini yang juga merupakan peniaga kek gula hangus turut memberi tip untuk menjadikan rasa kek ini lebih enak. Malah tidak dengan itu, kek ini juga dikatakan masih dalam keadaan baik selama 4 hari walapun tidak disimpan di dalam peti.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita cuba sediakan menu nan satu ini. Bolehlah dijadikan hidangan untuk minum petang yang istimewa. Jom semak.
Diantara kek jualan sampingan saya yang paling mudah nak buat…banyak resepi saya pernah cuba,resepi ni yang paling mudah & rasa sedap yang penting gula jangan terlampau perang,,nanti kek pahit saya sertakan resepi di bawah,,,saya izinkn kalau ade yang nak share & yang nak guna resepi ni untuk berniaga..

.
Kek gula hangus
2 cawan gula
2 cawan air panas
3 sudu majerin
4 biji telor gred A
1/2 cawan susu pekat
2 cawan gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
Cara Penyediaan:
1. Cairkan gula guna api perlahan..bila gula dah larut dan bertukar jadi warna perang masukkan air panas..masukkan majerin 3 sudu..kacau,,bila dah berbuih tutup api dan ketepikan.

.
2. Kacau telor dengan garfu,,,(kacau manja-manja je)…masukkan susu pekat dan esen vanilla,,,kacau biar sebati

.
3. Ayak tepung dan soda,,masukkan dalam adunan tadi,,,kacau adunan hingga tidak berketul.

.
4. Masukkan gula yang dicairkan tadi dalam adunan dan kacau perlahan hingga sebati
5. Sapu minyak loyang saiz 7 inci
6. Tapis adunan tadi dalam loyang dan bakar pada suhu 150~160 api bawah sahaja 35 minit & tambah 10 minit bakar guna api atas bawah..
**Kalau nak buat jual buat sehari awal,,,rasa lagi sedap,,,kek tahan 4 hari tanpa masuk peti.
sumber : Siti Noor Aishah via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di






