Anak sulung ini umpama cinta pertama ibu dan ayah, malah kalau dia juga merupakan cucu pertama, nenek dan atuk juga akan menyayangi seperti baru mula bercinta.

Tetapi semua akan berubah apabila kehadiran adik-adik. Ramai yang tidak ambil pusing perasaan anak sulung kerana merasakan mereka sudah besar dan pandai menjaga diri.

Ketahuilah, disebalik sikap mengalah anak sulung ada yang mereka sembunyikan seperti :

  1. Anak sulung nak sangat merasa disayangi, dipeluk dan dicium seperti mana yang kita lakukan pada adik bongsu dia
  2. Anak sulung nak sangat diberitahu dan diucapkan “Ibu sayang kamu” walaupun umur dia sudah meningkat dewasa
  3. Anak sulung juga nak sangat kita bangga dengan pencapaian dia walaupun ianya kecil dan remeh di mata manusia yang lainnya

 

IKLAN

Artikel Berkaitan

IKLAN

Tip / Petua

  1. Anak sulung juga sangat perlukan kita menatap mata dia dengan penuh kasih sayang seperti mana kita tatap dia sewaktu pertama kali kita melahirkannya
  2. Anak sulung juga sangat nak merasa kita gembira dengan kehadiran dia sepertimana kita gembira suatu ketika dahulu dengan kelahiran cahaya mata pertama kita
  3. Anak sulung nak sangat merasa dihargai titik peluh dan pengorbanannya menjaga kesemua adik beradiknya
  4. Anak sulung nak sangat merasa kasih sayang kita kepada adik adiknya yang lain tidak mengurangi kasih sayang kita kepada dia.

Kredit : Taufiq Razif

IKLAN

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Di Sebalik Kematangan Anak Sulung, Ada Perkara Yang Mereka Sembunyikan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI